Wednesday, January 25, 2012

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA.

BAB 7:  ISLAM DI ASIA TENGGARA.

PENGENALAN.
  • Asia Tenggara terletak dia antara China di sebelah Timur dan India di sebelah barat.
  • Kedua- dua wilayah ini dihubungi oleh Selat Melaka yang  juga terletak di Asia Tenggara. Ini menjadikan Asia Tenggara amat strategik.
  • Peranan penting Selat Melaka sebagai jalan penghubung di antara China dan India juga telah melahirkan Bandar pelabuhan yang penting seperti:
§  Srivijaya
§  Perlak
§  Pasai
§  Melaka
§  Bantam
§  Cheribon
§  Makasar
§  Brunei
§  Pattani.
  • Pelabuhan ini telah mempunyai hubungan pelabuhan yang penting di Lautan Hindi seperti
§  Mocha
§  Hormuz
§  Surat
§  Goa
§  Colombo
§  Pattani
§  Pantai Koromandel India seperti Masulipatam dan Pondechherry.
  • Seterusnya pelabuhan di Asia Tenggara juga turut menjalinkan hubungan dengan pelabuhan yang penting di Laut China Selatan seperti Canton atau Amoy di China.
  • Faktor utama yang telah dapat mempertemukan pedagang dari pelbagai pelosok kawasan ini ialah tiupan angin monsun.
  • Angin ini bertiup mengikut musim dan ini telah menentukan jangka waktu yang tepat bagi kedatangan pedagang dari Timur dan Barat ke Melaka.
  • Selain jalan laut, tanah besar Asia juga dihubungkan dengan jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera. Jalan ini merentangi dari wilayah di Asia Barat Tengah dan seterusnya ke China.
  • Sebelum kemunculan Islam di Makkah, Asia Tenggara sememangnya telah menjadi kawasan perdagangan utama bagi pedagang Melayu, Arab, China, dan India.
  • Asia Tenggara menjadi tarikan utama kepada pedagang luar kerana kekayaan hasil buminya yang merangkumi pelbagai produk pertanian, logam, serta hasil hutan yang diperlukan oleh pedagang dari Barat atau Timur.
  • Apabila Islam telah berkembang di Makkah pada abad ke-7M para pedagang Islam yang keluar belayar telah berdakwah ke seluruh rantau Asia Tenggara.

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

  • Sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada umumnya, masyarakat di rantau ini menganut agama Hindu dan Buddha
  • Kebanyakan mereka ini menetap di Bandar pelabuhan seperti
o   Acheh
o   Pasai
o   Perlak
o   Melaka
o   Brunei
o   Gerisik
o   Terengganu
o   Pattani
o   Makasar
  • Terdapat beberapa teori atau pendapat kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
  • Secara umumnya sejarawan mengemukakan tiga teori atau pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu:
o   Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab
o   Teori Kedatangan Islam dari China
o   Teori Kedatangan Islam dari India.

Teori dan Bukti datang dari Semenanjung Tanah Arab.
  • Telah dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh intelektual tempatan Profesor Syed Muhammad Naquib al- Attas
  • Menurut John Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang.
  • Beliau menggunakan bukti catatan orang China yang menyatakan bahawa orang Arab dan Parsi.
  • Sejak awal lagi pedagang Arab ini juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah ke Mesir hingga ke China
  • Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ke-7M
  • Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara terutamanya pelabuhan di Selat Melaka.
  • Disebabkan kedudukan Selat Melaka yang strategik kerana terletak di tengah- tengah laluan perdagangan, pelabuhan- pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsoon untuk ke China.
  • Kebanyakan pedagang Arab telah menetap seberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan sehingga sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ.
  • Perkembangan ini menjadi amat penting kerana menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang- barang mewah yang datang dari China dan India.
  • Selain itu terdapat juga orang Arab di perkampungan ini berkahwin dengan wanita tempatan.
  • Dengan ini wujud aspek yang kukuh bagi pedagang Arab ini menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
  • Masa menunggu perubahan angin monsun juga digunakan oleh para pedagang ini berbincang serta berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama.
  • Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh pendakwah Islam serta pedagang Islam telah menarik minat orang Tempatan untuk mendalami agama Islam.
  • Ada beberapa perkara sifat Islam yang telah menarik pedagang tempat kepada Islam iaitu:
o   Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan.
o   Sifat mementingkan kebersihan
o   Berhemah tinggi.
  • Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam catatan China yang menyatakan bahawa telah wujud perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M
  • Tarikh kewujudan perkampungan ini menunjukkan bahawa Islam telah bertapak di Asia Tenggara sejak awal abad ke-7M
  • Professor Syed Muhammad Naquib al- Attas bersetuju dengan pendapat yang menyatakan Islam di Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab.
  • Beliau menggunakan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.
  • Selain itu perkataan Arab terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada bahas Arab.
  • Tambahan pula adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Contohnya amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.
  • Professor Syed Muhammad Naquib al- Attas juga menyatakan bahawa kebanyakkan karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
  • Contohnya Hikayat Raja- raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail.
  • Beliau Berjaya mengislamkan Raja Pasai iaitu Merah Silu yang kemudiannya bergelar Malik al-Salih manakala Raja Pattani Phaya Tu Nakpa pula diislamkan oleh Syed Said.

Teori dan Bukti Islam datang dari China.
  • Pendapat ini dikemukakan oleh Emmanuel Gadinho Eradia dan S.Q Fatimi.
  • Emmanuel memberikan alasan bahawa Khan Fo atau Canton ( sekarang dikenali sebagai Guang Zhou) telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab yang beragama Islam sejak abad ke-9M
  • Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang di kalangan peniaga China di Negara China.
  • Apabila peniaga China Islam ini berdagang ke Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
  • S.Q Fatimi pula memberikan bukti bahawa berlaku perpindahan berama- ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada tahun 876M.
  • Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang Terengganu.
  • Walaupun Batu Bersurat ini masih tidak diketahui asal usulnya, namun fakta sejarah tang tidak dapat dinafikan ialah Terengganu telahpun wujud sebuah kerajaan tua yanh juga bergantung pada perdagangan.
  • Seterusnya pendapat yang menyatakan bahawa Islam datang dari China diperkukuhkan lagi dengan terdapatnya unsur seni bina pada masjid- masjid di Nusantara seperti di
o   Kelantan
o   Melaka
o   Pulau Jawa
  • Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China tetapi menerusi Champa.
  • Di Melaka, unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung ibadat China ( Pagoda) iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik.
  • Selain terdapat pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid. Begitu juga pada jubin lantai, tangga dan kolam air di masjid.

Teori dan bukti Islam datang dari India.

  • Menyatakan Islam datang dari India terutamanya dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel sejak abad ke-13 dikemukakan oleh Snouck Hurgronje, sejarawan Belanda.
  • Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.
  • Gujerat merupakan pelabuhan penting India pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji di India.
  • Menerusi aktiviti perdagangan, pedagang Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang atau masyarakat di rantau Asia Tenggara.
  • Selain itu terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahin di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.
  • Dengan itu mengikut mereka wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan ke Kepulauan Melayu ini oleh pedagang India Islam.
  • Masyarakat Asia Tenggara juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan India terutamanya dari segi budaya.
  • Kewujudan unsure kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunjukkan terdapat hubungan yang rapat antara kedua- dua Negara sejak dulu lagi.

v  Walaupun ada pelbagai tentang Islam ke Asia Tenggara, namun sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam di rantau ini telah dibawa oleh pedagang Islam.
v  Mereka terdiri daripada pedagang dari Arab, China dan India.
v  Ada sebenarnya bahawa pedagang ini menyebarkan Islam semasa menjalankan aktiviti perniagaan kerana berdakwah dituntut oleh Islam.
v  Usaha awal penyebaran Islam oleh pedagang terhad di kawasan pelabuhan dan di kalangan pedagang.
v  Penyebaran Islam seterusnya telah dikembangkan oleh para ulama sehingga Islam menjadi salah satu agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara.
v  Sebagai masyarakat rantau  ini, kita harus menghargai dan menghormati nilai- nilai yang dibawa oleh Islam.

Maklumat Tambahan

Maklumat
Keterangan
Teori
  • Prinsip yang merupakan asas pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan, pendapat atau pernyataan yang dikemukakan oleh seseorang untuk menerangkan sesuatu perkara.
Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Melayu
  • Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu pada peringkat awal menggunakan bahasa serta gaya penulisan yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab. Contoh, Hikayat Nabi Bercukur.
  • Tiada unsur India atau China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan pada peringkat awal.
  • Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir, al-Quran dan hadis didapati menggunakan Bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.
Catatan Karya Tempatan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara.
  • Hikayat Merong Mahawangsa: Raja Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al- Yamani.
  • Hikayat Acheh: Syed Abdullah Arf telah berusaha mengembangkan Islam di Sumatera.
  • Sejarah Kepulauan Sulu: Mubaligh Islam berketurunan Arab seperti Sharif Hassan dan Awila telah menyebarkan Islam ke Kepulauan Sulu.
Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari China
  • Pada tahun 1953, sepasang batu nisan yang mempunyai ayat-ayat al-Quran dan kalimah Allah bertarikh 1028M ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang.
  • Penemuan ini menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke kawasan Pantai Timur Tanah Melayu sebelum abad ke-13.
  • Pandangan ini mendakwa bahawa Islam telah dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo China dan ke Pekan, Pahang.
Batu Bersurat Terengganu
  • Dijumpai pada tahun 1899M.
  • Batu bersurat ini bertulisan jawi dan bertarikh hari jumaat 4hb Rejab 702h bersamaan 22 Februari 1303M.
  • Tulisan ini telah ditafsirkan oleh intelek tempatan Syeikh Naqiub al-Attas, mengikut beliau catatan pada batu bersurat itu mengatakan tentang kewajiban menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukum terhadap penzina dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.

Penyebaran Islam di Asia Tenggara.

v  Perdagangan
·         Dakwah Islamiah disebarkan ke Asia Tenggara oleh para pedagang Arab, China dan India.
·         Mereka yang berketurunan Arab, China dan India telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia Tenggara seperti di
§  Selat Melaka
§  Teluk Siam
§  Indo-China
§  Kepulauan rempah seperti Maluku dan Makasar.
§  Laut Jawa.
·         Pelabuhan tersebut menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat serta masyarakat tempatan.
·         Kepercayaan dan amalan baru sentiasa menjadi tajuk perbualan serta ikutan mereka yang berada di tempat ini.
·         Disebabkan kemurnian sikap serta tingkah laku pedagang Islam yang datang dari Semenanjung Tanah Arab, India dan China, maka perkara tersebut menjadi ikutan pendudukn setempat.
·         Perkampungan pedagang Islam ini juga telah menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam di kalangan pedagang yang tinggal di situ.
·         Semangat dakwah islamiah yang tertanam di hati pedagang Arab, India dan China ini telah dapat menarik minat masyarakat di Bandar- Bandar pelabuhan.
·         Selain dakwah, mereka juga membawa ulama untuk menyebarkan Islam.
·         Mereka tinggal selama beberapa bulan atau sesetengahnya menetap di pelabuhan di Asia Tenggara untuk menjalankan kegiatan dakwah Islamiah di bandar pelabuhan tersebut.
·         Islam lebih cepat tersebar apabila pedagang yang berdakwah mengamalkan sikap berhemah dan lembah lembut semasa menyampaikan ajaran Islam.
·         Sifat mahmudah yang ada pada pedagang ini juga telah dapat menarik ramai penduduk tempatan untuk memeluk Islam.
·         Selain itu Islam juga tersebar kerana adanya hubungan baik antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan.
·         Pemerintah tempatan biasanya memberikan keistimewaan tertentu kepada pedagang yang singgah di kawasan mereka dan peluang ini digunakan oleh pedagang Islam untuk berdakwah kepada masyarakat tempatan.
·         Disebbakan kejujuran dan sifat amanah para pedagang Islam ini ramai di kalangan mereka telah dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa Bandar pelabuhan di Asia Tenggara. Dengan itu Islam juga tersebar menerusi peranan syahbandar.

v  Perkahwinan
·         Islam juga tersebar menerusi perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.
·         Perkahwinan siasah berlaku di kalangan kerabat di raja contohnya di Melaka Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri, dan Jambi di Sumatera.
·         Selain itu, Raja Melaka juga dikahwinkan dengan raja Pahang dan Raja Kedah.
·         Dengan perkahwinan itu negeri- negeri tersebut dapat diislamkan kemudiannya.
·         Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagang Islam atau ulama Islam dari India atau Semenanjung Tanah Arab dengan penduduk tempatan.
·         Menerusi perkahwinan ini Islam tersebar pula di kalangan keluarga orang yang baru dikahwininya.
·         Seterusnya Islam tersebar pula di kalangan masyarakat sekeliling keluarga yang dikahwini oleh pedagang tersebut.

v  Pengislaman Raja dan Golongan Pembesar
·         Islam seterusnya tersebar menerusi peranan raja dan golongan bangsawan.
·         Masjatajat Asia Tenggara khususnya masyarakat Melayu sangat mentaati golongan pemerintah.
·         Keadaan ini telah menyebabkan raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat.
·         Apabila raja di sesebuah negeri memeluk Islam, amalan ini akan diikuti oleh rakyatnya.
·         Sebagai contoh, pengislaman Megat Iskandar Syah telah diikuti oleh rakyatnya, keluarga di raja dan rakyat Melaka secara keseluruhannya.
·         Di Pasai pengislaman Raja Malik al- Salih juga telah menyebabkan para pembesar turut memeluk Islam.
·         Selepas pengislaman Raja Malik al- Salih juga telah menjadi sebuah kerajaan Islam yang kuat dan seterusnya menerusi usaha yang dijalankan oleh pemerintah Islam tersebar dengan cepat.

v  Kelahiran Kerajaan Islam
·         Antara kerajaan Islam awal di Asia Tenggara termasuklah kerajaan
o   Perlak
o   Samudera-Pasai
o   Melaka
o   Acheh
o   Demak
o   Mataram
o   Sulu
o   Mindanao
·         Kesemua kerajaan ini telah meluaskan Islam menerusi penguasaan terhadap kawasan baru.
·         Sejak abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal.
·         Salah seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam ialah Tun Perak.
§  Tun Perak ialah bendaharan Melaka yang berpengaruh telah Berjaya menguasai beberapa kawasan baru seperti kawasan.
*      Pesissiran Pantai Sumatera Utara iaitu Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri.
*      Penguasaan terhadap kawasan ini membolehkan rakyat kawsan baru yang dikuasai itu mendapat keistimewaan daripada Melaka.
*      Ini mendorong mereka memeluk Islam. Selepas rakyat di situ memeluk agama Islam, ulama telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengajar mereka tentang agama Islam.
·         Kerajaan Johor- Riau merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka telah berusaha mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka.
·         Usaha kerajaan ini untuk menguasai Melaka telah dapat penyebaran Islam.
·         Kerajaan ini telah berusaha menawan kembali Melaka daripda Portugis bagi mengelakkan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Kristian.
·         Setelah menguasai Majapahit, kerajaan Demak juga telah menyebarkan Islam ke seluruh Pulau Jawa.
·         Usaha yang dilakukan oleh kerajaan Demmak telah diikuti oleh kerajaan Islam lain di Jawa seperti kerajaan Parang dan Mataram.
·         Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh telah menjadi kuasa yang kuat di Asia Tenggara.
·         Kedatangan barat dan pengaruh agama Kristian di Kepulauan Melayu telah menyebabkan Acheh telah berusaha untuk menyekat perkembangan agama tersebut.
·         Antara langkah yang dilakukan oleh Acheh termasuklah menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara dan menakluki negeri- negeri Tanah Melayu.
·         Tujuannya supaya agama Kristian berkembang ke kawasan pedalaman.
·         Kerajaan Acheh ini juga merupakan sebuah kerajaan ynag kukuh dan menjadi pusat perdagangan yang penting di bahagian Utara Selat Melaka yang juga digelar Serambi Makkah.
·         Kebanyakan orang Islam dari Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji.
·         Selain itu, kerajaan Melayu tua di Asia Tenggara iaitu Pattani telah diislamkan pada tahun 1457.
·         Ini berlaku apabila rajanya Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam dan telah bertukar namanya kepada Sultan Mahmud Syah.
·         Walaupun raja Pattani diislamkan pada aband ke-15, tetapi Islam telah berkembang ke Pattani sejak abad ke-10 lagi dengan kedatangan para pendakwah serta pedagang Islam Arab dan Parsi ke Pattani.
·         Penyebaran Islam di Pattani kemudiannya telah dilakukan sepenuhnya semasa pemerintahan Sultan Muzzafar Syah dengan pengislaman keseluruhannya wilayahnya.
·         Islam juga telah bertapak di Brunei menerusi peranan Brunei sebagai pusat perdagangan yang penting di Borneo.
·         Bukti tentang ketibaan Islam di Brunei adalah berdasarkan catatan China pada tahun 977M yang mengatakan Brunei telah mengantar seorang pembesar iaitu Pu Ali ke China.
·         Walaubagaimanapun Islam telah mula tersebar dengan meluas di Brunei dan di Pantau pulau Borneo hanya pada abad ke-15 dan abad ke-16.
·         Salah seorang pendakwah yang telah menyebarkan Islam di wilayah ini ialah Syariff Ali Mufaqih Muqaddam atau Syariff Berkat yang berasal daripda ketrunan Nabi Muhammad s.a.w
·         Dengan pengislaman Brunei wilayah di sekitarnya seperti kepulauan Sulu dan juga Mindanao telah dapat diislamkan.
·         Namun bukti kukuh tentang kedatangan Islam dan Champa adalah agak lewat.
·         Bukti tersebut ialah penemuan batu nisan yang bertarikh 1039M dan sebuah prasati bertarikh 1025M yang mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang.

v  Peranan Pusat kebudayaan.
·         Pusat kebudayaan di Asia Tenggara telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Ruai dan Acheh.
·         Pusat kebudayaan ini bukan sahaja bertindak sebagai pusat keilmuan tetapi juga sebagai pusat penyebaran Islam.
·         Di pusat kebudayaan ini terdapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai.
·         Pada zaman keagungan kerajaan Samudera- Pasai pula, Bandar ini telah menjadi penterjemahan di kepulauan Melayu.
·         Banyak kitab Arab diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka telah mengirimkan Kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai.
·         Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai juga telah menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar.
·         Sultan Mahmud Syah daripada Melaka pernah merujuk ke Samudera-Pasai tentang kmusykilan berkaitan dengan masalah agama.
·         Pada zaman kemuncak keagungan kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa buah buku kesusasteraan yang dipengaruhi oleh gaya tulisan Arab seperti:
§  Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
§  Hikayat Amir Hamzah
§  Hikayat Nabi Bercukur.
·         Hikayat Amir Hamzah dengan Hikayat Ali Hanafiah bukan sahaja menjadi bahan bacaan tetapi telah member semangat serta kekuatan kepada orang Islam untuk menentang musuh di medan perang.
·         Di Acheh terdapat banyak karya puisi seperti syair yang dihasilkan oleh penulis tempatan yang telah dapat menarik pembaca untuk menghayati Islam.
·         Karya seperti Bustanus Salatin yang mengisahkan keindahan sebuah kerajaan, istana kota dan taman-taman.
·         Di samping itu, terdapat juga ulama Islam yang telah menghasilkan karya tentang pemikiran Islam seperti:
§  Hamzah Fansuri
§  Syeikh Nurudin al-Raniri
§  Syeikh Syamsudin al-Sumaterani.
§  Abdul Rauf Singkel.
·         Kesemua karya mereka ini telah memperkayakan lagi pemikiran dan kebudayaan rantau Asia Tenggara dan seterusnya membantu pekembangan Islam dalam jangka panjang.
·         Usaha- usaha begini juga telah dilakukan oleh kerajaan Johor- Riau yang turut memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan Islam yang penting pada abad ke-18
·         Pelabuhan Johor- Riau pada masa ini merupakan pusat emporium yang penting di Asia Tenggara.
·         Banyak hasil kesusasteraan telah ditulis pada zaman kegemilangan kerajaan ini seperti Tuhfat al- Nafis dan Peringatan Sejarah Johor.

v  Peranan Mubaligh.
·         Mubaligh atau pendakwah, ulama dan ahlu sufi telah memainkan peranan secara langsung untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
·         Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad merupakan pendakwah yang terawal berdakwah di Asia Tenggara.
·         Selepas itu, pendakwaah lain telah datang ke Asia Tenggara untuk meneruskan penyebaran Islam.
·         Pendakwah, ulama dan ahli sufi seperti Syarif Amir Sayyid al- Syirazi dan Tahuddi al-Asfahani telah menyebarkan dakwah Islamiah di Pasai.
·         Di Melaka pula terdapat pendakwah seperti
§  Syeikh Abdul Azia.
§  Maulana Abu Bakar
§  Maulana Yusof.
·         Melaka memainkan peranan besar dalam kegiatan dakwah Islamiah.
·         Pendakwah yang mempunyai keperibadia yang baik dan jujur dan berlemah lembut tentu Berjaya mencapai matlamat masing-masing.
·         Di Melaka, pada peringkat awal penyebaran Islam, ulama mengajar perkara asas tentang Islam secara tidak formal tetapi apabila Islam semakin berkembang, mereka telah mengajar perkara ini secara formal.
·         Mereka telah menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagi tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam.
·         Institusi pendidikan awal itu kemudiannya berkembang menjadi pusat pendidikan seperti pondok dan pesantren.
·         Di Acheh, pondok juga wujud tetapi dikenali sebagai dayah.
·         Dengan adanya pusat pendidikan ini, maka muncullah ulama tempatan seperti yang disebut iaitu Hamzah Fansuri, Syamsudin al- Sumaterani dan Andul Rauf Singkel.
·         Acheh menjadikan ulama sebagai penasihat raja yang memerintah.
·         Seramai 22 orang ulama telah ditugaskan di Balai Gadang untuk memberikan bantuan kepada pentadbiran Acheh.
·         Dengan itu, Islam dapat dipraktikkan dalam politik dan pentadbiran Acheh.
·         Di Jawa kebijaksanaan Wali Songo (Wali Sembilan) berdakwah telah Berjaya mengislamkan ramai daripada kalangan masyarakat tempatan.
·         Pada masa pemerintahan kerajaan Islam Demak di Jawa, Wali Songo telah menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah.
·         Mereka telah mendirikan sebuah masjid iaitu Masjid Agung Demak untuk menjadi markas dakwah Islamiah.
v  Keistimewaan Islam.
·         Keistimewaan ajaran Islam yang mencakupi ksemua bidang kehidupan telah menarik orang ramai menganut agama Islam.
·         Ini termasuklah konsep
§  Tuhan Yang maha Esa atau Tauhid
§  Keadilan
§  Hak Individu dan Masyarakat.
§  Kehidupan yang harmoni
§  Menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat.
·         Hal ini telah menyebabkan agama Islam tersebar meluas di Asia Tenggara.
·         Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan agama yang menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini Berjaya diterima oleh lapisan masyarakat di Asia Tenggara.

Maklumat Tambahan.
Maklumat
Keterangan
Mahmudah
  • Sifat terpuji seperti bersopan santun, ikhlas, dan lemah lembut.
syahbandar
  • Ialah pentadbir pelabuhan yang bertanggungjwab berurusan dengan setiap pedagang tentang hal perdagangan
  • Amat penting kerana beliaulah yang menentukan kemajuan perdagangan.
  • Kejujuran dan kebijaksanaan menguruskan para pedagang dari pelbagai tempat inilah menentukan kejayaan pelabuhan tersebut.
Kerajaan Perlak
  • Kesultanan Perlak ialah kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Kerajaan ini telah ditubuhkan pada tahun 840 dan sultan yang pertama ialah Sultan Sayyed Maulanna Abdul Aziz
  • Pada tahun 1292, kerajaan ini telah menjadi sebahagian kerajaan Samudera-Parsi di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Malik al- Zahir
Kitab al-Dur al-Manzun
  • Dikarang oleh Abu Ishaq ( al- Syirazi)
  • Membincangkan tentang sifat- sifat Allah
  • Didapati sesuai untuk disebarka kepada masyarakat.
  • Kitab ini telah dihantar ke Pasai untuk diterjemah.
  • Makhdun Patakan bertanggungjawab menterjemahkannya.
Hamzah al- Fansuri
  • Telah mengarang beberapa buah buku dalam bentuk puisi dan prosa.
  • Antara buku karangan beliau termasuklah Syarabul Asyikin dan Asrarul Arifin
  • Karya puisi beliau termasiklah Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung dan Syair Sidang Fakir.
Wali Songo
  • Merujuk kepada 9 orang ulama.
  • Pada umumnya mereka hidup pada zaman yang sama iaitu pada sekitar awal abad ke-15M hingga awal abad ke-16M.
Cara Wali Songo Berdakwah
  • Menimbulkan kesedaran dan menanamkan semangat kepada masyarakat tentang maksud bekerja dan beramal dalam erti kata sebenar.
  • Berusaha menghapuskan pengangguran dengan mengikis sifat malas.
  • Mengelakkan hidup secara mewah dan membazir



PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA

  • Sebelum agama Islam berkembang di Asia Tenggara, masyarakat di rantau ini berpegang pada prinsip dan budaya Hindu.
  • Pengaruh tersebut dapat dikesan secara menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi dan social.
  • Kedatangan Islam telah mencorakkan kehidupan baru yang berbeza daripada zaman sebelumnya.
  • Unsur-unsur baru telah diperkenalkan oleh Islam kekal hingga ke hari ini dan dapat dikenal pasti dalam pelbagai aspek kehidupan yang merangkumi bidang pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, cara hidup, kesenian dan juga ekonomi.

Pemerintah dan Pentadbiran.
  • Institusi pemerintahan beraja memang terdapat di Asia Tenggara sebelum kedatanngan Islam.
  • Dengan kedatangan Islam beberapa pengubahsuaian telah dilakukan pada sistem ini.
  • Pengubahsuaian yang besar ialah sistem pemerintahan dan pentadbiran
  • Institusi ketuhanan telah  diperkenalkan dan diwarisi daripada amalan pemerintahan kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sistem pentadbiran Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua Negara.
  • Mufti dilantik sebagi penaihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran Negara.
  • Selain itu, wujud pegawai dan petugas seperti
§  Kadi,
§  Khatib
§  Bilal
§  Pemungut cukai
§  Penyelia baitulmal
§  Penjaga harta wakaf
  • Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu dan menjamin kewibawaan raja.
  • Penyelarasan gelaran ini meletakkan mereka setaraf dengan kerajaan Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.
  • Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran Khaliffatul Mukminin yang bermaksud pemimpin yang mukmin.
  • Perkataan Khaliffatul Mukminin juga tercatat pada mata wang syiling dalam kerajaan melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
  • Selain itu, gelaran Zilulah fil’Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga digunakan oleh raja- raja Melaka.
  • Islam telah dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara seperti
§  Kerajaan Melayu Melaka
§  Kerajaan Acheh
§  Kerajaan Brunei
  • Dalam sesebuah kerajaan Islam, Sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan oleh Allah iaitu memerintah dengan adil.
  • Beberapa orang Sultan yang alim berpegang teguh kepada ajaran Islam seperti
§  Sultan Malik al- Zahir dari Samudera Pasai
§  Sultan Ali Mughayat Syah dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh.
  • Sultan- sultan ini telah menerapkan unsur- unsur Islam dalam pemerintah mereka bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang berasaskan konsep dewaraja.
  • Selain unsur-unsur Islam juga telah diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darus Salam.
  • Nama raja juga menggunakan nama Islam seperti
§  Sultan Mansur Syah bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah
§  Sultan Mahmud Shah bermaksud sultan terpuji.
  • Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan Islam di Asia Tenggara telah memperkenalkan undang-undang syariah.
  • Walaupun undang-undang ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya namun beberapa perubahan dapat dilihat. Misalnya dalam mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan serta pembahagian harta pusaka.
  • Kerajaan Melayu Melaka misalnya mempunyai undang- undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang- undang syariah dan undang- undang adat.
  • Undang- undang syariah ini termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzaffar Syah.
  • Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undang- undang Islam ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka.
  • Di Acheh terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlambagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.
  • Kedatangan Islam juga telah dapat meggerakan semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis.
  • Begitu juga di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip- prinsip Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda.
  • Semangat jihad ini telah disebarkan kepada rakyat tempatan Acheh menerusi penulisan ulama dalam kitab tertentu.
  • Menerusi kitab karangan mereka Syeikh Nurudin al- Raniri dan Abdul Rauf Singkel menegaskan tentang kewajiban berjihad bagi setiap orang Islam.
  • Menurut tulisan mereka sesiapa yang tidak berjihad akan berdosan besar.
  • Syiekh Daud al-Pattani juga turut memuatkan penerangan tentang kelebihan berjihad dalam kitab karangannya.
  • Walaupun tidak menetap di Pattani, namun beliau sering menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya menentang penjajah Siam.
  • Sungguhpun semangat jihad ini jelas digunakan oleh rakyat tempatan untuk menentang musuh tetapi pengaruhnya dalam kehidupan tidak dapat dinafikan.
  • Dalam Islam, jihad bukan sahaja merupakan usaha menentang musuh malah merupakan usaha menentang kemiskinan dan mencapai sesuatu kehidupan yang sempurna.

SISTEM PENDIDIKAN.
  • Sebelum kemunculan Islam di Asia Tenggara golongan awam tidak berpeluang mendapat pendidikan.
  • Pendidikan pada masa itu hanya terbatas kepada golongan bangsawan.
  • Dengan kedatangan Islam, sikap terhadap kepentingan ilmu dapat ditanamkan ke dalam jiwa ke semua golongan masyarakat.
  • Ini berasaskan seruan Islam yang mewajibkan setiap orang Islam menuntut ilmu. Sikap mementingkan ilmu ini telah menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan dan kewujudan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti:
§  Istana
§  Pondok
§  Pasentren
§  Madrasah
§  Surau
  • Pusat pendidikan Islam formal yang terawal di Asia Tenggara muncul dalam pemerintahan kerajaan Perlak di Sumatera Utara.
  • Pusat pendidikan tersebut dikenali sebagai Dayah Bukit Ce Breek telah didirikan pada abad ke-9M. Di Samudera Pasai muncul pusat penterjemahan karya agama yang menjadi tempat rujukan Islam seperti Kerajaan Melayu Melaka.
§  Pendidikan Pondok yang muncul pada peringkat awal ini berkembang denga meluas ke Negara Asia Tenggara yang lain seperti Pattani, Acheh dan Jawa dengan menggunakan nama- nama tertentu.
§  Di Pattani pelajar yang menuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara.
§  Dalam Kesultanan Melayu Melaka, Institusi pondok masih wujud pada masa itu.
§  Walaubagaimanapun masyarakat tempatan digalakkan menuntut ilmu pengetahuan di rumah ulama, masjid dan surau.
§  Manakala istana pula merupakan pendidikan formal untuk golongan bangsawan.
  • Acheh menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan Islam selepas Melaka dikuasai oleh Portugis.
  • Sistem Pendidikan di Acheh lebih sistematik berbanding dengan kerajaan Perlak, Samudera- Pasai dan kerajaan Melayu Melaka.
  • Terdapat beberapa peringkat sistem pendidikan di Acheh iaitu
§  Peringkat rendah ( rangkang)
§  Peringkat Menengah ( muenasah)
§  Pengajian tinggi atau university ( jamiah bait-al-Rahman)
  • Kepesatan perkembangan institusi pendidikan ini telah menyebabkan ramai pelajar dari luar Acheh mendalami ulmu pengetahuan Islam Acheh sebagai Serambi Makkah.
  • Pada zaman pemerintahan kerajaan Acheh wanita juga digalakkan belajar di dayah dan diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran.
  • Pendidikan Islam seterusnya tersebar luas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina, Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.
  • Ini menunjukkan bahawa telah wujud sistem pendidikan formal di Asia Tenggara sebelum kedatangan Barat.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN
  • Kedatangan Islam juga telah meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu.
  • Pengaruh Islam dalam bidang bahasa dapat dikenalpasti dalam aspek tulisan khususnya dengan kewujudan tulisan jawi.
  • Angaka daripada tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab ( tulisan Al-Quran ) dan ulama tempatan telah mengubahsuaikan huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis perkataan melayu.
  • Tulisan ini kemudiannya menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam sehingga berupaya mengambil tempat tulisan Palawa Dewanagari yang diperkenalkan pada zaman Hindu Buddha.
  • Melalui tulisan jawi, istilah bahasa Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu seperti
§  Sultan
§  Syukur
§  Masjid
§  Berkat
§  Alam.
  • Dengan huruf jawi juga masyarakat melayu telah boleh menggunakannya untuk membaca dan menulis.
  • Dengan itu lahir sasterawan tempatan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al- Sumaterani dan Abdul Rauf Sangkel.
  • Seterusnya bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa Lingua Franca bagi kawasan kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.
  • Bahasa Melayu juga telah meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu.
  • Sebelum kedatangan Islam, bahasa-bahasa lain tidak dapat berperanan menyampaikan ilmu dengan berkesan.
  • Kedatangan Islam juga menyebabkan bahasa Melayu menjadi lebih mantap misalnya cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa telah disampaikan dalam bahasa Melayu.
  • Hasil kesusasteraan melayu turut terpengaruh dengan gaya dan tatabahasa bahasa Arab.
  • Begitu juga dengan bentuknya yang banyak dipengaruhi oleh bentuk sastera Islam seperti Syair, Gurindam, nazam dan cerita hikayat.
  • Selain itu, fungsi sastera juga telah diubah iaitu daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik.
  • Penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja dalam ilmu pengetahuan tetapi merangkumi bidang perdagangan seperti yang telah dinyatakan.
  • Kedudukan Asia Tenggara yang strategic iaitu di persimpangan jalan perdagangan yang penting dan kebanyakan pedagang dari Asia Tenggara ialah pedagang Melayu.
  • Menyebabkan bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan di kalangan para pedagang dari Timur dan Barat.
  • Pada masa itu, seseorang akan berasa kekurangan jika mereka tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

CARA HIDUP

  • Sebelum kedatangan Islam budaya dan cara hidup amsyarakat Asia Tenggara banyak dipengaruhi oleh animisme serta agama Hindu dan Buddha.
  • Tetapi setelah Islam bertapak dengan kukuh unsur kepercayaan lama seperti memuja semangat dan mempercayai keramat semakin berkurangan dan beransur- ansur hilang.
  • Dengan kedatangan Islam, cara hidup Islam telah diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Teggara.
  • Dengan itu, lahirlah cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok.
  • Perubahan ini juga dapat dilihat apabila Islam dijadikan sebagi ad-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.
  • Kedatangan Islam juga telah mengubah sistem social masyarakat yang mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesame manusia.
  • Sifat tolong- menolong, hormat- menghormati dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat.
  • Kemurnian Islam jelas tergambar dalam cara hidup yang diamalkan oleh orang melayu seperti amalan gotong royang di kampung- kampung.
  • Ini menjadikan kerja berat menjadi ringan kerana dilakukan secara bersama-sama.
  • Sikap dan amalan bersatu padu di kalangan masyarakat kampong dapat dipupuk dan diperkukuhkan.


KESENIAN
  • Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara khususnya dari segi seni khat, seni bina dan seni ukir.
  • Pengaruh Islam dalam seni khat dapat dikenalpasti pada batu nisan dan ukiran kayu.
  • Pada batu nisan ini terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hukum.
  • Usaha dan kreativiti masyarakat tempatan menjadikan hiasan pada btu nisan ini lebih menarik.
  • Ini dapat dilihat pada batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat yang mempunyai bentuk seperti kapal terbalik dan ini menunjukkan adanya pengaruh Parsi.
  • Makam Naina Hisham al-Din yang meninggal dunia pada tahun 1420M yang ditemui di Pasai juga mempunyai pengaruh seni Islam dari Parsi.
  • Pada makam tersebut terdapat tulisan syair Parsi dan pada permukaannya dilukis dengan pola hiasan daun yang mempunyai persamaan dengan hiasan permaidani Parsi. Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis dan catatan tentang sejarah sesebuah pemerintahan tempatan.
  • Selain tulisan khat pada batu nisan, terdapat juga seni khat yang diukir pada bilah mata keris. Ayat suci al-Quran ditatahkan degan emas, batu permata dan perak.
  • Seni khat tertua di semenanjung terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu bertarikh 1303M
  • Batu ini merupakan seni khat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi.
  • Unsur seni kaligrafi ini mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi.
  • Terdapat juga unsur seni yang dicantumkan dengan unsur- unsur tumbuh- tumbuhan.
  • Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah kediaman misalnya terdapat rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama.
  • Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan.
  • Bangunan masjid seperti masjid Ubaidiyah di Kuala kangsar, Perak dan Masjid Brunei merupakan seni bina yang unik dan terserlah dengan kemurnian Islamnya yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia Tenggara.

EKONOMI
  • Islam juga telah mempengaruhi bidang ekonomi masyarakat Asia Tenggara.
  • Institusi ekonomi seperti baitulmal telah dieprkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
  • Baitulmal ini berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperolehi daripada zakat dan sedekah.
  • Islam menggalakkna umatnya supaya rajin bekerja dan member rezeki halal dan melarang perbuatan mengemis.
  • Islam menggalakkan orang Islam berdagang dan mengamalkan unsure-unsur yang halal semasa berurusniaga.
  • Amalan riba, penindasan dan penipuan adalah dilarang.
  • Selain itu, nilai- nilai murni dalam ekonomi turutbdisarankan seperti berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
  • Sebagai warganegara yang sentiasa menginginkan kemakmuran dan kemajuan setiap usaha pembangunan harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi kemajuan sesebuah negara.


Maklumat Tambahan.

Maklumat
Keterangan
Zaman baru Asia Tenggara
  • Prof. Mohammad Naquib al-Attas memberikan istilah zaman baru kepasa Asian Tenggara setelah Asia Tenggara menerima Islam
  • Cara idup, kepercayaan, dan amalan masyarakat Asia Tenggara berubah selepas Islam Berjaya mempengaruhi aktiviti kehidupan masyarakat Asia Tenggara.
Dewa Raja
  • Menegaskan bahawa raja merupakan keturunan daripada tuhan-tuhan Hindu
  • Istilah raja diketepikan selepas kedatangan Islam,sebaliknya digunakan istilah sultan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kuasa, kewibawaan atau pemerintah.
Undang- undang Syariah
  • Undang-undang berdasarkan al-Quran sunah nabi Muhammad s.a.w
Kanun Mahkota Alam
  • Menerangkan tentang tanggungjawab raja sebagai pemerintah
  • Mencatatkan adat istiadat dan peraturan tradisi Acheh, misalnya Balairung Seri dipimpin oleh sultan manakala Balai Majlis oleh sultan manakala balai Majlis Mahkamah Rakyat diketuai  oleh Kadi Malik al-Adi
Syeikh Daud Pattani
  • Nama penuhnya ialah Syeikh Daud bin Abdullah bin idris al-Pattani
  • Menerusi kitab karangan beliau masyarakat Melayu dapat mempelajari agama Islam dan juga bahasa Melayu khususnya tulisan jawi.
Istana
  • Merupakan tempat bagi ulama membicarakan hukum Islam dengan sultan dan pembesar negeri.
  • Di sini juga ulama menyampaikan ilmu pengetahuan Islam dan menasihati sultan.
Surau
  • Tempat pengajaran al-Quran secara tidak formal dan gurunya mengajar secara tidak tetap.
Madrasah
  • Tempat melaksanakan sistem pendidikan formal
Sistem pendidikan pondok
  • Merupakan pusat pengajian Islam
  • Di Pattani dan Tanah Melayu, pusat pengajaran ini dinamakan pondok. Di Jawa dinamakan pesantren dan Acheh dinamakan dayah
  • Mata pelajaran yang diajar ialah Fikah, usuludin, tassuf, hadis dan tafsir.
  • Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu dan bahasa Arab
  • Keperluan asas di pondok seperti makan dan minum disediakan oleh pelajar sendiri.
Kedudukan wanita pada zaman pemerintahan Sultan Safiatudin
  • Seramai 22 orang wanita menganggotai majlis Rakyat Acheh yang mempunyai 73ahli
  • 9 orang wanita menjadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat.
  • Terdapat undang-undang yang melindungi hak wanita sebagai anak, isteri dan ibu tunggal
Bahasa dan tulisan
  • Pada abad ke-17, bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebagai bahasa Istana, bahasa surat-menyurat, bahasa perhubungan antara wilayah, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa untuk berdakwah dan bahasa untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Sebelum kedatangan Islam terdapat pelbagai tulisan yang digunakan di Asia Tenggara seperti Kawi, Jawa Kuno, Batak dan Rencong.
  • Di Melaka perkembangan tulisan jawi telah memajukan penulisan dan penterjemahan hasil kesusasteraan dan agama.
  • Antara hasil kesusasteraan Arab dan Parsi yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Perang Badar, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bula Berbelah, Hikayat Nabi wafat dan sebagainya
Sumber baitulmal
  • Harta yang diperolehi daripada zakat seperti zakat fitrah dan zakat harta
  • Harta milik Negara iaitu sumber kekayaan alam seperti minyak
  • Pelabuhan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui institusi yang ditubuhkan oleh baitulmal




4 comments: