Wednesday, January 25, 2012

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

PENGENALAN

  • Sebelum ini dalam bab 2 kita telah didedahkan dengan usaha dan ketekunan masyarakat dalam membentuk tamadun Yunani dan Rom yang unggul
  • Kejatuhan Rom Barat pada tahun 476 M telah membewa kepada berakhirnya zaman ini dan bermulanya Zaman Pertengahan di Eropah.
  • Zaman Pertengahan sangat penting kerana telah menjai asas bagi suatu usaha perubahan yang besar kepada masyarakat dan budaya Eropah

Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah

  • Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman mundurnya yang dikenali sebagai Zaman Gelap iaitu
      • Merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan
      • Zaman Pertengahan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :
        • Peringkat Awal (476 – 1050 M)
        • Peringkat Kemuncak (1050 – 1300 M)
        • Peringkat Akhir (1300 – 1450 M)
      • Pada peringkat akhir Zaman pertengahan ini telah muncul Zaman Renaissansce (1350 – 1600 M)
      • Pada zaman ini berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan mereka kepada perkembangan ilmu
      • Pada zaman ini orang Eropah telah menyebarkan pengaruh mereka kepada dunia di luar Eropah
      • Pengaruh Barat diteruskan semasa zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme

Zaman Gelap dan ciri-cirinya

  • Pada Zaman Gelap Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang
      • Ilmu pengetahuan
      • Perdagangan
      • Kehidupan perbandaraan
  • Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan
  • Pada masa yang sama dunia Islam telah tegak dengan kegemilangannya.
  • Dunia Islam sebagaimana terbukti pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul.
  • Dunia Eropah telah mencedok banyak ilmu daripada dunia Islam dei meningkatkan pencapaian masyarakat mereka.
  • Apabila empayar Rom Barat runtuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-wilayah juga turut musnah.
  • Keadaan yang tidak menentu ini telah membawa kepada kemunculan golongan baron (Tuan tanah).
  • Dalam keadaan kehidupan yang tidak selamat, golongan petani telah terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
  • Sebagai tukaran kepada perlindungan yang diharapkan itu, para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah yang telah memberikan perlindungan kepada mereka.
  •  Para petani yang tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, telah mnyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah jadi mereka terpaksalah menjadi hamba.
  • Para petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah manakala golongan tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada golongan raja.
  • Sebagai tukaran (balasan) kepada perlindungan daripada golongan raja, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
  • Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dan tuan tanah dan seterusnya raja merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal di Eropah.
  • Ciri-ciri sistem feudal juga terdapat di Negara kita pada suatu masa dahulu
  • Golongan raja merupakan golongan utama dalam sesebuah Negara.
    • Contoh sistem feudal dinegara kita
      •  Seperti di Barat pada masa dahulu, raja-raja di Negara kita dan Negara lain di luar Eropah memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.
      • Raja juga memiliki golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak istana.
      • Golongan pembesar tersebut akan memberikan khidmat kepada pihak raja
      • Rakyat biasa turut memberikan khidmat kepada golongan tuan tanah.
      • Terdapat juga rakyat yang tergolong dalam golongan hamba.
  •  Pada Zaman Pertengahan di Eropah, Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak.
  • Perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti
    • Viking
    • Magyar
  • Orang Eropah juga tidak dapat berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean pada masa itu dikuasai oleh orang Islam.
  • Orang Eropah tidak berupaya menyaingi penguasaan ini telah terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
  • Perniagaan barangan pertanian pula dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana matawang yang terdapat dalam pasaran pada masa itu amatlah terhad.

Zaman Gelap berlaku kerana
o   Pusat pemerintahan yang lemah
o   Kegiatan ekonomi yang terhad
o   Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
o   Sifat gereja yang mengongkong.

  • Zaman peralihan dari zaman gelap ke zaman Renaissance dikenali sebagai zaman kemuncak pertengahan. Pada zaman ini
o   Gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang universal serta menjadi egen penyatuan.
o   Telah berlaku perubahan ekonomi yang ketara hasil
§  Penambahan penduduk
§  Peningkatan aktiviti pertanian
§  Kemunculan perdagangan
o   Keadaan ini telah membawa kepada kemunculan Bandar- Bandar seperti
§  Venice
§  Milan
§  Florence
o   Perkembangan Bandar membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yang terdiri daripada
§  Artisan
§  Pedagang
§  Ahli perbankan
§  Dengan kewujudan keadaan baru ini, status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.
§  Perubahan politik pula berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam aktiviti atau urusan politik.
§  Penglibatan ini berlaku menerusi institusi seperti parlimen yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat.
§  Hal ini dengan sendirinya telah memberikan hak politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

Zaman Renaissance (1350-1600)
  • Zaman kemuncak pertengahan telah diikuti oleh zaman Renaissance.
  • Istilah renaissance berasal dari perkataan Itali iaitu renisciment yang bermaksud ‘ kelahiran semula”
  • Istilah ini merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendikiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom
  • Kegemilangan tamadun tersebut telah tenggelam pada zaamn gelap dan kegemilangannya telah muncul dan dikembangkan semula pada zaman Renaissance.
  • Asas zaman ini ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya
  • Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme
  • Bapa humanisme ialah Francisco Petrarch.
  • Tokoh Renaissance yang lain ialah Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio ( 1313- 1375)
  • Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka bidang dan kawasan baru menunjukkan bahawa manusia Renaissance sememangnya didorong oleh semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat.
  • Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan kemudiaanya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira- kira abad ke-17.

Zaman Renaissance di Itali
  • Di Itali telah muncul Bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa seperti
§  Venice
§  Genoa
§  Florence
§  Rom
§  Milan
  • Dari segi geografi kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi oleh laut Mediterranean
  • Kedudukan ini telah menjadikan Itali sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa.
  • Bandar pelabuhannya yang terkenal ialah Venice dan Genoa.
  • Di sinilah pertembungan budaya, bahasa dan agama berlau yang terus menjadikan Itali sebagi pusat perkembangan idea baru.
  • Aktiviti perdagangan ini telah membawa kepada kemunculan para pedagang kaya.
  • Mereka telah menggunkan kekayaan untuk mengindahkan Bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendikiawan.
  • Golongan pedagang kaya ini kemudiannya patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis.
  • Antara patron yang terkenal termasuklah keluarga Medici di Florence
  • Golongan patron ini telah berusaha menarik seniman dan cendikiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke Bandar masing- masing.
  • Maka berlakulah persaingan antara Bandar – Bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendikiawan dan Renaissance.
  • Pada masa yang sama bagi tujuan menyiapkan tugasana atau kerja masing- masing, para seniman dan cendikiawan ini sering berkunjung dari Bandar ke Bandar.
  • Jadi kegiatan mereka ini secara tidak langsung telah membantu menyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di Itali.
  • Selain golongan kaya, Paus di Rom juga trut menjadi penaung kepada para seniman dan cendikiawan.
  • Golongan penguasa gereja di Rom telah mula mencemburui pencapaian Bandar seperti Florence serta kuasa yang dipegang oleh kuasa Medici.
  • Golongan gereja juga berhasrta untuk menjadikan Rom cantik dan menarik seperti Florence.
  • Tetapi pihak berkuasa gereja menghadapi masalah kerana mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli matematik kerana khuatir kumpulan sainstis tersebut akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh gereja katolik.
  • Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirical serta penggunaan akal dan lojik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam.
  • Sebaliknya pihak gereja terus menekankan penjelasan tradisional
  • Lantas konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti berlaku dalam kes Galilio Gallilei
  • Oleh kerana gereja mencurigai para saintis maka mereka telah memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja.
  • Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal pada masa itu seperti Leonardo da Vinci, Rathael dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan Katedral di Rom dengan ukiran dan lukisan.
  • Pada masa inilah Katedral St. Peter yang terkenal itu dibina.
  • Dengan usaha golongan Paus ini, pusat seni Renaissance telah berpindah ke Florence ke Rom.
  • Pada zaman pertengahan, sumbangan individu daripada golongan pelukis dan pengukir tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan.
  • Keadaan ini berubah apabila mereka bekerja secara sendirian.
  • Bakat masing- masing mula dapat dilihat secara jelas.
  • Kemahiran mereka mula dihargai dari segi nilai kesenian.
  • Suasana sosial juga mempengaruhi para pelukis sendiri.
  • Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelengelo ingin dikenali secara individu iaitu sebagai tokoh yang tersendiri.
  • Semangat dan amalan sebegini dikenali sebagai individualisme
  • Pada masa yang sama penekanan ekpada keupayaan individu telah juga membawa perubahan kepada konsep pendidikan
  • Zaman gelap memberikan penekanan kepada pengkhususan terhadap kemahiran dan ilmu tertentu.
  • Zaman Renaissance pula pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual seperti fizikal pada kalangan individu.
  • Leonardo Da Vinci dan Michelangelo selain dikenali sebagai pelukis dan pengukira agung, mereka juga disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.
  • Itali merupakan pusat Renaissance namun tokoh Renaissance juga muncul di beberap buah Negara Eropah yang lain.
  • Di England muncul tokoh pemikir seperti
§  Thomas More ( 1478-1535)
§  Francis Becon ( 1561-1626)
§  William Shakespeare ( 1564-1616)

Kesan Zaman Renaissance

  • Zaman Renaissance didorong oleh semangat inkuiri – semangat ini telah meninggalkan kesannya dalam pelbagai bidang iaitu bidang seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi dan sosial.

Bidang Politik.
o   Perkembangan yang signifikan pada zaman ini ialah kemunculan monarki baru
o   Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
o   Kekuasaan monarki ini telah diperkukuhkan lagi dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
o   Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka dengan sendirinya kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang.
o   Monarki baru terdapat di
§  Portugal
§  Castile
§  Aragon ( Sepanyol)
§  England
§  Peranchis
§  Belanda

       Bidang ekonomi.
o   Memperlihatkan kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.
o   Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas
o   Kemudiannya menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi.
o   Semangat Renaissance menekankan ciri- ciri inkuiri, keobjektifandan eksperimen jelas telah bertanggungjawab merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.


Bidang Sosial

  • Zaman ini menampakkan unsur- unsur perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia.
  • Manusia pada zaman ini lebih bersedia menzahirkan emosi mereka
  • Pengzahiran emosi atau perasaan ini telah dicerminkan dalam muzik, lukisan dan ukiran yang dihasilkan.
  • Dari segi psikologinya, unsur begini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri
  • Berlakunya perubahn sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, sainstifik, falsafah dan metafizik.
  • Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat.
  • Zaman ini telah melahirkan “ manusia renaissance” yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda dan mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan mereka.

  • Salah satu pengajaran yang dapat kita raih daripada zaman ini ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.

Gerakan Reformation.
  • Merupakan gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16
  • Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud ‘melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru’
  • Gerakan ini mempunyai kaiatan dengan agama Kristian.
  • Kritikan terhadap Gereja Katolik wujud sejak abad ke-10 lagi.
  • Namun tanpa sokongan gereja, penentangan mereka tidak menimbulkan kesan yang mendalam.
  • Kritikan atau penentangan telah timbul lagi apabila pihak gereja telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali.
  • Walaupun usaha gereja ini hampir menemui kejayaan namun dalam proses tersebut, banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan telah berlaku.
  • Ramai ahli masyarakat telah mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik.
  • Mereka berpendapat cara hidup yang menjadia amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan apa yang disarankan oleh kitab Bible.
  • Golongan penguasa Gereja dikatakan lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan.
  • Gaya hidup mereka dianggap tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan.
  • Terdapat unsur penyelewengan yang tidak disenangi oleh banyak pihak iaitu penjualan sijil Indulgence iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa.
  • Kegiatan penjualan sijil ini telah merebak ke seluruh Eropah.

Reformation di Jerman.
o   Reformation yang bermula di Jerman kerana gerakan Renaissance di sini bersifat keagamaan walhal gerakan di Itali bersifat keduniaan
o   Kejayaan gerakan reformation di Jerman telah dibantu oleh mesin cetak ciptaan ciptaan Johann Gutenberg
o   Dengan adanya mesin cetak, Bible dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan murah.
o   Pada tahun 1517, Martin Luther professor ilmu teologi di sebuah universiti berhampiran Wittenburg di Jerman mula mengambil langkah menentang amalan indulgence.
o   Dalam amalan pengibadatan pula Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya.
o   Pendirian Luther ini mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi. Pendirian dan ajaran Luther dikenali sebagai mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud ‘membantah. Tindakan Luther mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman katolik dan golongan paderi dan kewujudan mazhab Protestan menandakan bermulanya Zaman reformation yang beterusan hingga pertengahan abad ke-16
o   Dalam tempoh tersebut mazhab protestan pimpinan Luther itu ( juga dikenali mazhab Lutheran) telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.
o   Di Switzerland pula gerakan itu pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli ( 1484-1531)
o   Tetapi setelah beliau meninggal dunia gerakan ini dipimpin oleh John Calvin ( 1509-1564)
o   Dalam arus perkembangan aliran Protestan, masih ada yang mahu mempertahankan kewibawaan Gereja Katolik.
o   Golongan ini mengendalikan Counter Reformation sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh gerakan Protestan.
o   Counter Reformation ini bermaksud “menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru’

Kesan Zaman Reformation.
  • Telah menimbulkan kesan yang mendalam terhadap Eropah.

Bidang Keagamaan.
  • Zaman ini telah menyebabkan Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing- masing. Contohnya perang keagamaan yang berlaku di Peranchis antara tahun 1562-1598 dan perang 30 tahun ( 1618-1648) yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark, dan Sweden.
  • Perbalahan agama telah mengakibatkan kemusnahandan peperangan
  • Masyarakat Eropah pada masa itu tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja.
  • Walaubagaimanapun, kesan jangka panjang peristiwa ini ialah timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian iaitu dari segi mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka.
  • Dari sini kita perlu menyedari bahawa hanya dengan wujudnya kesatuan pendapatlah, maka sebuah kehidupan yang murni dapat dibina dan tamadun dapat berkembang dengan sempurna.
  • Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka.
  • Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurangan disebabkan monarki ingin membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus di Rom. Contohnya semasa pemerintahan Raja Henry VIII, raja menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.



Maklumat Tambahan

Maklumat
Keterangan
Magyar
  • Suku kaum yang terbesar di Hungary dan merupakan campuran antara suku kaum Urgila dengan Turki.
  • Kaum ini menduduki Hungary mulai abad ke-9 dan menjadi ancaman kepada Eropah Barat.
  • Mereka akhirnya dikalahkan oleh Raja Otto I dalam Pertempuran Lechfeid pada tahun 955 M.
Viking
  • Suku kaum daripada Norway, Sweeden dan Denmark.
  • Mulai abad ke-9, gerombolan mereka ini mula bergerak ke
      arah Rusia dan Eropah Utara.
  • Peringkat awal pergerakan itu mereka merompak dan mengancam pusat- pusat pemerintahan yang ada pada ketika itu.
  • Dalam pergerakan seterusnya, mereka telah melakukan penaklukan dan penjajahan.

Francesco Petrarch ( 1304-1374)
  • Minat beliau terhadap ilmu membawa kepada penubuhan sebuah perpustakaan
  • Perpustakaan ini mengandungi koleksi karyaagung zaman Yunani dan Rom yang diterjemah oleh cendikiawan Islam dan sesetengahnya pula oleh paderi- paderi katolik.
  • Setelah membaca karya- karya tersebut, beliau menadapati wujud pelbagai pandangan dan pendapat yang bercanggah.
  • Dengan ini Petrarch memutuskan bahawa apabila terdapat percanggahan idea, penyelesaian terbaik adalah dengan memerhati sendiri perkara yang telah dan akan ditulis.
  • Dengan ini, wujud kaedah baru iaitu sistem pemerhatian dalam penilaian atau penulisan.
Niccolo Machiavelli ( 1469-1527)
  • Dalam bukunya The Prince ( Penguasa ) beliau menyarankan seseorang raja harus mempunyai kuasa yang mutlak.
  • Raja atau pemerintah harus ditakuti dan bukannya disayangi oleh rakyat.
  • Rakyat harus mmeberikan kesetiaan sepenuhnya kepada raja atau pemerintah kemudian barulah kepada Gereja Katolik.
  • Falsafah politik beliau ini yang penuh konntroversi telah mnegukuhkan nasionalisme dan membuka jalan ke arah pembentukan Negara bangsa di Eropah.
Patron
  • Sumbangan penaung ini kepada warisan sejarah Bandar- Bandar di Eropah dapat kita lihat pada hari ini.
  • Sekiranya wujud penaung seperti itu di Malaysia kita akan dapat memulihara warisan Negara.
Perselisihan Galileo Galilei ( 1564-1642)
  • Beliau telah memanjangkan idea yang dibawa oleh Nicholas Copernicus ( 1473-1543) bahawa matahari merupakan pusat alam sedangkan gereja menyatakan bumi ialah pusat alam.
  • Pertentangan ini telah menyebabkan belaiu dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1635.
Katedral
  • Merupakan gereja besar di bawah bidang kuasa seorang bishop.
Leonardo da Vinci ( 1452-1519)
  • Beliau menjadi contoh terbaik manusia Renaissance yang ideal dalam membangunkan dan membina bakat seseorang.
  • Beliau adalah versatile, menguasai kesemua bidang ilmu termasuklah seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi, serta perang dan strategi ketenteraan.
  • Beliau telah mendahului zamannya serta mempunyai semangat inkuiri dan ingin mencari jawapan bagi segala kejadian alam.
  • Beliau memenuhi buku catatannya dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal, antaranya termasuklah busur panah gergasi yang digerakkan dengan menggunakan roda.
Tokoh- tokoh Zaman Reinassance
  • Muzik- Johann Sebastian Bach ( 1685-1750)
  • Lukisan – Minchelangelo ( 1475-1564) Raphael (1483-1520)
  • Ukiraan- Ghiberti ( 1378-1455)
  • Sains- Nicholas Copernicus ( 1473-1543), Galileo Galilei ( 1564-1642)
Tokoh Counter Reformation
  • St Ignatius Loyola (1491-1556)
o   Merupakan bekas askar
o   Beliau menjadi paderi setelah menghabiskan banyak masa membaca tentang kehidupan orang agama semasa menjalani rawatan kecederaan ketika berperang.
o   Beliau telah mengamalkan disiplin diri dan hidup secara sederhana.
o   Amalan ini menjadi ikutan paderi muda yang lain.
o   Mereka ini dikenali sebagai Jesuit dan menjadi pemimpin dalam kerja kebajikan dan pendidikan.
o   Seorang tokoh Jesuit terkenal yang ditugaskan menyebarkan agama tersebut ke Timur ialah St. Francis Xavier ( 1506-1552)


PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

  • Merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan lautan luas bagi membolehkan mereka menuju ke Timur.
  • Pada abad ke-16, mereka telah aktif menjelajah ke beberapa buah kawasan di luar Eropah.
  • Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance turut membantu kegiatan penerokaan dan penjelajahan Eropah.
  • Sebelum orang Eropah sendiri berjaya sampai ke Timur, barangan dari Timur hanya diperolehi dari Istanbul.
  • Penguasaan Istanbul oleh Turki pada tahun 1453 menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan melalui laluan ini.
  • Orang Eropah telah berikhtiar mencari laluan alternative ke Timut.
  • Ini telah mendorong mereka meneroka Lautan Atlanti dan akhirnya mereka telah berjaya menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur.
·         Ini jelas menggambarkan kepada kita bagaimana masyarakat Eropah pada masa itu begitu berani dan optimis sehinggakan mereka sanggup menyambut cabaran untuk mencari jalan penyelesaian apabila mereka berhadapan dengan masalah yang menyekat perkembangan ekonomi mereka.






Penemuan Jalan Laut dan Dunia Baru.

Sebab- sebab penjelajahan

·         Antara faktornya ialah desakan ekonomi dan semangat keagamaan.
·         Orang Eropah pada masa itu ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari timur.
·         Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang banyak bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha ini.
·         Sepanyol telah menumpukan penerokaannya ke Amerika Latin, walaupun kuasa ini turut menjelajah ke Timur.
·         Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut Sepanyol.
·         Kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin.
·         Kedua- dua kuasa tersebut saling bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tanah jajahan.
·         Persaingan ini akhirnya telah menyebabakn pihak Paus di Rom menggesa kedua- dua kuasa tersebut menetapkan kawasan pengaruh masing- masing.
·         Termeterainya Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 di mana
o   Kawasan ke Timur dari Kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik telah dianggap sebagai kawasan Portugal dan kawasan ke baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol
·         Antara pelaut unggul pada zaman itu termasuklah Christopher Columbus- beliau merupakan orang Eropah pertama sampai ke Amerika.
·         Dalam pelayaran ke Timur pula salah seorang pelayar terkenal pada masa itu ialah Ferdinand Magellan.
·         Beliau telah terbunuh di salah sebuah pulau di Filipina dalam perjalanan menuju ke Kepulauan Maluku.
·         Pada masa itu perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah dan raja mereka.
·         Inilah satu-satunya faktor penting yang mendorong kuasa Sepanyol dan Portugal untuk menjelajah ke Timur.
·         Sepanyol dan Portugal juga dua buah Negara Katolik yang mempunyai pengaruh gereja yang kuat.
·         Pihak penguasa gereja amat menekankan usaha untuk menyebarkan ajaran Kristian ke seberang laut.
·         Sepanyol yang pernah dikuasai oleh Islam pada masa dulu begitu bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian pula.
·         Faktor keagamaan turut memainkan peranan dalam aktiviti penjelajahan ini.
·         Monarki baru di England, Peranchis dan Belanda turut menggalakan penjelajahan dunia di luar Eropah.
·         Penjelajahan orang Eropah pada masa tersebut sering diuruskan dengan kata- kata Gold, Glory, dan Gospel

Kesan- kesan Penjelajahan Terhadap Masyarakat Setempat.

  • Bidang Politik
o   Banyak pengusaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah.
o   Perjanjian itu secara langsung atau tidak telah mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.
o   Wakil kuasa Eropah ini terdiri daripada syarikat berpiagam telah diwujudkan di
1.      Belanda
2.      Great Britain.
3.      Peranchis
4.      Denmark.
o   Antara syarikat- syarikat berpiagam yang Berjaya termasuklah
1.      Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC)
2.      Syarikat Hindia Barat Belanda ( WIC)
3.      Syarikat Hindia Timur Inggeris ( EIC)
o   Syarikat berpiagam ini telah berdagang dari Eropah ke
1.      Carribean
2.      Latin Amerika
3.      Afrika
4.      India
5.      Asia Tenggara
6.      Asia Timur.
o   Peranan syarikat berpiagam yang ditubuhkan di Peranchis dan Denmark tidak begitu terserlah seperti peranan VOC dan EIC.

  • Bidang Ekonomi
o   Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
o   Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal.
o   Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
o   Jalan pelayarn perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dahulunya dikuasai oleh pedagang Islam dan Arab kini telah dikuasai oleh Portugal.
o   Malah laluan yang dikuasai itu bukan sahaja meliputi jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan Hindi tetapi juga di Laut China Selatan iaitu di China dan Jepun.

  • Bidang Sosial
o   Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.
o   Di beberapa daerah, masyarakat pribumi juga menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian.
o   Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia Baru dan Asia.
o   Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan telah berjaya menakluki Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec dan menakluki Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
o   Penghijrahan beramai- ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
o   Kerajaan Sepanyol melihat daerah Amerika Latin ( Dunia Baru) sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan perak.
o   Bagi golongan gereja pula, Dunia Baru itu dianggap tempat untuk menyebarkan agama Kristian.
o   Penyebaran itu berlaku secara berleluasa di kalangan masyarakat peribumi.
o   Para pemodal Sepanyol pula telah mengekploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka.


  • Dalam bahasa Sepanyol penjelajahan dan penaklukan Sepanyol dikenali sebagai conquista dan para penaklukannya sebagai conquisadors.
  • Brazil telah dijajah dan dipengaruhi oleh kuasa Portugal.
  • Di Timur tidak terdapat petempatan orang Sepanyol atau orang Peranchis secara besar- besaran.
  • Di Filipina dipengaruhi oleh Sepanyol.
  • Melaka dan Goa pula diduduki oleh Portugal.
  • Segala perkembangan di Eropah dari zaman Reinassance hingga ke Zaman Penjelajahan dan Penerokaan telah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya penerokaan.
o   Ilmu pengetahuan
o   Semangat inkuiri
o   Kegigihan usaha
o   Keberanian meneroka lautan serta daratan.
  • Segalanya dikendalikan oleh mereka tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi
  • Sifat dan semangat inilah yang telah menyebabkan masyarakat Eropah pada masa itu terutamanya Sepanyol dan Portugal telah dapat mengembangkan pengaruh mereka ke Amerika Latin dan Asia.
o   Sifat dan semangat positif yang sedemikian itulah yang harus dijadikan iktibar dan amalan kehidupan generasi masa kini.
o   Biarpun keadaan dunia sudah jaun berubah, semangat dan kegigihan seperti yang telah dipamerkan oleh peneroka dan penjelajahan masa lampau tetap boleh memanfaatkan ahli masyarakat kini dalam bidang masing- masing.

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

  • Revolusi- merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh.
  • hal ini boleh berlaku dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.
  • Revolusi dalam sesuatu bidang akan memberikan kesan kepada bidang lain atau kehidupan manusia secara keseluruhannya.
  • Conntoh, revolusi politik ialah apabila terdapat satu kebangkitan yang menukarkan sistem pemerintahan contohnya daripada zaman Kolonial kepada pemerintahan Pribumi.
  • Kadang- kadang revolusi berlaku dalam masa yang agak lama dan secara berterusan.
  • Revolusi Perindustrian, contohnya tidak berlaku secara mendadak dalam sehari dua atau sebulan.
  • Negara pertama di dunia yang mengalami Revolusi Perindustrian ialah Britain.
  • Sebelum itu terdapat Revolusi Pertanian.
  • Revolusi Perindustrian telah dianggap sebagai saru revolusi yang menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian.

Perkembangan Bidang Pertanian.
  • Sebelum berlakunya Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan telah dikendalikan secara kecil- kecilan.
  • Pengeluaran makanan secara besar- besaran semasa Revolusi Pertanian telah dapat dilakukan kerana wujudnya beberapa faktor
o   Terdapatnya perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah
o   Terdapatnya penggunaan kaedah atau teknik saintifik- teknik ini merangkumi penanaman yang lebih efisien.
o   Terdapat kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

Pemilikan Tanah Persendirian.
  • Sebelum revolusi terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu
o   Sistem Pemilikan Tanah Persendirian
o   Sistem Pemilikan Tanah Awam.
  • Tanah milik persendirian secara umumnya dipunyai oleh golongan kaya.
  • Tanah awam pula sebenarnya juga merupakan tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan
  • Tetapi rakyat biasa di Britain diizinkan mengikut adat kebiasaan menggunakan tanah awam itu.
  • Tanah tersebut digunakan untuk:
o   Bercucuk tanam secara kecil- kecilan
o   Memelihara ternakan
o   Memburu binatang
o   Memancing di tempat terdapatnya sungai dan tasik.
  • Dalam masyarakat lama, penggunaan tanah awam secara beramai- ramai tidaklah merupakan satu masalah.
  • Malah amalan tersebut juga mempunyai fungsi sosial kerana amalan ini member peluang kepada orang biasa untuk menampung kehidupan harian mereka.
  • Dalam keadaan Negara Britain menghadapi masalah pertambahan pemduduk, hasil pertanian perlulah ditingkatkan.
  • Oleh sebab itu tuan- tuan tanah yang dahulunya membiarkan tanah mereka digunakan oelh rakyat jelata kini mahu memanfaatkan tanah awam tersebut bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar- besaran.
  • Pada masa itu iaitu pada abad ke-18 harga gandum kian meningkat.
  • Terdapatlah usaha daripada pihak tuan tanah untuk memagari tanah awam tersebut.
  • Tuan-tuan tanah telah mendapatkan kelulusan daripada daripada parlimen bagi menguatkuasakan proses tersebut.
  • Antara tahun 1761-1792 hampir 500 000 ekar tanah telah dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah.
  • Terdapat beberapa implikasi penting daripada peristiwa ini.
§  Kini telah tersedia kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman besar- besaran.
§  Kawasan pertanian inilah dinamakan ladang.
§  Rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan mereka, kini telah kehilangan punca rezeki.
§  Golongan petani- petani kecil ini menjadi sebahagian daripada buruh ladang.
§  Apabila berlakunya Revolusi Perindutrian di Britain, mereka telah berhijtah ke kawasan Bandar dan menjadi buruh kilang.
§  Kegiatan pertanian dikendalikan secara besar- besaran bagi memaksimumkan keuntungan.

Kaedah dan Ciptaan Baru Dalam Pertanian.

  • Kaedah dan ciptaan peralatan telah membolehkan penanaman dilakukan secara efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan.
  • Kaedah baru yang digunakan ialah
o   Penanaman Secara Bergilir.
§  Sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim.
§  Tanaman yang berbeza menggunkan nutrient tanah yang berbeza, maka semua tanaman dapat tumbuh dengan subur.
§  Tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong seperti sebelumnya.
§  Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.

o   Penanaman dicipta oleh Jethro Tull
§  Untuk kegunaan menggali dan menugal.
§  Alat ini membolehkan lubang digali secara serentak.
§  Ini telah dengan sendirinya membolehkan penugalan serta penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas.


Pertanian Komersial.
  • Apabila cara menanam telah direvolusikan, maka kuantiti hasil pertanian telah dapat dipertingkatkan.
  • Seterusnya baja asli juga digunakan secara meluas dan ini telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian bertambah.
  • Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini telah membawa kepada lebihan produk
  • Setelah para peladang menggunakan produk yang telah dihasilkan itu untuk keperluan harian mereka, masih terdapat bakinya. Oleh itu baki atau lebihan tersebut telah diperdagangkan.

Maklumat Tambahan.
Maklumat
Penerangan.
Pemerintahan Sepanyol dan Portugal
  • Raja Sepanyol- Ratu Isabella dan Ferdinand Aragon.
  • Raja Portugal- Putera Henry yang terkenal sebagai Henry Pelaut ( 1394-1460)
Pangakalan Penjajah
  • Bandar pelabuhan utama di sepanjang lalaun kapal dari Timur ke Barat dan bangsa Eropah yang menguasainya
o   Goa- Portugis
o   Madras – Inggeris
o   Calcutta- Inggeris
o   Pulau Pinang- Inggeris
o   Singapura- Inggeris
o   Melaka- Portugal/Belanda/Britain.
o   Batavia- Inggeris
o   Macao- Portugis
Contoh Revolusi Politik
  • 1789- Revolusi Peranchis: perubahan daripada sistem monarki kepada demokrasi Borjuis.
  • 1911- Revolusi China: perubahan daripada sistem monarki kepada sistem republik.
  • 1917- Revolusi Rusia: perubahan daripada sistem monarki kepada sistem komunis.
  • 1949- Revolusi Indonesia: perubahan daripada sistem kolonial keapada sistem pribumi.

Sistem Penggiliran Tanaman
  • Lord Townshend (1674-1738) tuan punya ladang yang luas telah mengubah kaedah perladangannya dengan mencuba sistem tanaman giliran.
  • Daripada percubaannya, beliau mendapati Semanggi, Clocver dan Turnip amat sesuai ditanam secara bergilir dan beliau memperolehi pulangan yang lumayan daripada sistem tersebut.
  • Beliau juga mendapati turnip merupakan tanaman terbaik berbanding semanggi.
  • Beliau telah menggalakkan para petani menggunakan sistem ini dengan menanam turnip sebagai salah satu tanaman yang digilirkan.
  • Thomas William Coke ( 1752- 1842) pula telah memperbaiki sistem penggiliran itu dan mendapati hasil pertanian dan pulangannya berlipat ganda.
Rekaan Mesin dalam Industri Tekstil
  • 1733- Flying Shuttle rekaan John Kay (1704-1764) telah mempercepatkan kerja menenun kain. Rekaan ini menyebabkan bekalan benang untuk kerja tenunan perlu dipertingkatkan. Oleh itu, mesin pemintal berikut telah direka.
  • 1765- Spinning Jenny rekaan James Hargreaves ( 1720-1778)
  • 1765- Water Frame rekaan Sir Richard Arkwright ( 1732-1792)
  • 1790- Mule rekaan Samuel Crompton ( 1753-1827)
  • Menjelang tahun 1790 dengan perantaraan mesin-mesin di atas pengeluaran tekstil telah meningkat sepuluh kali ganda dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 1770.

PERKEMBANGAN BIDANG PERINDUTRIAN.

  • Sumbangan Revolusi Pertanian terhadap pertumbuhan dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain adalah dari segi penyediaan modal.
  • Para peladang menjadi hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian.
  • Kesediaan mereka untuk melaburkan modal ini juga menggambarkan perubahan sikap.
  • Mereka sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang baru yang belum pasti menjamin pulangan.
  • Revolusi Pertanian juga telah menyediakan bahan makanan untuk menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat.
  • Dengan terdapatnya bekalan makanan ini, Britain tidak perlu terlali bergantung pada pengimportan bahan tersebut dari luar.
  • Dana yang diselamatkan itu dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan industri dalam Negara.
  • Revolusi Pertanian telah menyediakan asas pencetusan Revolusi Perindustrian di Britain.
  • Rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta semangat dan kegiatan keusahawanan juga membantu perkembangan perindustrian.
  • Gabungan antara kedua- dua faktor ini dapat dikesan daripada kegiatan James Watt dan Boulton.
  • Data kreativiti semangat inovatif serta kegiatan keusahawanan ini terdapat ramai lagi tokoh di Britain sepanjang Revolusi Perindustrian.
  • Inilah ciri- ciri yang telah mendasari dan mendinamiskan kemajuan di Britain pada masa tersebut.


Peralihan daripada Industri Desa kepada Perkilangan
  • Kegiatan pertanian telah banyak berubah setelah terdapatnya kaedah dan ciptaan baru.
  • Sebelum Revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil- kecilan dengan menggunakan tenaga manusia.
  • Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin, maka pengeluaran barangan telah dapat dihasilkan secara besar- besaran melebihi paras keperluan penguasaha itu sendiri.
  • Lebihan produk yang dihasilkan dengan perantaraan penggunaan mesin ini telah diperdagangkan atau dikomersialkan.
  • Revolusi Perindustrian ini merangkumi perubahan dalam teknik pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.

Pengkhususan Pengeluaran.
  • Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi.
  • Untuk mengawal kos, para pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industry mereka dalam terlalu banyak bidang.
  • Ini telah mendorong mereka untuk menjurus atau mengkhusus dalam satu bidang sahaja seperti bidang tekstil.
  • Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedahnya yang tersendiri kerana para majikan dan pekerja menjadi kian mahir dalam bidang dipilih dan dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing- masing dalam bidang tersebut.
  • Hasil daripada usaha membaiki prestasi ini, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan.
  • Apabila kuantiti produk industry dapat ditingkatkan, maka produk tersebut telah dapat dipasarkan secara meluas bukan hanya di dalam negeri tetapi juga di luar negara.

Penggunaan Teknologi.
  • Sebelum teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran telah dikendalikan dengan menggunakan
o   Tenaga manusia
o   Tenaga binatang
o   Air
  • Contohnya sebelum enjin berkuasa wap untuk memacu bot, tenaga manusia digunakan untuk mendayungnya.
  • Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak.
  • Manusia dan binatang boleh mengalami kepenatan yang mengakibatkan kerja atau tugasnya tidak boleh dikendalikan secara berterusan.
  • Apabial mesin berkuasa wap digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di perairan atau di darat, masalah keletihan ini dapat diatasi.
  • Ini bermakna apabila para penguasaha menggunakan mesin, barangan dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.
  • Kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah.
  • Apabila harga barangan menjadi murah, barangan tersebut mudah dipasarkan kepada masyarakat yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi.
  • Barangan tersebut boleh dikomersialkan pada peringkat antarabangsa.
  • Apabila sesuatu barangan tersebut dapat menembusi pasaran antarabangsa, para usahawan boleh mendapatkan keuntungan yang lumayan.
  • Dengan keuntungan tersebut, para usahawan bukan sahaja dapat menampung segala kos pelaburannya, tetapi juga boleh menggunakan sebahagian daripada keuntungan itu untuk mempertingkatkan lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan mereka.
  • Pelbagai mesin yang telah direka pada Zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi awal ialah tenaga wap.
  • Penghasilan tenaga wap telah dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu.
  • Dari segi ini, Negara Britain beruntung kerana mempunyai sumber atau bekalan arang batu yang banyak.
  • Kepentingan arang batu pada peringkat permulaan Revolusi Perindustrian boleh dibandingakn dengan kepentingan minyak pada zaman sekarang.
  • Arang batu itu sendiri hanya dapat dilombong atau digali dengan mudah dan efisien apabila terdapat rekaan peralatan yang lebih moden dan sesuai.
  • Mesin tersebut yang direka oleh John Newcomen telah memanfaatkan tenaga wap hasil pembakaran arang batu.
  • Satu perubahan boleh mendatangkan atau mengakibatkan beberapa perubahan lain.
  • Penggunaan kuasa wap juga amat membantu perkembangan sistem pengangkutan.
  • Sistem pengangkutan yang penting dan berkesan semasa permulaan industry ialah keretapi dan kapal laut.
  • Jentera dan enjin yang mengendalikan keretapi dan kapal laut para era Revolusi Perindustrian.
  • Jentera yang mengendalikan keretapi dan kapal laut menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada pembakaran petrol.

Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.

  • Pertanian sebagai Punca Ekonomi.
§  Kegiatan pertanian telah dikomersialkan.
§  Kegiatan utama ekonomi pada masa itu ialah penanaman bijiran seperti gandum, jagung dan sebagainya.
§  Lebihan produk pertanian yang dihasilkan telah dieksport dan ini membolehkan para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
§  Revolusi Pertanian juga telah menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian.
§  Pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat Britain pada masa itu.
§  Apabila Revolusi Perindustrian tercetus beberapa kesana atau perubahan lain telah berlaku dalam bidang sosial dan ekonomi.
§  Revolusi Perindustrian, kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang ekonomi Negara.
§  Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai buruh pertanian.
§  Perindustrian telah menjadi punca ekonomi baru dan penting kepada pelbagai lapisan rakyat Britain.
§  Seiring dengan perubahan ekonomi ini terdapat juga perubahan sosial. Contohnya kedudukan tuan- tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah digantikan oleh para pengusaha dan pemilik kilang.

  • Peningkatan Perdagangan Antarabangsa
§  Lebihan produk hasil daripada Revolusi Pertanian dan revolusi Perindustrian tidak dapat dipasarkan semuanya di dalam Negara.
§  Produk tersebut terpaksa diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
§  Britain dapat mengendalikan aktiviti perdagangan antabangsa ini dengan agak mudah kerana negara ini merupakan negara penjajah yang utama serta kuasa maritime yang ulung pada abad ke-18 dan ke-19.
§  Perdagangan antarabangsa mempunyai dua komponen yang penting dan saling melengkapi iaitu eksport dan eksport.
§  Bagi membolehkan indsutri Britain berkembang maju, negara ini memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan.
§  Bagi menampung keperluan perdagangan import dan eksport ini sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan.
§  Britain juga mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi.
§  Pada masa yang sama sumbangan sektor pertanian berkurangan.

  • Kemajuan Bidang Pengangkutan.
§  Pengangkutan domestik di Britain bergantung kepada kereta kuda dan baj.
§  Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem pembikinan jalan raya telah dibaiki dari masa ke masa.
§  Oleh sebab baj juga digunakan, maka kilang- kilang awal di Britain juga terdapat berhampiran dengan sungai dan sistem pengairan atau terusan.
§  Perubahan besar dalam sistem pengangkutan domestik berlaku dengan rekaan dan penggunaan keretapi.
§  Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak tersebut boleh dipacu dengan lebih laju dan enjin itu boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan juga pekerja kilang.
§  Pada mulanya rek keretapi diperbuatkan daripada kayu, kemudian daripada besi dan selepas itu daripada keluli.
§  Para pemodal yang berwawasan telah melabur dalam sector ini dan akhirnya mendapat keuntungan yang besar.
§  Kejayaan sector ini juga mencerminkan kepada kita peri perlunya kombinasi antara ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalan dalam bidang pelaburan modal.
§  Sekiranya sistem pengangkutan darat telah direvolusikan oleh kemunculan keretapi, sistem pengangkutan laut pula telah direvolusi oleh kemunculan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.
§  Revolusi pengangkutan yang dicerminkan oleh keretapi dan kapal berkuasa wap ini membuktikan dengan jelasnya betapa luas dan dinamiknya kesan rekaan enjin berkuasa wap.

  • Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan.
§  Setelah munculnya sistem ekonomi skala besar atau komersial dalam bidang pertanian dan perindustrian, golongan rakyat yang bekerja sendiri kian bertambah kurang.
§  Sebaliknya, muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah dan buruh kilang untuk mengendalikan mesin- mesin.
§  Penggunaan mesin memerlukan pembinaan kilang. Jadi revolusi Perindustrianlah yang telah memperkenalkan sistem perkilangan.
§  Pada peringkat awal Revolusi Perindustrian, kilang yang paling banyak terdapat ialah kilang tekstil.
§  Pada peringkat awal Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
§  Golongan pekerja atau golongan bawahan ini tidak semestinya dapat menyesuaikan diri mereka secara mudah dengan perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku.
§  Contohnya, selepas mesin membuat stoking, renda dan bahan pakaian lain tercipta, kemahiran para penenun dan tukang jahit tradisional tidak lagi diperlukan.
§  Apabial berdepan dengan keadaan yang mencabar, sebahagian daripada para pekerja mahir ini telah memprotes dan memusnahkan mesin- mesin pemidang yang digunakan dalam pembutan stoking dan renda.
§  Salah satu kegiata memprotes begini pada awal abad ke-19 dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
§  Lama- kelamaan semua pihak mula sedar bahawa penggunaan mesin dalam industry pembuatan tidak dapat disekat lagi.
§  Seterusnya dari masa ke masa mesin yang lebih besar dan kompleks telah kian bertambah hingga ke hari ini.
§  Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian terdapat Akta Antipenggabungan (Anti Combination Act) yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
§  Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.
§  Larangan ini telah menyulitkan para pekerja kerana tidak semua majikan bersikap timbangrasa kepada pekerja mereka.
§  Pada masa ini kanak- kanak di bawah umur 10 tahun seing dieksploitasi di kilang dan di lombong arang batu.
§  Mereka bekerja melebihi 10 jam sehari.
§  Pada zaman itu, majikan yang terpengaruh dengan falsafah dan sistem ekonomi bebes bekerja keras agar campurtangan kerajaan dihindarkan daripada kegiatan ekonomi.
§  Bagi mereka tara gaji serta amalan perburuhan harus ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata- mata.
§  Keadaan perburuhankian bertambah baik apabila terdapatnya peningkatan kesedaran tentang hal ini di kalangan lapisan masyarakat.
§  Pada tahun 1824, Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan.
§  Pada dekad- dekad yang berikutnya, pelbagai akta telah diluluskan oleh parlimen demi memastikan kesejahteraan turut terbela.
§  Dengan ini, para majikan tidak boleh lagi bertindak sewenang- wenangnya demi memburu keuntungan semata-mata.

IMPREALISME BARAT DI ASIA.

  • Imprealisme boleh diertikan sebagai penguasaasesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah.
  • Penguasaan ini bertujuan mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.
  • Fenomena sebegini memang boleh dikatakan telah berlaku dari zaman awal Eropah, semenjak zaman Rom.
  • Pada abad ke-15 dan ke-16 didapati kuasa seperti Sepanyol dan Portugal telah menakluk daerah di Asia dan Amerika Latin.
  • Kegiatan negara kuat mengeksploitasi negara lemah ini berlaku dengan lebih rancak lagi selepas Revolusi Perindustrian di Eropah.
  • Pengeksploitasian ini walau bagaiamanapun turut membawa suatu unsure baru.
  • Sebelum Revolusi Perindustrian ekonomi negara di luar Eropah yang dijajah tidak distrukturkan semula untuk memenuhi kehendak ekonomi negara penjajah.
  • Kuasa barat pula pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan seperti rempah ratus, emas dan perak sahaja.
  • Sebaliknya pada Zaman Revolusi Perindustrian negara seperti Britain kemudian Belanda dan negara Eropah yang lain mempunyai matlamat atau dasar untuk mengubah ekonomi negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka.
  • Mereka mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dan dalam kuantiti yang banyak serta secar berterusan daripada tanah jajahan.
  • Struktur ekonomi di daerah yang dijajah telah diubah bagi menghasilkan bahan mentah secara komersial.
  • Sesetengah pengkaji mahu membezakan dasar baru daripada dasar yang terdapat pada abad ke-14 dan ke-15.
  • Penjajahan pada zaman Revolusi Perindustrian yang bermula dari sekitar tahun 1870 juga diistilahkan sebagai Imprealisme Baru.

Faktor- Faktor Yang Mendorong Kedatangan Kuasa- Kuasa Barat Ke Asia.
  • Selain matlamat untuk mendapatkan bahan mentah seperti yang diperkatakan di atas, negara perindustrian Barat menjelajah Afrika dan Asia untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri masing- masing.
  • Britain merupakan negara perindustrian dan kuasa maritim yang terulung pada masa itu, Britain telah mendahului negara- negara Eropah yang lain.
  • Setelah Revolusi Perindustrian merebak ke benua Eropah, negara seperti Jerman, Belanda, Perancis dan Itali juga menjadi kuasa Imperealis.
  • Revolusi pengangkutan yang berlaku dengan kewujudan sistem jalan keretapi dan ciptaan kapal wap telah memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan.
  • Hasil kedua- dua revolusi ini, negara Eropah yang mempunyai teknologi yang jauh melebihi negara di Asia dan Afika ini telah berlumba antara satu sama lain untuk mendapatkan daerah masing- amsing di Asia dan Afrika.
  • Menjelang tahun 1830, saingan daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat kian kritikal kerana negara- negara tersebut telah melindungi industri mereka dengan peraturan tarif  masing- masing.
  • Jadi Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan juga Afrika memandangkan barangan Britain tidak lagi dieksport ke Amerika dan Eropah secara mudah seperti dahulu.
  • Terdapat di kalangan ahli masyarakat Barat yang juga berhasrta untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut.
  • Wujud semangat berlumba- lumba di kalangan negara Barat untuk saling mengatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk kawasan atau daerah di luar Eropah.
  • Kuasa Barat seolah- olah menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai status atau simbol yang menandakan bahawa mereka sudah menjaadi sebuah kuasa yang kuat.
  • Orang- orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka di luar Eropah sebagai tanggungjawab bersama.
§  Inggeris menyebut sebagai : The White man’s burden.
§  Peranchis menyebut sebagai: Mission Civilisatrice.
§  Jerman menyebut sebagai: Tugas menyebarkan budaya.
§  Amerika menyebut sebagai: The Blessing of the Anglo- Saxon Protection.
Kesan- Kesan Imprealisme Terhadap Asia Tenggara

  • Kesan Politik.
§  Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang drastik
§  Para pemerintahan tempatan telah terpaksa menerima para penasihat dan juga pentadbir dari barat.
§  Sstem politik termasuklah perundangan peribumi telah diubahsuai atau ditukar agar menyerupai sistem barat
§  Persaingan kuasa-kuasa barat telah berlaku di Asia
§  Kuasa inggreis telah campurtangan di Tanah Melayu, Burma, India dan China.
§  Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat iautu Ingggreis di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.
§  Perancis yang menjaid saingan Britain telah menjajah Indo-China (Laos, Vietnam dan Kemboja) dan Amerika pula menduduki Filipna

  • Kesan Ekonomi
§  Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dapat member manfaat kepada ekonomi Negara Metropolitan
§  Ekonomi Tanah Melayu contohnya, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industry di Britain.

  • Kesan Sosial
§  Dengan pertapakan Barat ke atas Tanah Melayu, sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan.
§  Sistem pendidikan Inggeris tidak disebarkan secara meluas dan berkesan.
§  Sistem tersebut hanya terhad di kawasan Bandar dan di khususkan untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan pentadbiran British sahaja.
§  Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pendidikan inilah kemudian terpaksa diperbaiki oleh kerajaan pribumu yang ebrkuasa selepas merdeka. Inilah satu - satunya perkara yang harus mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini.
§  Kuasa Barat telah bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.
§  Dasar ini telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat.
§  Kuasa penjajah tidaklah mengendalikan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
§  Sekali lagi tugas untuk meransang dan menjalinkan hubungan baik di kalangan pelnbagai kaum telah terpaksa di pikul olej pemerintah pribumi selepas merdeka. Ini merupakan hasil peninggalan dan kesan daripada era penjajahan.

v  Kesan dan permasalahan yang telah ditinggalkan oleh kuasa penjajah inilah yang perlu disedari sepenuhnya oleh generasi kini dan akan datang.
v  Kesedaran tersebut tentunya kaan mendorong seseorang itu memahami sistuasi selepas penjajahan secara menyeluruh. Kita menyanjung tinggi pelbagai tindakan dalm pelbagai bidang yang terpaksa dilakukan oleh pemerintah pribumi selepas merdeka.


MAKLUMAT TAMBAHAN
Maklumat
Keterangan
Gabungan Daya Rekaan dan kegiatan Keusahawanan
  • James Wat (1736-1819) pada tahun 1763 telah berupaya membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen (1663-1729). Hasilnya enjin tersebut dapat mengeluarkan tenaga dengan lebih efisien.
  • Kemudian beliau telah menubuhkan syarikat bersama Matthew Boulton (1728-1808).
  • Menjelang lewat tahun 1780-an syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
  • Usaha mencipta, kegigihan menyelidik dan semangat keusahawanan yang ditunjukkan oleh Watt ini yang patut diteladani oleh generasi masa kini.
Enjin berkuasa wap Newwcomen
  • Pada tahun 1702, Thomas Newcoman telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudiannya telah digunakan dengan meluas dalam bidang perlombongan arang batu.
  • Dengan rekaan ini, pam telah dapat digunakan untuk mengatasi masalah rembesan dan takungan air.
  • Lantas kerja melombong arang batu menjadi lebih mudah dan kuantiti produk dapat dipertingkat.
Implikasi dan faedah rekaan Newcoman
  • Peningkatan hasil arang batu amat membantu proses Revolusi Perindustrian di Britain.
  • Arang batu merupakan sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap.
  • Peningkatan pengeluaran arang batu telah memberikan faedah kepada pelbagai bidang perusahaan lain seperti pembuatan, perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan.
Kegunaan kuasa enjin wap dan perkembangan pengangkutan keretapi.
  • Awal tahun 1800-an enjin berkuasa wap untuk memacu bot di air.
  • Tahun 1820-an enjin berkuasa wap mula digunakan untuk memacu kenderaan di darat.
  • Tahun 1829: lokomatif rekaan George Stephenson dengan jayanya dipacu menggunakan enjin berkuasa wap.
  • Lokomatif tersebut Rocket bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel yang baru dibina di antara Liverpooldan Manchester.
  • Tahun 1840-an: menjelang dekad ini era pembinaan keretapi dan rel telah bermula di Eropah dan Amerika Syarikat.
  • Tahun 1879: keretapi pertama beroperasi di Tanah Melayu di antara Port Weld ke Taiping.
Pergerakan luddite
  • Gerakan pekerja di Britain pada tahun 1810 yang membantah penggunaan kaedah pengeluaran baru di kilang- kilang dan yang ingin mengekalkan kaedah tradisional.
Akta Parlimen bagi membela nasib pekerja
  • Pada tahun 1833 Akta Kilang telah digubal  mengikut akta ini kanak- kanak di bawah umur 9 tahun dilarang bekerja dan mereka dimestikan bersekolah.
  • Bagi kanak- kanak yang layak bekerja, had masa bekerja mereka ditetapkan tidak melebihi 9 jam sehari.
  • Para majikan dikehendaki memastikan keselamatan pekerja mereka di kilang.
Akta Lombong
  • Diperkenalkan pada tahun 1842. Akta ini telah melarang penglibatan kanak- kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan tekstil bekerja lebih daripada 10 jam sehari.
Tariff
  • Cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan import.

25 comments:

  1. tolong sendkan kat emel saya leh x

    intan97comel@gmail.com

    ReplyDelete
  2. salam, boleh tolong sendkan kepada email sye, "fikri.al.anuar@gmail.com" terime kasih.

    ReplyDelete
  3. salam .. saye nak coy ni boleh ? tolong sendkan kat email saye * mia97mya@gmail.com * tolong ye send kan terime kasih ^^

    ReplyDelete
  4. tolong emailkan saya this information, really need this information.. nabilalif8@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...tolong sendkan info ini kpd email sy " faris92ashiah@gmail.com " mohon sgt3..i really need this info.

    ReplyDelete
  6. Can i get a copy of that ? "haujian98@gmail.com"

    ReplyDelete
  7. cikgu bolehkah email nota kepada saya ? dingdengdong5115@gmail.com

    ReplyDelete
  8. cikgu bolehkah emailkan kepada saya nota ini ?

    ReplyDelete
  9. Hi, can I ask for a copy of this? sandy231098@hotmail.com thanks ^^

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, cikgu....boleh tolong emelkan nota ini ke niq_nasrieyah@yahoo.com.my..tksih

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,can you sent me a copy urgently at adihazim27@yahoo.com.THANK YOU

    ReplyDelete
  12. Me too me too~~~vivienlay@hotmail.com

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..tolong send ke email sebab sya sangat memerlukan nota semester ini.. jurisdarisno@gmail.com

    ReplyDelete
  14. i really need these information..can u send it to my email khalidaabdulkhois@gmail.com...ASAP please

    ReplyDelete
  15. can i've the copy too . i need it as fast as can . nk buat rujukan utk kertas 3. and esok saya nk kne balik asrama dah saya harap awak blh tlg email kan saya maklumat ni ~ nurulasyasyiqin@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Hi i can't copy this can you send me for my email plz supastrikas239@gmail.com thank you

    ReplyDelete
  17. Hi i can't copy this can you send me for my email plz supastrikas239@gmail.com thank you

    ReplyDelete
  18. can you send me a copy urgently tqq farhanafuat45@gmail.com

    ReplyDelete
  19. hi,i realy need this copy because i need to use in exam , please email me ASAP .... idalan2013@gmail.com .... sure tq so much ^^ .

    ReplyDelete