Tuesday, January 24, 2012

Peningkatan Tamadun

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

A. LATAR BELAKANG TAMADUN

1. Tamadun Yunani
  • Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau- pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh laut Aegean dan laut Mediterranean.
  • Bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai Negara kota atau polis.
  • Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampong dan bandar pada sekitar tahun 1000- 800 S.M
  • Terdapat banyak Negara kota pada zaman Yunani dan setiap Negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan- kawasan pertanian.
  • Di dalam kota ada pasar, kubu, kuil, dan istana.
  • Kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth- ketiga- tiga kota ini terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean.
  • Setiap Negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang- undang tersendiri selain turut memiliki beberapa buah tuhan.
  • Masyarakat dalam setiap Negara kota sentiasa bersatu padu, walaupun begitu peperanagan sering berlaku antara Negara- Negara kota tersebut.

2) Tamadun Rom
  • Tamadun ini lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium yang didiami oleh masyarakat Latin.
  • Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M. Lembah ini berkembang dan menjadi penting.
  • Pada abad ke -2 masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.
  • Majlis perbandaran ini menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadiran pusat di Rom. Keadaan ini membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.
  • Pembinaan bandar yang terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, system pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum) rumah mandi awam dan istana.
  • Bandar Pompei merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan seperti pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum ( binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan pahlawan Rom)
  • Pada tahun 80M bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang.
  • Terdapat system saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 KM yang melibatkan 14 buah saliran dan terusan- bekalan air dapat diberikan kepada penduduk Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selian digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.

3) Tamadun India
  • Tamadun terawal di India ialah tamadun Indus yang mencapai era kegemilangan antara tahun 2500-1800 S.M
  • Selepas zaman ini tamadun Indus mengalami keruntuhan yang dkaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat.
  • Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik- nama Vedik diambil sempena kelahiran kitab- kitab Veda.
  • Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.
  • Menjelang abad ke-7 S.M masyarakat telah beralih ke Lembah Ganges.
  • Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.
  • Terdapat dua bentuk kerajaan atau Janapada atau kerajaan kecil dan mahanjadapada atau kerajaan besar.
  • Di bawah pemerintahan Changragupta Maurya, kerajaan- kerajaan kecil disatukan.
  • Pada zaman 321 S.M telah lahir empayar yang pertama di India kerana semasa pemerintahan Dinasti Maurya, seluruh India Utara disatukan.
  • Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan ketika pemerintahan Asoka.

4) Tamadun China.
·         Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China.
·         Perluasan kawasan ini bermula dengan kemuncalan Dinasti Chin.
·         Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China.
·         Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M dan berakhir pada tahun 206 S.M
·         Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluaskan jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. Jajahan takluknya sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
·         Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

B.ASPEK- ASPEK PENINGKATAN TAMADUN

1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN.
  i. Di kesan melalui idea- idea baru yang diperkenalkan dalam pentadbiran yang bertujuan 
    menambahbaikkan lagi system atau cara yang sedia ada.
 ii. Dikesan dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.
a)      Tamadun Yunani.
·         Telah wujud beberapa pemerintahan yang diamalkan oleh sebuah Negara kota.
·         Bentuk pemerintahannya menagalami perubahan monarki, oligarki, aristocrat, diktator (traini) dan akhirnya kepada demokrasi.
·         Keadaan ini menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran Negara kota mereka.
·         Sebelum system demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan system beraja. Raja dibantu oleh satu badan yang dinamakan konsul.
·         Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
·         Bila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim, dan ketua agama merosot.
·         Akibatnya, lahirlah system raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad.
·         Keadaan ini berlaku kerana dalam system pemerintahan ini pentadbiran dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.
·         System pemerintahan oleh beberapa orang konsul dikenali sebagai oligarki.
·         Daripada kalangan konsul, lahir golongan aristokrat yang kuat- mereka memiliki kuasa yang besar yang dikenali sebagai pemerintahan aristokrasi
·         Rakyat mereka tidak puas hati dengan corak pemerintahan aristokrasi yang menyebabkan munculnya golongan yang menuntut hak ini dan membawa kepada berlakunya rampasan kuasa.
·         Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan bentuk tirani oleh diktator.
·         Biasanya dictator bukannya daripada golongan aristocrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera.
·         Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa, tetapi tindakan itu telah ditentang oleh golongan aristocrat. Oleh itu lahir pula system demokrasi.
·         Dalam system demokrasi ada Dewan Perhimpunan dan Majlis.
·         Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun.
·         Dewan perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
·         Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.
·         Ahli Majlis, Majistret dan juri dilantik oleh Dewan.
·         Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga- tiganya.
·         Walaupun system demokrasi ini berlaku di Athens, tetapi system ini tidak berlaku di Negara kota yang mengamalkan system berja berkuasa mutlak.
·         Athens mengamalkan demokrasi, Sparta pula mengamalkan pemerintahan tentera- memberikan penekanan terhadap system pertahanan.
·         Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan system latihan ini menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan handal.
·         System demokrasi yang diperkenalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu telah diwarisi hampir seluruh Negara di dunia dengan amalan demokrasi berebeza setiap Negara.

b)      Tamadun Rom
·         Pemerintahan beraja mulai tahun 753 S.M. Pada masa ini Rom diperintah secara mutlak oleh raja- raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan.
·         Oleh itu pemerintahan secara mutlak raja- raja Etruscan  ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin.
·         Masyarakat latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai Patrician telah memberontak. Akhirnya Rom membentuk sebuah republic pada tahun 509 S.M.
·         Dalam system republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
·         Kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh.
·         Dua orang konsul ini menyebabkan tiada yang lebih berkuasa antara mereka.
·         Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal- hal pentadbiran dan merangka perundangan.
·         Kebiasaannya sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagi konsul, beliau ialah Praeotor iaitu pemerintah tentera.
·         Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
·         Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.
·         Sistem republik di Rom telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar.
·         Perubahan berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Briritania (Britain) dan beberapa kawasan di Jerman.
·         Pemerintah bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya system pentadbiran berpusat iaitu kesan penyatuan wilayah- wilayah kecil yang ditaklukinya.
·         Julius Caesar telah menamatkan system republik dan menjadi dictator.
·         Beliau menguasai angkatan tentera dan senat serta menggunakn gelaran maharaja.
·         Gelaran maharaja diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27- 14 S.M
·         Walaupun memerintah sebagai maharaja, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom.
·         Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun.
·         Zaman kegemilangan ini digelar Pax Romana (keamanan Rom).
·         Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua iaitu Asia, Afrika, dan Eropah.

c)      Tamadun India
·         Awal pembentukannya antara tahun 600- 320 S.M, tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
·         Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja
·         Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
·         Raja mengamalkan pemerintahan berkuasa mutlak.
·         Kedudukan seseorang raja kemudiannya diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.
·         Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan diikuti dengan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominant.
·         Chandragipta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321- 185 S.M. Keadaan ini telah mengubah status raja kepada maharaja.
·         Empayar Mautrya meliputi kawasan dari teluk Benggala hingga ke pergunungan Hindu Kush.
·         Ibu negaranya terletak di Pataliputra.
·         Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka iaitu dari tahun 273-232 S.M.
·         Penilaian ini dibuat berasaskan kerajaan Asoka menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki Negara Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai di India.
·         Selepas Perang Kalinga, Asoka telah menekankan kedamaian dan kemajuan social serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.
·         Walaubagaimanapun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.
d)      Tamadun China.
·         Perluasan kuasa telah mnegubah pemerintahan berbentuk system feudal kepada pemerintahan berbentuk system pentadbiran berpusat.
·         Perluasan kuasa juga telah melahirkan empayar pada Zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M
·         Pada masa ini konsep raja telah bertukar kepada maharaja.
·         Pemerintahan maharaja membolehkan pembentukan sebuah system pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
·         Mereka yang dilantik terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
·         Perlantikan pegawai- pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.
·         System ini diwujudkan pada zaman dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain.
·         Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.


 Maklumat Tambahan

Maklumat
Keterangan
Polis
    • Institusi politik yang merdeka. Saiznya agak kecil dan Athens merupakan polis yang terbesar.
    • Jumlah penduduknya juga kecil. Athens pada zaman kemuncaknya hanya mempunyai 40000 orang penduduk.
    • Setiap polis mempunyai
-          Acropolis iaitu kawasan tertinggi yeng menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan.
-          Agora iaitu tempat pertemuan atau mesyuarat rakyat yang merupakan pusat ekonomi bagi sesebuah polis.
-          Kawasan pertanian di luar kota- menyediakan keperluan penduduk di dalam kota.
Shih Huang Ti
  • Memerintah 226-210 S.M. beliau lahir pada sekitar tahun 259 S.M
  • Nama asal beliau ialah Raja chen. Peranan utama beliau ialah menyatukan wilayah geografi dan meluaskan jajahan takluk China sehingga seperti wujud pada hari ini.
Ologarki
  • Sistem pemerintahan yang pernah diamalkan dalam tamadun Yunani di Athens
  • Dalam sistem ini, kuasa pemerintah terletak dalam tangan beberapa orang konsul
Aristokrasi
  • Pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya
Tirani
  • Pemerintahan yang zalim yang memperlihatkan kekuasaan digunakan sewenang- wenangnya.
Diktator
  • Pemerintahan  berkuasa mutlak iaitu mempunyai kuasa yang tidak terhad.
Demokrasi
  • Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
  • Terdapat beberapa bentuk demokrasi. Contohnya demokrasi di Athens berbentuk penyertaan langsung warganegara lelakinya terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian dan berpeluang mengaanggotai Dewan Perhimpunan
Republik
  • Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan diketuai oleh presiden.
Julius Ceasar
  • Lahir pada tahun 100 S.M dan terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa peperangan.
  • Pada tahun 62 S.M beliau dilantik menjadi praeotor dan pada tahun 59 S.M beliau menjadi konsul pula.
  • Beliau Berjaya mengisytiharkan dirinya sebagai dictator setelah mengalahkan Jeneral Pompey.
  • Beliau telah dibunuh pada tahun 44 S.M oleh penyokong Jeneral Pompey
Perang Kalinga
  • Berlaku pada tahun 261 S.M dalam usaha Asoka mewujudkan empayar agung
  • Dalam perang ini 100000 orang terkorban sementara 150 000 orang cedera.
  • Perang ini telah menyedarkan Asoka tentang akibat perang yang membawa penderitaan dan kematian.
  • Perang ini diingati dalam sejarah dan tamadun India kerana menjadi peristiwa penting yang menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan mengembangkan agama tersebut.
Birokrasi
  • Sistem pentadbiran yang melibatkan pelbagai peringkat dan mempunyai banyak peraturan.

2. PERUNDANGAN.
Ø  Saiz masyarakat yang bertambah besar dalam sesebuah tamadun boleh mendatangkan masalah sekiranya tidak ada peraturan atau system yang dapat mengawal segala tindakan mereka.
Ø  Oleh itu, undang- undang diperlukan untuk mewujudkan kehidupan aman dan sejahtera.

A) TAMADUN YUNANI.
  • Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang- undang.
  • Kepentingan Undang- undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republik.
  • Menurut beliau Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang- undang.
  • Dalam tamadun awal, undang- undang yang digunakan adalah berbentuk undang- undang bertulis.

B) TAMADUN ROM
  • Undang- undang Rom yang pertama ialah Hukum Kanun 12 yang telah dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
  • Undang- undang awal lahir pada Zaman Republik.
  • Oleh kerana banyak undang- undang dan antaranya yang rumit, Maharaja Justinioan telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang- undang tersebut walaupun  pada masa itu, terdapat hakim- hakim yang mahir.
  • Usaha beliau telah melahirkan kod Undang- Undang Rom pada tahun 572M.
  • Kod ini dikenali sebagai Undang- Undang Justinian dan intipati undang- undang ini masih kekal hingga kini.




C) TAMADUN INDIA
  • Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan serta keberkesanan pentadbiran.
  • Kitab Dharma Satra dianggap kitab undang- undang Hindu paling tua dalam tamadun ini.
  • Kitab ini dipercayai telah dihasilkan antara abad ke-6 hingga abad ke-2 S.M
  • Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang- undang.
  • Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda dan ini bergantung kepada keseriusan kesalah tersebut.
  • Golongan Brahmin menjadi golongan yang dominant dalam bidang atau urusan undang- undang ini kerana golongan Brahmin mahir tentang hukum- hakam terutamanya yang berkaitan dengan keagamaan.
  • Pada zaman Dinasti Maurya undang- undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.
  • Segala titah perintah itu diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang- undang itu boleh dibaca oleh rakyat.
  • Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.
  • Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan itulah yang menjadikan pemerintahannya adil.

D) TAMADUN CHINA.
  • System perundangan berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan hukuman bercorak kolektif.
  • Teras undang- undang itu daripada falsafah legalisme. Ia telah digubal dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.
  • Mengikut falsafah ini undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkahlaku manusia.
  • Undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia dan dengan sebab itu raja mesti memiliki kuasa yang utuh.
  • Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selepasnya iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M- 8 S.M.
  • Ajaran Confucius menekankan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.

3.PERALIHAN KUASA
Ø  Seseorang pemerintah yang berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil akan berusaha meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.
Ø  Kawasan yang ditakluki akan menerima bukan sahaja corak pemerintahan yang dibawa oleh penakluk tetapi juga kebudayaan penakluk.

A. TAMADUN YUNANI.
  • Bermula dari tahun 800 S.M, kegiatan penaklukan kerajaan berjalan rancak.
  • Pada zaman Philip II dari Mecadonia, kerajaan Mecodania dan Yunani disatukan.
  • Usaha ini diteruskan oleh anaknya Alexander the Great yang telah berjaya meluaskan lagi kawasan takluk Yunani apabila beliau menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean itu berada di bawah kekuasaannya.
  • Alexandar the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan yang dikenali sebagai Hellenistik- merupakan kebudayaan campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur yang lain .
  • Kebudayaan ini tersebar dari kota- kota utama dalam empayar Yunani seperti Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.
  • Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander the Great dengan kemunculan Rom.
.
B. TAMADUN ROM
  • Berlaku mulai tahun 27 S.M iaitu pada zaman pemerintahan Augustus Caesar
  • Beliau telah berjaya menubuhkan system empayar yang berbeza daripada system republik sebelumnya iaitu mewajibkan system pemerintahan warisan.
  • Pada zaman pemerintahannya, empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Mecadonia, sebahagian Turki dan Palestin.

C. TAMADUN INDIA.
  • Perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chadragupta Maurya ( dari 321- 292 S.M)
  • Kejayaan ini disebabkan kekuatan tenteranya yang besar iaitu 600 gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10 000 orang infantry.
  • Beliau berjaya menguasai seluruuh India Utara dan setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.
  • Anak Chndragupta, Bindusara meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian Selatan India.
  • Kaedah perluasan kuasa berbeza pada zaman Asoka. Beliau tidak menekankan kekuatan kententeraan sebagai asas untuk mmeperluaskan kuasa, sebaliknya telah menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.
  • Asoka memberikan penekanan kepada agama Buddha. Pada zaman Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk Empayar Maurya. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

D. TAMADUN CHINA.
  • Perluasan kuasa telah membawa kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
  • Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir.
  • Bagi mempertahankan empayar China dari serangan Orang Gasar telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.
  • Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han.
  • Pada zaman Dinasti Han, kewibawaan Maharaja Hang Wu Ti yang juga digelar Maharaja Tentera telah berjaya meluaskan kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat.
  • Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah, Singkian, Lembah Tarim dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di Selatan.
  • Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan negeri China telah diwujudkan.

4.PENINGKATAN EKONOMI.
    • Antara kegiatan ekonomi dalam tamadun awal manusia termasuklah bercucuk tanam, bereternak binatang dan menghasilkan barang perdagangan.
    • Pada tahap awal kegiatan ekonomi yang paling utama ialah penanaman dan penternakan binatanaang yang bertujuan untuk menyara keluarga.
    • Tapi bila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan bandar, kegiatan tersebut telah membawa penghasilan yang melebihi keperluan mereka sendiri.
    • Hasil yang berlebihan dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan yang terdapat di bandar.

A. TAMADUN YUNANI
  • Hampir semua Negara kota memberikan tumpuan utama kepada aktiviti perdagangan kecuali Sparta
  • Keadaan ini berlaku kerana keadaan muka bumi Yunani yang bergunung-ganang dan sesuai untuk aktiviti pertanian.
  • Terdapat aktiviti perdagangan dengan kawasan luar terutamanya melalui jalan laut.
  • Pada peringkat awal, aktiviti perdagangan hanya berlaku antara kawasan di persisir pantai yang berhampiran dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
  • Negara kota Athens dan Corinth menghadapi kekurangan makanan kerana kekurangan tanah untuk pertanian.
  • Ini menyebabkan Negara kota Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di luar.
  • Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatan dan Laut Hitam.
  • Athnes juga menjadi pusat pengumpulan barabf keperluan yang dating dari Timur.
  • Kegiatan perdagangan yang dijalankan di Negara kota dikenakan cukai dan ini menyebabkan kenaikan harga barang.
  • Akibatnya ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat- tempat lain seperti Alexandria pada Zaman Graeco-Rom ( 300 S.M)

B. TAMADUN INDIA
  • Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak abad ke-3 S.M
  • Aktiviti ini melibatkan perdagangan dalaman iaitu antara kawasan- kawasan di dalam wilayah India malah turut melibatkan perdagangan luar.
  • Antara pusat perdagangan yang penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa yang menghasikan senjata, gading gajah emas, berlian dan mutiara.
  • Hubungan luar telah dilakukan antara kerajaan Maurya dengan Mecadonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
  • Antara pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan Negara luar termasuklah Taimpralipti, Ghantashala dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di bahagian barat.
  • Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah meransang kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin di setiap bandar.
  • Persatuan ini termasuklah persatuan untuk tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya.
  • Matlamat persatuan ialah mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
  • Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.
  • Matawang digunakan sebagai medium jualbeli.
  • Pada zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan.
  • Pengguanaan matawang dalam proses jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Guptha telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik.
  • Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluaran tekstil kain kapas dan sutera.
  • Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares.
  • Perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang di India.
  • Sejak Zaman Maurya juga, pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah- buahan.
  • Cukai itu adalah untuk menyara anggota para pentadbir dan raja.
  • Sejak tahun 100 M, perdagangan maritime antara India dengan Alam Melayu telah berkembang dan meningkat pada zaman Gupta.
  • Pedagang India telah memperolehi hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi dari Alam Melayu serta tekstil, tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China.
  • Perdagangan dengan Rom dan Sri Lanka juga turut berkembang.

C. TAMADUN CHINA
  • Peningkatan ekonomi berlaku semenjak zaman Dinasti Shang.
  • Kemajuan yang dicapai dalam bidang pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritime, perusahaan dan pembentukan persatuan perdagangan.
  • Dalam bidang pertanian sejak Zaman Dinasti Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kida untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah.
  • Pada Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian.
  • System penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
  • Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
  • System pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperolehi sumber air dalam pertanian terkawal.
  • Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.
  • Perusahaan logam dan tembikai berkembang sejak Zaman Dinasti Hang lagi.
  • Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China seperi Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
  • Hasil ini mula- mula dibawa melalui jalan darat. Iaitu jalan Sutera Darat dan kemudian melalui jalan laut mulai Zaman Dinasti Tang.
  • Buktinya terdapat tembikar China di tapak- tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan tersebut.
  • Barangan logam juga telah diperdagangkan.
  • Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di Negara China sendiri.
  • Di Negara China muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran gologan kelas pertengahan yang besar.
  • Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam system perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat
Keterangan
Maharaja Justinian
  • Beliau telah mengasaskan pembentukan sebuah empayar baru iaitu Empayar Byzantine dan menjadi Maharaja Byzantine dari tahun 527-565M.
  • Beliau telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran
Hukum Kanun 12
  • Undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449 S.M
  • Undang- undang ini kekal selama 400 tahun.
Undang-undang Rom
  • Undang-undang terdiri daripada cabang:
                                 i.            Undang- undang sivil.
                                ii.            Undang-undang rakyat
                              iii.            Undang-undang natural.
  • Prinsip
                                 i.            Semua manusia sama di sisi undang- undang.
                                ii.            Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
                              iii.            Keadilan terhadap setiap individu.
                              iv.            Hukuman berasaskan bukti yang cukup.
  • Prinsip undang-undang ini telah menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini.

Contoh undang-undang yang terdapat pada Tiang Asoka.
  • Raja atau pemerintahan diumapamakan bapa oleh masyarakatnya.
  • Larangan terhadap penyembelihan haiwan walaupun dalam upacara korban.
Alexander The Great
  • Beliau menaiki takhta pada tahun 336 S.M dan merupakan salah seorang jeneral yang agung dalam sejarah dunia.
  • Beliau menjadi raja apabila ayahnya Philip II dari Mecadonia meninggal dunia.
  • Ayahnya buat pertama kalinya menyatukan semua bahagian Yunani menjadi sebuah negara.
  • Alexander The Great telah mengepalai gabungan tentera Mecadonia dan Yunani menakluki Parsi.
  • Zaman pemerintahannya memperlihatkan penyebaran dan perkembangan kebudayaan Hellenistik di seluruh timur.
Augustus Caesar
  • Adalah anak saudara Julius Caesar.
  • Beliau ialah pengasas empayar Rom dan memerintah seperti diktator.
  • Keadaan ini berlaku setelah beliau Berjaya mengalahkan tentera Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam perang Antium ( 31 S.M)
Tembok Besar China
  • Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin ( 221-206 S.M)
  • Panjangnya lebih kurang 5000 Km.lebarnya antara 4.5m hingga 9m dan tinggi 7.5m.
  • Pada zaman Dinasti Ming, tembok ini disambung sehingga 6400 km.
  • Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orang Hun ( nomad ).
  • Pembinaannya menggunakan tenaga yang ramai iaitu lebih daripada 30 000 orang
Zaman Graeco-Roman
  • Zaman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellanistik.
  • Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom.
Mata Wang
  • Syiling emas yang digunakan pada Zaman Gupta dikenali sebagai Dinara mempunyai berat antara 7.8 hingga 9.3 gram.
  • Selain itu, terdapat juga wang yang terdiri daripada cengkerang siput.
Kolar Kuda
  • Kegunaannya untuk menarik kenderaan serta beban.
  • Di Barat penggunaan kolar pada kuda telah menyebabkan kuda tercekik tetapi di China kolar kuda yang diperkenalkan sejak abad ke-4 S.M ini telah dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan serta mencekik kuda tersebut.
Jalan Sutera darat.
  • Hubungan perdagangan antara China dengan India dan barat iaitu Rom telah terjalin pada peringkat awal melalui jalan darat.
  • Jalan tersebut dikenali sebagai Jalan Sutera Darat.
  • Jalan ini bermula di barat iaitu dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah ke India dan seterusnya China.
Jalan Laut
  • Jaringan jalan yang mneghubungkan China dengan India dan Barat iaitu Rom.
  • Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke-5M.
  • Kapal yang belayar dari Rom singgah di India kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka begitu juga dengan kapal dari China dan India.

5. PENINGKATAN SOSIAL
v  Meliputi perkara seperti pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, serta sains dan teknologi.
v  Pendidikan merupakan asas atau tonggaknya.
v  Pendidikan membantu manusia untuk meningkatka tahap intelek yang seterunya membawa kepada peningkatan dalam bidang- bidang lain.

Ø  PENDIDIKAN.

  1. TAMADUN YUNANI.
·         Khususnya di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.
·         Bagi orang Athens, manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan fizikal dan mental.
·         Hanya manusia yang cemerlang yang dianggap dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia.
·         Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni pidato, membaca, menghafal dan menulis telah begitu dititikberatkan di Athens.
·         Masyarakat Sparta pula matlamat pendidikannya adalah untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada Negara kotanya.
·         Pendidikan di Sparta lebih mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental.
·         Di Yunani perkembangan pendidikan berlaku apabila banyak sekolah falsafah tumbuh dan berkembang di Negara kota seperti Athens, Thebes, Elea dan Miletus.
·         Athnes juga dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.
·         Sekolah ini telah melahirkan sejarawan seperti
                                                        i.            Thucydides dan Herodatus.
                                                      ii.            Ahli pemikir dalam bidang sains dan teknologi.
§  Seperti Thales, Anaximander, Heralitus dan Anaxagoras.



  1. TAMADUN ROM
·         Pendidikan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom.
·         Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.
·         Perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan , Rom banyak mengambil dan menyerapkan unsure- unsure dari Yunani.
·         Pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat di bandar- bandar di seluruh empayar Rom.
·         Pusat pendidikan ini telah melahirkan jurutera yang dapat membina system pengairan, bangunan dan jalan raya.
·         Pusat pendidikan ini juga dapat melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom.


  1. TAMADUN INDIA
·         Peningkatan pendidikan bermula pada Zaman Vedik di mana pendidikan zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya.
·         Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan.
·         Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab- kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting.
·         Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab- kitab Veda tersebut.
·         Pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Maka tumpuan pendidikan ialah agama.
·         Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai- nilai murni yang diajar oleh agama.
·         Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman dan bermula selepas tahun 100 S.M
·         Sebelum ada kolej, pendidikan diberikan di istana dan di rumah.
·         Pada abad ke -4 M, lahir universiti agama Buddha iaitu Nandala.
·         Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi perturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama.
·         Mereka harus mempelajari karya sainstifik dan falsafah. Oleh itu, pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains.
·         Pada zaman seterusnya, pendidikan di India bertujuan untuk menambahkan ilmu dan mengatasi buta huruf, selain untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahannya.

  1. TAMADUN CHINA
·         Masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusateraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
·         Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu
§  Peringkat Sekolah Rendah- tertumpu kepada kegiatan mengenal dan memahami maknanya.
§  Peringkat Sekolah Menengah- tertumpu kepada karangan dan ssatera.
        - tumpuannya untuk menterjemahkan buku.

·         Pendidikan di China lebih menjurus kepada kepentingan untuk pentadbira.
·         Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap iaitu
1.      Tahap pertama - Hsui Tai , setaraf dengan ijazah pertama.
2.      Tahap kedua    - Chun- Jen, setaraf dengan sarjana.
3.      Tahap ketiga    - Chin Shih, setaraf dengan doctor falsafah.

·         Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana iaitu di hadapan maharaja.
·         Mereka yang lulus tahap pertama atau ijazah ketiga pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
·         Peperiksaan wam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam kedua dan tahap ketiga diadakan tiga tahun sekali.
·         System peperiksaan awam China adalah tertua di China.
Ø  FALSAFAH
§  Kemunculan ramai ahli falsafah dalam sesebuah tamadun menandakan tamadun tersebut memiliki tradisi yang tinggi.
§  Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang lojik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka.

  1. TAMADUN YUNANI
·         Ahli falsafah terkenal seperti
o   Herodatus
o   Socrates
o   Aristotle
o   Plato.
·         Mereka ini menulis persoalan tentang nilai individualism, kehidupan manusia dan demokrasi.
·         Herodatus merupakan ahli falsafah dan ahli sejarah terulung telah menghasilkan karya History Of Persian Wars merupakan bapa Sejarah.
·         Thucydides pula dianggap sebagai pengasas Sejarah Sainstifik.
·         Karyanya yang terkenal ialah History of the Peloponnessian War. Beliau telah menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan.
·         Ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.
·         Plato dalam karya Republik membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan Negara paling baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
·         Aristotle yang menjadi guru kepada Alexander The Great pula dalam karyanya membincangkan cara berfikir yang teratur.

  1. TAMADUN ROM
·         Tidak mempunyai ramai ahli falsafah
·         Tamadun ini banyak mengambil falsafah daripada Yunani. Seperti falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoic iaitu Zeno.
·         Falsafah itu mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam.
·         Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

  1. TAMADUN INDIA
·         Bidang falsafah India wujud dalam bentuk pemikiran yang besar iaitu
1.      Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda
2.      Kumpulan yang menolak kitab Veda
·         Kitab Veda terdiri daripada
o   Rig Veda
o   Yajur Veda
o   Sama Veda
o   Atharva Veda
·         Upanishad Mahabhrata, Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.

  1. TAMADUN CHINA
·         Memberikan penekanan kepada hal yang berkaitan dengan manusia iaitu hubungan manusia dengan manusia lain.
·         Antara sumber falsafah China termasuklah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya iaitu Confucianisme, Lao Tze, Taoisme dan Mo Tzu.
·         Mo Tzu dikenali sebagai Motze atau Mencius. Mo Tzu menolak beberapa ajaran dalam Confucianisme dan memikirkan cara hendak melahirkan masyarakat dan politik yang baik.
·         Beliau berpendapat manusia berakhlak baik dan manusia menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.
·         Satu lagi falsafah China ialah aliran legalisme. Falsafah ini percaya bahawa hanya undang- undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

Ø  SAINS DAN TEKNOLOGI

a)      TAMADUN YUNANI
·         Terdapat beberapa ahli sains, matematik yang terkenal seperti
o   Hippocrates- Bapa Perubatan.
o   Archirmedes- Ahli Matematik dan Fizik. Teori berkiatan dengan isipadu air dan gravity.
o   Ptolemy- Ahli Astronomi.
o   Thales- mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
o   Pythagoras- memeperkenalkan Teorem Pithagoras- mengembangkan ilmu goemetri Mesir Purba dan Babylon.
·         System angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani iaitu Herodianik dan Ionik
·         Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting.

b)      TAMADUN ROM
·         Juga maju dalam bidang sains, matematikl dan teknologi
·         Boethius ahli matematik Rom- asas matematik beliau diambil daripada tamadun Yunani dan beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometrid an astronomi.
·         Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting.
·         Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan terutamanya zaman perluasan kuasa dan pembentukan empayar Rom.

c)      TAMADUN INDIA
·         Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik.
·         Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.
·         Tamadun China juga menganggap astronomi sebagai ilmu sains Negara.
·         Ilmu matematik telah berkembang pesat pada Zaman Gupta.
·         Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkan system nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.
·         Juga telah wujud ilmu perubatan yang berkembang disebabkan kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.
·         Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting.
d)      TAMADUN CHINA
·         Menekankan konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yang ( kuasa aktif) dan Yin ( kuasa pasif) yang membolehkan seseorang berkeadaan sihat telah digunakan dalam asas perubatan tradisional.
·         Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih dan perahu yang lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting.

Ø  SENI BINA
§  Peningkatan seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam tamadun  awal yang menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian agung demi bangsa, agama dan Negara.
§  Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang berwibawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri mereka serta meyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan iaitu binaan yang agung seperti
-          Acropolis
-          Aqueduct
-          Colloseum
-          Parthenon
-          Tembok Besar China.
§  Setiap binaan mempunyai fungsi yang penting kepada Negara dan raja seperti.
o   Aqueduct- untuk bekalan air di Rom
o   Tembok Besar China- untuk pertahanan Negara China.
o   Stupa Besar di Sanchi, India- untuk keagamaan.
o   Acropolis di Yunani oleh Pericles- untuk keagamaan dan sebagai pusat kegiatannya.
§  Terdapat peningkatan dari segi elemen baru yang terdapat pada binaan tersebut seperti.
o   Bentuk bangunan yang lebih sempurna dengan ukiran yang unik berunsur keagamaan dan mempunyai nilai estetika ( seperti pembinaan acropolis di Yunani)


a.      TAMADUN INDIA.
§  Memaparkan peningkatan serta pencapaian yang cemerlang dalam bidang senibina.
§  Dapat dipastikan dengan jelas apabila dibuat penelitian dari zaman Tamadun Indus lagi.
§  Pada zaman itu masyarakatnya telah berupaya unruk membina binaan yang sangat baik dan lengkap.
§  Dapat dilihat pada binaan Great Bath
§  Oleh kerana kehidupan masyarakat India sangan erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan atau berunsurkan keagamaan.
§  Maka terlihatlah binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
§  Antara binaan yang mengagungkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta.
§  Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil dan kompleks kuil di Gua Ellora mempunyai 28 buah kuil- Gua dan dibina antara abad ke-15- 8 M.
§  Dalam melihat senibina Buddha, antara perkara yang penting yang diperhatikan termasuklah penggunaan elemen geometri iaitu bentuk segi empat dan bulat.
§  Terdapat juga menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah, dan pagoda.
§  Seni ukir juga terdapat dalam zaman tamadun ini.

b.      TAMADUN CHINA
§  Mempunyai rekabentuk seni bina yang agak berlainan daripada tamadun lain.
§  Tembok besar China telah dibina sejak zaman Dinasti Chou dan diteruskan oleh dinasti berrikutnya.
§  Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
§  Bandar-bnadar China Purba seperti Changang, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu.
§  Tembok- tembok di kawasan Bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu bata.
§  Di kampong- kampong juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur.
§  Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
§  Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja
§  Salah sebuah istana maharaja yang amsih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan.
§  Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan berfungsi sebagai
-          Balai penghadapan
-          Tempat hukuman
-          Kerajaan
-          Perjumpaan
§  Sebuah lagi binaan penghadapan yang penting di China ialah kuil dan pagoda.
§  Kuil- kuil yang terbesar terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi
                                                                                    i.            Tempat tinggal
                                                                                  ii.            Ruang tamu
                                                                                iii.            Pusat pemujaan.
§  Pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 25 tingkat. Biasanya pagoda mempunyai bentuk octagon atau segi empat sama. Tapi bentuk ini tidak tetap bagi setiap binaan dan tempat.
§  Di China ini banyak terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan.
§  Seni ukir jua terdapat pada zaman ini


Ø  BAHASA DAN KESUSASTERAAN
1.      TAMADUN YUNANI
·         Sebelum bahasa Latin digunakan secara meluas semasa empayar Rom, bahasa Yunani telah digunakan terutama di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Elexander The Great.
·         Antara tokoh sastera Yunani yang terkenal termasuklah
v  Hesiod- penyair telah menulis 2 buah buku puisi iaitu Theologi dan Work and Days.
v  Homer- menghasilkan dua buah epic iaitu Iliad dan Odyssey.
·                     Tulisan yang kini warisi pada hari ini adalah berasal daripada tulisan orang Phoenesia.
·                     Tulisan ini tersebar kepada orang Yunani pada tahun 800 S.M
·                     Dalam Tamadun Yunani, tulisan itu ditambah huruf vocal.
·                     Tulisan itu diubahsuai oleh orang Rom dan menjadi tulisan Rom dan tersebar ke barat sehingga sampai kepada masyararakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.

2.      TAMADUN ROM
·         Terdapat dua orang penulis dan penyajak iaitu Cicero ( 106-43 S.M) dan Virgil ( 70-17S.M)
·         Kesusateraan Rom umumnya bertujuan meningkatkan semangat patriotisme
·         Kesusasteraan Rom mencapai Zaman keagungannya semasa pemerintahan Augustus Caeser ( 27-14 S.M)

3.      TAMADUN INDIA
·         Masyarakat dalam tamadun India berkembang daripada dua kelompok yang berbeza iaitu
-          Dravidia- masyarakat di bahagian Selatan India menggunakan Bahasa Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya.
-          Indo- Arya- pada dasarnya ialah bahasa Sanskrit yang kemudiannya melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri dan sebagainya.
·         Kedua- dua kelompok di atas mempunyai budaya yang berbeza.
·         Bahasa utama pada zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit.
·         Perkembangan dalam bahasa ini secara langsung mempengaruhi perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.
·         Bidang kesusteraan terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.
·         Tamadun India turut menghasilkan sastera agama Hindu dan Buddha, antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana.
·         Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera iaitu yang baikk dan yang jahat.
·         Ramayana pula merupakan cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergadunhannya dengan Raja Sri Lanka yang melarikann dirinya Sita.
·         Bahsa pertuturan tamadun ini ialah Sanskrit.

4. TAMADUN CHINA
  • Sejarah perkembangan bahasa dalam tamadun ini kurang jelas
  • Wujud 7 dialek di China:
    • Mandarin
    • Wu
    • Hunanis
    • Kiangsi
    • Hakka
    • Kantonis
    • Fukien
  • Peningkatan sastera jelas dengan adanya sokongan pihak kerajaan.
  • Semasa dinasti Han, Ssu- ma Chien telah mempertingkatkan bidang sastera prosa dengan karya bertajuk Shih Chi.
  • Hasil karya beliau ini banyak menceritakan sosial, kerajaan, pemimpin dan beberapa aspek ilmu pengetahuan. Ianya menjadi ikutan dinasti seterusnya.
  • Dalam bidang puisi muncul tokoh seperti pada zaman Dinasti Tang
    • Tu Fu
    • Li Po
    • Po Chu- I
  • Pada zaman Dinasti Han bidang sasteranya meliputi sajak dan cerpen.
  • Seseorang yang terpelajar harus mampu bersajak untuk melahirka pengetahuan dan pemikirannya.
  • Kebanyakkan karya menyampaikan mesej.

SISTEM SOSIAL.

a) TAMADUN YUNANI
  • Organisasi sosial masyarakat dalam tamadun Yunani di Athens membahagikan penduduknya kepada tiga kumpulan iaitu:
    1. warganegara- mempunyai hak dalam politik Negara kota.
    2. penduduk bukan warganegara- tidak mempunyai hak dalam politik.
    3. golongan hamba- tidak mempunyai hak dalam politik.
  • Di Sparta terdapat 3 kelas sosial iaitu
                                                                                                  i.            Warganegara Sparta Tulin
                                                                                                ii.            Para pekerja, artisan dan pedagang
                                                                                              iii.            Helot- mengusahakan tanah dan merupakan golongan majority.

b) TAMADUN ROM
  • Dalam system sosialnya, masyarakatnya dibahagikan kepada
    • Warganegara Rom- mereka terdiri daripada orang Rom.
    • Bukan warganegara- penduduk yang ditakluki
    • Golongan Hamba-

c) TAMADUN INDIA
  • Dalam system sosialnya, wujud sistem kasta
  • System ini merupakan institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana- mana tamadun dunia yang lain.
  • System ini mempunyai 4 kasta utama iaitu
                                                                                                  i.            Brahmin
                                                                                                ii.            Ksyatria
                                                                                              iii.            Vaisya
                                                                                              iv.            Sundra

  • Keempat- empat kasta ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza
  • System kasta telah menjadi darah daging kepada system sosial India dan system ini diikutu dengan ketat.
  • Berdasarkan system ini, antara lainnya seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang lain.

d) TAMADUN CHINA.
  • Masyarakat China pada masanya terbahagi kepada tiga kelas utama iaitu
    1. Golongan atasan – terdiri daripada golongan pentadbir seperti maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida- sida.
    2. Kumpulan kedua- terdiri daripada rakyat bawahan iaitu golongan petani dan artisan.
    3. Golongan ketiga- golongan hamba
  • Golongan kedua- ketiga merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama
  • Confucious- boleh membahagikan masyarakat China kepada 4 kumpulan pertama iaitu
1.      golongan sarjana- mereka terdiri daripadapegawai kerajaan yang berpendidikan.
2.      golongan petani- merupakan tulang belakang ekonomi China.
3.      golongan tukang
4.      golongan pedagang.
  • Strata masyarakat China ini bukan sesuatu yang bersifat tegar.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Maklumat
keterangan
Seni Berpidato
  • Berpidato ialah pengucapan atau kepetahan bercakap yang sangat diminati masyarakat.
  • Aktiviti mnedeklamasi sajak diajarkan kepada kanak-kanak Rom sejak awal alam pendidikan mereka lagi.
University di India
  • Dua buah universiti utama yang wujud di India ialah Universiti Taxila pada abad 1M dan Universiti Nalanda pada abad ke-5M.
Kolej Brahman
  • Kolej ini dikenali dengan nama Parishad dan lahir selepas tahun 100 S.M untuk pendidikan.
Peperiksaan Awam
  • Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat
  • Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati.
  • Untuk memastikan tidak berlaku penipuan dan peniruan, pemeriksa akan dikurung sebelum peperiksaan.
  • Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan, minuman malah mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan.
Socrates ( 470-339 s.m)
  • Beliau merupakan Bapa Falsafah Barat.
  • Mencintai falsafah dan sering membincangkan dengan sahabat dan pengikutnya.
  • Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab.
  • Beliau berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia.
  • Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan cara minum racun.
  • Antara pengikutnya ialah Plato.
Plato
  • Maklumat tentang Socrates ada dalam tulisannya.
  • Beliau menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dala falsafah Socrates iaitu persoalan tentang manusia dan masyarakat.
  • Falsafah beliau ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh falsafah.
  • Beliau mengasaskan akademik falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun.
Aristotle ( 384 – 322 S.M)
  • Merupakn murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh.
  • Beliau telah mencuba mandalami bidang sains dan falsafah.
  • Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic, metafizik, etika, sains tabii, astronomi dan geologi.
  • Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia.
  • Antara karya utama beliau termasuklah Politics.
Pythagoras ( 580-500 S.M
  • Beliau telah mempelajari matematik Mesir dan Babylon serta mengasaskan gerakan saintis bergelar Pythagoras.
  • Sumbangan beliau dalam geometri ialah Teoram Pythagoras.
Hippocrates ( 460-377 S.M )
  • Dikenali sebagai Bapa Perubatan.
  • Namanya dikenang keraan kaitannya denga profesion perubatan moden iaitu Sumpah Hippocrates ( Hippocrates)
  • Beliau dianggap pakar dalam bidang anatomi.
Falsafah Veda
  • Berkisar pada kuasa alam seperti angin dan api terhadap kehidupan manusia.
  • Itulah sebab elemen tersebut perlu dipuja dan disembah,
Confucianisme
  • Ajaran ini menekankan keperimanusiaan dan maruah diri.
  • Ajaran ini mengutamakan kesopanan dan kesusilaan di samping mengalakkan hubungan sesame manusia.
Taoisme
  • Ajaran ini menegaskan konsep keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan masyarakat.
Ahli Matematik India
  • Aryabhata
  • Varahamihira
Skrip Kharosti dan Brahmin
  • Skrip Kharosti ialah tulisan atau inskripsi yang digunakan pada zaman pemerintahan Asoka.
  • Skrip ini tidak lagi digunakan selepas abad ke-3M.
  • Skrip Brahmin ialah tulisan yang ditulisa dari kiri ke kanan.
  • Kedua- dua skrip ini mempunyai sistem angka yang berbeza.
  • Sistem angka Kharosti dikatakan seakan- akan angka Romawi dan Angka Brahmin pula angka 10 diwakili dengan symbol alfa.
Teknologi  Maklumat kertas
  • Teknologi ini telah bermula di China pada tahun 105 M oleh Chai Lun pegawai di istana raja China.
  • Beliau Berjaya mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa.
  • Pulpa ini kemudian diratakan pada skrin poros, ditoskan dan dikeringkan dalam kepingan nipis.
Acropolis
  • Pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens
  • Dalam Acropolis terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala, teater, serta bangunan yang peling menarik iaitu Parthenon.
Parthenon
  • Rumah berhala untuk Dewi Athens dan dibina pada zaman pemerintahan Pericles iaitu pada tahun 421-409 S.M
  • Dibina untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
  • Ukurannya ialah 69.5 meter x 30.88 meter.
Colloseum di Rom
  • Pembinaannya dimulakan pada tahun 70-an M dan selesai dibina oleh Maharaja Flavian.
  • Berbentuk kubah dengan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter serta boleh memuatkan 50 000- 80 000 penonton.
  • Fungsinya adalah sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.
Aqueduct Rom
  • Ialah saluran air pada zaman tamadun Rom.
  • Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung melalui daluran air tersebut.
  • Aqueduct yang paling panjang ialah di Marcia iaitu 91 km dan air disalurkan melalui saluran dalam pintu gerbang ( arches )
  • Teknologi aqueduct adalah berasaskan sistem graviti.
Illiad dan Odyssey
  • Kisah peperangan antara Achaea dengan Troy pada tahun 1184 S.M.

Theologi
  • Ilmu tentang asal- usul manusia dan ketuhanan
Helot
  • Kelas ketiga ini memainkan peranan penting dalam ekonomi Sparta.
  • Oleh sebab jumlahnya yang besar kelas ini sentiasa menjadi ancaman kepada kelas pemerintahan.
  • Ini merupakan faktor utama mengapa sistem ketenteraan diamalkan.
SUMBANGAN TAMADUN

A) TAMADUN YUNANI
  • Telah mewariskan system pemerintahan berbentuk demokrasi
  • Dalam system demokrasi ini rakyat terlibat membuat keputusan politik
  • Rakyat terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan. Oleh itu, kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat.
  • System demokrasi ini diamalkan di kebanyakkan Negara di dunia pada hari ini.
  • Walaupun systemnya sama iaitu demokrasi tetapi wujud perbezaan contohnya Malaysia mengamalkan system demokrasi tetapi system Demokrasi Berparlimen.

B) TAMADUN ROM
  • Mewariskan system republik kepada tamadun dunia.
  • Dalam system ini, pemerintahn dikuasai oleh dua orang konsul.
  • Perlantikan 2 orang konsul bertujuan untuk mengimbangkan kuasa
  • Konsul dibantu oleh dewan senat.
  • Dewan senat pula dibantu oleh dewan perhimpunan yang diwaikili oleh rakyat.
  • Republic ini diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan.
  • Namun system republic moden ini berbeza dengan republic Rom
  • Walaubagaimanapun dari segi konsep, sistemnya hampir sama dengan system Republuk Rom yang mengandungi unsure demokrasi kerana rakyatnya juga terlibat dalam pemilihan ketua Negara iaitu presiden.
BIDANG KEAGAMAAN DAN FALSAFAH
  • Agama Hindu, Buddha, kepercayaan Confucianisme dan Toisme merupakan warisan yang masih diamalkan oleh ramai penduduk dunia.
  • Ilmu falsafah yang diperkenalkan seperti Legalisme, Stoicisme, dan juga falsafah oleh Aristotle, Socrates dan Plato masih lagi dijadikan rujukan oleh ahli falsafah moden.

BIDANG SENIBINA
  • Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan aqueduct, colloseum, pantheon, tembok besar China, Stupa di Sanchi, Candi dan pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber ekonomi contoh seni bina.
  • Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.


BIDANG BAHASA DAN KESUSASTERAAN
  • Setiap tamadun meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dijadikan rujukan hingga ke hari ini seperti Lliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana.
  • Tamadun China telah meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan maklumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.
  • Bahasa Latin dan Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan agama dan kesusasteraan.
  • Bahasa ini masih dipakai dalam hal keagamaan, contohnya bahasa Latain untuk agama Kristian dan Bahasa Sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha.
  • Falsafah yang muncul dalam tamadun awal telah dijadikan asas kepada falsafah moden khususnya falsafah zaman tamadun Yunani

BIDANG SOSIAL
  • Terutama dalam bidang pendidikan, falsafah serta sains dan teknologi.
  • System pendidikan yang wujud dalam tamadun awal diteruskan dan diubah suai jika perlu. Contoh, yang jelas ialah Sistem Peperiksaan.
  • Sains dan teknologi yang berkaitan dengan matematik, astronomi fizik, perubatan dan seni bina khususnya beberapa teori matematik seperti Teorem Pithagoras dan Teori Archimedes masih diguna pakai
  • Tamadun awal juga membawa kepada kelahiran Sukan Olimpik
  • Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani pada tahun 799 S.M
  • Pertandingan itu diadakan di Olympia
  • Pertandingan antara Negara kota yang dibuat 4 tahun sekali bertujuan untuk menghormati Tuhan Zeus.
  • Antara Negara kota yang bersaing ialah
    1. Athens
    2. Sparta
    3. Corrinth
    4. Thebes
    5. Olympia
    6. Argos
  • Perbezaan antara sukan olimpik dengan sukan olimpik moden iailah dari segi tujuan organisai dan bilangan peserta sementara bilangan yang dipertandingkan berlipat kali ganda.


KEMUNCULAN AGAMA DAN AJARAN UTAMA DUNIA

Ø  AGAMA HINDU
  • Perkataan Hindu pada mulanya digunakan untuk merujuk masyarakat yang tinggal di Sg Sindhu( Indus)
  • Berbanding dengan agama lain di dunia, agama ini sukar dipastikan
  • Agama ini sering diperkatakan telah muncul sejak zaman tamadun Indus lagi.
  • Struktur agama ini semakin jelas pada Zaman Vedik terutamanya apabila wujud kitab suci Veda yang menjadi kitab kepada agama ini.
  • Agama ini percaya bahawa tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu
    • Memelihara ( Brahman)
    • Memelihara ( Vishnu )
    • Membinasa ( Siva )
  • Agama ini mempunyai enam aliran
    • Saivisme
    • Vaishnavisme
    • Saktham
    • Ganapathyam
    • Saura
  • Sejak zaman empayar Maurya antara 320-181 S.M agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin.
  • Meskipun demikian agama ini telah menerima saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandaragupta Maurya dan Asoka.
  • Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta antara tahun 320-520 M
  • Penganut agama Hindu muncul mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
  • Kelahiran semula adalah bergantung pada karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya iaitu kebebasan mutlak.
  • Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.
  • Oleh itu, seseorang itu perlu berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.

Ø  AGAMA BUDDHA
  • Diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha.
  • Kemunculan agama ini sering dirujuk sebagai satu penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan.
  • System kasta yang dilihat begitu tegar telah dianggap menjadi masyarakat tidak teratur.
  • Gautama Buddha menemui kebenaran semasa bertapa di bawah pokok Bodhi  di sebuah kampong di Uruveda
  • Kebenaran yang ditemui oleh beliau dianggap atau dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan. Antara asas ajaran Buddha termasuklah empat kebenaran mulia yang dapat dicapai melalui lapan jalan.
  • Agama Buddha mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Asoka.
  • Pada zaman ini Buddha dianggap menjadi agama rasmi kerajaan Maurya dan juga mengalami perkembangan pesat daripada dasar penghantaran mubaligh ke luar Negara.
  • Agama Buddha telah diterima dengan baik di Tibet, Sri Lanka, neger- negeri Asia Tenggara dan China
  • Agama Buddha juga menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci.
  • Kitab Tripitaka mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abbhidhammma Pitaka.

Ø  AGAMA KRISTIAN
  • Telah diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerussalem.
  • Tarikh 1125 Disember dianggap tarikh lahir Jesus dan diraikan setiap tahun oleh para penganut agama Kristian sebagai hari Natal.
  • Old Testament dan New Testament  merupakan dua kitab suci dalam agama Kristian dan dikenali sebagai Bible.
  • Dalam proses perkembangannya di Eropah, penganut agama ini terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan termasuk tentangan daripada pemerintahan sendiri Rom.
  • Akhirnya, agama ini berjaya bertapak dengan kukuh dan mempunyai pengikut yang ramai di Eropah. Majority ahli masyarakat Eropah sebelum kedatangan agama Kristian merupakan Pagan.
  • Agama ini mula mendapat tempat di Eropah pada zaman Rom semasa pemerintahan Constantine ( 280- 337 S.M)
  • Constantine telah mengiktiraf agama ini sebagai salah satu ajaran yang bebas untuk dipraktikkan oleh masyarakat Rom selain diamalkan oleh masyarakat pagan.
  • Bagi individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama, mereka akan dikecualikan daripada dikenakan kerja berat.
  • Hari ahad telah dikhaskan sebagai hari untuk melakukan sebarang aktiviti agama yang berkaitan.
  • Jesteru agama Kristian terus subur pada zaman Rom hingga Rom dikenali sebagai Empayar Kristian.
  • Malah keruntuhan emapayar Rom (barat) pada lewat abad ke-5M tidak membawa maksud agama ini terus lenyap ditelan zaman sebaliknya agama ini mengukuhkan kedudukannya dalam kerangka kehidupan sosial, ekonomi, politik pada zaman pertengahan Eropah.

AGAMA ISLAM
  • Diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadan melalui malaikat Jibrail di Gua Hiraq.
  • Bermula dari saat baginda mula menyebarkan ajaran Islam.
  • Dalam proses penyebaran Islam ini berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah.
  • Untuk melindungi Islam daripada daripada terus ditekan, baginda menerima jemputan untuk berhijrah ke Madinah Islam pada 12 September 622M bersamaan 1 Rabiulawal
  • Bermula di Madinah Islam mendapat tapak baru untuk berkembang.
  • Selepas itu, Islam bukan sahaja telah disebarkan di Tanah Arab malah ke seluruh dunia.
  • Terdapat dua teras dalam agama Islam akidah dan syariah.
  • Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah.
  • Syariat pula ialah undang- undang yang terkandung di dalam Al quran dan Al Sunnah ( hadis ) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam.
  • Orang Islam wajib meyakini Rukun Islam dan Rukun Iman.
  • Akidah dan Syariat menjadi sumber atau pencetus kepada tamadun Islam. Seterusnya memberikan sumbangan kepada peradaban dunia.

CONFUCIANISME
  • Diasaskan oleh Confucius yang lahir yang pada 551 S.M di negeri Lu ( di Shantung ). Pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu.
  • Beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China.
  • Masyarakat China telah menjadikan ajaran sebagai kepercayaan dan tokoh Confucius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China.
  • Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan ( ren ), kesusilaan ( li) dan ketaatan kepada ibu bapa ( xiao)
  • Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang haruslah mendapat pendidikan,
  • Prinsip moral ini harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat.

TAOISME
  • Juga merupakan salah satu ajaran penting kepada masyarakat China.
  • Muncul agak lewat, pengasasnya ialah Lao Tze yang lahir di negeri Chu pada tahun 604S.M
  • Beliau pernah bekerja di negeri Cho. Beliau telah mengembara ke luar Negara untuk menyebarkan pengaruhnya.
  • Beliau melahirkan buku Tao Te Ching yang mengandungi idea falsafah Taoisme.
  • Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudian menjadi ajaran berbentuk agama.
  • Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan.
  • Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao.
  • Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku
  • Keadaan ini diwujud oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei.
  • Jika manusia bertindak, maka perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia.
  • Oleh itu, Lao Tze tidak menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Maklumat
Keterangan
Ciri- ciri  Demokrasi di Malaysia
  • Tiga komponen utama:
                                i.            Badan pemerintah- kuasa eksekutif
                              ii.            Badan perundangan
- Dewan Negara
- Dewan rakyat
             iii. Badan kahakiman.
Sistem Pilihanraya: rakyat mempunyai kuasa mengundi bagi memilih ahli Dewan Rakyat.
Agama
  • Pegangan kepercayaan kepada satu-satunya tuhan dan dewa.
  • Dalam Islam tuhan adalah satu iaitu Allah s.w.t
Ajaran
  • Aspek- aspek kepercayaan yang terkandung dalam satu- satu agama.
Kepercayaan
  • Pegangan agama atau ajaran yang dianuti oleh seseorang.
Agama Hindu
  • Dikenali sebagai Sanata Dharma yang bermaksud peraturan kerohanian yang kekal abadi.
Siddharta Gautama ( 566-486 S.M )
  • Merupakan anak raja yang memerintahkan Kapilavastu di Nepal dan berasal daripada suku Sakya.
  • Dilahirkan pada tahun 566 S.M dan beliau telah mula mencari kebenaran sewaktu berusia 39 tahun.
  • Meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Empat Kebenaran Mulia Agama Buddha.
  • Dukka ayytau penderitaan.
  • Samudaya atau sebab penderitaan.
  • Nirodha- nafsu yang membawa penderitaan.
  • Marga- cara mendalam nafsu dan keinginan.
Lapan Jalan Mulia
1.      Kepercayaan yang betul
2.      Tujuan yang baik.
3.      Pertuturan yang baik
4.      Hidup yang baik
5.      Usaha yang baik.
6.      Perbutan yang baik.
7.      Fikiran yang baik.
8.      Renungan yang baik.
Pagan
  • Merujuk kepada orang yang tidak mempercayai atau memungut sebarang agama utma dunia
Rukun Iman
  • Percaya kepada Allah s.w.t
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada Kitab
  • Percaya kepada Nabi dan Rasul
  • Percaya kepada Hari Kiamat.
  • Percaya kepada Qada’ dan Qadar.
Rukun Islam
  • Pengakuan “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.
  • Wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.
  • Wajib mengeluarkan zakat
  • Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan.
  • Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu.









No comments:

Post a Comment