Tuesday, January 24, 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4


1249/1
 
SULIT


NO. KAD PENGENALAN














                                      ANGKA GILIRAN















 

1249/1
Sejarah
Kertas 1
Mei
2011
1  jam


 




UNIT KURI



UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
SMK SUNGAI PELEK
43950 SUNGAI PELEK, SELANGOR 


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


SEJARAH

KERTAS 1
MASA : 1 Jam


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.                  Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
2.                  Jawab semua soalan.
3.                  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4.                  Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

 

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

LIHAT SEBELAH
SULIT
1.      Perkataan ’tamadun’ berasal daripada bahasa

A.  Arab.    
B.  Greek
C.  Inggeris.
D.  Melayu.

2.      Berikut adalah ciri-ciri utama tamadun manusia

I.    petempatan kekal.
II.  kerahan tenaga buruh.
III. sistem pemerintahan.
IV. pembinaan bangunan.

A.   I dan II.     
B.   I dan III.    
C.   I dan IV.
D.  II dan III.

Soalan 3 merujuk pada maklumat berikut.


·         Sungai Indus.
·         Sungai Nil.
·         Sungai Tigris.
·         Sungai Hwang Ho.
 






3.      Apakah sumbangan sungai di atas kepada ketamadunan manusia?

A.   Pelabuhan entrepot.
B.   Pusat tamadun awal.
C.   Penubuhan bandar terancang.
D.   Pusat penyembahan tuhan.

4.      Mengapakah Kod Undang-Undang Hammurabi penting kepada rakyat Mesopotamia?

A.    Menggalakkan mobiliti sosial
B.     Mencatatkan urusan pentadbiran
C.     Mengukuhkan organisasi masyarakat
D.    Merekodkan harta golongan bangsawan

5.      Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba dalam peradaban manusia?

I.    Kolar kuda.
II.   Pedati beroda.
III.  Pembinaan piramid
IV.  Tulisan hieroglif.

A. I dan II.
B. I dan IV.
C. II dan III.
D. III dan IV.

6.      Apakah kepentingan penemuan patung wanita di Lembah Indus?

A.   Kepercayaan tuhan ibu.
B.   Kepercayaan wanita mulia.
C.   Kepercayaan ibu dilindungi.
D.   Kepercayaan wanita insan istimewa.

7.   Maklumat berikut merujuk kepada amalan masyarakat Indus dalam membina tamadun yang cemerlang.

Bijak mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki
 




Apakah ikhtibar yang boleh dicontohi oleh generasi hari ini?
                                                                                                            
A.   Sifat pemaaf
B.   Sifat keterbukaan
C.   Kekuatan tentera
D.   Kemajuan pertanian


8.    Sekiranya anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China, apakah yang anda akan lakukan bagi menunjukkan kesetiaan anda kepada raja?

I.     Melindungi raja.
II.   Menyerahkan ufti.
III.  Memberikan cukai.
IV.  Memberi bantuan ketenteraan.

A. I dan II.
B. I dan IV.
C. II dan III.
D. III dan IV.


 9.      Julius  Ceasar merupakan pengasas Empayar Rom yang telah berjaya menubuhkan  sistem empayar yang berbeza dengan sistem republik..Apakah  sistem tersebut?

 A.  Sistem pemerintahan empayar
 B.  Sistem pemerintahan beraja
 C.  Sistem pemerintahan republik
 D.  Sistem pemerintahan demokrasi


10.       Apakah sumbangan Chandragupta Maurya dalam tamadun Indus?

A.  Mengembangkan ajaran Hindu-Buddha.
B.  Mengembangkan empayar Maurya dengan peast.
C.  Memperkenalkan penggunaan matawang emas.
D.  Mengubah status raja kepada maharaja.






11.       Maklumat berikut merujuk kepada peristiwa yang berlaku dalam tamadun India.

Perang Kalinga
 
           


Apakah kesan peristiwa tersebut?
                                                                                                        
A.   Penyebaran agama Buddha
B.   Pengukuhan angkatan tentera
C.   Penguasaan golongan peniaga
D.   Penekanan terhadap pendidikan



12.       Pemerintahan Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin membawa kepada kelahiran empayar.
Bagaimanakah beliau mengekalkan kuasanya?
                                                                                                                         
A.   Memerintah secara adil
B.   Mengamalkan sistem demokrasi
C.   Menghapuskan kuasa bangsawan
D.   Mengiktiraf golongan pendeta


13.       Dalam tamadun Yunani, pendidikan di Sparta bermatlamat melahirkan
                                                                                                                    
A.   Seniman
B.   Ahli sukan
C.   Tentera yang setia
D.   Usahawan berjaya


 14.      Mengapakah Sukan Olimpik dianjurkan dalam tamadun Yunani?

A.   Memajukan ekonomi
B.   Menghormati Tuhan Zeus
C.   Mengeratkan persaudaraan
D.   Menentukan kekuatan negara


15.  Apakah faktor penyebaran agama Kristian secara meluas pada zaman Rom (280-
          337 S.M)?

A.      Penulisan kitab Bible
B.       Pengaruh agama lain yang kurang
C.       Pengiktirafan oleh Constantine
D.      Perkembangan teknologi percetakan








  16.     Maklumat berikut merujuk kepada pendapat ahli falsafah dalam tamadun China.

     Ketinggian moral dicapai melalui pendidikan
 





Siapakah tokoh yang mengutarakan pendapat tersebut?
                                                                               
A.   Mo Tzu
B.   Sun Tzu
C.   Lao Tze
D.   Confucius


17.       Antara berikut, yang manakah merupakan sebahagian daripada kerajaan agraria di Asia Tenggara?

I.     Kedah Tua
II.    Srivijaya
III.  Angkor
IV.  Sukhotai

A. I dan II.
B. I dan IV.
C. II dan III.
D. III dan IV.


18.       Apakah aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh penduduk dalam kerajaan agraria?

I.   Memungut sarang burung.
II.  Mengumpul hasil laut.
III. Menjadi ahli pelayaran.
IV. Mengumpul hasil hutan.

A. I dan II.
B. I dan IV.
C. II dan III.
D. III dan IV.








Soalan 19 merujuk pada rajah berikut.

Pelabuhan X
 

·         Membekalkan hasil kepada pedagang antarabangsa.
·         Mengedarkan barang kepada pedagang yang datang ke pelabuhannya.
 








19.          Pelabuhan X dikenali sebagai

A.       pelabuhan pesisir.
B.        pelabuhan kerajaan.
C.        pelabuhan pembekal.
D.       pelabuhan entreport.


20.       Maklumat berikut merujuk kepada kerajaan Kedah Tua.

Berperanan sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka
 



                                                                                                                     
Apakah buktinya?
                                                                                                  
A.   Tinggalan monumen
B.   Jumpaan syiling emas
C.   Penemuan arca logam
D.   Penemuan tembikar China


21.       Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling melengkapi satu sama lain.
Mengapakah keadaan ini berlaku?
                                                                                                           
I.          Kerajaan agraria membekalkan binatang kenderaan
II.       Kerajaan maritim menghasilkan makanan
III   Kerajaan agraria memerlukan tenaga mahir
IV   Kerajaan maritim membekalkan barang mewah

A. I dan II.
B. I dan IV.
C. II dan III.
D. III dan IV




22.       Bagaimanakah raja-raja dalam kerajaan awal di Asia Tenggara mengukuhkan
kuasa?
                                                                                                             
I.     Memajukan sistem perhubungan
II.    Mengamalkan adat pertabalan
III.    Mendirikan kompleks kota
IV.  Memantapkan sistem ekonomi

A. I dan II.
B. I dan IV.
C. II dan III.
D. III dan IV

23.       Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan konsep ’orde kosmos’?

A.  Pembinaan kompleks kota.
B.  Pentadbiran oleh pegawai tentera.
C.  Pemerintahan secara beraja mutlak.
D.  Pertabalan raja dipimpin oleh Brahmin.



Bahasa Sanskrit merupakan salah satu elemen pengaruh Hindu – Buddha di Asia Tenggara
 





24.       Apakah kesan kewujudan bahasa tersebut bagi masyarakat Asia Tenggara?
                                                                                                                            
A.   Memajukan ekonomi
B.   Melahirkan tulisan Jawi
C.   Meningkatkan daya intelek
D.   Mengukuhkan kuasa pembesar


25.       Konsep jahiliah dikatakan berasal daripada perkataan dalam Bahasa Arab iaitu jahala
Apakah yang dimaksudkan dengan jahala?

A.  Tidak bertamadun.
B.  Tidak mempunyai peraturan.
C.  Tidak mempunyai kepercayaan.
D.  Tidak mempunyai ilmu pengetahuan.







Soalan 26 merujuk kepada rajah berikut.

”Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral.”
 





26.       Antara yang berikut,  pernyataan manakah paling tepat untuk menerangkan keadaan tersebut?

A. Mereka tidak suka membaca.
B. Mereka menyembah pelbagai tuhan.
C. Mereka suka berjudi, berzina dan minum arak.
D. Mereka mementingkan sistem kekeluargaan sendiri.


27.       Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah dengan semangat assabiah. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat assabiah?

A.  Sifat sayangkan ahli  keluarga.
B.  Perasaan kesukuan yang melampau.
C.  Semangat bantu membantu antara ahli.
D.  Wujud kerjasama yang erat antara suku.


Soalan 28 merujuk kepada rajah


Seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira telah meramalkan sesuatu tentang diri Nabi Muhammmad s.a.w
 




28.       Apakah ramalan tersebut?

A.  Nabi Muhammad s.a.w akan menjadi seorang rasul.
B.  Nabi Muhammad s.a.w akan menjadi seorang peniaga yang berjaya.
C.  Nabi Muhammad s.a.w akan menjadi penakluk yang hebat.
D.  Nabi Muhammad s.a.w akan dibunuh oleh orang Quraisy.


29.       Antara yang berikut, pernyataan manakah mengenai latar belakang Nabi Muhammad s.a.w?

I.     Disusui dan dibela oleh Halimatus Sa’diyah.
II.   Dilahirkan pada Tahun Gajah.
III.  Mengikuti rombongan perniagaan datuknya ke Syam ketika berusia 12 tahun.
IV.  Mengembala kambing kepunyaan Abdul Muttalib ketika masih kecil.

A.  I dan II.
B.  I dan IV.
C.  II dan III.
D.  III dan IV.


30.       Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w digelar ’al-amin’ ?

A.  Pemaaf dan pengampun.
B.  Suka membantu golongan miskin.
C.  Bersifat amanah dan dipercayai.
D.  Bergaul dengan semua orang.


31.       ” Peristiwa perletakan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya oleh Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kebijaksanaan dan kepimpinan baginda dalam menangani masalah yang timbul”. 
Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?

A.  Mengukuhkan perpaduan masyarakat Makkah.
B.   Masyarakat Makkah menerima ajaran Islam.
C.  Makkah menjadi tempat pertemuan penyair.
D.  Masjidil Haram mula diasaskan.


32.       Surah al-Alaq ayat 1-5  memerintahkan umat Islam supaya membaca. 
Mengapakah ayat ini dianggap penting kepada umat Islam?

A.   Menjadi asas pembentukan tamadun umat Islam.
B.   Menyaingi pencapaian tamadun Rom dan Yunani.
C.   Menamatkan kehidupan Jahiliyah masyarakat Arab.
D.   Membolehkan masyarakat Arab membaca al-Quran.


33.       Mengapakah golongan hamba merupakan penganut Islam paling ramai pada
             peringkat  awal penyebarannya?

            A.   Berhak memperolehi zakat          
            B.    Dikecualikan daripada membayar cukai
            C.    Tertarik dengan jaminan pembebasan
            D.    Tertarik dengan konsep persamaan taraf dalam Islam
















34.

Dakwah Islamiah tidak dapat disebarkan di Makkah kerana tentangan berterusan daripada orang Quraisy.  Nabi Muhammad s.a.w telah memikirkan  strategi baru untuk menempuh dugaan tersebut.


            Apakah tindakan yang dilakukan  oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk meringankan
            beban  penderitaan umat Islam yang ditindas oleh puak Quraisy Makkah?

           
            I     Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
            II    Mendapatkan kerjasama suku Aus dan Khazraj
III  Membentuk pasukan tentera Islam
            IV  Menyebarkan Islam ke Taif

A.  I dan II.
B.  I dan IV.
C.  II dan III.
D.  III dan IV.



·         Perjanjian  Aqabah pertama   -  621 M
·         Perjanjian Aqabah  kedua       -  622 M

35.





Mengapakah kedua-dua perjanjian  di atas penting kepada sejarah Islam?

             A.   Gencatan senjata di antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Quraisy
             B.   Kota Makkah ditawan oleh Nabi Muhammad s.a.w
             C.   Agama Islam diterima oleh masyarakat Arab
             D.   Kerajaan Islam yang pertama diasaskan

36.       Mengapakah keadaan di Madinah tidak aman sebelum peristiwa hijrah?

            A.  Penyerangan orang Quraisy
            B.  Pencorobohan orang Yahudi
            C.  Penindasan oleh bangsa Yahudi
            D.  Pergeseran di kalangan suku Arab









37.       Orientalis Barat mentakrifkan Hijrah sebagai suatu pelarian. Mengapakah takrifan
            ini tidak dipersetujui oleh umat Islam?

            I    Nabi Muhammad s.a.w  ingin menyebarkan agama Islam di Madinah
II   Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya dari Makkah diberi tempat  istimewa
III Nabi Muhammad s.a.w berhijrah berdasarkan jemputan  orang Madinah
IV Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya pergi kepada Madinah secara terbuka
           
A.  I dan II.
B.  I dan IV.
C.  II dan III.
D.  III dan IV.


38.       Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w membina masjid al-Nabawi sebaik sahaja baginda tiba di Madinah?

A.   Pusat kegiatan umat Islam.
B.   Bukti ketibaan orang Islam.
C.   Tempat persinggahan musafir.
D.   Lambang keimanan kepada Allah S.W.T.


39.       Antara  berikut yang manakah benar tentang Piagam Madinah?

            I    Mengandungi  47 fasal
            II   Isinya berdasarkan wahyu
            III  Mendapat persetujuan orang Islam sahaja
            IV Semua anggota  piagam beragama Islam

A.  I dan II.
B.  I dan IV.
C.  II dan III.
D.  III dan IV.






40.       Walaupun Islam membenarkan umatnya berperang, namun beberapa syarat perlu
             dipatuhi . Antaranya ialah

            I       larangan menembak musuh yang bersenjata
            II      tawanan kanak-kanak dan wanita
            III    dilarang merobohkan tempat ibadat
            IV    larangan memusnahkan pokok dan binatang
           
A.  I dan II.
B.  I dan IV.
C.  II dan III.
D.  III dan IV














“KERTAS SOALAN TAMAT”

No comments:

Post a Comment