Wednesday, January 25, 2012

BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.

BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI  NEGARA.

PENGENALAN
  • Sejak awal tahun lagi, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi ( Bumi Emas).
  • Terdapat banyak pelabuhan penting muncul di sepanjang Selat Melaka yang menjadi tumpuan pedagang India, China dan Eropah.
  • Kadatangan para pedagang ini berbeza daripada kedatangan kuasa- kuasa Eropah pada abad ke-18.
  • Perubahan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Peranchis, Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan perindustrian mereka.
  • Pertapakan kuasa- kuasa ini telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial seperti
§  Getah
§  Tebu
§  Tembakau
§  Kelapa sawit.
  • Kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan penguasaan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Francis Light.
  • Diikuti dengan Singapura pada tahun 1819 dan pengambil alihan Melaka daripada kuasa Belanda pada tahun 1824.
  • Perjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824 mengukuhkan lingkungan perngaruh British di Alam Melayu.
  • Pada masa itu, kuasa British melalui syarikat dagang Borneo Utara telah bertapak di Sabah dan James Brooke telah mengasaskan pemerintahan British di Sarawak.
  • Zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak telah memberikan kesan mendalam dan mengubah corak ekonomi, politik dan sosial masyarakat tempatan.

Ekonomi Tradisional.

  • Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi iaitu seperti
§  Melombong
§  Bercucuk tanam
§  Memungut binatang
§  Menangkap ikan secara kecil- kecilan.
  • Kegiatan ini dikenali sebagai kegiatan ekonomi sara diri iaitu
§  Pengeluaran dilakukan dalam skala kecil
§  Menggunakan teknologi yang mudah
§  Modal yang kecil
§  Jumlah buruh yang terhad dan pasaran yang kecil.
  • Bagi masyarakat Melayu lebihan pengeluaran sekiranya ada, biasanya digunakan oleh keluarga atau kumpulan masyarakat unutk tujuan pertukaran barang, kenduri- kendara, pembayaran zakat, sedekah serta hadiah.
  • Ada kalanya lebihan pengeluaran disimpan untuk tempoh tertentu.
  • Ini berlaku terutama dalam aktiviti ekonomi yang bermusim seperti penanaman padi.
  • Tujuannya untuk memastikan bekalan makan mencukupi.
  • Selain itu, masyarakat Melayu turut mengusahakan tanaman lain seperti ubi, pisang dan kelapa.
  • Masyarakat Melayu juga menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau untuk menambah sumber makanan.
  • Binatang ternakan biasanya diternak bagi memenuhi keperluan sesebuah keluarga sahaja.
  • Walaupun aktiviti ekonomi masyarakat Melayu adalah pelbagai, namun kebanyakan aktiviti ekonomi yang diusahakan bertujuan memenuhi keperluan sendiri.
  • Dalam menjalankan aktiviti ekonomi, masyarakat Melayu menggunakan teknologi mudah iaitu,
§  Menggunakan peralatan asas yang diperbuat daripada bahan yang ada di sekitar kita.
§  Contohnya dalam penanaman padi, masyarakat Melayu menggunakan peralatan seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala.
§  Sistem pengairan yang mudah berasaskan sumbera air sari sungai atau hujan yang bermusim turur digunakan.
§  Dalam aktiviti penangkapan ikan, walaupun teknologi mudah digunakan namun kaedah menangkap ikan berbeza- beza iaitu bergantung pada kawasan pengangkapan sama ada di laut, sungai atau sawah padi.
§  Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan tali kail, bubu dan jala.
  • Justeru, teknologi yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam konteks ekonomi sara diri lebih banyak digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia sendiri, bukannya mesin.
  • Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu juga tidak berasaskan penggunaan sumber tenaga yang banyak dan bermodal besar.
  • Aktiviti ekonomi biasanya dilakukan secara bersama oleh sesebuah ahli kelaurga sahaja.
  • Ini menyebabkan tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas dalam masyarakat Melayu.
  • Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan umur dan jantina.

Ekonomi Dagangan.

  • Merujuk kepada kegiatan pertanian dan perlombongan yang melibatkan pengeluaran untuk tujuan pemasaran.
  • Pengeluaran juga adalah skala yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yang banyak dan modal yang besar, teknologi yang bermutu tinggi dan pemasaran yang lebih luas.
  • Masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke  China, Jepun dan India sebelum kedatangan British.
  • Selain dipasarkan, bijih juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat.
§  Gendang gangsa
§  Alatan senjata
§  Alatan Muzik seperti gong.
  • Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatab.
  • Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.
  • Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah
§  Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Perak.
§  Raja Jumaat di Selangor.
§  Datuk Kelana Putera, Datuk Bandar dan Datuk Muda Linggi di Sungai Ujong ( Negeri Sembilan )

  • Kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19 dan penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat terutamanya di kawasan- kawasan yang kaya dengan bijih timah dan sesuai dengan tanaman pertanian seperti getah.
  • Kepesatan ekonomi dan dasar pertanian yang mereka laksanakan menyebbakan aktiviti ekonomi tradisional khususnya di kawasan luar Bandar terpinggir dan ketinggalan.
  • Perkembangan ini seterusnya mewujudkan bentuk ekonomi duaan  ( dwi ekonomi) yang bermaksud wujud dua bentk ekonomi secara serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan ( komersial )
  • Pada masa yang sama, penemuan aktiviti ekonomi di negeri- negeri pantai Barat juga mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri- negeri pantai Timur.
  • Dengan wujudnya permintaan yang besar terhadap bijih timah, keuntungan hasil daripada perlombongan tersebut dilaburkan semula untuk meningkatkan industry perlombongan.
  • Dengan itu, buruh luar khususnya dari China terpaksa dibawa masuk pada pertengahan abad ke-19.
  • Buruh China juga diperlukan untuk memenuhi keperluan sektor pertanian yang juga berkembang pada masa itu.

Sistem Pertanian Komersial.
  • Pihak British telah memberikan penekanan terhadap sektor pertanian berasaskan eksport.
  • Pertanian komersial dianggap sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka.
  • Tanaman komersial yang telah digalakkan oleh British di Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 iaitu
§  Ubi kayu
§  Tebu
§  Lada hitam
§  Gambir
§  Tembakau
§  Kopi.
  • Contohnya di Johor, semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar- besaran melalui Sistem Kangcu.
  • Pada tahun 1860-an,  Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
  • Secara keseluruhannya, para pemodal dari Eropah dan China lebih banyak melibatkan diri dengan tanaman komersial pada era kolonialisme British.
  • Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial ini kerana mereka
§  Mempunyai modal
§  Teknologi
§  Mendapat konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.

  • Sebaliknya, masyarakat Melayu masih lagi terikat dengan ekonomi pertanian sara diri.
  • Inilah punca kewujudan dwiekonomi.
  • Pada abad ke-19, British hanya memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir, lada hitam, dan ubi kayu.
  • Pada abad ke-20, pemodak British telah mula menguasahakan setah untuk tujuan eksport.

Perusahaan Getah

  • Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industry terutamanya industry kereta.
  • Bagi memenuhi permintaan ini, pihak British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu.
  • Tanaman getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
  • Pada awalnya, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanamah hiasan.
  • Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah telah dijalankan oleh Henry N. Ridley apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888.
  • Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma.
  • Beliau juga berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem menoreh secara ibedem atau seperti tulang ikan hering yang tidak merosakkan pokok getah.
  • Perkembangan industry pembuatan barangan pengguna seperti di bawah telah meningkatkan permintaan getah.
§  Kasut
§  Tayar basikal.
§  Peralatan elektrik.

  • Ini menyebabkan harga getah melambung tinggi.
  • Keadaan ini menyebabkan perusahaan getah semakin mendapat tumpuan umum sehingga menjadi perusahaan yang penting di Tanah Melayu.
  • Kemasukan modal asing iaitu modal milik Eropah juga merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
  • Syarikat yang beribu pejabat di London telah membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu.
  • Antara syarikat perwakilan penting yang telah membuka ladang serta menguruskan eksport getah termasuklah Harissons dan Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.
  • Kemasukan syarikat dan modal asing ini menyebabkan lebih banyak ladang baru dibuka di Tanah Melayu.
  • Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing turut memainkan peranan dalam perluasan kawasan penanaman getah di Tanah Melayu.
  • Pihak British menyediakan kadar sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada peladang yang ingin menguasahakan perladangan getah.
  • Contohnya, pihak British memberikan 4% dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905 serta pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.
  • Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api turut dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat perdagangan untuk memudahkan golongan pengusaha.
  • Golongan penguasaha ini boleh diistilahkan sebagai golongan komprador kepada penjajah British.
  • Tambahan pula, kerajaan British turut membawa masuk pekerja asing terutamanya dari India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
  • Tujuannya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang- ladang getah.
  • Industri getah telah mengalami kemerosotan semasa zaman Kemelesetan ekonomi dunia.
  • Jadual di bawah menunjukkan bahawa ekonomi Tanah Melayu telah mengalami kemerosotan antara tahun 1929-1932.
  • Peristiwa ini menunjukkan bahawa ekonomi Tanah Melayu pada era kolonialisme British telahpun terikat dan dirangkumkan dalam satu jaringan ekonomi dunia yang besar.
  • Oleh yang demikian, perubahan ekonomi yang berlaku pada peringkat global akan turut memberikan kesan kepada ekonomi sesebuah Negara.
  • Nilai eksport getah mula stabil selepas tahun 1934 disebabkan oleh peningkatan permintaan dunia dan kawalan oleh negara pengeluar.
  • Harga getah jatuh secara berterusan mulai tahun 1920.
  • Rancangan Sekatan Stevenson telah diperkenalkan bagi menahan kejatuhan harga getah yang bermula pada tahun 1920 secara berterusan.
  • Prinsip asas rancangan ini adalah untuk menghadkan pengeluaran getah oleh negara  pengeluar.
  • Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928.


Jadual Jumlah Eksport Getah Tanah Melayu antara tahun 1929-1934
Tahun
Nilai ( dalam paund sterling)
1929
50 785 000
1930
28 208 000
1931
13 806 000
1932
9 077 000
1933
14 253 000
1934
32 557 000

Industri Perlombongan

  • Perlombongan telah lama dijalankan oleh orang Melayu dan telah menjadi kegiatan ekonomi dagangan yang penting.
  • Tanah Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai hasil galian seperti
§  Emas
§  Bijih timah
§  Arang batu
§  Bauksit
§  Antimoni
§  Bijih besi.
  • Sehingga digelar sebagai Suvanabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India pada zaman silam.
  • Antara pelbagai bahan galian tersebut, bijih timah adalah yang terpenting dan telah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.
  • Selain bijih timah, emas jug turut dilombong oleh masyarakat Melayu sebelum abad ke-20 namun secara kecil – kecilan
  • Perusahaan bijih timah ini telah mendapat perhatian daripada pihak British kerana sektor ini telah mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
  • Keadaan ini telah membawa kepada penglibatan pemodal Eropah dalam bidang perlombongan yang telah pun sedia diusahakan oleh orang Melayu.
  • Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke-19.
  • Pada peringkat awal kedatangan mereka, pemgusaha dari China ini dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.
  • Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah ini dapat dilihat melalui bebarapa perkara antaranya:
§  Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.
§  Para pembesar Melayu pula akan memastikan hasil bijih timah yang dilombong, dijual semula kepada mereka.
§  Harga bijih timah akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri.

  • Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.
  • Pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.
  • Pemodal dari Eropah berupaya bersaing dengan pemodal dari China kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek yang memerlukan aktiviti perlombongan yang dijalankan secara besar- besaran.
  • Kelebihan yang ada pada pedagang Eropah telah menyebabkan mereka berjaya menguasai sektor pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu pada abad ke-20
  • Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
  • Di damping itu, beberapa enakmen dan undang- undang telah digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan Kolonial British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.
  • Terdapat juga pembesar Melayu yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan memajakkan lombong- lombong mereka kepada saudagar- saudagar China dari Neger- negeri Selat disebabkan para pembesar tidak berupaya menyediakan modal.
  • Penguasaan pemodal British terhadap sektor perlombongan bijih timah boleh dijelaskan menerusi berikut:

Tahun
Pemodal Eropah
Pemodal China
1910
22%
78%
1915
28%
72%
1920
36%
64%
1925
44%
56%
1930
63%
37%
1935
66%
34%
1937
68%
32%

  • Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa penguasaan pemodal dari China dalam sektor perlombongan bijih timah terus merosot pada abad ke-20, terutamanya dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi dalam perlombongan bijih timah.


v  Pengajaran yang jelas di sini ialah sesuatu masyarakat harus sentiasa bersedia mengumpul modal, menguasai teknologi, berpengetahuan, bertindak positif dan mempunyai perancangan ekonomi jangka panjang yang jelas.
v  Penguasaan smeua aspek ini akan membolehkan ekonomi sesebuah negara terus maju, makmur, dan mempunyai daya saing yang tinggi apabila berhadapan dengan pelbagai cabarab di peringkat global.
v  Golongan pemodal tidak boleh mengambil jalan mudah dan terus berpuas hati dengan pencapaian yang sedia ada.


Penggunaan Tenaga Buruh Luar.

  • Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan oleh kolonial Britsih telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu.
  • Bagi mengatasi masalah ini, pihak British telah membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
  • Buruh dari India telah dibawa secara beramai- ramai untuk bekerja di ladang getah.
  • Tenaga dari China pula dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah.
  • Kedatangan buruh China dan India ke Tanah Melayu sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh faktor- faktor yang mendoorng mereka untuk meninggalkan negara masing- masing.
  • Selain galakan kerajaan Kolonial British agar mereka berhijrah ke Tanah Melayu, penghijrahan mereka juga tidak pernah ditentang oleh orang Melayu.
  • Kedatangan buruh dari China secara besar- besaran bermula sejak awal abad ke-19 lagi.
  • Kebanyakan buruh China yang datang ke Tanah Melayu berasal dari wilayah selatan China seperti:
§  Kwangtung
§  Kwangsi
§  Fukien.
  • Hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
  • Kemakmuran Tanah Melayu yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran.
  • Pemerintahan British telah mewujudkan kestabilan politik di Tanah Melayu yang bukan sahaja telah menarik pemodal tetapi buruh asing juga untuk ke sini.

Kemasukan Buruh dari China.

  • Kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu telah berlaku melalui beberapa cara seperti:
§  Sistem tiket kredit
§  Sistem pengambilan kakitangan
§  Sistem pengambilan rumah kongsi.

Ø  Melalui Sistem Tiket Kredit.
ü  Bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung- kampung di Negara China oleh Kheh-thau ( ketua)
ü  Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa
ü  Bakal- bakal imigran ini dikenali sebagai Sn Kheh
ü  Golongan imigran ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang biasanya terlebih dahulu telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
ü  Golongan Sin Kheh ini pula membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan tentang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu masa tempoh tertentu.
ü  Mereka kemudiannya akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.

Ø  Melalui Pengambilan Kakitangan
ü  Pada Mac 872, jawatan pegawai pelindung China telah diwujudkan di Tanah Melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
ü  Sehubungan itu, beberapa undang- undang dan tindakan telah diluluskan untuk membaiki sistem pengambilan buruh.
ü  Bagaimanapun, pada 30 Jun 1914 sistem ini telah digantikan oleh kerajaan British dengan sistem pengambilan kakitangan ataupun sistem pengambilan umah kongsi.
ü  Melalui pengambilan kakitangan, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainyake China untuk mendapatkan tenaga buruh. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut dibiayai oleh majikan.
ü  Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh- buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikan.

Ø  Melalui Pengambilan Rumah Kongsi
ü  Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
ü  Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh- buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
ü  Apabila buruh itu diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh dibawanya.
ü  Menjelang abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.
ü  Di Sarawak misalnya, kemasukan imigran China berketurunan Foochow secara berkumpulan terlaksana ekoran wujudnya persetiaan antara ketua Foochow di Sibu, iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.
ü  Seramai lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara bulan Januari hingga Mac 1901.
ü  Imigran Foochow ini diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam bagi menampung keperluan penduduk Sarawak yang semakin meningkat.

Kemasukan Buruh dari India.

  • Buruh dari India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu diselenggarakan melalui beberapa cara. Iaitu antara tahun 1857 hingga 1938 kemasukan buruh India melalui:
§  Sistem buruh bebas atau merdeka
§  Sistem kontrak
§  Sistem kangani.

Ø  Melalui Sistem Buruh Bebas atau Merdeka.
ü  Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem ini datang sendiri dengan bayaran amsing- masing.
ü  Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi.
ü  Setelah tiba di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.


Ø  Melalui Sistem Kontrak.
ü  Mengikut sistem kontrak, majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu ( 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum iaitu sehingga 9 hingga 13 sen sehari.
ü  Keadaan ini menyebabkan sering berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh dan sistem ini pernah disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan namun tidak ketara.

Ø  Melalui Sistem Kangani.
ü  Akhirnya, sistem kontrak digantikan dengan sistem Kangani pada tahun 1907 dengan berkuatuasanya Undang- undang Tabung Imigresen India.
ü  Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur.
ü  Melalui sistem ini, seseorang kangani yang diberi kepercayan oleh majikan, akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
ü  Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
ü  Sistem ini kemudiannya menjadikan seseorang kangani itu seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.
ü  Akhirnya, pada tahun 1938, sistem ini telah diharamkan kerana wujudnya penyelewengan oleh kangani itu sendiri.

v  Ringkasnya, kemajuan dan kemakmura Tanah Melayu telah Berjaya menarik minat imigran untuk datang ke sini dan keadaan ini berterusan hingga kini.
v  Kita seharusnya berbangga dengan negara kita yang menjadi tumpuan pendatang asing kerana kekayaan dan kemakmurannya.
v  Di satu sudut yang lain, masyarakat tempatan seharusnya lebih giat, berinisiatif dan bersedia menguasahakan sendiri kekayaan negara, terutamanya bagi mereka yang tidak bermodal besar.
v  Jika tidak, orang asing yang sentiasa mengintai peluang untuk mengambil ruang tersebut akan mengambil alih peranan kita seperti yang berlaku hari ini.

Institusi Kewangan

  • Masyarakat Melayu telah lama menjalankan sistem ekonomi yang teratur dan mula menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi seperti
§  Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, mata wang mas, perak, dan timah yang dikeluarkan di Melakatelah digunakan bagi tujuan melicinkan urusan perdagangan.
§  Selain mata wang yang digunakan di Melaka, terdapat pelbagai jenis mata wang primitive tyang lain digunakan di Tanah Melayu seperti
-          Penggunaan dinar emas di negeri Kelantan.
-          Wang dan kupang emas di Terengganu.
-          Jongkong tampang di Pahang.
  • Namun, kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.
  • Mata wang perak Sepanyol telah diperkenalkan pada tahun 1580 mmapu bertahan sehingga 300 tahun.
  • Mata wang ini telah digunakan di Negeri- Negeri Selat.
  • Pada tahun 1897, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya yang dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri- Negeri Selat di bawah Ordinan XIII.
  • Wang kertas Negeri- negeri Selat ini mulai diperkenalkan pada tahun 1906.
  • Hanya mata wang ini yang sah digunakan untuk perdagangan di Negeri- Negeri Selat dan menyebabkan wang kerajaan Melayu semakin terhapus.
  • Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah mendorong pihak penjajah memperkenalkan beberapa perubahan bagi mempercepatkan dan melicinkan lagi urusan kewangan.
  • Ini membawa kepada penubuhan institusi kewangan atau bank.
  • Institusi kewangan ini menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur.
  • Sistem pinjaman yang diperkenalkan ini telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah secara tidak langsung.
  • Penubuhan bank telah turut memperkanalkan
§  Sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan memperkenalkan kadar faedah yang tinggi.

  • Dengan adanya sistem kewangan, dana dari luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.
  • Dengan ini, bank dapat bertindak sebagai egen pembayar kepada pengeksport dan pengimport yang kemudiannya menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin.
  • Mercantile Bank merupakan bank pertma di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1859.
  • Selepas Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Junuari 1874 lebih banyak bank Eropah membuka cawangannya di Tanah Melayu seperti
§  The Chartered Bank yang ditubuhkan pada tahun 1875
§  Hong Kong Shanghai Bank pada tahun 1894.
§  Algemene Bank Nederland pada tahun 1899.

  • Bank- bank Eropah ini menguntungkan pedagang Eropah.
  • Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah atai golongan komprador
  • Mereka terdiri daripada ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank dan menjadi penaja kepada pinjaman.
  • Pada awal abad ke-20, pemodal tempatan telah mengambil inisiatif menubuhkan bank mereka sendiri.
§  Pada tahun 1913, Kwong Yik Bank iaitu bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.
§  Bank of Malaya pada tahun 1920 di Ipoh.
§  Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang pada tahun 1935.
§  Bank Perdagangan juga telah ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Le Bank 1905.
§  Chinese Banking Corporation Limited 1913 dan Ban Chiang 1924 di Sarawak.

  • Orang Melayu juga turut menubuhkan banknya yang pertama pada tahun 1947 di Kuala Lumpur dan dikenali sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.
  • Walaupun Berjaya menubuhkan cawangannya di Temerloh dan Rembau tetapi bbank ini tidak dapat bertahan lama.
  • Bank dilihat sebagai satu institusi yang begitu penting untuk menjana pertumbuhan dan operasi bank wajar dipantau oleh pihak pemerintahan seperti yang berlaku pada masa kini.
  • Perkembangan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa ditingkatkan hasil perkhidmatan insuran.

Insurans.
  • Antara perkhidmatan insuran yang penting pada masa itu ialah
§  Insurans maritime atau kelautan.
§  Insurans kebakaran
§  Insuran harta
§  Insuran perniagaan dan kemalangan
§  Insurans nyawa.

  • Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 sistem pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama dalam sektor perdagangan.
  • Oleh itu, timbul perkhidmatan insurans maritime untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.
  • Insuran kebakaran pula menjadipenting kerana kebakaran sering berlaku sehingga menadtangkan masalah.
  • Pada tahun 1881 berlakunya kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Kuala Lumpur dan pada tahun 1892 kebakaran yang berlaku di Ipoh telah memusnahkan 100 buah kedai.
  • Pada peringkat awal syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
  • Salah satu syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah Boustead dan Company yang ditubuhkan di Pulau Pinang yang mewakili Syarikat Royal Insurance dai England.
  • Hanay pada kahir abad ke-19, barulah ditubuhkan beberapa syarikat insurans tempatan seperti Starits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited yang masing- masing berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.
  • Undang- undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskini oleh kerajaan British pada tahun 1917.
  • Pada tahun ini, enakmen- enakmen ini digantikan dengan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN.

  • Pihak British dalam usaha mereka untuk mengaut keuntungan di Tanah Melayu telah memperkenalkan dasar- dasar yang secara tidak langsung meningkatkan kesan positif kepada masyarakat Melayu.
  • Dalam sektor pertanian, orang Melayu telah diperkenalkan kepada tanaman baru yang mendapat pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa oleh kerajaan British seperti
§  Kopi
§  Tembakau
§  Getah.

  • Kerajaan penjajah British turut berusaha mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
  • Tanaman komersial ini telah diusahakan secara langsung dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.
  • Untuk meneruskan penguasaan kerajaan penjajah British terhadap ekonomi, undang- undang berhubung dengan pemilikan tanah turut diperkenalkan.
  • Secara umum undang- undang ini bertujuan melindungi orang Melayu dan mengekalkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.
  • Terdapat beberapa apek undang- undang ini yang menindas golongan Melayu.

Undang- Undang Berhubung Tanah

  • Sebelum kedatangan British, hal berkaitan denga pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama dalam kehidupan masyarakat Melayu.
  • Ini disebabkan wujud kawasan tanah yang luas dan kepadatan penduduk yang rendah di Tanah Melayu.
  • Segala hal yang berkaitan dengan tanah seperti kadar cukai dan aktiviti ekonomi yang mahu diusahakan di atas tanah berkenaan mestilah mendapat kebenaran daripada para pembesar.
  • Kebenaran yang sama mesti juga diperolehi oleh mana- mana golongan yang mahu menguasahakan sesuatu bidang tanah.
  • Ini juga bermakna tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik serta mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.
  • Menurut undang- undang adat, sebuah kawasan tanah itu akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut dan tanah itu boleh diwarisi oleh generasi tang terkemudian.
  • Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah dan tatacara hak pemilikannya kemudian telah diubah.
  • Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum ini tidak sesuai dengan sistem tanah di barat.
  • Ini kerana sistem pemilikan tanah di kalangan masyarakat Melayu dikatakan tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.
  • Bagi pihak penjajah British, rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
  • Rekod ini juga dapat memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti
§  Cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian.
  • Mengikut konsep Barat tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
  • Pemilikan tanah menjadi tunjang dalam sistem penjajah.
  • Pihak British telah memperkenalkan undang- undang tanah berkonsepkan sistem barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi.
  • Perak merupakan negeri Melayu pertama diperkenalkan dengan undang- undang tanah Barat. Ini dilakukan melalui Peraturan Tanah Perak 1879.
  • Kanun Tanah Selangor telah diperkenalkan di Selangor pada tahun 1891.
  • Di Sungai Ujong ( Seremban ) pula peraturan Tanah Sungai Ujong telah diperkenalkan pada tahun 1887.
  • British telah membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersialnya seperti
§  Tanah Ladang
§  Tanah Pribumi
§  Tanah Perlombongan.
  • Kadar cukai yang dikenakan terhadap tanah bergantung pada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
  • Tentunya pengenalan undang- undang tanah Barat telah membawa kepada masyarakat Melayu keseluruhannya.
  • Undang- undang Tanah menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu tanah perlu mendapatkan kebenaran daripada pembesar Melayu tetapi mereka mestilah membuat permohonan di Pejabat Tanah.
  • Selain itu, masyarakat tempatan pula perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, dammar dan rotan.
  • Dengan kata lain, undang- undang Tanah British memberikan kuasa besar kepada Residen negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
  • Dengan membuat keputusannya, Residen akan mengambil kira faktor seperti modal, teknologi yang akan digunakan dan bilangan tenaga manusia yang akan menjalankan sesuatu aktiviti ekonomi.
  • Dasar kerajaan British juga membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang di kalangan masyarakat Melayu.
§  Orang Melayu mesti membayar cukai yang dikenakan terhadap hasil hutan.
§  Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
§  Masyarakat Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan Bandar terpaksa bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang.
  • Melalui cara ini ramai orang melayu terpaksa menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang mereka.

Akta Tanah Simpanan Melayu.
  • Pada 25 November 1913, Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan.
§  Kerajaan penjajah British mengatakan bahawa perundangan ini diperlukan demi menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang melayu di Tanah Melayu.
-          Akta ini bertujuan mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.
-          Melalui akta ini, Residen berkuasa mengisyitiharkan mana- mana kawasan taanh orang Melayu sebagai tanah Simpanan Melayu ( TSM)
-          Pengisytiharan sebegitu akan menyelamatkan tanah kawasan tersebut daripada dijual, dipajakgadai atau ditukar milik kepada orang bukan Melayu.

  • Sila rujuk Jadual 1 bagi statistic TSM di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( NMB) dari tahun 1931-1941.
Jadual 11:  TSM di NNMB dari tahun 1931-1941
Negeri
Tahun
1931( hektar)
19419 ( hektar)
Pertambahan ( hektar)
Perak
703922
728596
24674
Selangor
86961
108793
21832
N.Sembilan
28503
237259
28756
Pahang
275587
299393
23806
Jumlah
1274973
1374041
99068
Jadual 11: TSM yang sesuai untuk pertanian pada tahun 1923
Negeri
Keseluruhan Kawasan TSM ( hektar )
Kawasan TSM yang sesuai untuk pertanian ( hektar)
Perak
794403
3002834
Selangor
66303
48141
N. Sembilan
184605
85558
Pahang
121893
101468
Jumlah
1167204
538001

  • Akta Tanah Simpanan Melayu sebenarnya bertujuan
§  Melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah
§  Orang Melayu tidak dibenarkan sama sekali menanam sebarang tanaman komersial di dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu.
§  Kebanyakan kawasan yang diasingkan sebagai Tanah Simpanan Melayu juga tidak subur.

  • Walaupun kawasannya besar, namun tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan.
  • Sekiranya terdapat kawasan yang subur, keluasannya pula kecil.
  • Jaduan II di atas menunjukkan hanya 46.09% daripada TSM yang diperuntukan sesuai untuk pertanian.

Settlement Order

  • Akta yang melindungi hak milik tanah masyarakat pribumi dan milik komuniti daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian juga telah diperkenalkan di Sarawak.
  • Akta yang dikenal sebagai Settlement Order telah dikuatkuasa.
§  Akta ini memberikan perlindungan kepada tanah milik masyarakat pribumi.
§  Melalui undang- undang ini pemindahan hak tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan.
§  Ini bertujuan mengelakkan berlakunya pemajakan
1.      Pemecahan
2.      Penjualan tanah tersebut kepada orang luar.

  • Berdasarkan undang- undang tahun 1931 dan 1933, Land Order 1948 telah diperkenalkan
§  Undang-undang ini telah membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan iaitu
-          Kawasan tanah campuran.
-          Kawasan tanah simpanan
-          Kawasan tanah pedalaman.

  • Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.
  • Dengan ini kepentingan pribumi terhadap tanah simpanan dan tanah pedalaman dapat dilindungi.



Proklamasi III Perlindungan Hak Pribumi.

·         Di Sabah, Proklamasi III Perlidungan Haka Pribumi yang melindungi kepentingan pribumi telah diwartakan oleh kerajaan British pada tahun 1889.
·         Peraturan ini menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah pribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
·         Segala urusan niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua pribumi.
·         Dalam pada itu, penduduk pribumi berhak menuntut ganti terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL.

  • Kebanyakan pekebun kecil terdiri daripada orang Melayu pada era pemerintahan penjajah British.
  • Kerajaan penjajah British sememangnya mahu mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani dalam rangka ekonomi penjajah.
  • Oleh itu, mereka telah memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917.
§  Yang melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi.
§  Bertujuan untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil terutamanya daripada kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah.
  • Selain itu, premium untuk permohonan tanah baru untuk penanaman getah turut dinaikkan.
  • Pada tahun 1930-an pembukaan tanah- tanah baru untuk penanaman getah dilarang sama sekali oleh kerajaan British.
  • Maka, dengan itu pada peringkat awal penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah berlaku secara kecil- kecilan dan tidak menimbulkan sebarang kebimbangan di kalangan pengusaha Eropah dan kerajaan penjajah British.
  • Walau bagaimanapun, sentiment ini berubah apabila berlaku kemerosotan harga getah di pasaran dunia pada awal tahun 1930-an.
  • Akibat kejatuhan harga getah, kerajaan British mula mengamalkan dasar yang memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Sekatan Stevenson 1922.
  • Prinsip asas rancangan ini adalah menghadkan pengeluaran getah negara pengeluar.
  • Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928.
  • Perlaksanaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 apabila pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah.
  • Sebaliknya, kumpulan pekebun kecil telah ditekan kerana mereka dilihat sebagai suatu ancaman kepada pengusaha ladang.
  • Di samping memperkenalkan undang- undang, kerajaan British juga mengambil tindakan lain untuk meningkatkan harga getah di pasaran.
  • Langkah atau tindakan ini turut memberikan kesan negative kepada pekebun kecil getah.
  • Walaupun rakyat Tanah Melayu menghadapi masalah dalam usaha penanaman getah, namun kegiatan tersebut telah mendatangkan peluang atau keuntungan yang lebih daripada usaha penanaman padi.
  • Oleh itu, rakyat tempatan tidak begitu berminat untuk mengerjakan sawah atau bendang.
  • Ini telah menyebabkan Tanah Melayu begiti bergantung pada pengimportan beras dari luar negara seperti dari Thailand, Indo- China dan Myanmar.
  • Keadaan ini tidak begitu disenangi oleh pihak penjajah. Lagipun, bekalan beras dari luar negara sentiasa terjamin.
  • Pada suatu masa berlaku kekuranganberas dari Myanmar dan ini meninggalkan kesan buruk terhadap Tanah Melayu.
  • Bagi menggalakkan kebergantungan yang berlebihan terhadap beras yang diimport pihak penjajah telah memperkenalkan beberapa langkah dan dasar.
§  Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di kawasan sawah.
§  Kerajaan British telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air pada tahun 1930 bagi membaiki sistem perparitan dan tali air demi membantu kegiatan penanaman padi.

v  Sekali lagi kita dipaparkan dengan bukti jelas bahawa semasa pemerintahan penjajah, nasib rakyat tempatan bukannya sesuatu yang diberi keutamaan oleh kerajaan penjajah.
v  Perkara yang diutamakan oleh kerajaan penjajah ialah ekonomi mereka sendiri dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang sama- sama mengaut keuntungan Negara.
v  Keadaan sebegini sepatutnya menyedarkan kita agar menghargai dan mempertahankan kemerdekaan dan pemerintahan kita sendiri agar kehidupan rakyat di negara ini lebih terjamin.
v  Jadi, kita semua bukan hanya mesti menghargai kemerdekaan negara kita, tetapi juga bersedia mempertahankannya baik dari segi politik ataupun ekonomi.
v  Polisi kerajaan British yang menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan telah memikirkan golongan pekebun kecil di Tanah Melayu.
v  Ini menyebabkan golongan pekebun kecil terpinggir dari aliran ekonomi.
v  Tanpa bantuan modal dan kemahiran teknik, golongan pekebun kecil jauh tertinggal berbanding golongan yang mendapat bantuan kerajaan Kolonial.
v  Polisi kerajaan kolonial telah tidak mengambil kira kepentingan pekebun kecil dalam sektor pertanian di Tanah Melayu contohnya Sekatan Stevenson yang diperkenalkan oleh mereka.

Kesan- Kesan Dasar Ekonomi.

  • Dasar- dasar pentadbiran British di Tanah Melayu tidak lari daripada tujuan atau percubaan untuk memaksimumkan keuntungan kewangan.
  • Pencapaian matlamat tersebut memerlukan kecekapan ekonomi dan pengekploitasian sumber- sumber semulajadi Tanah Melayu secara berkesan.
  • Ini membawa kepada kemunculan bandar baru dan memerlukan agenda mereka sendiri dalam melaksanakan pembangunan di Tanah Melayu.

Pembandaran.
  • Pembandaran bermaksud perubahan daripada pekan kecil atau kampung sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.
  • Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan berlakunya proses pembandaran terutama di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan kawasan yang menjadi pusat kegitan ekonomi penjajah.
  • Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan akan mengalami pertambahan penduduk serta berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong.
  • Pelombong- pelombong di kawasan tersebut akan mnejadikannya sebagi pusat untuk mereka mendapatkan keperluan harian.
  • Perkembangan perusahaan perlombongan telah menambah fungsi bandar.
  • Pekan ini akan berkembang menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.
  • Antara bandar yang wujud ekoran kegiatan perlombongan bijih timah termasuklah
§  Kuala Lumpur
§  Taiping
§  Seremban.

  • Bandar Miri di Sarawak pula muncul hasil daripada perkembangan perlombongan petroleum.
  • Kemunculan bandar-bandar baru seperti Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh dan Seremban telah menyebabkan pusat kehidupan kini tertumpu di bandar.
  • Bandar-bandar  yang baru muncul berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pusat pentadbiran serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang baik seperti
§  Jalan raya
§  Bekalan Air Bersih
§  Sekolah
§  Pusat Kesihatan
§  Institusi Kewangan, seperti bank.

  • Namun begitu, bandar-bandar baru ini banyak dihuni oleh masyarakat di China berbanding masyarakat India dan Melayu.
  • Masyarakat Melayu masih kuat terikat dengan kawasan perkampungan yang terletak di pesisir sungai.
  • Masyarakat India pula lebih tertumpu di kawasan ladang getah.
  • Perkembangan sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi seperti pertanian komersial turut mempengaruhi kewujudan bandar-bandar baru contohnya Kuala Lumpur.
  • Bandar ini berkembang menjadi sebuah bandar besar kerana kedudukannya yang strategik 
  • Lokasi bandar ini membolehkannya menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar dan kawasan lain.
  • Perkembangan Kuala Lumpur membabitkan pengleuaran infrstruktur terutamanya jalan raya dan jalan keretapi utama.
  • Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah pula telah menjadikan pelabuhan Klang, Melaka, dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan yang penting di Tanah Melayu.
  • Bandar Kuching pula muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir serta lada hitam sejak tahun 1840-an.
  • Aktiviti pembinaan infrastruktur oleh kerajaan penjajah British hanya ditumpukan di kawasan yang boleh memberikan keuntungan ekonomi kepad mereka sahaja.
  • Jadi, kawasan di Pantai Barat Tanah Melayu akhirnya lebih dibangunkan berbanding di Pantai Timur Tanah Melayu.

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum.
  • Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat lebih ramai imigran dari China dan India datang ke Tanah Melayu semasa zaman penjajah.
  • Dasar penjajah British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kedatangan imigran Chin dan India.
  • Imigran China di Negeri- negeri Melayu Bersekutu telah bertambah dua kali ganda iaitu daripada 163 000 orang pada tahun 1891 kepada 300 000 orang pada tahun 1901.
  • Data ini semua dengan sendirinya menjelaskan kemunculan dan pembentukan dua jenis pekerjaan berbanding kaum di Tanah Melayu.
  • Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum.
§  Orang Melayu yang bertani misalnya tinggal di kawasan luar bandar.
§  Buruh dari India yang kebanyakannya penoreh getah tinggal di kawasan estet.
§  Imigran dan buruh dari China yang bernilai dan bekerja di lombong tinggal di kawasan bandar.
  • Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kerangka kehidupan sosial juga berbeza antara satu sama lain.
v  Secara keseluruhannya, nyatalah tidak terdapat kesepaduan antara kaum yang meluas dan bermakna semasa zaman penjajah.
v  Perkara ini kemudiannya telah menyulitkan proses mewujudkan perpaduan nasional dalam usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu selepas merdeka.
v  Oleh itu, pihak pemerintah kita telah bertungkus-lumus berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demi kesejahteraan dan kesepaduan rakyat dan negara.

Sistem Pendidikan Vernakular.

  • Sistem pendidikan yang wujud semasa zaman penjajah telah mengubah sistem pendidikan tradisional di Tanah Melayu.
  • Masyarakat berbilang bangsa yang terdapat pada ketika itu telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.
  • Vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing- masing sebagai bahasa pengantar.
  • Sekolah vernakular di Tanah Melayu tidak mampu untu memupuk unsure perpaduan bangsa di Tanah Melayu pada ketika itu kerana murid- murid daripada pelbagai kaum itu telah dipisahkan.
  • Mereka tidak melalui sistem pendidikan yang sama.
  • Sebelum kedatangan penjajah, kanak- kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.
  • Pendidikan mereka tertumpu kepada aspek membaca al-Quran, menulis dan mengira.
  • Namun, setelah kedatangan Britsih, sistem ini tidak terbela dan tidak dipertingkatkan.
  • Malah sistem pendidikan Inggeris tidak pula dilaksanakan sepenuhnya sehingga ke peringkat tinggi apatah lagi kepentingan universiti
  • Setelah kedatangan British, sekolah vernakular Melayu telah ditubuhkan di Negeri- Negeri Selat.
  • Sekolah Melayu didirikan di Singapura iaitu di Teluk Belanga pada tahun 1856.
  • Sekolah Melayu seterusnya telah didirikan di Seberang Perai pada tahun 1871.
  • Di Perak pula sekolah Melayu ditubuhkan pada tahun 1884 di Kuala Kangsar dan Batu Gajah.
  • Sementara itu, sekolah Melayu untuk murid perempuan pula telah dibina di Negeri – Negeri Selat pada tahun 1885.
  • Walaubagaimanapun, sekolah- sekolah Melayu yang ditubuhkan itu hanya pada peringkat sekolah rendah dan kurikulum yang disediakan terbatas dan bersesuaian dengan cita- cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik dari bapanya.
  • Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang bertujuan melatih guru sekolah Melayu yang ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak pada tahun 1922 dan menjadi satu-satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi anak-anak Melayu.
  • Di samping itu, ditubuhkan sekolah khusus untuk golongan elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar 1905.
  • Bagi masyarakat dari India, pendidikan Tamil disediakan oleh pihak British di kawasan bandar.
  • Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.
  • Pendidikan sekolah Tamil seperti Sekolah Vivekananda yang ditubuhkan pada tahun 1914 di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India dengan menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
  • Kewujudan sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China contohnya Sekolah Chung Hwa (1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah (1929).
§  Mereka menggunakan dialek masing- masing sebagai bahasa perantaraan.
§  Guru, buku dan sukatan pelajaran datang dari China.
  • Pada tahun 1920, kerajaan British mewartakan enakmen pendaftaran sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.
  • Melalui enakmen ini, segala aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cinatelah dikawal oleh kerajaan British.
  • Selain pendidikan vernakular, pendidikan Inggeris telah digunakan di Tanah Melayu.
  • Perkembangan sekolah Inggeris pada peringkat awal merupakan usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela.
  • Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar sahaja dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.
  • Kurikulum sekolah Inggeris disusunkan berasaskan sistem pendidikan di England.
  • British ada mengusahakan penubuhan sebuah universiti tetapi agak terlewat iaitu Universiti Malaya di Singapura.
  • Oleh itu, rakyat hanya mendapat pendidikan tinggi di dalam negara apabila adanya inisitif pemerintah selepas merdeka untuk menubuhkan universiti.


Bilangan Sekolah Rendah Aliran di Tanah Melayu Pada Tahun 1938

Aliran
Sekolah
Pelajar
Guru
Melayu
788
56904
2810
Inggeris
271
41917
2350
Cina
996
86147
3556
Tamil
607
26271
864


Sektor Perkilangan.
  • Sebelum abad ke-20, aktiviti ekonomi British di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada pengeluaran bijih timah dan getah.
  • Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport.
  • Ini telah mempertahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu kerana barangan yang diimport mewujudkan saingan yang hebat kepada barangan tempatan.
  • Pada tahun 1923, Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua kilang untuk menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.
  • Syarikat Kasut Bata turut menubuhakn kilang di Selangor.
  • Syarikat United Engineer telah mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.
  • Perusahaan lain iaitu perusahaan mengetin nenas yang diasaskan oleh seorang berbangsa Peranchis. Perusahaan ini berpusat di Johor dan menghasilkan nenas di dalam tin untuk dieksport.
  • Kebanyakan kilang dimiliki oleh orang asing iaitu pemodal dari Eropah atau China dan akhirnya masyarakat Melayu terus tercicir.
  • Penglibatan orang melayu dalam sektor perindustrian dan perniagaan bermula pada tahun 1970-an terpaksa dilakukan bagi mengimbangi kedudukan ekonomi di antara kaum di Negara ini.
  • Dengan pengimbangan sedemikian perasaan tidak senang hati yang boleh mendatangkan unsur ketidakstabilan dapat dielakkan.
  • Masyarakat tempatan khususnya masyarakat Melayu di pantai timur Sabah dan Sarawak terus terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi perdana.

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.

  • Kepesatan pertanian dan perlombongan menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.
  • Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari pelabuhan untuk dieksport.
§  Jalan kereta api pertama menghubungkan Taipinng dengan Port Weld dibina pada tahun 1895.
§  Jalan kereta api menghubungkan di Kuala Lumpur dengan Port Sweetenham (1889).
§  Menghubungkan kawasan perlombongan Seremban dengan Port Dickson (1891).
§  Menghubungkan kawasan perlombongan di Ipoh dan Tapah Road dengan Teluk Anson 1895.
  • Pada tahun 1904 semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api.
  • Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
  • Pada tahun 1931, jalan kereta api dari bahagian timur yang menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah siap dibina.
  • Menjelang tahun 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambungkan sehingga ke Singapura.
  • Pembinaan jalan kereta api telah menggalakkan pembukaan tanah- tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
  • Di Johor misalnya, orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
  • Perkhidmatan kereta pai bukan sahaja mempercepatkan pengangkutan malah dapat sekaligus membawa muatan banyak.
  • Sementara itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pengkalan sungai telah diganti dengan jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah.
  • Oleh itu, pembinaan jalan raya semakin berkembang terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah.
  • Menjelang tahun 1895, Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang 2400 kilometer.
  • Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.
  • Pada tahun 1911, jalan raya menghubungkan Perlis dan Singapura juga telah dibina.
  • Jalan raya di antara negeri- negeri di pantai timur tidaklah sepesat negeri- negeri di pantai barat.
  • Selain sistem perhubungan, perkembangan pesat ekonomi di Tanah Melayu turut menyebabkan berkembangnya sistem perhubungan seperti
§  Telegram
§  Telefon
§  Perkhidmatan Pos.
§  Radio dan perkhidmatan udara turut diwujudkan.
  • Dengan adanya sistem perhubungan ini, perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dijalankan dengan cekap.

Perkhidmatan Kesihatan.

  • Perkhidmatan kesihatan merupakan salah satu keperluan yang mendesak pada zaman penjajahan British.
  • Kemasukan bermai-ramai buruh asing telah menambah lagi jumlah penduduk.
  • Ini menyebabkan tempat tinggal dan tempat kerja mempunyai kepadatan yang tinggi dan tidak diurus dengan baik.
  • Selain itu, bekalan air bersih juga tidak mencukupi.
  • Semua keadaan ini telah menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.
  • Kerajaan British telah menubuhkan hospital serta pusat kesihatan dalam mengawal wabak penyakit tersebut.
  • Hospital kerajaan yang terawal telah dibina di Taiping dan di Kuala Lumpur pada tahun 1898.
  • Menjelang tahun 1895, terdapat lebih kurang 29 buah pusat perubatan di Perak dan di Kuala Lumpur.
  • Di Perak, hospital telah dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar.
  • Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri- negeri lain misalnya,
§  14 buah pusat kesihatan di Selangor.
§  2 buah di Pahang
§  3 buah di Negeri Sembilan.
  • Pada tahun 1913, beberapa buah hospital telah dibina di Sabah iaitu
§  Di daerah Jesselton ( Kota Kinabalu)
§  Sandakan
§  Beufort
§  Kudat
§  Tawau
  • Di Sarawak pula, perkhidmatan perubatan tertumpu ke bahagian Kuching sahaja.
  • Selepas tahun 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Seri Aman dan Sibu.
  • Terdapat juga hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan.
  • Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur misalnya telah memberikan perkhidmatan kesihatan khususnya kepada pekerjaan lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran China.
  • Selain membina hospital dan pusat perubatan, usaha untuk mengawal wabak penyakit juga dilakukan penyelidikan.
  • Untuk itu, institut penyelidikan perubatan (institute for medical research) telah didirikan pada tahun 1900 oleh pihak British di Kuala Lumpur.
§  Bertanggungjawab untuk mengkaji punca penyakit dan langkah- langkah pencegahan yang patut diambil.
  • Kebersihan dan kesihatan awam terutamanya di bandar-bandar turut dititik beratkan.
  • Sebuah lembaga telah ditubuhkan pada tahun 1890-an untuk mengawal kebersihan bandar di Kuala Lumpur.
  • Lembaga tersebut di kenali sebagai Sanitary Board.
  • Lembaga seperti ini turut ditubuhkan di beberapa buah bandar di Perak.
  • Pada tahun 1911, fungsi dan tanggungjawab Sanitary Board telah dipecahkan kepada dua bahagian.
§  Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar terus dijalankan oleh Sanitary Board sehinggalah perang dunia kedua.
§  Tanggungjawab dari aspek kesihatan telah diambil alih oleh jabatan kesihatan.

v  Kegigihan berterusan pihak pemerintah selepas merdeka telah berjaya membuktikan bahawa rakyat tempatan terutamanya golongan bumiputera yang selama ini jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi moden berupaya mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan hingga ke peringkat global.
v  Kejayaan Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Petronas dan Permodalan Nasional Berhad menjadi petanda jelas tentang hal ini dan juga sumber kebanggaan rakyat negara ini pada masa kini.
v  Namun begitu, masih banyak tindakan yang perlu dirancang dan kejayaan yang perlu dicapai.
v  Untuk mengisi kemerdekaan bukan sesuatu yang mudah dan dapat dikendalikan dengan serta merta.
v  Kita harus bersama- sama berganding bahu dan berusaha demi masa depan negara kerana perjuangan kita sebenar belum selesai.

MAKLUMAT TAMBAHAN.
Maklumat
Keterangan
Ekonomi Sara diri
  • Merujuk pada aktiviti yang tidak menghasilkan lebihan produk untuk tujuan pemasaran.
Amalan sebelum melombong
  • Adakalanya sebelum sesuatu kawasan diusahakan untuk tujuan perlombongan bijih, kawasan ini akan disembah terlebih dahulu oleh pawang.
  • Kononnya untuk mengelakkan perkra yang tidak baik seperti kecederaan, malapetaka berlaku semasa melombong.
Sistem Kangcu
  • Sistem pajakan taanh kepada penguasaha dari China di Johor.
  • Setiap ladang dikenali sebagai kangkar yang setiapnya bersaiz 2500-20 000 ekar.
  • Setiap kangkar dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil antara 50-250ekar.
  • Setiap kawasan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.
Perlombongan Emas
  • Lombong emas yang terawal terdapat di Kuala Selinsing, di Sungai Jelai Pahang dan diusahakan secara kecil- kecilan.
  • Kaedah melombong dan mendulang digunakan pada masa itu.
  • Aktiviti ini mula diusahakan secara komersial di Raub, Pahang.
  • Di Sarawak, emas dilombong di Bau pada tahun 1820-an pleh orang China yang kemudiannya diambil oleh Syarikat Borneo milik British.
Kheh-Thau
  • Individu yang betanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum dibawa ke pelabuhan.
Sin kheh
  • Imigran miskin dari China yang tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.
Komprador
  • Pemodal yang mempunyai talian yang rapat dengan British.
Sistem pentadbiran Tanah.
  • Sebelum pembentukan Negeri-negeri Melayu( NNM )Bersekutu pada tahun 1896, setiap negeri Melayu yang mempunyai sistem tanahnya sendiri yang dikendalikan oleh Residen di negeri berkenaan.
  • Hanya tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens yang dijalankan di Australia telah diperkenalkan untuk untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan dan peraturan tanah di NNM.
  • Undang-undang Tanah Simpanan Melayu diluluskan pada 25 November 1913 dan menjadi Enakmen Tanah Simpanan n0.15 tahun 1913. Undang- undang ini mempunyai 16 Seksyen kesemuanya.
Sekolah aliran Inggeris
  • Mula ditubuhakn di NNS.
  • Antaranya termasuklah Penang Free School yang telah dibuka pada tahun 1816, Malacca Free School ( 1826)
  • Sekolah aliran Inggeris di negeri Melayu yang lain dibuka agak lewat.
  • Contohnya, King Edward VII School di Taiping dibuka pada tahun 1883.
  • Victoria Institution pula ditubuhkan pada tahun 1894 di Kuala Lumpur.
Ekonomi Perdana.
  • Merujuk kepada kegiatan ekonomi yang utama dalam sesebuah negara contohnya perindustrian dan pertanian.
Penyakit berjangkit
  • Antara penyakit berjangkit yang mudah berjangkit termasuklah malaria, taun, beri- beri, demam campak dan batuk kering.
  • Antara tahun 1910-1920 penyakit malaria telah mengorbankan sekitar 200 000 di NNMB.

18 comments:

  1. Assalam... boleh tolong emelkan bahan ni kepada saya : sassy.gurl2011@yahoo.com. Saya nak gunakan untuk trial SPM nanti..

    ReplyDelete
  2. sama imrannazlanofficial@gmail.com for trial spm

    ReplyDelete
  3. TROLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLO

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum bang boleh tolong x... emelkan bahan sejarah ini kpd saya bang... please ini emel saya al_if1996@hotmail.com... password ************ for trial S.P.M

    ReplyDelete
  6. Can you please transfer this to my email? I really need this to pass my trial ! Email me - millionplaygirls@gmail.com

    ReplyDelete
  7. boleh emelkan kt fahmiyvandetta@gmail.com utk trial please

    ReplyDelete
  8. tlg emaikan kt miumegumi21@gmail.com tq

    ReplyDelete
  9. tolong emailkan di sini frezziespkm@gmail.com
    please .. as soon as possible :(

    ReplyDelete
  10. tolong emailkan kat saye punyer akmalhazeli2@gmail.com but please hurry

    ReplyDelete
  11. Tolong emailkan bahan ini di sini fiqriomar@yahoo.com
    please hurry..as soon as possible!!! ;(

    ReplyDelete
  12. salam, mintak tlg emelkan bhn ni boleh??najihahnorudin2@gmail.com

    ReplyDelete
  13. sorry for disturbing ,can you send me this article? wawaluii@gmail.com

    ReplyDelete
  14. tolong send pls imajokerslover@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Please to me too . I really need this before 25th October . Here my email unname1312@gmail.com PLease.. And thanks so much..

    ReplyDelete
  16. please send to me too. really need this before this wednesday. shakirah.pikachu97@gmail.com

    tqvm

    ReplyDelete