Tuesday, January 24, 2012

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

A) PENGENALAN
  • Madinah terletak di utara Makkah dan merupakan kota yang penting bagi pedagang Arab sebelum kemunculan Islam.
  • Kedudukannya yang strategic di tengah- tengah perjalanan di antara Makkah dan Syam telah mendorong luar mengunjunginya.
  • Terdapat tiga golongan penduduk di Madinah iaitu Nasrani, Yahudi dan Arab.
  • Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, bani Qunaiqa’ dan Bani Nadhir.
  • Golongan Arab pula terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.
  • Suasana di Madinah kurang aman disebabkan pergerseran yang berlaku dalam kalangan suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh Orang Yahudi.
  • Pertemuan antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi Muhammad s.a.w di Aqabah pada tahun 621M telah membuka lembarab baru dalam sejarah Madinah.

B) Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.
  • Semasa dakwah Islamiah disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Kota Makkah, baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj.
  • Mereka telah menemui Nabi Muhammad s.a.w di Aqabah dan kemudiannya memeluk Islam.
  • Sekembalinya mereka ke Madinah, mereka telah menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Madinah yang lain.

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA
  • Pada musim haji berikutnya iaitu tahun 621M, sekumpulan suku Aus dan Khazraj telah mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi.
  • Menerusi pertemuan ini terjalinlah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan orang Arab Madinah.
  • Antara lain isi perjanjian ini ialah:
    • Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
    • Mereka juga berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
    • Tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak dan membunuh bayi.
  • Selepas perjanjian Aqabah I Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar pendakwah Islam iaitu Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam.
  • Dengan itu dakwah Islamiah telah tersebar di Madinah sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di kota itu.

PERJANJIAN AQABAH KEDUA
  • Pada tahun 622M, satu lagi perjanjian ditandatangani antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum suku kaum Aus dan Khazraj.
  • Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Aqabah kedua.
  • Antara isi perjanjian ialah
    • Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam.
    • Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
    • Mereka menjemput nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah.
    • Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan baginda dan orang Islam.
    • Kesediaan mempertahan Islam.
  • Jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam telah menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari Kota Makkah ke kota Madinah.

C) HIJRAH

  • Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M
  • Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat- peringkat.
  • Nabi Muhammad s.a.w berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar al- Siddiq selepas penghijrahan orang Islam yang lain.
  • Perjalanan baginda dan Abu Bakar al- Siddiq ke Madinah memakan masa selama lebih kurang 12 hari.
  • Walaubagaimanapun, Umar Al-Khattab telah berhijrah secara sendirian dan terang- terangan kerana sifat keberaniannya.

Konsep Hijrah
  • Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah.
  • Pada umumnya perpindahan berlaku dari satu tempat ke tempat lain. Namun dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam.
  • Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.
  • Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkahlaku.
  • Orientalis barat mentafsirkan hijrah secara negatif- iaitu sebagai suatu pelarian.
  • Pendapat orientalis barat disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza dengan konsep hijrah barat dengan menggunakan empat hujah.
    • Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam perjanjijan Aqabah Kedua.
    • Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah.
    • Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah
    • Nabi Muhammad s.a.w pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuklah orang bukan Islam.
  • Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah bermula setelah baginda berjaya melepasi diri daripada kepungan pemuda Quraisy terhadap rumah baginda.
  • Sebelum itu Ali bin Abi Talib telah menawarkan diri untuk tidur untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda.
  • Setelah keluar dari rumah beliau telah menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah.
  • Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat.
  • Penghijrahan yang berlaku pada hari ini sangat berbeza daripada penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah.
  • Contohnya pada masa ini penghijrahan sesuatu kelompok manusia adalah akibat peperangan dan mereka ini dianggap pelarian.
  • Kehadiran pelarian ini di sesebuah Negara adalah tidak diundang malah mereka dihantar pulang ke tempat asal masing- masing.

SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH
  • Dakwah islamiah disebarkan di Makkah selama lebih kurang 13 tahun.
  • Dalam jangka masa tersebut, pelbagai rintangan telah dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w
  • Untuk meneruskan dakwah islamiah, Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah.
  • Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah
    • Faktor utama ialah perintah Allah s.w.t menerusi wahyu. Dalam wahyu ini Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telah memerintah baginda supaya segera berhijrah.
    • Perintah ini berasaskan ayat al- Quran iaitu surah al- Anfat telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Kota Madinah.
    • Dengan perlindungan Allah, baginda dan sahabat Abu Bakar al- Siddiq selamat sampai ke Madinah.
  • Hijrah bertujuan meneruskan penyebaran Islam.
  • Di Makkah ancaman daripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran islam.
  • Penghijrahan bukanlah beerti yang orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam.
  • Bagi Nabi Muhammad s.a.w suasana aman di tempat baru di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah.
  • Hijarah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik.
  • Pada ketika itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah sering bertelagah sesama sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi.
  • Oleh itu, orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w untuk mengetuai kepimpinan mereja.
  • Baginda juga diperlukan untuk mendamaikan Madinah yang sentiasa bermusuhan.

KEPENTINGAN HIJRAH
  • Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab. Pada masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini.
  • Setelah berlakunya hijrah ke Madinah,
    • Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.
    • Memberi peluang kepada Nabi Muhammad s.a.w mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa melalui semangat persaudaraan Islam( sebelum ini mereka sering bertelagah disebabkan perkara kecil)
    • Telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah.
    • Hubungan terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehingga orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah.
    • Dapat menyatukan golongan Islam Madinah dengan orang Islam Makkah yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial.
    • Baginda memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada muhajirin digelar ansar.
    • Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
    • Perpaduan telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
    • Dengan perpaduan masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan kegiatan lain dan menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.
    • Nabi Muhammad s.a.w telah membina sebuah masjid iaitu Masjid al- Nabawi dimana telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar disamping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam.
    • Di kawasan persekitaran al- Nabawi dibolehkan orang islam menagadakan aktiviti harian seperti berjual beli.
    • Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam.
    • Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al- Rasyidin kedua iaitu Khalifah Umar bin Al- Khattab.
    • Pada masa ini takwim hijrah digunakan di Negara kita Malaysia.
    • Nabi Muhammad s.a.w menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al- Munawwarah atau Kota Bercahaya.
    • Perubahan nama ini merupakan salah satu usaha baginda untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.
    • Hijrah juga menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang.
    • Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberi bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah.
    • Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah.
    • Sikap sedia berkorban, bekerjasama, tolong- menolong untuk membangunkan Negara harus tersemat dalam jiwa kita.
    • Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat- sahabat nabi Muhammad s.a.w sendiri.
    • Abu Bakar As- siddiq sanggup begadai nyawa dan harta semata- mata untuk melindungi baginda semasa berhijrah.
    • Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda pada malam penghijrahan, semata- mata untuk mengelirukan orang Quraisy yang mengepung rumah baginda.
    • Abdul Rahman bin Aus saudagar yang kaya sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan.
    • Peristiwa hijrah telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara.
    • Contohya puteri Abu Bakar as- Siddiq, Asma’ beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w apabial beliau dengan beraninya menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada nabi Muhammad s.a.w di Gua Thur walaupun menyedari bahawa tindakan tersebut berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar.
    • Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sanggup meninggalkan kesenangan hidup untuk menegakkan Islam.
    • Baginda juga tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan.
    • Sifat positif seperti ini patut dicontohi.
    • Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan.
    • Semasa berhijrah baginda tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi di Gua Thur. bagind memilih jalan lain iaitu jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran Laut Merah.
    • Mereka berpendapat jalan ke Madinah menerusi Utara Makkah kurang selamat.
    • Nabi Muhammad s.a.w menyedari bahawa orang Arab Quraisy untuk menyerang Madinah untuk menyerang Madinah suatu masa kelak.
    • Baginda merancang penubuhan sebuah Negara Islam di Madinah.
    • Sebaik- baik berhijrah iaitu setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dikenali sebagai Piagam Madinah.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat
Keterangan
Madinah al- Munawwarah
  • Beerti bandar yang bercahaya.
  • Dikenali sebagai dengan nama Yathrib sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w\kota ini terletak di wilayah Hijaz pada masa sekarang dan ditadbir oleh kerajaan Arab Saudi.
Penduduk Madinah
  • Suku Aus tinggal di selatan dan timur Madinah.
  • Suku Khazraj tinggal di bahagian tengah Madinah.
  • Orang Yahudi  yang mula berhijrah ke Madinah ialah Yahudi Qainuqa’
  • Ini diikuti dengan kedatangan suku Yahudi yang lain.
Aqabah
  • Sebuah tempat yang terletak di antara Mina dan Makkah.
  • Di tempat inilah termeterainya Perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan orang Madinah sebelum hijrah.
Abdullah bin Arqat
  • Beliau memeluk Islam semasa menjadi jurupandu hijrah.
Gua Thur
  • Gua Thur terletak di puncak Bukit Thur.
  • Jarak antara bukit ini dengan masjid al- haram di Makkah kira- kira 8 km.
  • Pada hari ini pelawat yang ingin mendaki ke puncak Bukit Thur terpaksa mengambil masa selama 1 jam dan menempuh jalan berliku dan berbatu tajam untuk sampai ke situ.
  • Luas muka gua ini muat untuk dimasuki oleh seorang sahaja.
  • Melalui muka gua ini Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar al-Siddiq masuk ke dalamnya untuk bersembunyi.
  • Semasa bersembunyi di Gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w dibantu oleh
Ø  Abdullah bin Abu Bakar yang mengintip kegiatan orang Quraisy yang ingin menjejaki kehilangan baginda.
Ø  Asma’ bt Abu Bakar yang menghantar makanan untuk baginda dan Abu Bakar
Ø  Amir bin Fuhairah yang mengembala kambing berhapiran Gua Thur agar susu kambingnya boleh diberkan kepada baginda.
Ciri- ciri masjid Quba’
  • Berbentuk segi empat dengan keluasan kira- kira 50 meter persegi.
  • Tinggi dindingnya kira- kira 3.5 meter
  • Bahan-bahan yang digunakan untuk membina masjid ini pada peringkat awal ialah batang, pelepah dan daun poko tamar serta tanah liat.
Sikap orang Ansar terhadap orang Muhajirin
  • Menjaga keselamatan.
  • Menyediakan modal untuk berniaga
Muhajirin
  • Daripada perkataan Arab hajara yang bermaksud berpindah
Ansar
  • Daripada perkataan Arab nasara yang bermaksud menolong.
Masjid al- Nabawi
  • Masjid kedua yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
  • Dibina atas tanah yang dibeli oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Sahl dan Suhail.
  • Dibina pada bulan Safar tahun ke-2 hijrah.
  • Bentuk asalnya segi empat dan terdapat sebuah anjung bagi kegunaan musafir.
D) PIAGAM MADINAH.
  • Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M berpandukan wahyu Allah.
  • Paigam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.
  • Piagam ini mencatatkan tentang peraturan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam  ( Muhajirin dan Ansar) da bukan orang bukan Islam ( Yahudi dan suku Arab yang lain)
  • Kandungan Piagam Madinah ini lengkap menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

 Terjemahan  Sebahagian Teks Piagam Madinah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Piagam ini daripada Nabi Muhammad antara orang- orang beriman dan yang memeluk Islam yang terdiri daripada orang Quraisy, Yathrib dan orang- orang yang mengikut mereka menyatukan diri dan berjuang bersama- sama mereka.
Fasal 1
Sesungguhnya mereka terdiri daripada satu ummah yang bebas daripada pengaruh dan kekuasaan manusia lainnya.
Fasal 2
Orang Muhajirin yang terdiri daripada Quraisy mempunyai hak mereka, saling tanggung menanggung membayar dan menerima wang tebusan  daarh( diyat) antara mereka kerana suatu pembunuhan, dengan cara yang baik dan adil antara orang beriman.
Fasal 16
Bahawa sesungguhnya kaum Yahudi yang setia kepada Negara kita ( Madinah ) berhak mendapat bantuan dan perlindungan tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan daripada pergaulan umum.
Fasal 17
Tidak diperkenankan segolongan orang beriman membuat perjanjian tanpa disertai segolongan lain didalamnya suatu peperangan di jalan Allah kecuali atas dasar persamaan dan adil sesama mereka.

Sumber: Hassan Ibrahim Hassan, 1986.

Kandungan Piagam Madinah
  • Pembentukan Piagam Madinah telah dipersetujui oleh orang Islam dan bukan Islam khususnya golongan Yahudi.
  • Mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka.
  • Sementara 24 fasal lagi tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuklah orang Yahudi terhadap Negara Madinah.
  • Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sesebuah Negara yang berdaulat.
  • Terdapat perlembagaan lain seperti perlembagaan Amerika Syarikat yang digubal pada tahun 1787, Perlembagaan Peranchis pada tahun 1795, namun pembentukan kesemua perlembagaan ini agak lewat berbanding dengan perlembagaan Madinah yang telah dirangka pada tahun 622M bersamaan 1 Hijarah.
  • Kandungan Piagam Madinah boleh dirumus kepada tujuh aspek penting yang merangkumi bidang politik, sosial, dan ekonomi iaitu dalam aspek pentadbiran, agama, sosial, perundangan, pertahanan dan kedudukan kaum Yahudi seperti di bawah:


Bil
Perkara
Rumusan
1
Politik
  • Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah
  • Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam
2
Agama
  • Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing
  • Mereka bebas mengamalkan adapt mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam
3
Sosial
  • Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
  • Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesame sendiri
4
Perundangan
  • Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan islam.
5
Ekonomi
  • Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi Negara.
  • Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan
6
Pertahanan
  • Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
7
Kedudukan Yahudi
  • Keselamatan orang bukan islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

Politik.
  • Iaitu pentadbiran Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pemimpin bagi kerajaan madinah yang mempunyai penduduk berbilang kaum; agama dan budaya.
  • Kesemua masyarakat telah bersetuju untuk menerima baginda sebagai ketua Negara Madinah.
  • Baginda juga berperanan sebagai ketua hakim dan bertindak menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi oleh  masyarakat Madinah berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan keadilan.
  • Sebelum ini tiada hakim yang diiktiraf dapat menyelesaikan sesuatu masalah.
Agama
  • Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.
  • Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu yang lain.
  • Sikap buruk sangka dari segi agama seperti yang diamalkan sebelumnya dilarang sama sekali.
  • Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah memaksa mereka yang bukan islam supaya memeluk islam,misalnya orang yahudi bebas mengamalkan ajaran agama  mereka.

Sosial
  • Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatupadu,tolong menolong dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
  • Perasaan benci membenci dan mementingkan diri sendiri dielakkan demi menjaga keharmonian negara.

Perundangan
  • Undang-undang Islam telah digunapakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan oleh masyarakat Madinah.
  • Dengan adanya undang-undang ini peraturan dan cara hidup yang diamalkan menjadi lebih tersusun dan diterima ramai.
  • Sesuatu hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang bersalah dapat dilakukan dengan adil dan diterima dengan senang hati.

Ekonomi
  • Piagam Madinah menetapkan tiada diskriminasi untuk memperolehi peluang ekonomi.
  • Untuk mengendalikan urusan ekonomi Islam melarang riba dan penindasan.

Pertahanan
  • Nabi Muhammad s.a.w. mewajibkan kesemua masyarakat Madinah mempertahankan Madinah daripada ancaman.
  • Sikap bertanggungjawab menjaga negara amat penting dijunjungi demi kesejahteraan rakyat.

Kedudukan Yahudi
  • Perlembagaan Madinah mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah.
  • Mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain untuk menikmati keselamatan dan kebebasan.
  • Mereka dibenarkan tinggal di Madinah,malah kedudukan mereka terjamin dan selamat selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.
  • Mereka tidak dibenarkan bertindak sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru-hara.

v  Keseluruhannya pembentukan Piagam Madinah menunjukkan betapa luasnya pandangan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah mengambilkira kepentingan pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama dalah sebuah Negara.
v  Dengan itu perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan.

Kepentingan Piagam Madinah

  • Kerajaan Islam Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang  berasaskan Islam.
  • Kerajaan ini dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.
  • Hal ini menunjukkan bahawa unsure-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara yang terdiri daripada berbilangan bangsa dan agama.
  • Kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. menggubal suatu piagam sangat dikagumi kerana baginda berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap iaitu merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat.
  • Masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
  • Dari segi ekonomi amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan.
  • Sifat bertimbang rasa dan amalan belah digalakkan.
  • Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
  • Berasaskan keadilan ini ekonomi kerajaan Islam d Madinah mula meningkat.
  • Sesungguhnya pada awal peghijrahan orang Muhajirin menghadapi masalah ekonomi tetapi masalah ini telah diatasi dengan segera oleh Nabi Muhammad s.a.w..
  • Orang Ansar telah memberikan bantuan kepada orang Muhajirin secara sukarela da ikhlas.
  • Berasaskan Piagam Madinah, kita dapati Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah iaitu masyarakat yang hidup bersatupadu dan aman.
  • Nilai hidup yang ditanam adalh berasaskan semangat ukhuwah islamiah.
  • Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama dengan itu konsep keadilan sosial telah dipraktikkan di Madinah.
  • Dari segi hak, islam telah menekankan persamaaan hak dan persuadaraan Islam.
  • Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat.
  • Amalan dan sifat positif yang dipraktikkan oleh negara Madinah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. seperti semangat perpaduan, bantu membantu dan rela bekorban tentu boleh dipupuk di kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.
  • Menerusi pembentukan perlembagaab ini, masyarakat Madinah dari[ada pelbagai keturunan budaya dan agama dapat mendiami sesebuah Negara dan  mempunyai undang-undang yag lengkap dan sempurna.
  • Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil. Oleh itu, pembentukan satu perundangan yang sesuai dalam sebuah negara oleh kesemua masyarakat.
  • Cara Nabi Muhammad s.a.w.mendirikan sebuah kerajaan berbeza daripada cara yang dilakukan oleh pemimpin lain di dunia.
  • Baginda meyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan sebuah kerajaan.
  • Di sini menunjukkan bahawa masyarakat Madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah satu pemerintahan.
  • Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi.
  • Piagam Madinah itu berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
  • Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan.
  • Orang Yahudi misalnya tidak boleh menindas kaum Arab yang lain. Kesemua bangsa ada hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat.
  • Mereka bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar.
  • Dengan adanya kerjasama daripada semua masyarakat, negara Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar sekitarnya dan Semenanjung Tanah Arab.
    • Beberapa ciri kerajaan Islam di Madinah sebenarnya memang terdapat di negara kita Malaysia
    • Keupayaa kita mempraktikkan nilai-nilai seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Piagam Madinah membolehkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat kita terus berkekalan.

Maklumat Tambahan
Maklumat
Keterangan
Agama-agama masyarakat Madinah
  • Sebelum kedatangan islam, orang Arab Madinah menyembah berhala dan menganut agama Nasrani
  • Orang Madinah telah mendengar tanda-tanda kenabian Muhammad daripada orang Yahudi
Keadilan Undang-undang Islam
  • Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah bukan menzalimi pesalah tetapi adalah untuk menginsafkan pesalah dan orang lain
  • Islam menetapkan beberapa syarat untuk menjatuhkan hukuman misalnya perlu ada saksi yang dapat mengesahkan jenayah tersebut
Ukhuwah Islamiah
  • Semangat persaudaraan sesame orang Islam

D. PENYEBARAN ISLAM.
  • Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahu 622M telah menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan orang Arab Quraisy.
  • Mereka mula mencari sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar tanah Arab agar menghapuskan kerajaan Islam.
  • Nabi Muhammad s.a.w telah menyedari tindak- tanduk orang Arab Quraisy telah berhati- hati mengahdapinya.
  • Pada masa yang sama, baginda mula menyusun strategi menyebarkan Islam dengan menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah, Wilayah sekitar Semenanjung Arab.
  • Nabi Muhammad s.a.w tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi menunjukkan nilai- nilai yang baik.
  • Selain menyeru mereka memeluk Islam menerusi warkah, baginda juga ingin mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut.
  • Oleh kerana orang Arab Quraisy cenderung untuk melakukan keganasan dengan menyerang kafilah perdagangan Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil keputusan untuk membetulkan keadaan itu.
  • Mengikut ajaran islam, peperangan tidak dibenarkan kecuali bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan negara.
  • Peperangan hanya boleh dilakukan dengan keizinan Allah iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.
  • Di Madinah sejak tahun 622M atau 1H sehinggalah pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630M ( 8H) beberapa siri peperangan antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam Madinah telah berlaku antaranya
    • Perang Badar ( 624 M/2H)
    • Perang Uhud ( 625M/3H)
    • Perang Khandak ( 627M/5H)
    • Perang Tabuk ( 630M/8H)
  • Di Makkah setelah beberapa lama ditindas oleh orang Arab Quraisy Allah telah memberikan keizinan kepada umat Islam untuk berperang iaitu setelah orang Quraisy menyerang orang Islam.
  • Peperangan yang berlaku dalam Islam juga garus mengikut prinsip tertentu, antaranya.
    • Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh.
    • Allah juga membenarkan orang Islam berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga.
  • Peperangan yang berlaku pada masa ini lebih kepada menajga maruah negara serta memusnahkan harta benda dan manusia yang tidak berdosa.
  • Islam tidak melakukan sedemikian.
  • Setiap pertempuran dan peperangan dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
  • Islam menganjurkan perdamaian seandainya musuh Islam inginkan perdamaian, maka orang Islam harus memilih perdamaian.
  • Dalam Islam, dakwah islamiah mestilah dilakukan dengan bijaksana dan menerusi nasihat yang baik.
  • Peperangan yang berlaku antara orang Islam Madinah dengan pihak Arab Quraisy Makkah terbukti adalah untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa dan negara semata- mata.
  • Sungguhpun peperangan berlaku namun Islam tidak berkembang dengan paksaan malah perkembangannya adalah sukarela dan toleransi.
  • Contohnya dalam peperangan Badar walaupun pihak Islam memperolehi peperangan Nabi Muhammad telah mengampunkan tawanan Quraisy.
  • Tawanan wanita dan kanak- kanak telah dibebaskan sementara tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri.
  • Tawanan lelaki yang berjaya mengajar kira- kira sepuluh orang kanak- kanak Islam membaca dan menulis akan dibebaskan.
  • Tentera Islam berjuang di medan peperangan juga dilarang membunuh sesuka hati amlah tumbuh- tumbuhan juga dilarang dimusnahkan.
  • Pengajaran daripada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w adalah supaya ummat Islam mengamalkan akhlak yang mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik.
  • Selepas perang Badar bilangan orang Arab Quraisy yang memeluk Islam semakin bertambah.

Perjanjian Hudaibiyah.
  • Pada tahun 628M, orang Islam bercadang untuk menziarahi Makkah.
  • Kota Makkah sangat penting bagi mereka kerana di situlah letaknya Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi orang Islam.
  • Makkah juga merupakan tempat asal bagi orang Muhajirin dan tempat turunnya wahyu pertama.
  • Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w dan pada masa yang sama baginda juga ingin mengerjakan umrah.
  • Walaubagaimanapun, kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah.
  • Mereka bertindak demikian kerana merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan Islam.
  • Di Hudaibiyah orang Islam telah berusaha untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka menerusi utusan yang dihantar melalui Uthman bin Affan, malangnya pihak Quraisy tidak mempedulikan hasrat orang Islam tersebut.
  • Walaubagaimanapun, setelah mendapat tahu bahawa orang Islam telah berikrar dan bersumpah setia untuk membela kematian Uthman bin Affan, orang Quraisy telah menghantar Suhail bin Amru untuk berunding.
  • Setelah kata sepakakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara pihak Islam dengan Arab Quraisy di Hudaibiyah pada tahun 628 M bersamaan 6H.

Peristiwa Penting Ke Arah Termeterainya Perjanjian Hudaibiyah
  • Pada tahun 628M, rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin menunaikan umrah.
  • Mereka telah disekat di Hudaibiyah, Nabi Muhammad s.a.w menghantar Uthman bi Affan ke Makkah untuk menerangkan keadaan sebenar kedatangan mereka.
  • Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan telah bersumpah setia yang dikenali sebagai  “ Baaiah al- Ridwan”. Orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam, lalu mereka menemui Nabi Muhammad s.a.w
  • Baginda mengadakan perjanjian dan termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w ( Islam ) dengan Suhail bin Amru ( Quraisy )

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
  • Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.
  • Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam di Madinah atau orang Quraisy di Makkah.
  • Orang Islam Madinah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
  • Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
  • Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya ( 7H)
·         Perjanjian Hudaibiyah yang telah dimeterai itu tidak dapat diterima sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal.
·         Merka menganggap perjanjian itu menguntungkan pihak Arab Quraisy.
·         Bagaimanapun akhirnya mereka dapat menerimanya sebagai satu pengajaran yang besar.
·         Demi untuk mencapai kata sepakat dan menjalin hubungan yang baik antara dua belah pihak,orang Islam menganjurkan perdamaian.
·         Oleh itu,dengan wujudnya keamanan,misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan.

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
  • Menerusi Perjanjian Hudaibiyah orang Islam berpeluang menunaikan Haji pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 629M.
  • Peluang ini juga memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan seterusnya beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.
  • Tempoh perdamaian dalam perjanjian ini membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program dakwah Islamiah keseluruh semenanjung tanah arab secara aman.
  • Menerusi perjanjian ini,suku arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak.
  • Dengan ini, Islam dapat berkembang dengan meluas.
  • Sesetengah sejarahwan mengatakan bahawa selepas 2tahun perjanjian ini dimerterai,mereka yang memeluk Islam telah berganda bilangannya.
  • Kandungan perjanjian Huidaibiyah menggambarkan bahawa Islam tersebar dengan aman.
  • Walaupun isi perjanjian yang ketiga dan keempat kelihatan menguntungkan orang Arab Quraisy tetapi Nabi Muhammad s.a.w yakin Islam akan memperolehi keuntungan dari segi jangka panjang.
  • Ini terbukti dengan pengislaman tokoh panglima arab Quraisy yang berpengaruh iaitu Khalid bin Al-Walid,Amru bin Al-As dan Uthman bin Talha,sejurus selepas perjanjian Hudaibiyah ditandatangani.
  • Selaku pemimpin mereka tentu telah mengkaji secara rasional tentang kebenaran Islam.
  • Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.
  • Persetujuan orang arab Quraisy menandatangani perjanjian ini menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah. Sebelu ini mereka tidak mahu Langsung bekerjasama dengan orang Islam malah sentiasa mencari jalan menentang Islam.
  • Walaubagaimanapun pendamaian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak ini bertahan selama 2tahun sahaja.
  • Orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama.
  • Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak tegas dalam menangani hal itu dengan menyediakan dan menghantar pasukan tentera ke Makkah.
  • Dapat dirumuskan bahawa perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.


Pembukaan Semula Kota Makkah
  • Kota Makkah ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan tempat lahirnya agama Islam.
  • Oleh itu, dakwah Islamiah tidak diterima sepenuhnya oleh orang Aarab Quraisy pada masa itu.
  • Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.
  • Setelah hampir 8tahun Nabi Muhammad s.a.w. tinggal di Madinah dan berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam di situ baginda akhirnya dapat menguasai semula Kota Makkah pada tahun 630M bersamaan 8 Hijrah.
  • Tindakan ini dilakukan oleh pihak Islam kerana mereka mendapati pihak Arab Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hah kebebasan yang telah dipersetujui bersama.
  • Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam.
  • Pembukaan Kota Makkah juga merupakan strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.
  • Nabi Muhammad s.a.w. berpendapat jika Makkah dapat dikuasai,kedudukan kerajaan Islam di Madinah tentu akan menjadi mantap.
  • Oleh itu.baginda merancang untuk memasuki Kota Makkah secara bijak dan berpegang pada prinsip aman tanpa kebebasan.
  • Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikuatiri oleh Orang Arab Quraisy khususnya pembesar Quraisy.
  • Bapa saudara Nabi Muhammad, al Abbas dan ketua Arab Quraisy Abu Sufian telah mengambil keputusab memeluk Islam sebelum tentera menguasai Makkah.
  • Mereka memeluk Islam bukan disebabkan takut dengan kekuatan tentera tetapi menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini.
  • Nabi Muhammad s.a.w telah menyediakan 4 pasukan tentera yang terdiir daripada 10 ribu orang.
  • 4 pasukan itu ialah pasukan
ü  Khalid bin Al- Walid
ü  Abu Ubaidah al- Jarrah.
ü  Saaad bin Ubaidah
ü  Zubair bin Al- Awwam
  • Keempat- empat pasukan ini bergerak masuk ke kota Makkah melalui 4 arah yang berlainan iaitu arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.
  • Taktik ini telah memberi kejayaan yang besar kepada tentera Islam untuk membuka semula kota Makkah secara mudah kerana orang Quraisy telah dikepong dengan rapi.
  • Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam telah berjaya membuka semula kota Makkah tanpa mendapat apa- apa rintangan yang besar kecuali penentangan kecil yang diterima oleh pasukan Khalid bin Al-Walid daripada segelintir orang Quraisy.
  • Tetapi penentangan tersebut dengan mudah dapat ditewaskan oleh tentera Islam.
KEPENTINGAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH.
  • Pengislaman Abu Sufian dan Abbas merupakan faktor penting yang memudahkan kota Makkah dikuasai oleh orang Islam.
  • Dengan pengislaman kedua- dua pembesar itu orang Arab Quraisy yang lain turut sama memeluk Islam.
  • Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan Kota Makkah.
  • Jaminan keselamatan ini menjadi faktor utama kepada kejayaan pembukaan semula Kota Makkah.
  • Setalah berjaya menguasai Kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. telah bertawaf sebanyak 7kali mengelilingi Kaabah dan kemudian berpidator kepada umat Islam dengan membacakan ayat Al-Quran yang menekankan kepentigan perpaduan diamalkan dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
  • Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah bersifat baik sangka dan Bantu membantu demi mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di negara kita.
  • Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w. terhadap orang Quraisy yang dikepung begitu ketara.
  • Nabi Muhammad s.a.w. tidak membalas dendam kepada panduduk Makkah yang selama ini memusuhi Islam, malah baginda memaafkan mereka.
  • Amalan sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam seterusnya.
  • Kejayaan pembukaan semula Kota Makkah menyebabkan Kaabah terpelihara daripada unsure-unsur jahiliah.
  • Agama penyembahan berhala yang selama ini menjadi amalan masyarakat arab jahiliah dihapuskan selama-lamanya dan digantikan dengan Islam.
  • Seterusnya masyarakat Islam telah mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.
  • Kota Makkah dijadikan sebagai Kota suci umat Islam.
  • Dengan terdapatnya Kaabah di Makkah, kota ini menjadi tumpuan kesemua umat Islam dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat.
  • Pembukaan semula Kota Makkah membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Kebanyakan sejarahwan mengatakan bahawa perisriwa pembukaan semula Kota Makkah ini menjadi pembuka jala ke arah penyebaran Islam ke seluruh tanah Arab.
  • Dakwah Islam telah tersebar secara aman sehingga masyarakat Islam negara kita memeluk Islam secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
  • Penguasaan terhadap Kota Makkah telah mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang kuat.
  • Walaupun Makkah telah berjaya dikuasai, namun Nabi Muhammad s.a.w.tetap menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam,manakala Makkah dijadikan sebagai sebuah wilayah Islam.
  • Di Makkah, baginda telah dilantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam.
  • Sebalum wafat dalam Khutbah haji terakhir baginda,Nabi Muhammad s.a.w. telah berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pusaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat. Pusaka yang dimaksudkan oleh baginda ialah Al-Quran dan sunnah baginda.

v  Keseluruhan pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara manyaluruh.
v  Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintahan Islam seterusnya.
v  Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632M bersamaan 11H dan tugas penyebaran Islam disambung oleh sahabat-sahabat baginda yang terpilih.
v  Pemerintahan Islam selepas Nabi Muhammad s.a.w. dinamakan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat
Keterangan
Perang Khandak ( 627M/5H)
  • Berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah yang bergabung dengan puak Yahudi.
  • Dalam peperangan ini pihak Islam telah menggunakan strategi menggali parit di sekeliling kota Madinah.
  • Islam memperolehi kemenangan kerana tenteranya mempunyai kesabaran dan ketahanan yang tinggi.
Reaksi terhadap Warkah Nabi Muhammad s.a.w
  • Raja Qibti Mesir al-Muqauqis telah menyambut bail warkah Nabi Muhammad s.aw
  • Walaubagaimanapun, dakwah islamiah yang disampaikan oleh baginda tidak diterima oleh al-Muqauqis.
  • Maharaja Rom Timur, Hercules telah membincangkan isi kandungan warkah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan pembesar-pembesarnya.
  • Wakil Nabi Muhammad s.a.w ke Parsi tidak dapat diterima oleh Raja Parsi malah telah dikoyakkan.
Garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan
  • Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang lemah seperti orang tua, kanak- kanak, wanita, orang sakit dan orang yang menyerah diri.
  • Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan tidak boleh memusnahkan tanam-tanaman.
  • Dilarang menceroboh tempat ibadah.
Faktor- faktor Uthman bin Affan dipilih untuk ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah
  • Uthman mempunyai ramai daudara mara di Makkah.
  • Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain.
  • Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur.
Percabulan terhadap Perjanjian Hudaibiyah
  • Selepas 2 tahun Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani, orang Quraisy telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah.
  • Mereka member sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
  • Mengikut syarat Perjanjian Hudaibiyah genjatan senjata haruslah dikekalkan salama 10 tahun tetapi orang Quraisy telah mencabulinya.
Pembukaan semula Kota Makkah
  • Semasa memasuki kota Makkah baginda telah meminta sahabat mengumumkan kata- kata yang berunsurkan pengampunan kepada orang Quraisy yang ditawan. Antara kata- kata termasuklah
Ø  ‘ wahai kaum Quraisy, sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian, amka dia selamat. Sesiapa yang berada di rumah sendiri dia akan selamat, sesiapa yang memasuki masjid al-haram juga akan selamat”
Ø  Semasa berhadapan dengan orang Quraisy yang ditawan baginda juga bertanya kepada mereka, “ wahai orang Quraisy, menurut pendapat kamu apakah yang akan aku lakukan kepada kamu sekarang? Jawab orang Quraisy “ tentu baik kerana saudara orang baik, daripada anak orang yang baik-baik pemaaf lagi pemurah orangnya.
Ø  Selepas mendengar jawapan itu, baginda terus menyatakan “ kamu sekelian sekarang sudah bebas”
Ø  Dengan ucapan itu kesemua orang Quraisy dan penduduk Makkah telah diampunkan oleh Nabi Muhammad s..aw
Khutbah Haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w
  • “ Hai, sekelian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat seperti kamu mempunyai hak ke atas mereka.
  • Setiap individu Islam ialah saudara orang Islam. Mereka bersaudara… hai manusia saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada pusaka ini iaitu Kitab Allah atau al-Quran dan sunnah Rasulullah.

3 comments: