Tuesday, January 24, 2012

BAB 3: KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

A. PENGENALAN
  • Kejayaan manusia yang hebat ialah pencapaian mereka dalam membina serta mengasaskan empat tamadun besar iaitu, Mesopotamia, Mesir Purba, Indus dan Hwang Ho.
  • Tamadun awal ini telah diteruskan dan dikembangkan oleh empat tamadun utama iaitu, Yunani, Rom, India dan China.
  • Kejayaan tamadun dunia ini juga tidak beerti bahawa manusia yang mendiami wilayah ini sahaja yang telah mencapai kemajuan kerana hal yang sama juga telah berlaku kepada manusia yang mendiami kawasan Asia Tenggara.
  • Dari segi geografi, Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada
    • Tanah Besar Asia Tenggara
    • Kepulauan Asia Tenggara.
  • Kewujudan tamadun awal di Tanah Besar Asia Tenggara terbukti dengan kemunculan kerajaan seperti Funan, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia.
  • Tamadun awal di kepualauan Asia Tenggara terutama di kepulauan Melayu boleh dibahagikan kepada 2, iaitu wujud di Tanah Melayu seperti
    • Korean Kedah Tua
    • Gangga Negara
    • Langkasuka
  • Manakala tamadun awal Asia Tenggara seterusnay di Kepulauan Indonesia yang dibuktikan dengan kewujudan
    • Kerajaan Srivijaya
    • Kerajaan Majapahit
    • Kerajaan Singhasari
    • Kerajaan Mataram
  • Untuk membuktikan jangkamasa kemunculannya, para sejarawan tempatan telah menggunakan sumber bertulis dan artifak arkeologi
  • Sebagai contoh sumber dari China pernah mengatakan tentang kewujudan Kerajaan Funan pada pertengahan abad ke- 3 M.
  • Ini membuktikan bahawa Funan adalah kerajaan awal di Asia Tenggara yang berkemungkinan telah wujud abad ke-2 M.
  • Sementara data arkeologi pula menunjukkan bahawa kewujudan Funan bermula semenjak abad ke-3 M
  • Ini dibuktikan dengan jumpaan seni berunsur Hindu dan Buddha yang langgam seni arca Amarawati dari India.
  • Pada tahap awal, tamadun di Asia Tenggara ttelah menjalin hubungan diplomatic dengan kerajaan China dan hubungan kebudayaan dengan India.
  • Walaubagaimanapun, hubungan antara kawasan petemapatn awal di Asia Tenggara telah wujud semenjak Zaman Logam, terutamnaya hubungan perdagangan.
  • Ini terbukti apabila artifak seperti gendang gangsa, Dongson yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara turut ditemui
o   Batu Buruk ( Terengganu)
o   Sungai Tembeling ( Pahang )
o   Sungai Klang ( Selangor )
o   Thailand
o   Indonesia
o   Myanmar.
  • Hubungan perdagangan antara Rom dengan petempatan Asia Tenggara juga telah wujud. Terbukti dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di
    • Kuala Selinsing ( Perak )
    • Kota Tinggi
    • Muar
    • Di pantai barat dan selatan Thailand.
  • Kawasan di atas merupakan antara petempatan awal yang penting di Asia Tenggara dan berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gandang gangsa di Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal.
  • Ini kerana petempatan tersebut juga terletak berhampiran dengan sungai.
  • Petempatan awal tersebut belum dapat ditakrifkan sebagai kerajaan kerana pemerintahannya belum bergelar raja.
o   Berdasarkan bukti- bukti di atas pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara dapat dikaitkan seiring dengan perkembangan maritime.
  • Perdagangan maritime ini pula berkembang bersama- sama dengan kemahiran dalam pembuatan kapal layer dan perahu.
  • Tanpa kapal layar, perdagangan maritime mungkin sukar untuk wujud dan kerajaan maritime pula mungkin kurang berperanan.
  • Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar juga menunjukkan bahawa perdagangan maritime di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad ke-5 S.M
  • Sementara pembentukan tamadun awal pula berlaku pada abad ke-2 atau ke-3 M
  • Ini menunjukkan bahawa proses pembentukan kerajaan dalam tamadun awal Asia Tenggara mengambil masa lebih kurang 600-700 tahun.

BENTUK- BENTUK KERAJAAN AWAL

A) KERAJAAN AGRARIA
ü  Kerajaan yang menjalankan ekonomi berasaskan
§  Pertanian
§  Penternakan
§  Pemungutan hasil hutan dan sungai.
ü  Kerajaan ini tebentuk umumnya di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai contohnya:
§  Kerajaan Dvaravati di Sg. Myanmar ( Thailand)
§  Di Sungai Irrawaddy ( Myanmar )
§  Kerajaan Sungai Merah ( Vietnam)
§  Kerajaan Sungai Mekong ( Kemboja, Laos dan Vietnam)
ü  Kerajaan Agraria juga terdapat di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng gunung berapi contoh
§  Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng ( Indonesia  )
ü  Kerajaan awal kerajaan Agraria yang terkenal ialah
§  Sailendra  ( Jawa Tengah )
§  Angkor ( Kemboja )
§  Sukhoitaa ( Thailand )
ü  Terdapat juga kerajaan agraria yang kemudiannya berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya kerajaan Funan.
ü  Kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara bermula dengan kewujudan petempatan kekal di kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai.
ü  Petempatan ini kemudiannya berkembang sehingga melahirkan bandar dan akhirnya menjadi kerajaan.
ü  Di lembah sungai tersebut, tanaman utama yang diusahakan ialah padi kerana kawasan itu mendapat bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah. Padi huma pula ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.
ü  Selain padi tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek, sayur- sayuran.
ü  Masyarakat Agraria juga menghasilkan
§  Pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.
§  Mengumpul hasil- hasil hutan seperti
o   Kayu gaharu
o   Kapur barus
o   Tanduk
o   Gading
o   Damar
o   Kayu cendana
o   Pelbagai jenis buah- buahan
o   Sarang burung dari gua untuk tujuan perdagangan
o   Terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
o   Ada juga berusaha mendapatkan kulit kura- kura
o   Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.
ü  Pada tahap awal kegiatan pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja
ü  Tetapi apabila terdapatnya lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman tersebut, lebihan itu akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan yang tidak terlibat dalam pertanian khususnya masyarakat bandar atau penduduk kerajaan maritime.
ü  Perkembangan pertanian turut dipengaruhi oleh pembinaan system pengairan yang baik.
ü  Perkembangan pertanian di Funan dan Angkor disebabkan terdapatnya system pengairan yang bersumberkan dari Sungai Mekong dan tasik Tonle Sap.
ü  System pengairan yang baik dapat dilaksanakan kerana raja sendiri terlibat dalam pembinaannya.
ü  Kerajaan juga bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan system pengairan tersebut.
ü  Seperti zaman pemerintahan Raja Indravarman 1 (877 M) telah membina system pegairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.
ü  Kesannya hasil padi dari kawasan tersebut dapat menampung keperluan asas kerajaan Angkor yang juga merupakan keperluan asas rakyatnya.
v  KERAJAAN ANGKOR
·         Merupakan kerajaan agraria yang kuat dan agung yang terletak di lembah Sg. Mekong.
·         Faktor utama yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi kerajaan yang kuat ialah kedudukaannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.
·         Air tasik ini dating dari Sg. Mekong
·         Tanahnya yang subur dan mempunyai iklim yang panas lembab sepanjang tahun amat sesuai untuk kegiatan penanaman padi.
·         Ia juga bergantung kepada sumber ikan air tawar yang banyak diperolehi dari tasik ini.
·         Tasik ini juga menjadi punca air utama untuk mengairi sawah selain menjadi bekalan air minuman.
·         Oleh itu, kawasan tasik berupaya menampung keperluan makanan penduduk yang besar jumlahnya maka kepentingan dan peranan tasik Tonle Sap terhadap penduduk Angkor semakin berkembang.
·         Dengan kecekalan, masyarakat mereka akhirnya telah dapat berkembang serta membentuk sebuah kerajaan yang berdikari dan mempunyai system pentadbiran yang teratur.
·         Mereka juga telah berusaha untuk mengusahakan untuk menguasai alam sekitar seperti membina system pengairan agar dapat membaiki taraf hidup dan seterusnya berjaya membina rumah ibadat yang terkenal.

B) KERAJAAN MARITIM

ü  Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan ekonomi perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.
ü  Terletak berhampiran dengan kawasan di pesisir pantai, lembah sungai dan kepualauan. Contoh kerajaan maritim yang utama ialah
§  Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi
§  Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman ( Pahang )
§  Langkasuka ( Sungai Yarang)
§  Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sg. Merbok dan Sg. Muda)
§  Chih-Tu ( Sg. Kelantan)
§  Mo-lo-yu ( Sg. Batang Hari)
§  Kalah ( Sg. Takuapa)
§  Fo-lo-an ( Sg. Terengganu)
§  Tiumah ( Pulau Tioman )
ü  Di petempatan ini pada peringkat awal, anggota masyarakat menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
ü  Petempatan ini kemudiannya berkembang menjadi perkampungan nelayan.
ü  Ada antara petempatan ini merupakan kawasan pengeluar bijih timah seperti emas dan timah.
ü  Bila kegiatan ekonomi mereka ini membawa hasil yang melebihi keperluan masyarakat setempat, maka lebihan ini telah diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut.
ü  Ada di antara petempatan tersebut yang berkembang sebagi tempat berdagang. Perkembangan seterusnya telah menjadikan kawasan tersebut pelabuhan pembekal
ü  Pelabuhan ini mendapat bekalan tempatan seperti,
§  Logam emas dan timah
§  Hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, dammar
§  Hasil laut
§  Makanan.
ü  Pelabuhan pembekal ini telah disinggahi oleh para pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut.
ü  Antara pelabuhan pembekal ialah
§  Jenderam Hilir dan Klang ( Selangor )
§  Kuala Berang ( Terengganu)
§  Kuala Selising ( Perak )
ü  Daripada pelabuhan pembekal sesetengah pelabuhan ini telah berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ. Contohnya.
§  Champa
§  Kedah tua
§  Langkasuka
§  Srivijaya
ü  Pelabuhan kerajaan ini masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.
ü  Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan yang berhampiran dengannya contohnya Champa dan Langkasuka.
ü  Kedua- duanya berkembang kerana pelabuhannya menjadi tarikan kepada pedagang yang berdagang dari pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan hingga ke India dan Barat.
ü  Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda telah menjadi kawasan perdagangan yang strategik.
ü  Ini adalah kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dan India telah menyumbang kepada perkembangannya menjadi pelabuhan entreport apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar China dan India.
ü  Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya seperti logam, hasil hutan dan laut serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya.
ü  Logam emas dan timah telah menarik pedagang asing ke pelabuhan kerajaan ini.
ü  Keadaan ini menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipal ( Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi ( Bumi Emas )
ü  Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy terdapat nama Golden Khersonese yang memberi makna Semenanjung Emas.
ü  Bukti- bukti itu menunjukkan bahawa orang India dan Yunani telah mengetahui bahawa Semananjung Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad masihi lagi.
ü  Ciri lain kerajaan maritim dapat juga dilihat pada penduduknya. Penduduk terdiri
§  Orang tempatan
§  Orang laut
§  Pedagang luar.
ü  Mereka ini telah menggunakan lebih daripada satu bahasa. Namun begitu bahasa perhubungan masyarakat maritim ialah bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara.
ü  Penggunaan bahasa Melayu di Asia Tenggara sebagai bahasa perhubungan telah lama berlaku.
ü  Keadaan ini adalah kerana pada zaman kerajaan awal, orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara.
ü  Oleh sebab orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta kedudukannya yang strategic, petempatan mereka akhirnya muncul sebagai kuasa politik seperti Champa dan Srivijaya.
ü  Perkembangan kerajaan maritim juga didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakt di luar kawasannya.
ü  Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar.
ü  Perahu yang dibina digunakan untuk perdagangan jarak jauh.
ü  Selain itu mereka juga mengetahui kaedah untuk menuju sesuatu tempat berpandukan bintang dan langit.
ü  Pada hari ini kita dapat melihat warisan tradisi pelayaran masyarakar Asia Tenggara iaitu perahu atau kapal layar yang besar seperti kapal orang Bugis.
ü  Tinggalan perahu laayr abad ke-5 dan zaman- zaman selepasnya dapat dilihat di muzium Pekan, Pahang.
ü  Antaranya termasuklah perahu abad ke-5M yang dijumpai di Kuala Pontian, Pahang dan tinggalan perahu abad ke-18 yang ditemui di Ketil, Kedah yang dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah.



1)      KERAJAAN SRIVIJAYA.
  • Srivijaya dari abad ke-7 hingga 13M merupakan kerajaan maritime terulung di Asia Tenggara.
  • Antara kerajaan maritim Srivijaya termasuklah memiliki bala tentera laut yang besar dan dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.
  • Fungsi tentera laut itu adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan mengawal keselamatan kerajaan.
  • Oleh sebab pelabuhannya yang baik dan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka, Srivijya telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China.
  • Di pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk diperdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya.
  • Srivijaya telah berperanan sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara.
  • Menurut catatan I- Tsing pada tahun 671M, pelabuhan srivijya turut dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar.

2)      KERAJAAN KEDAH TUA ( CHIEH-CHA/KATAHA)
  • Kerajaan yang disebut dalam sumber dari China dan India.
  • Kerajaan berkembang antara abad ke-5 hingga 13M
  • Kemunculan kerajaan Kedah Tua mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya. Bahkan Srivijaya dan Kedah Tua pernah disebut secara bersamaan dengan Shih-Li-Fo- shi/Kataha pada zaman kebangkitan Kedah Tua.
  • Kerajaan ini telah menjadi pelabuhan entreport pada abad ke-5 M lagi.
  • Kerajaan Srivijaya yang muncul pada abad ke-7M turut mempengaruhi peranan Kedah Tua sehingga abad ke-13
  • Kerajaan Kedah Tua terletak di Sg. Emas dari abad ke-5 – 11M sebelum beralih ke lembah Sg. Bujang dari abad ke-11 – 13M.
  • Pada abad ke-5 – 10M, penduduknya menganut agama Buddha dan selepas abad ke-11 mereka menganut agama Hindu. Ini dibuktikan dengan tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha yang berjumlah sekitar 9 buah yang telah dibina kembar hasil daripada penyelidikan arkeologi dan penemuan arca Hindu Buddha.
  • Di sebelah utara Kerajaan Kedah Tua, kerajaan Kalah yang terletak di Sg. Takwapa
  • Kedah Tua merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat semenanjung Tanah Melayu
  • Bukti peranannya sebagai pelabuhan entreport sebelum Melaka adalah berdasarkan jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Diansti Tang iaitu pada abad ke-7M.
  • Pada zaman Dinasti Song abad ke-10M dan zaman Dinasti Yuan pada abad ke-10 – ke-13M.
  • Di samping itu, pelita tembaga dan tembikar dari timur tengah bertarikh sekitar abad ke-9 dan abad ke- 10M turut dijumpai.
  • Selain jumpaan tersebut, pelbagai jenis manik yang merupakan bahan dagangan dari beberapa seperti India, Sri Lanka dan Burma telah ditemui.
  • Jumpaan bahan dagangan itu jelas menunjukkan Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan entreport
  • Perkembangan pelabuhan Kedah Tua turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
      • Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal dagangan yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api ( penanda arah)
      • Kedudukannya yang strategik di laluan selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angina Monson barat daya dan timur laut.
      • Adanya kemudahan menyimpan barang dagangan.
      • Kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan dan sumber bumi seperti timah
      • Barang dagangan yang diperolehi dari luar ialah kain kapas, suter, the, tembikar, kaca dan manik

ü  Kedua- dua kerajaan ini iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim bergantung antara satu sama lain atau saling melengkapi. contoh kerajaan Agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi serta mempunyai system pertanian yang baik hingga telah dapat menghasilkan sumber makanan utama iaitu beras dan membekalkannya kepada kerajaan maritim yang lain.
ü  Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan kerajaan agraria.
ü  Kerajaan Agraria bergantung pada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah daripada Negara luar seperti China dan India.
ü  Barangan mewah itu termasuklah tembikar asing termasuklah tembikar China.
ü  Barangan mewah lain ialah tekstil dari India dan China serta pelbagai jenis gelas dan manik.
ü  Sebagai tukarannya kerajaan Agraria telah membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim.
ü  Konsep saling melengkapi juga dapat dilihat bagi mendapatkan bahan mentah seperti kayu dan juga binatang kenderaan seperti gajah.
ü  Bagi mendapatkan bahan kayu yang baik untuk membuat kapal, kerajaan maritim di Asia Tenggara terpaksa mendapatkannya daripada Pegu di Burma.
ü  Begitu juga gajah untuk kenderaan raja diperolehi dari Burma dan Siam.
ü  Biasanya tukang kayu dan tukang batuyang baik terdapat dalam kerajaan Agraria.
ü  Maka keperluan kerajaan Maritim untuk mendapatkan tukang itu telah dapat dipenuhi oleh kerajaan agraria.
ü  Kedudukan Negara kita yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga hari ini.
ü  Amatlah bersesuaian kerajaan sekarang memanfaatkan kemudahan pelabuhan Kelang dan Tanjung Pelepasan di samping pelabuhan lain tentu akan memberikan keuntungan kepada Negara dan rakyat.
ü  Langkah tersebut di samping membawa keuntungan pada zaman ini iaitu melalui peningkatan hasil daripada perdagangan antarabangsa, menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini juga akan mengembalikan kegemilangan masa lampau Negara kita.
ü  Keadaan inilah yang akan menghayati kesinambungan sejarah biarpun kita hidup pada zaman serba moden.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat
Keterangan
Bukti kewujudan tamadun awal asia Tenggara
  • Sumber China
ü  Mencatatkan Kantai dan Chu Ying telah dihantar sebagai utusan China ke Funan pada tahun 245- 250.
ü  Dikisahkan Raja Funan pada masa itu bernama Houen- Tien dalam sebutan Cina atau bernama Taun Di Nya.
ü  Bahkan sejawan bernama G. Coedeas menyatakan Funan ialah kerajaan Melayu yang tertua di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama Masihi.
ü  G. Coedes juga berpendapat kerajaan melayu yang kedua tertua ialah Kampar yang wujud pada sekitar akhir abad ke-2 (137 M) dan dikenali sebagai Lin Yi.
ü  Hanya pada abad ke-7, barulah kerajaan ini dikenali sebagai Kampar.
Amaravati
  • Merupakan lokasi seni pahatan arca yang berkembang di India.
  • Tempat ini terletak di tepi sungai Kisna dan jaraknya lebih kurang 128 km dari pantai timur India.
  • Amaravati berkembang sebagai pusat pahatan yang lebih tertumpu kepada arca agama Buddha dan berkembang sekitar tahun 150-250 M.
  • Arca yang mempunyai kesamaan ciri dengan yang terdapat di Amaravati dikaitkan dengan pangram amaravati.
Manik
  • Manic merupakan artifak perdagangan yang mendapat sambutan kerana peranannya sebagi hiasan lambang dan status di samping untuk tujuan keagamaan dan tujuan sosial lainnya.
  • Manik ada yang diperbuat daripada batu. Tulang ikan, kaca dan bahan lain.
  • Manik terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna.
Petempatan awal dan peranan sungai sebelum kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara.
  • Bukti wujudnya penempatan awal di sungai- sungai utama di Asia Tenggara semenjak zaman logam adalah Beikhtha-No di Lembah Sungai Irrawaddy ( Myanmar ) Cha Sen di Lembah Sungai Chao Phraya ( Thailand ), Donson di lembah Sungai Merah ( Vietnam ) dan lembah Bernam ( Perak )

Bukti penanaman padi di Asia Tenggara.
  • Pada telah diusahakan pada zaman Neolitik lagi di Asia Tenggara.
  • Ini berdasarkan jumpaan sekam dan bijian padi di beberapa tapak arkeologi.
  • Contohnya di Ban Kao dan Spirit Caves ( Thailand ) Lembah Tembeling ( Pahang ) Gua Sirih ( Sabah ) dan Gua Cha ( Kelantan )
Funan
  • Walaupun pada tahap awal adalah kerajaan agrarian tetapi kemudiannya berkembang menjadi kerajaan maritime.
  • Perkembangan ini disebabkan oleh kedudukan Oc-eo yang terletak di Muara Sungai Mekong dan terlindung daripada tiupan angin Teluk Siam di samping mempunyai kemudahan pelabuhan serta kemudahan mendapatkan bekalan makanan dan minuman.
Baray
  • Tempat takungan air buatan manusia yang menyerupai tasik yang luas.
  • Pada musim hujan air ditakungkan supaya dapat disalirkan pada musim kemarau untuk mengairi sawah padi selain dijadikan air minuman.
Kepentingan Tasik Tonle Sap.
  • Membekalkan sumber air minuman
  • Pada musim banjir, limpahan air dari sungai Mekong akan mengalir ke Tasik Tonle Sap. Pada musim hujan keluasan tasik menjadi 300.78 km persegi .
  • Pada musim kemarau kawasan sekitar kan menjadi subur.
  • Membekalkan sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar.
  • Air dari tasik ini dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan.
  • Sumber air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor dan seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor.
Pelabuhan pembekal.
  • Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabuhan.
  • Peranannya adalah untuk membekalkan bahan logam tempatan seperti timah dan emas serta bekalan makanan kepada pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.
Pelabuhan Kerajaan
  • Pelabuhan yang pada asalnya merupakan pelabuhan pembekal tetapi kemudiannya menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang menjadi sebuah negeri.
Pelabuhan Entreport
  • Ialah pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
  • Pelabuhan ini berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang yang baru datang dari pelabuhan sekitarnya dan takluknya.
Lingua Franca
  • Bahasa yang ditutur secara meluas dan digunakan dalam pelbagai urusan .
  • Pada tahun kerajaan awal di Asia Tenggara, bahasa Melayu dituturkan dalam urusan perdagangan.
  • Bahkan perkembangannya juga dapat dilihat pada beberapa tinggalan arkeologi seperti batu bersurat di Srivijaya pada abad ke-7 hingga 13 M yang mengguanakan bahasa Melayu.
Shish- Li- Fo- Shi
  • Sebutan untuk Srivijaya berdasarkan sebutan Cina.
Shieh- Ha
  • Sebutan dalam bahasa Cina yang merujuk kepada Kedah Tua

PANGRAM AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL.

A) Cara Kedatangan Pangram Hindu Dan Buddha.
  • Terdapat beberapa pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
Ø  PENDAPAT PERTAMA- mengatakan bahawa pangram India telah dibawa oleh golongan Ksyatria dan tentera. Mengikut pendapat ini penagruh ini dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India.
Ø   PENDAPAT KEDUA- mengatakan pangram tersebut dibawa oleh pedagang atau vaisya.
Ø  PENDAPAT KETIGA- mengatakan pangram ini dibawa oleh Brahmin atau pendeta
Ø  PENDAPAT KEEMPAT-
                                                        i.            Mengatakan bahawa proses itu berlaku melalui pengambilan aspek- aspek kebudayaan India yang menarik sahaja dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.
                                                      ii.            Para sejarawan bersetuju dan menerima pendapat ke-4 ini.
                                                    iii.            Ini diperkuatkan lagi oleh ahli arkeologi jumpaan seni arca yang kasar yang mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara khususnya seperti Archa dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya.
  • Dalam proses pengambilan itu aspek- aspek yang diambil dari India oleh seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza walaupun pengambilannya berlaku pada masa yang sama.
  • Ini dapat dilihat dalam aspek amalan kepercayaan contohnya agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad ke-5M ialah Buddha tetapi di Dieng (Indonesia), agama yang dianuti ialah hindu.
  • Pada abad ke-7 M, kerajaan di Tyakupa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu tetapi pada abad yang sama di Sumatera dan di Jawa, agama yang diamalkan ialah agama Buddha Mahayana.
  • Penerimaan masyarakat pribumi di Asia Tenggara terhadap beberapa aspek kebudayaan India khususnya seperti seperti keagamaan dan system beraja juga didorong oleh faktor perdagangan.
  • Ini kerana faktor perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah wujud semenjak abad ke-5 S.M lagi
  • Perdagangan dua hala ini terus berkembang apabila India sendiri berusaha untuk mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara setelah Maharaja Vespian ( 69-79M) dari Rom memberhentikan perdagangan logam emas dengan India untuk mengelakkan kekurangan sumber bahan tersebut Rom.
  • Keadaan ini telah memberikan ruang lebih luas terhadap perdagangan antara Asia Tenggara dengan India sehingga kesan daripada proses ini memperlihat pelbagai aspek kebudayaan India telah diterima serta diterapkan di beberapa Negara di Asia Tenggara dalam
                                                                                                  i.            System pemerintahan dan pentadbiran
                                                                                                ii.            Kesenian
                                                                                              iii.            Kesusasteraan.

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN
  • Sebelum lahirnya kerajaan awal pemerintahan di setiap petempatan awal di Asia Tenggara diterajui oleh ketua
  • Pada masa itu gelaran raja belum lagi digunakan.
  • Gelaran tersebut hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh system beraja di India.
  • Dalam system ini kedudukan raja ialah
    • Raja berada di puncak pemerintahan
    • Di bawahnya terdapat kerabat di raja
    • Selepas itu terdapat pembesar termasuk ahli agama iaitu Brahmin
    • Akhirnya terdapat rakyat terdiri daripada pelbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba
    • Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi hubungan luar, ketenteraan, dan khazanah Negara
    • Perintah raja menjadi undang- undang yang wajib dilaksanakan.
    • Sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidaka akn diampunkan.
    • Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah.
    • Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil.
    • Ketakutan ini timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan.
    • Lahirnya konsep dewaraja dalam system pemerintahan kerajaan awal Asia Tenggara.
    • Raja tuhan atau dewaraja turut dipercayai memiliki kesaktian maka kemudiannya lahirlah unsure lagenda dan mitos tentang asal usul raja untuk memperkuatkan kedudukan dan status raja sebagai pemerintah.
    • Bagi mengukuhkan lagi kedudukan dan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja.
    • Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja tersebut menganut agama hindu atau Buddha.
    • Tujuan adat istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.
    • Setiap raja di Asia Tenggara bercita-cita menjadi raja terulung iaitu menjadi raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta.

Kerajaan Angkor
  • Mereka telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta atau dikenali dengan nama orde kosmos
  • Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat
  • Dalam kerajaan Angkor juga dianggap sebagai raja dewa dan kedudukannya adalah satu puncak system pemerintahan.
  • Raja akan dibantu oleh pembesar contohnya di setiap daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor, sementara golongan Brahmin pula memainkan peranan dalam upacara keagamaan.
  • Pada peringkat pentadbiran, raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim.

Kerajaan Srivijaya
  • System pentadbiran di Srivijaya pula amat kompleks
  • Pangram India dalam system pemerintahan itu lahir dalam bentuk konsep raja yang mengamalkan agama Buddha Maharayana. Struktur pentadbiran Srivijaya ialah seperti di bawah
  • Di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah
  • Dalam pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu Yuvaraja, prativaraja, raja kumara, raja putra.
  • Seorang daripada 3 orang anak raja yang awal itu boleh menggantikan raja kecuali raja putra kerana ia merupakan anak gundik.
  • Di bawah anak raja terdapat parwanda atau kadangkala disebut Senapati iaitu ketua pentadbiran pusat.
  • Dibawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu.
  • Hamba raja merupaka golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran.
  • Daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja.
  • Datu dapat dibahagikan kepada dua iaitu yang bergelar parwanda ( berketurunan raja) bhupat ( orang- orang kaya)
  • Pada zaman Srivijaya, wujud amalan berhubung dengan taat setia
  • Setiap orang yang dilantik menjadi datu hedaklah mengikuti upacara angkat sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci yang dinamakan Telaga Batu di Palembang
  • Ini dibuktikan dengan jumpaan sebuah batu bersurat bertarikh 683M dengan ular tedung berkepala tujuh melambangkan Paiying yang melindungi tulisan P ( ada batu bersurat dan terdapat tempat air mengalir di bahagian bawahnya).
Ø  Masyarakat di daerah Asia Tenggara semenjak dari zaman awal lagi terlibat dalam perdagangan laut yang kemudiannya membolehkan mereka berinteraksi dengan kuasa luar seperti India.
Ø  Interaksi antarabangsa seperti ini membolehkan proses asimilasi budaya berlaku
Ø  Kalau pada masa dahulu penganutan berunsur luar dapat disesuaikan dengan keadaan setempat, hal yang serupa juga seharusnya dapat dilakukan pada masa ini.
Ø  System beraja yang diamalkan di Negara kita adalah raja berperlembagaan yang memenuhi aspirasi dan peraturan moden dan menjadia asas kepada rakyat untuk mematuhi pemerintah agar Negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM KESENIAN DAN KESUSASTERAAN
  • Terdapat banyak warisan kesenian yang ditinggalkan oleh kerajaan awal seluruh Asia Tenggara yang mempunyai pangram Hindu dan Buddha.
  • Antara peninggalan ini adalah berbentuk senibina iaitu monument
§  Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang ternama atau peristiwa penting. Monumen ini boleh berupa candi iaitu kuil, wat atau stupa, arca dan patung.
§  Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah ibadat. Ianya berfungsi sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga. Tempat menyimpan parung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal. Candi merupakan lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.
§  Angkor wat dan Candi Borobodur  melambungkan orde kosmos
§  Di Thailand, Kemboja dan Vietnam rumah ibadat dikenali sebagai wat tetapi di Burma disebut stupa.
§  Penggunaan nama candi untuk rumah ibadat agama Hindu dan Buddha telah mula diperkenalkan di Indonesia.
  • Antara warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara termasuklah
    • Candi Dieng ( abad ke-6 M)
    • Candi Borobodur ( abad ke- 8 M)
    • Candi Prambanan ( abad ke-9 M)
    • Angkor Wat ( abad ke-12) di Kemboja
    • Candi di Chaiya dan Yarang ( antara abad ke-7 – 13M)
    • Candi di Lembah Bujang ( antara abad ke-5 – 13M)
  • Candi Dieng dan Prambanan merujuk pada agama Bhindu sementara candi di Thailand hampir semuanya untuk agama Buddha.
  • Warisan tersebut melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dapat melahirkan monument keagamaan.
  • Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha sementara patung dewa Vishnu, Siva, Brahm, Durga dan Lingga merupakan patunga agama Hindu.
  • Terdapat juga patung jenis lain seperti Drawapala dan Nandiswara yang berperanan menjaga candi daripada dimasuki oleh roh jahat
  • Candi dan patung Hindu dan Buddha dijumpai di Asia Tenggara boleh diketegorikan kepada beberapa jenis dan gaya.
  • Jenis dan gaya melambangkan zaman penciptanya.
  • Walaupun agama Hindu dan Buddha dating dari India tetapi gaya seni bina arca dan patung tersebut menunjukkan adunan dua tamadun iaitu India dan Asia Tenggara. Contohya arca Buddha yang ditemui di tapak 16A Lembah Bujang menunjukkan ciri campuran antara gaya Sarnath dari India dengan alanggam seni arca tempatan.
  • Sebilangan besar patung agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara dapat diketegorikan kepada gaya yang didapati di Funan, Champa, Dvaravati, Srivijaya, Sailendra, Angkor dan Padang Lawas di Sumatera.
  • Gaya itu menggabungkan antara elemen India denagn elemen tempatan.
  • Sekiranya patung dibuat sekitar bad ke-3 dan 5 M, maka terdapat pangram zaman Dinasti Gupta.

Candi Angkor Wat
  • Di Kemboja pula Angkor Wat dibina untuk agama Hindu
  • Candi terletak 6KM ke utara Seim Reap dan melambang orde kosmos
  • Tingginya ialah 213meter dan keluasan kawasannya ialah 208hektar.
  • Candi ini mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39meter dengan teres bertingkat empat.
  • Setiap sudutnya mempunyai menara.
  • Bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batuan laterit dan batu pasir dengan ukuran 850 meter lebar dan 1000 meter panjang
  • Terdapat ukiran yang menggambarkan antara lain epik Ramayana dan Mahabrata

Candi Borobodur
  • Terletak di Jawa Tengah, Indonesia
  • Candi ini mewakili agama Buddha Mahayana
  • Terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
  • Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
  • Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, Samadhi dan panna. Seperti yang terdapat dalam ajaran Buddha.
  • Candi Borobodur ini dibina dalam masa 75tahun.

Candi Lembah Bujang
  • Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840-an oleh James Low iaitu Superintendent di Seberang Perai ( Province Wellesley)
  • Semenjak penemuan tersebut hingga ke hari ini lebih daripada 70 buah tapak arkeologi telah dikenalpasti.
  • Walaubagaimanapun melalui kajian arkeologi hanya sembilan buah tapak yang dapat dibina semula struktur lantainya.
  • Antara candi yang telah dibina semula di Lembah Bujang ialah
    • candi yang dapat dilihat di Estet Sg. Batu di Bukit Batu Pahat, di Pendiat dan di Pengkalang Bujang.
  • Candi yang terdapat di lembah Bujang bersaiz kecil, kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja.
  • Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu
    • Vimana- bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan.
    • Mandapa- bahagian luar candi.
  • Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN
  • Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara telah meningkatkan Pencapaian dalam bidang intelek masyarakat.contoh batu bersurat yang banyak di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara mengandungi maklumat tentang
    • Agama
    • Pemerintahan
    • Raja
    • Undang- undang
  • Antara batu bersurat itu termasuklah yang dijumpai di Kutei, Sg. Mas ( Kedah Tua ) dan Palembang.
  • Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja manakala batu bersurat Sg. Mas berkaitan dengan agama Buddha.
  • Sebahagian besar daripada inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.
  • Tulisannya adalah berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka kepada raja.
  • Apa yang menarik ialah sebahagiannya dipahat pada batu dan pemahatan itu benar- benar memerlukan kemahiran yang tinggi.
  • Penulisnya juga perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit
  • Ini juga menunjukan bahawa masyarakat tempatan telah mempunyai kemahiran yang tinggi untuk memahat pada batu.
  • Kemahiran yang tinggi diperlukan agar tulisan dapat dibaca dan batu pula tidak pecah sewaktu dipahat.
  • Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Lembah Bujang dan tempat- tempat di Asia Tenggara jelas menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah pada rakyat.
  • Bahasa Sanskrit menjadi bahasa keagamaan seperti yang terdapat dalam kitab- kitab berkaitan dengan keagamaan dan bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu. Maka banyak perkataan tersebut masih kekal terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain di Asia Tenggara
  • Sesetengah perkataannya telah mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu yang ada pada hari ini.
  • Antara perkataan Sanskrit yang mengalami perubahan dalam bahasa Melayu termasuklah seperti berikut.

Bahasa Sanskrit
Bahasa Melayu
  • Dosa
  • Dukkha
  • Dorhaka
  • Manusa
  • Phala
  • Rupa
  • Samsara
  • Aksara

  • Dosa
  • Duka
  • Derhaka
  • Manusia
  • Pahala
  • Rupa
  • Sengsara
  • huruf

    • Dalam bidang kesusasteraan pula, pengaruh India terhadap Asia Tenggara dapat dikesan melalui peranan bahasa Sanskrit seperti yang terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil.
    • Bahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.
    • Kesusasteraan India pula melalui epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsure mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.
    • Pangram awal kesusasteraan itu dapat dilihat dalm puisi dan prosa jawa seperti Nagarakertagama,sutasoma,Arjunwiwaha dan Kunjarkarna.
    • Masyarakat Asia Tenggara kemudiannya turut terdedah kepada cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya,penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit.
    • Daripada Mahabharata lahir pula naskah yang kemudiannya diadun dengan unsur tempatan yang antara lainnya seperti
Ø  Hikayat Pendawa Lima
Ø  Hikayat Pendawa Jaya
Ø  Hikayat Sang Samba
§  Sementara daripada epik Ramayana pula lahir Hikayat Seri Rama









MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat
Keterangan
Bukti kemasukan pangram kebudayaan dari India
§  Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara juda dapat dilihat berdasarkan peninggalan data arkeologi seperti candi di Lembah Bujang yang menunjukkan ciri Hindu dan Buddha.
§  Candi di Srivijaya yang menunjukkan cirri Buddha dan candi Angkor menunjukkan ciri Hindu dan Buddha.
§  Perkembangan agama Buddha di Srivijaya juga didukung dengan data catatan I-tsing pada tahun 671 M yang menyatakan di Srivijaya terdapat sekitar 1000 bhiksu yang mempelajari agama Buddha dan nahu Sanskrit sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke Nalanda.
§  Bahkan Atisa, guru agama Buddha dari Tibet pernah belajar di Srivijaya selama 12 tahun.
Percampuran unsur tempatan dengan unsur dari India.
§  Jika dilihat daripada seni agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara jelas menunjukkan terdapat campuran antara cirri luar dengan cirri tempatan dengan pengaruh India.
§  Antara contohnya termasuklah Candi Prambanan di Indonesia, Candi Angkor Watt di Kemboja, candi Lembah Bujang di Kedah dan candi Padang Lawas dan Muara Takas di Sumatera.
Maharaja Vespian ( ROM )
§  Merupakan maharaja Rom dan pengasas kepada dinasti Flavian.
§  Pemerintahan zaman Vespian bermula bermula dari tahun 69-79M\selepas kematiannya, beliau diganti oleh dua orang anaknya iaitu Titus dan Domitian.
Orde Kosmos
§  Negara dianggap sebagai suatu alam semesta
§  Sehubungan itu, raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan.
§  Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan Negara dan rakyat selaras dengan Dharma.
Mengangkat sumpah di Srivijaya
§  Dalam upacara angkat sumpah, datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat itu.
§  Air dikumpulkan di bahagian bawah batu bersurat tersebut supaya dapat diminum.
§  Tujuannya adalah untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja.
§  Upacara ini diketuai oleh Brahmin dan disertai doa yang akan menimpakan bencana kepada sesiap sahaja yang mengkhianati persetujuan atau sumpah tersebut.
Telaga batu
§  Merupakan tempat suci di Palembang.
§  Di situ terdapatmonumen dnya sebuah perigi tua.
§  Pada tahun 1979 dijumpai di situ arca agama Buddha daripada tanah liat dan inskripsi.
Inskripsi Srivijaya
§  Batu bersurat utama yang ditemui di Srivijaya kesemuanya berjumlah 7 iaitu
  1. Batu Bersurat Kedukaan Bukit 604 Saka (682 M)
  2. Batu bersurat Talang Tuwo 606 Saka ( 684 M)
  3. Batu Bersurat Kota Kapur 608 Saka ( 686M)
  4. Batu Bersurat Telaga Batu
  5. Batu Bersurat Karang Berahi
  6. Batu Bersurat Palas Pasemah
  7. Batu Bersurat Bawang.
Monumen dan akta di Malaysia
§  Monument di Malaysia yang berumur lebih daripada 100 tahun terletak di bawah Akta Benda Purba 1976.
§  Mana- mana monumen yang didaftar di bawah Akta Benda Purba tidak boleh diganggu tanpa kebenaran daripada pegawai yang diberi kuasa oleh kerajaan yang bertanggungjawab terhadap benda purba iaitu Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.
§  Pembuatan monumen keagamaan dan arca seni keagamaan India adalah berdasarkan kitab Slipasastera sebagai rujukan dan peraturan untuk membuatnya.
Gaya Patung
§  Gaya patung agama yang terdapat di Asia Tenggara melambnagkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati, Gupta, Pallava, Pala atau Cola.
§  Ini adalah kerana amaravati, gupta, pallava, Pala dan Cola merupakan tahap utama dalam perkembangan seni agama di India.
§  Pengaruh setiap tahap itu muncul dalam seni agama Asia Tenggara.
Candi borobodur
§  Casparis berpendapat nama Borobodur berasal daripada nama Bhumisambarrabrrabhudara daripada batu bersurat tahun 842M.
§  Nama ini bermaksud “ Gunung Timbunan Kebaikan Di atas Sepuluh Peringkat Bodhisattva.
§  Candi ini terdiri daripada 9 tingkat dan terdapat pagar langkah dengan relief  lukisan Buddha.
§  Bahagian paling atas dianggap sebagai tertinggi dan lambang kepda pencapaian tahap nirwana iaitu tahap manusia membebaskan diri daripada nafsu.
Ajaran Buddha
§  Ketiga- tiga aspek yang berikut berkaitan dengan ajaran Buddha dan dihubung kaitkan dengan konsep Lapan Jalan Kebenaran.
Ø  Panna (kebijaksanaan) – memahami dengan benar, berfikir dengan benar.
Ø  Samadhi (penumpuan)- bertindak dengan benar, bercakap dengan benar,mengamalkan cara hidup yang benar.
Ø  Sila (moral)- berusaha dengan benar, membuat pertimbangan dengan benar, member tumpuan dengan benar.
Lembah Bujang
§  Keluasannya sekitar 400km persegi.
§  Kawasannya meliputi kawasan tanah tinggi seperti Gunung Jerai, Bukit Chgoros dan bukit Batu Pahat.
§  Lembah Bujang kaya dengan hasil pertanian dan bijih timah.
§  Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga yang bermaksud Ular atau Cobra dan perkataan ini berasal daripada Phujangga yang beermaksud cerdik pandai.
§  Lembah ini diairi oleh dua sungai utama iaitu Sungai Merbok dan Sungai Kuala.
§  Oleh sebab Lembah Bujang banyak mewariskan tinggalan seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan kaca, manik, patung agama Hindu dan Buddha serta pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan, jabatan muzium dan intikuiti telah membina sebuah muzium yang terletak di bukit Batu Pahat di Merbok dan dikenali sebagai muzium arkeologi Lembah Bujang.
§  Muzium ini telah dibuka pada tahun 1980.

  • Warisan monumen dan arca agama Hindu dan Buddha berasaskan kedua- dua agama yang datang dari India tetapi gayanya mencerminkan adunan pengaruh India dan tempatan.
  • Oleh itu masyarakat di Asia Tenggara merupakan masyarakat yang inovatif dalam menerajui kehidupan dan dengan ini kerajaan awal kebanyakannya dapat mempertahankan kemerdekaannya sehingga kedatangan Barat.
  • Masyarakat Asia Tenggara memeprlihatkan dari dahulu lagi telah biasa dengan unsur kepelbagaian budaya.
  • Unsur kosmopolitan telah mnejadikan masyarakat di wilayah dan daerah kita terbuka mindanya dan mempunyai sikap toelransi yang tinggi. Keadaan ini telah memastikan kehidupan yang harmoni. Pergeseran dan perselisihan yang berlaku dahulu tidak berpanjangan dan dapat diatasi dengan bijaksana. Sejarah telah membentuk kepelbagaian unsur budaya Negara kita dari dahalu hingga sekarang.


No comments:

Post a Comment