Tuesday, January 24, 2012

Kemunculan tamadun awal manusia

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

A.        PENGENALAN:
1.      Zaman Prasejarah ialah zaman di mana manusia masih belum mengenai sistem   tulisan
2.      Kajian terhadap zaman Prasejarah dan budayanya dilakukan oleh ahli arkeologi.
3.      Terdapat empat tahap utama dalam zaman Prasejarah iaitu
                                                        i.            Zaman Paleolitik
                                                      ii.            Zaman Mesolitik
                                                    iii.            Zaman Neolitik
                                                    iv.            Zaman Logam ( Terbahagi dua: Zaman Gangsa dan Zaman Besi )

       4.   Pada zaman Paleolitik dan Mesolitik manusia hidup secara
·         Secara nomad- berpindah randah
·         Tinggal di dalam gua sama ada di kawasan tepi tasik, sungai atau di dalam gua.
·         Hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
·         Menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan.
·         Menggunakan alatan batu ciptaan mereka sendiri iaitu lebih mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni.

5.      Pada zaman Neolitik manusia hidup secara:
·         Menetap dalam kelompok yang besar iaitu dalam masyarakat.
·         Mereka menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak binatang
·         Wujudnya penciptaan baru yang lebih licin serta mempunyai pelbagai fungsi
·         Terciptanya beberapa bahan tembikar – seperti tembikar tanah yang dihasilkan dengan teknik putar yang dijumpai di Gua Musang, Kelantan dan belanga tanah berkaki tiga atau tripod, di Jenderam Hilir Selangor.
·         Wujudnya pembahagian tugas atau pengkhususan kerja kerana mereka mempunyai banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik.
·         Muncul juga beberapa individu berjaya memikirkan cara meleburkanlogam di sesetengah petempatan masyarakat Neolitik pada peringkat akhir zaman tersebut.
·         Wujud sistem pertukaran barang- sistem barter.

6.      Zaman Logam dibahagikan kepada 2
1.      Zaman Gangsa
2.      Zaman Besi
§  Penggunaan alatan logam khususnya besi telah menyebabkan manusia pada zaman ini berjaya mencipta perahu dan rumah.
§  Dengan menggunakan perahu, mereka mula meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritime.
§  Perdagangan ini bermula di kalangan masyarakat pesisir kawasan yang berdekatan.
§  Hubungan ini terus berkembang ke masyarakat yang lebih jauh.
§  Munculnya penempat besar dan kota pertahanan
§  Petempatan besar ini berkembang menjadi bandar atau kota contoh.
a)      Bandar Jericho di Jordan ( 800 S.M)
b)      Catal Huyuk di Turki ( 6500 S.M )

Maklumat Tambahan

Maklumat
  • Kajian terhadap tinggalan artifa, eikofak, dan feature masyarakat lampu secara sistematik melalui proses cari gali.
Artifak
  • Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak, pisau dan pinggan magkuk.
Feature
  • Tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah.
Ekofak
  • Tinggalan spt sisa makanan, tulang dan tumbuh- tumbuhan
Petempatan awal
  • Di Malaysia- penempatan awal zaman Paleolitik ialah di tepi kawasan tasik seperti Lenggong, Kota Tampan ( Perak )
  • Tingkahayu ( Sabah ) sementara petempatan awal di gua ialah Gua Niah, Sarawak.
Pertanian
  • Di Timur Barat, pertanian telah dikenali sejak tahun 8000S.M dan biri- biri mula diternak di Iraq.
  • Di China, tanaman padi telah dikenali sejak 8000 tahun dahulu.
  • Di Asia Tenggara, tanaman padi mula dikenali di Non Nok Tha dan Ban Kao ( Thailand ) pada sekitar yahun 3500 S.M
  • Di Malaysia, tanaman awal ialah padi dan ditemui di Gua Sireh ( Sarawak ) pada sekitar tahun 4500 S.M
Pertukaran Barang
  • Selain sistem barter, pertukaran barang dagangan juga melibatkan cengkerang siput gerus atau cowrie sebagai nilai tukaran dagangan.
Cengkerang Cowrie
  • Digunakan sebagai salah satu nilai tukaran dagangan – cengkerang siput gerus atau cowrie ini diikat antara satu sama lain sehingga berbentuk seperti rantai supaya mudah dibawa kemana- mana.



B. MAKNA TAMADUN
    1. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu Mudun, madain dan madana. Membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
    2. Juga berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Civilization yang berasal daripada bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud Bandar.
    3. Bermaksud peradaban
    4. Bagi masyarkat barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah khususnya dal hal- hal kebudayaan seperti penulisan, Undang- undang, kesenian dan pembandaran.
    5. Sarjana Barat Gordon Childe menyatakan pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
    6. Darcy Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah dan menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun
    7. Dari segi Islam, tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
    8. Syed Nuquib al-Attas memberi pandangan bahawa tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan beliau disokong oleh sarjana Barat iaitu Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.
    9. secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata- mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

C. CIRI- CIRI TAMADUN.
      • Usaha manusia untuk menyesuaikan hubungan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif yangs selalunya bergantung pada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.
      • Proses pembentukan tamadun merupakan menifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua- dua aspek ini.

  1. PETEMPATAN KEKAL
    • Kehidupan secara menetap/ corak hidup lebih sistematik
    • Pertempatan tertentu di kawasan yang subur/ sesuai untuk aktiviti pertanian
    • Pandai dalam penanaman dan penyimpanan makanan dan menternak binatang.
    • Wujudnya penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi sistem pengairan yang baik.
    • Meningkatkan hasil pengeluaran dan lebihan makanan dijual dengan menggunakan sistem barter dan hasil lebihan makanan dapat menampung pertambahan penduduk.

  1. KEHIDUPAN BERORGANISASI
·         Dapat mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran hidup.
·         Peringkat awal wujudnya sistem keluarga
·         Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi membawa proses pembahagian masyarakat yang kompleks.
·         Sistem sosial, sistem masyarakat tamadun awal selalunya berbentuk pyramid dan bersusun lapis.

LAPISAN 1:          Golongan bangsawan yang meneraju pemerintahan/raja

LAPISAN 2:          Golongan pembesar/golongan yang menguasai upacara dan
hal ehwal agama/ individu yang dihormati oleh masyarakat spt ketua keluarga ataupun kelompok/kumpulan pentadbir dan ilmuan/kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam kesenian.

LAPISAN 3:           Golongan rakyat biasa- mempunyai jumlah yang ramai. Merupakan tunjang kepada aktiviti ekonomi terutamanya bidang pertanian dan perdagangan.

LAPISAN 4:           Golongan hamba/bergantung kehidupannya pada lapisan- lapisan di atasnya.




iii.        SISTEM PEMERINTAHAN
·         Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran.
·         Seseorang pemimpin/raja menggunakan unsur magis serta mendakwa diri mereka sebagai wakil tuhan untuk mendapatkana pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.
·         Lahirnya sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat untuk menjamin dan menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

iv.        PENGKHUSUSAN KERJA.
·         Peningkatan produktiviti menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi penting.
·         Dapat menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik dan membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.
·         Barangan/hasil keluaran dikeluarkan oleh kumpulan tertentu berdasarkan kepakaran.
·         Menghasilkan pertukaran barangan/sistem barter ( permulaan aktiviti perdagangan)
·         Berlaku juga pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya sesebuah masyarakat dengan masyarakat lain.

v.         AGAMA DAN KEPERCAYAAN
·         Merupakan perkara penting dalam perkembangan tamadun
·         Berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam pembentukan tamadun awal.
·         Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia cuba memahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling.
·         Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar spt pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
·         Kepercayaan animisme – percaya terhadap kuasa ghaib alam sekeliling.
·         Secara evolusi kepercayaan ini bertukar menjadi agama.
·         Agama tamadun awal dikenali sebagai politisme yang bermakna penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan.

  vi.      BAHASA DAN TULISAN.
·         Antara bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit
·         Sistem tulisan terawal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram.
·         Bahasa dan tulisan memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan antara masyarakat.
·         Penghasilan sistem tulisan penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti menyimpan rekod, penulisan undang- undang dan hal- hal keagamaan.
·         Bahasa dan tulisan merupakan instrument penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia.


v  Ciri- ciri tamadun ini berkait rapat antara satu sama lain. Proses ini berkembang pesat di bandar. Kemunculan bandar- bandar memainkan peranan penting dalam proses perkembangan sesebuah tamadun. Bandar berperanan sebagai pusat pentadbiran, pusat aktiviti ekonomi, pusat penyembahan dan ritual, pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pusat pertemuan masyarakat. Bandar merupakan sebuah menifestasi kepada penciptaan manusia yang mencerminkan tahap ketamadunan manusia.

D. PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN.

-          Bermula apabila wujudnya hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekeliling.
-          Mereka memilih kawasan lembah sungai- kerana kesuburan tanah untuk pertanian.
-          Mempunyai kemudahan bekalan air, makanan serta kemudahan tahap ketamadunan manusia.

1.         TAMADUN MESOPOTAMIA.

            A. LOKASI
Ø  Mesopatamia bermaksud tanah di antara 2 sungai
Ø  Terletak di antara Sg. Tigris dan Sg. Euphrates  yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hingga ke Teluk Parsi
Ø  Dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagin timur laut, dataran tinggi Arab di Barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

B. KERANGKA MASA
Ø  Berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara 7000- 5000 S.M. Sekitar tahun 3500 S.M wilayah Mesopotamia berkembnag menjadi pusat tamadun awal, banyak kerajaan muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembha Mesopotamia.
Ø  Kerajaan awal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M
Ø  Kerajaan terakhir ialah Chaldea pada tahun 539 S.M
Ø  Tamadun Mesopatamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman pemerintahan yang terpenting seperti:
- Kerajaan Sumeria                              3500- 2340 S.M
- Kerajaan Akkad                                2371- 2006 S.M
- Kerajaan Ur                                       2113- 2006 S.M
- Kerajaan Babylon Awal atau lama    2000- 1530 S.M
- Kerajaan Kassites                              1530- 1100 S.M
- Kerajaan Assyria                               1100- 626   S.M
- Kerajaan Chaldea                              626- 539     S.M

Ø  Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon lama dan Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.

C. PROSES PEMBENTUKAN
Ø  Bahagian Utara Bandar Baghdad – meliputi kawasan pertengahan Sg.  
Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sg Zab yang dikenali sebagai Assyria.
Ø  Bahagian Selatan Baghdad - meliputi kawasan Sg Tigris dan Sg.  
                                                     Euphrates yang hampir bercantum.
dikenali sebagai kasawan Babylon yang
terbahagi pula kepada 2
·         Akkad di Utara
·         Sumeria di Selatan
Ø  Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan iaitu Sumer.
Ø  Orang Sumeria bukan peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.
Ø  Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai
Ø  Berlakunya lebihan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

D. CIRI- CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA
             1) Negara Kota
Ø  Setiap kota mempunyai cirri fizikal tersendiri
Ø  Setiap Negara kota terbahagi kepada kawasan utama iaitu
a.       pusat kota
b.      tembok kota
c.       luar kota
d.      pelabuhan
Ø  Setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
Ø  Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
Ø  Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.
Ø  Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri. Sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
Ø  Bandar atau Negara kota dapat dihubung oleh laut dari wilayah- wilayah lain.
Ø  Jalan perhubungan utama ialah jalan yang menghubungkan Sumeria dan kota Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

               2)   Organisasi Sosial
Ø  Kehidupan masyarakat lebih teratur
·         Masyarakat kota terbahagi kpd 2 golongan iaitu
a)       golongan pemerintah- terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan.
b)      Golongan rakyat- terdiri daripada rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang dan hamba yang terdiri drpd tawanan perang.


 3) Sistem Pemerintahan- sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi
  • Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik Negara kota.
  • Walaupun raja dianggap sebagai tuhan, rakyat tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin ( 2291- 2255 S.M) di Akkad. Beliau memaksa rakyat Akkad menyembahnya kerana beliau menganggap dirinya sebagai tuhan kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai ‘ Raja Empat Penjuru Alam’
  • Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal ehwal keagamaan.
  • Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di Zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.
  • Zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah Negara.
  • Raja amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan.
  • Raja dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

4) Pengkhususan Kerja- berlaku bila wujudnya lebihan hasil pertanian
  • Terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
  • Perdagangan dikendalikan dengan kawasan wilayah sekitar dan kawasan di Lembah Indus.
  • Aktiviti perdagangan pentig kerana Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan mentah
  • Barangan logam, kayu kayan, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian Mesopotamia
  • Ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk di Negara kota.
  • Ada sebilangan masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan Negara kota.

5) Sistem Tulisan- bermula dengan tulisan bergambar
  • Kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat.
  • Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku atau dikenali sebagai cuneiform.

E. SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

a) PERUNDANGAN
  • Kod hammurabi- digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi yang memerintah Babylon.
    • Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
    • Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat
    • Mengandungi 282 undang- undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar
    • Rakyat dapat membaca undang- undang tersebut.
    • Kod ini menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
    • Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
    • Dapat mewujudkan dan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat.
    • Kod ini juga dapat membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka panjang ( 3500- 530 S.M)

b) SISTEM TULISAN-
  • Kelahiran jurutulis melancarkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat dan direkod.
·         Dalam perdagangan kesemua urusan jual beli disertakan resit, nota dan surat kredit.
·         Melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh ( hasil kesusasteraan tertua di dunia ) mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.


c) BIDANG SAINS- Perkembangan ilmu astronomi
·         Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
·         Penguasaan bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta calendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
·         Perkembangan ilmu perubatan diberi perhatian oleh kerajaan Assyria kerana kerajaan ini amat mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
·         Sebanyak 500 jenis ubat- ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dengan menggunakan ubat- ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

d)PENCIPTAAN RODA- Digunakan dalam menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan atau pengangkutan barangan.
·         Juga membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.
·         Tamadun ini menyumbang ciptaan alat pengangkutan terawal dunia- penggunan kapal layer dan pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M
·         Menyebabkan mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah kawasan Mediterranean.

e) PENCIPTAAN ARCA DAN TIANG BATU: Membina arca patung Raja Gudea
·         Penggunaan arca dan tiang batu dalam pembinaan Zigurat.

-          Raja Sargon beerjaya mewujudkan kerajaan Akkad yang merupakan empayar pertama di dunia. Beliau berjaya menakluk dan menyatukan wilayah- wilayah kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia. Beliau dikatakan operintis kepada pembentukan sesebuah empayar selepasnya dan kemudian menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose 111 pada zaman Mesir Purba.
-          Mesopotamia menyumbang kpd pembentukan sebuah masayarakat berestetika.
-          Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun adalah hasil usaha pemimpin masa lampau seperti Ashubanipal (668-627 S.M) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Nineveh.

MAKLUMAT TAMBAHAN.

MAKLUMAT
KETERANGAN
Sumeria
  • Berasal daripada nama kuno merujuk kepada wilayah di selatan Iraq, iaitu Sumeria.
  • Peringkat awal kawasan ini didiami oleh 3 kumpulan etnik iaitu Sumeria, orang Semitik dan orang yang tidak diketahui asal- usul keturunannya tetapi bilangannya kecil
Negara Kota
  • Keluasannya bih kurang 1000 batu persegi.
  • Contoh keluasan Kota Lagash adalah lebih kurang 1800 batu persegi dan penduduknya berjumlah antara 30 000hingga 35 000 orang.
  • Setiap Negara kotaini merupakan sebuah kerajaan ang berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri.
  • Negara kota akan bersatu tenaga untuk berperang dan menentang musuh.
Taman Tergantung Babylon
  • Salah satu daripada 7 keajaiban dunia
  • Dibina pada zaman Raja Nabuchadnezzar- raja Chaldea
  • Dalam taman ini terdapat pelbagai pokok dan pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit teres yang menampakkan seolah- olah tanaman tersebut tergantung.
Teokrasi

  • Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan
Hammurabi
  • Memerintah dari tahun 1792-1750 S.M
  • Berasal dari keturunan Amorite
  • Membina banyak Negara Kota. Pusat pemerintahnya di Babylon
  • Menakluki Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia
  • Contoh Kod Hammarubi- jika seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan. Jika seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya, maka bangsawan ini didenda satu wang perak.
Epik Gilgamesh
  • Kisah kepahlawanan tokoh Gilgamseh yang memiliki sifat 2/3 tuhan, 1/3 manusia, wajah tampan dan susuk badan yang sasa. Mempunyai kekuatan dan keberanian. Beliau memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan kepada Kota Uruk.
  • Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
Perpustakaan Diraja
  • Mengandungi lebih kurang 22 000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu- ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.


B) TAMADUN MESIR PURBA

a) LOKASI
  • Terletak di tebing sungai Nil. Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sg. Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda.
  • Limpahan air Sungai Nil berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir yang sebelumya gersang.
  • Mesir menjadi tanah dataran yang subur. Tanah lanar berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.

b) KERANGKA MASA.
  • Berkembang daripada petempatan awal zaman Neolitik ( 10 000- 500 S.M)
  • Pada sekitar tahun 3500 S.M wilayah di sekitar delta serta di bahagian pertengahan Mesir telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.
  • Dibahagikan kepada empat
a.       Zaman Awal                      3100-2200 S.M
b.      Zaman Pertengahan                       2040-1785 S.M
c.       Zaman Empayar                1570- 1085 S.M
d.      Zaman Keruntuhan                        1085- 322   S.M

  • Tempoh peralihan masa adalah terlalu lama.
  • Mengalami zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya ( 1100-747 S.M), Kush ( 730- 670 S.M), Assyria ( 663- 609 S.M ), Parsi ( 525 S.M ), Yunani ( 332- 30 S.M ) dan Rom ( 30 S.M )

c) PROSES PEMBENTUKAN
  • Manusia yang tinggal di Lembah Sungai Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada zaman Logam sejak tahun 5000 S.M
  • Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk aktiviti pertanian
  • Kreativiti ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah.
  • Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian.
  • Petempatan tetap ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampong- kampong ini telah wujudkan beberapa buah bandar yang kemudiaanya bergabung membentuk sebuah nome atau daerah.
  • Kesemua nome kemudian disatukan dengan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran. Contohnya Bandar Thiris, Memphis dan Thebes.

d) CIRI- CIRI TAMADUN MESIR.
  • Bila Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan, beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil.
  • Pusat Pentadbirannya berpindahke bandar Memphis berhampiran dengan delta Sg. Nil
  • Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbirannya berpindah ke Bandat Thebes.
  • Terdapat beberapa bandar penting lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abbydos.
  • Kehidupan di bandar merupakan salah satu cirri penting dalam tamadun ini kerana disinilah tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran dan juga pelabuhan penting tamadun ini.
    • Struktur Organisasi Susun Lapis
-          Diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
-          Jawatan firaun ( raja mesir) diwarisi secara turun- temurun.
-          Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
-          Semasa pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4 firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai baginda adalah anak tuhan Matahari, iaitu Amon- Re.
-          Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
-          Firauan ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis.
-          Diikuti dengan golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.
-          Lapisan paling bawah ialah hamba.


§  Sistem pemerintahan
-          Diterajui oleh raja iaitu Firaun.
-          Dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan hasil makanan di dalam Negara.
-          Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.
-          Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.
-          Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan.
-          Mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.
-          Pada zaman Empayar seorang telah dilantik menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut ( 1501- 1479)
-          Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terus dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian tang subur.
-          Kejayaan ini meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. ( menunjukkan wanita yang memerintah Mesir mempunyai status yang tinggi.
-          Kerajaan Mesir Purba merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuk wilayah di Nubia di Selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia iaitu wilayah di Palestin hingga Lubnan dan Syria.
§  Pengkhususan Kerja
-          Seperti penenunan, pembuatan barang tembikar dan peralatan.
-          Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas
-          Aktiviti ekonomi ialah perlombongan emas di kawasan Nubia.
-          Pengangkuran air memainkan peranan pentig dalam tamadun Mesir Purba.
-          Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal- kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan- pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.
-          System pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang- pedagang dari Laut Medeiterranean dan Laut Merah singgah di pelabuhan Mesir purba.
§  Kepercayaan.
-          Percaya kepada konsep politiesme. Setiap orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsure alam seperti Re( Tuhan Matahari) Ra- Atum ( Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan Angin )
-          Mereka percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu mayat disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan selepas mati.
-          Mayat diiringi dengan kelengkapan harian yang akan ditanam bersama- sama dengannya. Solekan mayat, alat kebeasaran dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
§  System Tulisan
-          Dikenali sebagai hieroglif yang berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
-          System tulisan sangat penting untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pungutan cukai.
-          Berperanan untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.







E. SUMBANGAN TAMADUN MESIR PURBA.
§  Seni Bina
-          senibina pyramid bermula daripada ilham Imhotep, saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting firaun Djoser ( 3150 S.M ). Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu- bata. Juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang sains dan sastera.
-          Pembinaan pyramid menggambarkan kreativiti mesyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan.
§  Penciptaan Kertas.
-          Mencipta kertas daripada pokok papyrus yang hidup di Lembah Nil.
-          Penciptaan ini memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu- bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
§  Sistem Tulisan.
-          tulisan berbentuk hieroglif, dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.
§  Sistem pendidikan.
-          Mewujudkan system pendidikan pada kanak- kanak daripada keluarga atasan.
-          Mereka diberi pendidikan sejak dari umur rendah.
-          Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
-          Penekanan terhadap pendidikan bertujuan melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya juru tulis yang sempurna dan terlatih.
-          Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan pyramid.
§  Bidang Perubatan
-          Telah melahirkan pengamal perubatan
-          Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat.
-          Berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
-          Kemajuan utamanya dalam proses memumiakan mayat berkaitrapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.
§  Bidang Sains
-          Kemajuan dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembagan ilmu hingga hari ini.

§  Bidang Pengairan.
-          Pengawalan aliran air Sg. Nil menjadi nadi kepada tamadun.
-          Pemerintah berjaya mencipta system pengairan yang menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
-          Pemerintah firaun Senuusret 111 membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123km bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah 10 000 hektar.
§  Bidang Matematik
-          Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid an astronomi digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sg. Nil yang berlaku sekali dalam setahun.
-          Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir memperkenalkan system calendar 365 hari iaitu 12 bulan dalam setahun.



Maklumat Tambahan

Maklumat
keterangan
Firaun
§  Ketua kerajaan Mesir
§  Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu pharaoh yang beerti rumah yang agung
§  Bermaksud pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran cukai kepada tanah dan harta
§  Rumah yang agung merujuk kepada istana dan raja yang memerintah iaitu firaun.
Politeidsme
  • Kepercayaan kepada banyak tuhan
Penemuan makam Tutankhanum II
  • Ditemui oleh pengkaji Mesir Purba, Howaard Carter pada 1922
  • Penemuan ini berlaku setelah 30 tahun usaha mencari gali di lembah yang dikenali sebagi lembah Raja di Thebes dijalankan
  • Mayatnya diselaputi emas yang beratnya lebih kurang 11kg.
  • Turut ditemui ialah koleksi artifak Mesir Purba yang mengagumkan.
Jasa Imhotep
  • Pembinaan pyramid Sakkara yang merupakan pyramid tertua dan binaan batu yang pertama di dunia
  • Pyramid ini dibina untuk firaunDjoser iaitu firaun kedua pada dinasti ke-3
Hieroglif
  • Tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar
  • Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratic- tulisan berangkai.
  • Pada 700S.M tulisan hieratic ini berkembang ke tulisan demotic.
Dokumen Perubatan Mesir
  • Buku serta catatan tentang perubatan ini ditemui di dalam makam Firaun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600 S.M yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman berzaman


C) TAMADUN INDUS.

a) LOKASI
- Merupakan tamadun terawal diduniaTerletak di Lembah Sungai Indus yang berpunca     
  daripada Pergunungan Himalaya dan mengalir  ke Laut Arab.
- Dikenali juga sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama tamadun
   ini.
-          Terletak di bahagian barat laut India. Dikelilingi oleh Banjaran Makram, Pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.

b) KERANGKA MASA
-  Muncul sekitar tahun 2500 S.M dan mula merosot pada tahun 1800 S.M
-  Masih belum jelas factor kemerosotan tamadun ini dan ada yang menyatakan tamadun ini
   mengalamani kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam seperti banjir, 
   kemarau dan gemapa bumi.

c) PROSES PEMBENTUKAN
·         Di bahagian Barat Laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu hidup berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan.
·         Penduduk ini kemudiannya membentuk petempatan kekal di sepanjang Ss. Indus kerana kawasan ini sesuai sebagai sumber air, tanah yang subur dan boleh meningkatkan hasil pertanian. Keadaan ini membawa kepada pertambahan penduduk.
·         Factor ini menyumbang kepada perkembangan bandar
·         Dua bandar utama yang terbentuk ialah Mohenjo- Daro dan Harappa.
·         Lothal dan Sutkagen merupakan bandar pelabuhan penting.

d) CIRI- CIRI TAMADUN INDUS.
§  Petempatan Kekal
-          Membawa kepada pembentukan bandar terancang.
-          Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
-          Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
-          Bandar- bandar disusun dengan teratur dan sistematik.
-          Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dari pembinaan serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
-          Bandar- bandar ini disusun berassakan blok- blok berbentuk segi empat dan dipisahkan oleh satu rangkaian jalanraya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
-          Setiap bandar mempunyai system kumbahan yang terancang.
-          Selain jalanraya, bandar- bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
§  Organisasi Sosial
-          Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakatnya terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan.
-          Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
-          Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun bilnagannya kecil, para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruhcbesar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
-          Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta.
-          Oleh kerana tiada bukti kewujudan raja, sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh golongan pendeta.
-          Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh.
-          Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
-          Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan.

§  Pengkhususan Kerja.
-          Terutamanya dalam bidang ekonomi.
-          Masyarakat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.
-          Aktiviti perdagangan termasuklah dengan Mesopotamia. Ini terbukti melalui penemuan cop mohor muatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
-          Antara hasil perdagangan yang penting ialah emas, gading, gajah, manik dan hasil pertanian.
-          Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang dan sebagainya.
-          Ada masyarakat yang menjadi artisan secara khusus- terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barang tembikar.

§  Keagamaan
-          Dikenalpasti mempunyai satu amalan agama
-          Terbukti dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsure keagamaan. Antaranya sebuah patung Proto- Siva – menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepala yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva ( penting dari sudut kaitannya dengan agama Hindu)
-          Masyarakat juga percaya kepada Tuhan Ibu- diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut berlaku dalam masyarakat Mesopotamia, Asia kecil, Syria dan palestin.

§  System Tulisan.
-          Berbentuk piktograf (tulisan tamadun ini masih lagi misteri kerana masih belum dapat ditafsirkan sehingga kini.

e) SUMBANGAN TAMADUN INDUS

§  Perancangan Bandar
-          Keupayaan mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo- Daro dan Harappa.
-          Memerlukan gabungan antara kepakaran dan pengisiannya, pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukan.
-          Hasil pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
-          Membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus dan masyarakatnya meningkatkan mutu bahan binaan.
-          Mereka tidak hanya bergantung kepada panas matahari untuk membuat batu- bata daripada tanah liat sebaliknya dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

§  Sifat Keterbukaan
-          Melalui hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba membolehkan masyarakatnya memperolehi manfaat sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
-          Segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

Maklumat
Keterangan
System saliran di bandar terancang.
  • Rumah- rumah di bandar ini mempunyai bilik mandi dan tandas
  • Air dan sisa kumbahan dari rumah disalir terus untuk membolehkan kerja pembersihan dilakukan jika tersumbat.
  • Bahan buangan  ini akan dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar.
Cap mohor
  • Dibuat daripada batu lembut yang diukir dan dipanaskan
  • Cap ini berbentuk empat segi bujur dan dikatakan sebagai lambang pengenalan diri seseorang atau sekumpulan pedagang.
Tuhan Ibu
  • Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu terbukti dengan penemuan patung wanita.
  • Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat lembah Indus bagi melambangkan kesuburan
Hubungan tamadun Mesopotamia – Tamadun Indus
  • Sumber Mesopotamia menyatakan nama Bandar seperti Makan dan Meluhha.
  • Bandar Makan dikenalpasti sebagai Maakran dan Meluhha berkemungkinan merujuk kepada Mohenjo- Daro.
  • Sumber ini langsung memaparkan wujudnya hubungan antara dua tamadun.


D) TAMADUN HWANG HO.

a) LOKASI
  • Muncul daripada kesuburan tanah di Hwang Ho atau Sg. Kuning
  • Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di bahagian utara Negara China.
  • Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.
  • Lokasi tamadun ini jauh daripada pusat- pusat tamadun dunia lain.
  • Cirri- cirri fizikal yang bergunung ganang, berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.

b) KERANGKA MASA
  • Kemunculan tamadun ini dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapian yang dikenali sebagai Peking man yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400 000 S.M.
  • Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan zaman paleolitik.
  • Zaman neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M
  • Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan penternakan
  • Dinasti diraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205 – 1766 S.M ( namun belum ada bukti kewujudan dinasti Hsia seperti Dinasti Shang.
  • Dinasti Shang dibuktikan dengan jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766- 1050 S.M
  • Pada penghujung dinasti Shang, muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintah Raja Shang.
  • Ini mendorong suku Chou yang mendiami lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintah Shang dengan pemerintah dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga 256 S.M.

c) PROSES PEMBENTUKAN
  • Berasaskan peranan sungai Hwang Ho yang telah menyuburkan sekitarnya.
  • Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan ini.
  • Tapak Bampo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
  • Penduduk kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternak binatang selain mengumpul hasil hutan dan berburu.
  • Keadaan ini telah melahirkan beberapa buah bandar di lembah Hwang Ho.
  • Salah sebuah bandar awal tamadun ini ialah Hwang Ho iaitu Anyang yang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Hwang Ho.
  • Semasa D inasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yang Tze.

d) CIRI- CIRI TAMADUN HWANG HO
    • NEGARA KOTA
-          Anyang merupakan salah satu contoh Negara kota.
-          Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.
-          Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar.
-          Bandar ini dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
    • ORGANISASI SOSIAL
-          Masyarakat Shang mmeperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduku lapisan paling atas yang diduduki oleh raja.
-          Lapisan bawahan adalah golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.
-          Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang digunakan untuk menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda untuk digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan.
-          Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa. Oleh itu golongan itu boleh mnegguanakan kemewahan mereka untuk menundukkan golongan bawahan.
-          Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
-          Perhambaan merupakan satu cirri utama dalam Dinasti Shang.
    • PENGKHUSUSAN KERJA
-          Golongan pembesar memilki tentera dan terdapat dua kumpulan tentera iaitu
i)                    kumpulan tentera berkereta kuda
ii)                  kumpualn tentera berjalan kaki.
- Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan
   golongan atasan. Kumpulan petani telah membentuk kumpulan artisan.
-  Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan 
   makanan, senjata dan barang tembikar.
- Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-
   Kerja pemburuhan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
    • SISTEM PEMERINTAHAN.
- Dinasti Shang berbentuk pemeritahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada  
  kalangan lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.
-          Raja- raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, social dan agama.
-          Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
-          Masyarakat mempercayai kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja- raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
-          Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
-          Golongan bangsawan berhak mewujudkan system pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang- undang.
-          System yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabial mereka mengambil alih pemerintah Shang.
-          Raja- raja dinasti Chao membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah- wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
-          Pembesar- pembesar Dinasti Chao membuat ikrar taat setia kepada pemerintah di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
-          Mereka melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
-          Pembesar tempatan diberika hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.
    • AGAMA DAN KEPERCAYAAN.
-          Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politiesme.
-          Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
-          Mereka juga menyembah tuhan syurga ( Shang-ti) dan tuhan bumi ( Tu) di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.
-          Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban. Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh.
-          Keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura- kura di Anyang. Tulang ini dikenali sebagai Oracle. Fungsi tulang Oracle adalah untuk meramal sesuatu keadaan.
-          Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kerajaan.
    • SISTEM TULISAN
-          Amalan penilikan tulang Oracle membawa kepada kemunculan system tulisan awal di China.
-          Rekahan- rekahan pada tulang menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.
-          Tulisan China berbentuk ideogram iaitu tulisan berbentuk simbol.
-          Tulisan asal ini kebanyakkannya mempunyai gambar seperti kanak- kanak, bulan, matahari dan sungai.
-          Tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

e) SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO
a) Bidang Politik.
·         Dari segi politik tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi pemerintahan China Kuno.
·         System pemerintahan monarki diteruskan sehingga ke Dinasti Ching. Hanya berlaku sedikit perubahan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja.
·         Konsep anak syurga dan mandate dari syurga yang dikaitkan dengan raja (Maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti- dinasti di China hingga abad 20.
b) Bidang Ekonomi.
·         Pembinaan system pengairan
·         Pemimpin- pemimpin dinasti Shang amat prihatin terhadap pembangunan pertanian.
·         Terusan- terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan banjir.
·         System pengairan diteruskan di zaman Ching oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
·         Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
·         Pembangunan dalam sector pertanian membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
·         Petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
·         Perubahan berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

c) Bidang Tulisan.
·         System tulisan berkembang secara evolusi dan masa yang digunakan oelh orang China hingga hari ini.
·         Penggunaan tulisan adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.
·         Tulisan ini diajar di sekolah China. Malah tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

d) Agama dan Kepercayaan
·         Pemujaan roh nenek moyang masih berkekalan sehingga hari ini.
·         Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan mengikut kesesuaian masa. Contoh, unsure korban manusia tidak algi diamalkan dan digantikan dengan unsure makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
·         Konsep Yin dan Yan serta Fen Sui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China.

e) Takwim
·         Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
·         Raja menggunakan calendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
·         Amalan menggunakan calendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, pemburuan atau pengebumian.
f) Falsafah.
·         Mengamalkan falsafah peang Sun Tzu.
·         Karyanya- Art of War membicarakan selok belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
·         Pada hari ini falsafah ini telah diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

Maklumat Tambahan

Maklumat
Keterangan
Mandat dari tuhan
    • Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakumuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintah itu direstui tuhan.
    • Mereka percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat itu kerana mereka telah berlaku zalim
Raja Chou
    • Dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang- undang.
    • Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh  pembesar- pembesar feudal
Shang-ti dan Tien
    • Shang-ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk pada nenek moyang pemerintah Shang
    • Orang Cina kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tein.
    • Konsep Tien sukar dijelaskan tetapi Tien boleh dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuat dan tertinggi di alam semesta
    • Tien kadang- kadang dirujuk sebagai syurga
    • Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan Yang.
Yin dan Yang
    • Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsure yang saling melengkapi iaitu Yin dan Yang.
    • Yin ialah kuasa pasif dan yang adalah kuasa aktif
Feng Sui
    • Falsafah Toisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar terutama tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam semesta.




5 comments:

  1. assalammualaykum. where's the print out button? really need this for my examination this tuesday :(

    ReplyDelete
  2. pointer angry bird tu kiut betul ea. words tu ikut ikut kita pulak :)

    ReplyDelete