Tuesday, January 24, 2012

BAB 4: KEMUNCULAN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

BAB 4: KEMUNCULAN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

A. PENGENALAN
  • Secara umumnya tamadun awal dunia bermula di lembah sungai seperti Sg. Tigris san Sg. Euphrates, Sg. Nil, Sg. Indus dan Sg. Hwang Ho.
  • Walaubagaimanapun berbeza dengan kemunculan tamadun Islam. Kemunculannya agak unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering di Hijaz.
  • Pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikirandan ajaran agama di samping menerima anugerah Allah kepada umat manusia.
  • Semasa tamadun Islam berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom juga berkembang dengan pesat di Utara Semenanjung Tanah Arab.

B. MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
  • Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
  • Istilah ini digunakan oleh orang Islam mengambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat.
  • Masyarakat Arab Jahiliah ialah:
    • Hidup di semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Sehingga turunkan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w
    • Jangka masanya lebih kurang 310 tahun ( 300-610M)
    • Masyarakat ini digelar masyarakat Arab Jahiliah kerana
      • Tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti nabi Sulaiman, nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain- lain.
      • Zamannya dikenali sebagai Zaman Kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah ini
ü  Tidak menyembah Allah yang Maha Esa
ü  Mereka menyembah berhala
ü  Mempercayai kepercayaan animisme
ü  Kehidupan yang kucar- kacir
ü  Tiada nabi dan rasul
ü  Tiada kitab suci sebagai petunjuk
ü  Mempunyai akhlak yang rendah- sentiasa bersifat kejam, angkuh dan degil.
  • Selepas kedatangan Islam barulah masyarakat ini mengalami proses perubahan

C. CIRI- CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
  • Dikategori kepada dua golongan iaitu
Ø  Masyarakat Badwi yang tinggal di kawasan gurun dan pedalaman iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.
Ø  Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisir pantai Semenanjung Tanah Arab.
  • Oleh kerana petempatan mereka berbeza, secara tidak langsung cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.
  • Cirri masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.


SOSIAL
  • Mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi, berzina, dan minum arak.
  • Mengikut fahaman mereka lelaki yang minum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.
  • Kedudukan kaum wanita adalah sangat rendah.
  • Kaum wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.
  • Terdapat dalam kalangan mereka menanam bayi perempuan hidup- hidup selepas lahir kerana menganggap anak perempuan ini akan menjatuhkan maruah keluarga.
  • Dalam soal perkahwinan, tiada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan.
  • Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan sesiapa sahaja yang disukai.

EKONOMI
  • Aktiviti perniagaan dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.
  • Sikap para pedagang pula lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata- mata
  • Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada khalifah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian.
  • Merompak dikatakan sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalamsetiap kabilah.
  • Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN.
  • Terdapat empat bentuk kepercayaan dalam masyarakat Arab Jahiliah iaitu:
    • Agama Wathani ( menyembah berhala)
    • Animisme ( memuja alam seperti pokok)
    • Agama Samawi ( Kristian dan Yahudi )
    • Kepercayaan seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.
  • Berdasarkan catatan Al- Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif.
  • Setelah kira- kira 3500 tahun, penganut agama Hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur- ansur.
  • Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampur aduk ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masayarkat Arab Jahiliah.


NILAI HIDUP YANG DIPEGANG
  • Mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak- puak dan berkelompok.
  • Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku tertentu.
  • Mereka tinggal dalam sebuah kawasan.
  • Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat tasaub dan fanatik terhadap kabilah masing- masing
  • Sesuatu kabilah diketuai oleh seseorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.
  • Perlantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu. Antaranya bakal syeikh mestilah:
    • Disukai oleh ahli kabilah
    • Dilantik atas persetujuan ramai
    • Beliau juga mestilah berfikiran matang
    • Gagah, berani, pandai berpidato.
  • Amalan system kabilah ini mendatangkan kesan yang negatif kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.
  • Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiyah atau semangat kesukaan yang melampau dan tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.
  • Kemunculan semangat assabiyah ini berpunca daripada struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
  • Dalam sistem ini setiap puak terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah masing- masing.
  • Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.
  • Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
  • Kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.
  • Untuk meneruskan kehidupan, sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.
  • Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan keadaan hidup masyarakat Jahiliah kucar- kacir dan tidak aman.
  • Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan kabilah.
  • Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab kecil
  • Peperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang.

Kehidupan Nabi Muhammad S.Aw. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
  • Baginda berasal daripada keluarga pemimpin Mekah yang terkenal iaitu Qasai bin Kilab.
  • Namun keturunan Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang baginda.
  • Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah kira- kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad.
  • Dengan penguasaan terhadap Makkah, kaabah dan telaga zam- zam juga dapat dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad S.A.W
  • Keturunan Nabi Muhammad s.a.w memang bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok- belok perniagaan.
  • Selain Qusai, Abdul Manaf dan Hasyim, Abdul Mutallib iaitu datuk nabi pernah menerajui Makkah pada zaman jahiliah.
  • Nabi Muhammad berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah arab yang lain.
  • Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutallib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab.
  • Nabi Muhammad dilahirkan 20 April tahun 570M iaitu pada malam isnin bersamaan 12 Rabiulawal tahun gajah.
  • Nabi Muhammad dilahirkan di rumah datuk baginda dan beliau telah menamakan baginda Muhammad yang bermaksud terpuji
  • Bapa baginda meninggal dunia pada ketika nabi Muhammad dalam kandungan ibunya.
  • Setelah beberapa hari dilahirkan Nabi Muhammad s.a.w telah diserahkan kepada Halimatul Saadia untuk dipelihara dan disusui.
  • Pada ketika berusia 6 tahun, ibu baginda Aminah binti Wahab pula meninggal dunia.
  • Baginda telah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutallib, selepas Abdul Mutallib meninggal dunia, baginda telah dipelihara oleh bapa saudaranya Abdul Mutallib.
  • Nabi Muhammad telah menjadi yatim piatu sejak berusia 6 tahun.
  • Kaum keluarga pula sangat prihatin terhadap baginda dan seterusnya sanggup pula membela dan memberi kasih sayang yang sewajarnya.
  • Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar.
  • Dari segi pekerjaan, baginda pernah menjadi pengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda.
  • Pengalaman baginda dalam bidang perniagaan pula diperolehi sejak baginda berusia 12 tahun iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam. Sebuah kawasan yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab.
  • Selain itu kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah diramalkan oleh seorag pendeta nasrani bernama Buhaira semasa rombongan ini singgah di Basrah.
  • Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan perdagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkayakan lagi pengalaman baginda.
  • Pada ketika berusia 20 tahun baginda telah giat berdagang dan baginda pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya.
  • Abu Talib bapa saudara baginda menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap.
  • Oleh itu, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailid.
  • Abu Talib telah menemui Khadijah dan meminta agar baginda diterima sebagai peniaga yang menjalakan urusan dengan Khadijah.
  • Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah iaitu hamba Khadijah.
  • Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah dan kebolehan baginda menajalankan perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar kepada baginda.
  • Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan baginda memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda.
  • Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan baginda  telah menimbulkan perasan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada perkahwinan.
  • Peristiwa ini berlaku ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W
  • Baginda memiliki empat sifat terpuji iaitu;
    • Siddiq ( berkata benar )
    • Amanah ( dipercayai )
    • Tabliq ( menyampaikan )
    • Fatannah ( bijaksana)
  • Sifat Siddiq baginda diakui oleh orang Arab Quraisy semasa dakwah islamiah dilakukan di Makkah
  • Baginda digelar al-Amin oleh oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong
  • Panggilan al – Amin terhadap Nabi Muhammad S.A.W telah sebati di kalangan masyarakat Arab sehinggakan panggilan Muhammad tidak digunakan
  • Sifat amanah yang dimiliki oleh baginda telah menyebabkan Khadijah menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk diperniagaan
  • Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh- sungguh walaupun mengahadapi pelbagap rintangan.
  • Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul.
  • Contohnya, semasa baginda 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan di kalangan kabilah Quraisy.
  • Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan semula Hajar Aswad ( batu Hitam) ke tempat asalnya di penjuru timur kaabah.
  • Hajar Aswad itu terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.
  • Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana kepimpinan serta sifat pengasihnya dan bertimbang rasa.
  • Baginda sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak dan membersihkan rumah.
  • Anak- anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anak- anak.
  • Hal ini juga menunjukkan bahawa baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana.
  • Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati oleh masyarakat sama ada yang kaya atau miskin.
  • Selain itu, baginda juga bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak- kanak.
  • Semasa pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630 M, baginda telah menunjukkan sifat pemaaf. Contohnya orang Arab Quraisy Makkah.
  • Walaupun kandungan perjanjian tersebut kelihatan berat sebelah, baginda menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seteusnya.
  • Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat di sekeliling yang tidak bermoral dan tasaub dengan amanlan jahiliah.
  • Baginda berusaha mencari suatu cara untuk mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat disekelilingnya.
  • Baginda telah mengasingkan dirinya daripada masyarakatnya dengan cara bertahannuth( mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di puncak Bukit Nur.
  • Walaupun Gua Hirak terletak di Bukit Nur, baginda dengan sabar dan tabah mendakinya semata- mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang.
  • Dengan sepenuh jiwa raga, baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah.
  • Selepas lebih kurang 6 bulan baginda berulang alik dan bertahannuth di Gua Hirak, akhirnya pada 6 Ogos tahun 610M, bersamaan 17 Ramadan Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi malaikat Jibrail.
  • Pada wakti itu, baginda berusia 40 tahun.
  • Dengan turunnya wahyu itu bermulalah era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab jahiliah. Wahyu ini menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Maklumat
Keterangan
Empangan Maarib runtuh
  • Disebabkan berlakunya banjir besar.
  • Disebabkan kelalaian pemimpin Sabak untuk memperbaikinya semula.
Kerajaan Sabak
  • Wujud dalam dua peringkat
Ø  950-650 S.M
Ø  650-115 S.M
  • Ekonomi berasaskan pertanian dan perdagangan.
  • Pernah diterajui oleh pemimpin wanita yang dikenali sebagai Balqis.
Nabi
  • Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripadaNya untuk dirinya sendiri
Rasul
  • Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripadaNya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai
Wahyu
  • Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui malaikat Jibrail.
S.A.W
  • Merupakan singkatan bagi sallalah allaihi wasallam yang bermaksud Allah merahmati Nabi Muhammad.
Kedudukan wanita pada zaman Jahiliah
  • Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaum keluarganya kerana keburukan cerita yang disampaikannya.
Kafilah
  • Kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan satu tujuan contohnya berniaga atau berpindah.
Khurafat
  • Kepercayaan karut atau tahyul
  • Antara kepercayan ini dalam masyarakat Jahiliah
Ø  Mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan oleh seseorang mestilah berpandukan arah burung.
Ø  Mempercayai sihir dan ramalan ahli nujum.
Ø  Mempercayai pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadikan seseorang itu kuat.
  • Sebelum kemunculan Islam telah wujud agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi- nabi terdahulu.
  • Agama Hanif disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail.
  • Penganut agama ini digelar Hunafa.
  • Pengikut ajaran agama Hanif pada zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w ialah
Ø  Waraqah bin Naufal
Ø  Uthman bin Huwairith.
Ø  Abdullah bin Jahsh
Ø  Umaiyah bin Abi Sait.
Perang al- Bhasus
  • Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar.
  • Berlaku disebabkan oleh tindakan seseorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Taghlib.
  • Sungguhpun perang ini berpunca daripada perkara kecil tetapi perang ini memakan masa 40 tahun.
Telaga Zam-zam
  • Kewujudan telaga berkait rapat dengan sejarah kedatangan Nabi Ismail a.s ke Makkah.
  • Sumber air telaga ini menjadikan Kota Makkah terkenal kepada pedagang yang singgah di situ.
  • Sehingga kini telaga zam- zam masih terdapat berhampiran Kaabah dalam Masjidil Haram.
Tahun Gajah
  • Mengambil sempena tahun berlakunya serangan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah terhadap Kota Makkah.
Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
  • Pendeta Nasrani, Buhaira telah menyatakan kepada Abu Talib bahawa terdapat tanda- tanda kerasulan pada Nabi Muhammad s.a.w
  • Pendeta tersebut telah menasihati Abu talib supaya segera membawa Nabi Muhammad s.a.w ke Makkah kerana dikhuatiri Nabi Muhammad akan dibunuh oleh orang Yahudi.
Khadijah bt. Khuwailid
  • Digelar sebagai alotharah ( bersih ) kerana sifatnya yang sentiasa menjauhi segala perkara yang dilarang dan bertentangan dengan Islam.
  • Anak Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah ialah Zainab, Umi 
Kalthum, Ruqaiyah, Fatimah, Qassim, Abdullah dan Ibrahim.
  • Kesemua putera baginda meninggal dunia pada usia muda.
  • Fatimah telah berkahwin dengan Ali bin Abi Talib.
Peristiwa Perletakan semula Hajarul Aswad
  • Banjir menyebabkan Hajar aswad terjatuh dari posisi asalnya.
  • Semasa hendak meletakkan semula, timbul pertelingkahan di kalangan kabilah Arab Quraisy.
  • Mereka bersepakat untuk melantik Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah tersebut.
  • Baginda telah meletakkan Hajar aswad di atas rentangan kain serban.
  • Maka, wakil setiap kabilah diminta memegang setiap bahagian tepi kain serban itu. Selepas itu Nabi Muhammad s.a.w meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya.
  • Tindakan baginda itu telah menyebabkan semua kabilah berpuas hati.
Hajar Aswad
  • Asal- usul- telah ada di sisi kaabah sebelum nabi Muhammad s.a.w lahir.
  • Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w tidak mengubah posisi Hajar Aswad.
  • Kepentingannya orang- orang Islam yang bertawaf di Kaabah dianjurkan untuk menghormati batu ini sama ada dengan mencium atau member isyarat kepadanya .
  • Namun, mencium Hajar Aswad bukan perkara wajib haji.
Gua Hirak
  • Tempat Nabi Muhammad s.aw bertahannuth kepada Allah S.W.T
  • Menurut ajaran Nabi Ibrahim, sebelum baginda menerima wahyu.
  • Gua ini terletak di puncak Bukit Nur ( Jabal Nur)
  • Bukit ini terletak di Utara Makkah dan jaraknya dari kota Makkah kira- kira 6km.

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
  • Wahyu pertama yabg diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah surah al- Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.
  • Wahyu inilah yang menjadikan titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga sekarang.
  • Ini kerana melalui pembacaan, seseorang itunakan dapat ilmu atau menambahkan ilmunya.
  • Islam bukan sahaja mementingkan umatnya membaca malahan menggalakkan kajian terhadap sesuau perkara.
  • Dengan membaca dan membuat kajian, seseorang atau sesuatu bangsa itu akan berilmu dan dengan bangsa itu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan seterusnya meningkatkan tamadunnya.
  • Dalam Islam, ilmu yang dituntut ialah ilmu yang dapat membina masyarakat dan bukan yang sebaliknya.
  • Wahyu kedua yang diturunkan kepada baginda ialah surah al –Muddasir ayat 1-7.
  • Secara keseluruhannya wahyu nin merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
  • Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat.
  • Sebagai rasul, ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab dengan bijaksana  dan terancang.
  • Semenjak turunnya Al-Quran ini Nabi Muhammad s.a.w terus- menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy, Makkah.
  • Nabi Muhammad s.a.w mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya.
  • Perkara utama yang ditekankan oleh baginda pada tahap ini ialah usaha membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Baginda menggesa masyarakat sekelilingnya meninggalkan amalan yang keji seperti menindas manusia, membunuh dan mencuri.

Penyebaran Islam Di Makkah
  • Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat- peringkat iaitu secara rahsia dan secara terbuka.
Ø  Secara rahsia
§  Berjalan selama 3 tahun.
§  Ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat dan kaum kerabat baginda.
§  Mereka yang memeluk Islam ialah Khadijah bt. Khuwailid isteri baginda, Ali bin Abi Talib yang berusia 10 tahun, sepupu baginda Zaid bin Harithah, anak amgkat baginda dan Abu Bakar Al- Siddiq, sahabat karib baginda.
§  Beberapa tokoh Quraisy lain telah memeluk Islam antaranya termasuklah Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam dan Al- Arqam bin Abu Arqam.
§  Kemudian Al- Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam ini. Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam secara lebih meluas.
§  Bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil. Walaubagaimanapun ini merupakan kejayaan yang sanagt besar pada baginda.
§  Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah memerlukan pengorbanan yang besar.
§  Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w dan kejujuran para sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal bukan sahaj terdiri daripada golongan bawahan malah golongan bangsawan seperti Khadijah bt. Khuwailid dan Abu Bakar As- Siddiq.
Ø  Secara Terbuka
§  Berjalan selama 10 tahun
§  Dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah s.w.t supaya dakwah Islamiah kepada masyarakat Makkah dilakukan secara terang- terangan.
§  Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutallib iaitu kaum kerabat banginda dilakukan setelah turunnya ayat Al- Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum kerabat baginda.
§  Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat, dan hasilnya baginda telah mengadakan  majlis ceramah di rumah Ali bin Abi Talib.
§  Dalam majlis ini, baginda telah menerangkan tentang Islam.
§  Pada peringkat ini terdapat antara keluarga baginda yang menerima dan juga menolak seruan baginda.
§  Orang yang paling kuat menolak ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda.
§  Dakwah islamiah secar terbuka kepada orang ramai dilakuakn di Bukit Safa, Makkah setelah Allah menurunkan perintah menerusi ayat al- Quran al Hijr ayat 94.
§  Majlis ini dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya termasuklah ketua Bani Abdul Mutallib, Bani Zuhrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad.
§  Perbahasan hebat telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Lahab yang menghina baginda sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan terganggu.

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
  • Pada mulanya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana penyebaran ini hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w
  • Mereka tidak mahu mencampuri urusan dalaman keluarga baginda.
  • Mereka juga tidak menyangka seruan itu akan disambut oleh sebilabgan Arab Quraisy.
  • Walaubagaimanapun, setelah dakwah Islam dilaksanakan secara terus terang dan mendapat tempat di hati sebilangan ramai, barulah orang Arab Quraisy menentangnya.
Ø  Penerimaan terhadap Islam.
§  Walaupun wujud penentangan, dakwah Islamiah yang disampaikan oleh baginda di  Makkah telah menimbulkan reaksi positif di kalangan masyarakat Arab Quraisy.
§  Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda merupakan orang yang paling awal menerima dakwah Islamiah.
§  Pada tahap Nabi Muhammad s.a.w memeilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat awal kerana Islam masih baru dikenali dan bilangan penganutnya masih sedikit.
§  Baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan.
§  Kebanyakkan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba.
§  Mereka memeluk Islam kerpada tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan sama rata kepada semua manusia.
§  Walaupun ada di kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap memilih Islam dengan penuh yakin.
§  Antara mereka yang telah diseksa dengan kejam ialah Bilal bin Rabah, keluarga Yasir, Amir Bin Fuhairah dan Zunainah.
§  Bilal bin Rabah telah dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya Umaiyah bin Khalaf.
§  Manakala keluarga Yasir dan isterinya Sumaiyah mati syahid.
§  Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi buta dan gila. Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta.
§  Islam telah dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu kerana kemurniaan ajarannya dan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w berdakwah.
§  Baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmat.
§  Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi telah memujuk mereka menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t
§  Jasa dan perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam harus disanjung tinggi kerana dengan pengorbanan baginda, Islam telah tersebar luas pada hari ini.
§  Antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan anta nilai masyarakat Aran Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam.
§  Selain itu, nabi juga membacakan ayat al- Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat di samping  memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.
§  Dalam menyebarkan Islam baginda telah menanamka keimanan yang kuat kepada pengikutnya.
§  Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah tetapi kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam.
§  Menerusi cara yang digunakan oleh baginda itu, orang ramai mudah tertarik kepada Islam walaupun sebelum ini mereka terlalu taksub dengan amalan tradisi msyarakat mereka.
§  Selain itu juga, mereka telah mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sememangnya terkenal sebagai otang yang berakhlak mulia.
§  Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan dan perkembangan Islam di Makkah
§  Kesemua sifat positif baginda menjadi teladan untuk kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
§  Untuk mencapai kejayaan, kita harus mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.

Penentangan Terhadap Islam
  • Penentangan terhadap dakwah Islamiah dilakukan dengan pelbagai cara.
  • Selain dicemuh, baginda juga turut diganggu ketika beribadat contoh semasa baginda bersembahyang, benda- benda kotor telah diletakkan di tengkuk baginda. Malah ada yang ingin membunuh baginda.
  • Penentangan terhadap dakwah Islam ini kerana:
    • Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Quraisy dengan Islam.
    • Ajaran Islamiah berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun- temurun mereka iaitu menyembah berhala dan mempercayai animisme.
    • Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia.
    • Prinsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah  yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan.
    • Mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka.
    • Begitu juga dengan amalan dan akhlak keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam
    • Dari segi politik, penentangan ini berlaku disebabkan oleh orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi.
    • Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka akan terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
    • Sejak dahulu masyarakat Makkah sentiasa bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah.
    • Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w sedikit-sebanyak akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah.
    • Penyebaran Islam juga menggugat ekonomi orang Arab Quraisy kerana hal ini menjejaskan perusahaan mengukir patung beerhala yang merupakan sebahagian daripada aktiviti ekonomi mereka.
    • Ini disebabkan Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah yang Maha Esa dan melarang penyembahan berhala.
    • Dengan penyebaran Islam secara tidak langsung perniagaan patung berhala akan terjejas.
    • Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam dilakukan secara berterusan dan menerusi pelbagai cara.
    • Penyair Arab Quraisy juga sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka.
    • Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dikenakan kepada nabi Muhammad s.a.w. , namun baginda menghadapinya dengan tabah dan sabar.
    • Inilah keistimewaan baginda sebagai pemimpin yang berwibawa dan yang tidak pernah kecewa dengan dugaan yang dihadapinya.
    • Setelah gagal menggunakan kekerasan, orang Arab Quraisy telah memujuk Nabi Muhammad s.a.w. agar meninggalkan dakwah Islamiah.
    • Pujukan yang dibuat termasuklah usaha menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta.
    • Walaubagaimanapun, Nabi Muhamammad s.a.w. dengan tegas menolak cubaan untuk terus merasuah baginda.
    • Orang Arab Jahiliah juga  telah melakukan pemulauan terhadap baginda dan keluarga baginda.
    • Mereka telah menulis penyataan tentang pemulauan itu dan manggantungkannya di Kaabah.
    • Semasa pemulauan itu berlangsung, kehidupan baginda dan orang Islam sangat terhimpit.
    • Walaubagaimanapun, Abu Talib iaitu bapa saudara baginda sentiasa melindungi dan membantu baginda.
    • Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun sahaja kerana kedapatan di kalangan orang Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan ini dengan memberikan bantuan kepada orang Islam.
    • Golongan Islam yrang berkemampuan telah membantu golongan kurang berada.
    • Khadijah sanggup berkorban dengan menyerahkan hartanya demi membantu perjuangan Islam yang suci.
    • Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam bukan sahaja dilakukan oleh Khadijah di Makkah, malah diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan yang lain di Madinah.
    • Hal ini membuktikan bahawa wanita juga harus melibatkan diri dalam usaha membangunkan sesebuah negara dengan memberikan bantuan yang diperlukan  oleh pihak tertentu.
    • Dengan bantuan dan dan sokongan tersebut, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan mudah.

Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah
  • Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah bapa saudara baginda Abu Talib dan isteri baginda Khadijah meninggal dunia.
  • Baginda telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengurangkan tekanan dan penondasan tersebut.
  • Antaranya termasuklah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.
  • Baginda bersama Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk nmenyebarkan Islam ke tempat baru.
  • Malangnya usaha ini kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan orang Arab Quraisy.
  • Baginda tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang ditempuhi.
  • Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy terhadap orang Islam.
  • Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah menyebabkan Islam seimakin kukuh dan tidak dapat digugat oleh orang Arab Quraisy.
  • Sehingga akhirnya, Islam terus dikembangkan di Madinah dan di seluruh Semenanjung Tanah Arab.
  • Dakwah Islamiah tidak dapat disebarkan dengan menyeluruh di Makkah kerana orang Arab Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam.
  • Oleh kerana menerima tentangan yang berterusan, baginda telah memikirkan strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dan baginda telah berhijrah ke Madinah selepas menerima perintah Allah untuk berbuat demikian.
  • Disebabkan usaha penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya, baginda memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M setelah menerima perintah dan untuk memenuhi suku Aus dan Khazraj.
  • Di Madinah, baginda berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul iaitu kerajaan Islam Madinah dan meneruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Maklumat
Keterangan
Al- Arqam bin Abu Arqam
  • Dilahirkan di Makkah pada tahun 594M
  • Rumahnya menjadi pilihan Nabi Muhammad s.a.w untuk menjalankan dakwah Islamiah.
  • Kebanyakan para sahabat yang mendapat bimbingan di rumahnya menjadi pemimpin Kerajaan Islam.
  • Rumahnya berkekalan menjadi rumah yang diwakafkan dan didiami oleh anak- anaknya sehingga peringkat Zaman Bani Umaiyah.
Abu Lahab
  • Nama sebenarnya ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib
  • Beliau adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w
  • Sangat memusuhi baginda dan menentang dengan hebatnya.
  • Isterinya, Arwa bt Harb memberikan sokongan padu kepada Abu Lahab untuk menentang ajaran Islam.
Ø  Allah menggambarkan balasan yang diterima oleh Abu Lahab dalam surah al- Masad.
Bukit Safa
  • Tempat Siti Hajar iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s berlari- lari mencari air untuk anaknya Ismail.
  • Bukit ini ( selain Marwah ) menjadi tempat bagi umat Islam mengerjakan Sai’ ( rukun haji dan umrah)
Bilal bin Rabah
  • Ialah hamba kepunyaan Umaiyah yang berasal dari Habsyah.
  • Telah diseksa oleh tuannya dengan kejam, misalnya dengan cara dijemur dan ditindih dengan batu, diselar dengan besi panas.
  • Walaupun diseksa beliau tetap beriman kepada Allah
  • Abu Bakar telah membeli Bilal daripada tuannya semasa beliau diseksa.
  • Beliau juga merupakan Muazzin ( orang yang melaungkan azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam.
Bentuk Pemulauan kepada keluarga Nabi ( bani Hasyim dan Bani Mutalib)
  • Orang Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w
  • Mereka tidak mmeberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w
  • Mereka tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w
Aisyah
  • Nama sebenarnya ialah Aisyah bt. Abu Bakar merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w yang paling muda.
  • Aisyah ialah wanita yang bijak, kuat ingatan dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Islam.
  • Aisyah menjadi sumber rujukan utama bagi orang Islam tentang hukum-hukum Islam.
Hijrah ke Habsyah
  • Penghijrahan orang Islam ke Habsyah dari Makkah merupakan hijrah yang pertama.
  • Nabi Muhammad s.a.w tidak turut ke Habsyah kerana ingin memberikan tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah.
  • Ada antara orang Islam yang berhijrah ke Habsyah menyusuli Nabi Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Madinah dan ada pula yang kembali semula ke Makkah.


111 comments:

  1. kenapa tak boleh copy?saya nak baca di kertas...

    ReplyDelete
  2. boleh email bahan ini kepada saya, angkianchong@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. please email this to my account :( Nurjanatcollinssam@gmail.com

    ReplyDelete
  4. please send this to me... siti.amirfa@gmail.com

    ReplyDelete
  5. boleh tolong emailkan dkt saya . eykajutawan@gmail.com . terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. boleh tolong emailkan kepada saya? terima kasih :) fara.biebs@gmail.com

    ReplyDelete
  7. tolong emailkan kepada saya, thanks... zairin01@gmail.com

    ReplyDelete
  8. tolong emailkan kepada saya, thankyouuu. nabilahrosha@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Please email these facts to me as soon as posible.
    Chiawa98@gmail.com
    Thank you.

    ReplyDelete
  10. Sent this to jacksparrowz42@yahoo.com
    Thanks :) may God bless u

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...saudara/ri...mintak tolong send ke email ini mohamedfirdaus74@yahoo.com...tolong sangat2 penting...plzzzz

    ReplyDelete
  12. saya ingin baca atas kertas dan gariskan isi penting. minta emailkan kepada leeya2911@gmail.com . tq so much...

    ReplyDelete
  13. tolong emailkan saya nota ini aminxayred@gmail.com

    ReplyDelete
  14. sent this to me pls :D mandylee_6196@hotmail.com

    ReplyDelete
  15. Assalam. tlg email ke shahirasyazwanial@gmail.com Terima kasih

    ReplyDelete
  16. asalamualaikum..tolong email ke izuan1102@gmail.com
    terima kasih..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum , tolong emailkan kepada saya ?
    terima kasih :)
    alyanordzi@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. salam, boleh tolong emailkan kepada saya ?
    terima kasih
    niaberry27@gmail.com

    ReplyDelete
  19. pls email this to me asap yaa :) thankyou
    - nurul.natasya00@gmail.com

    ReplyDelete
  20. salam, tolong email this kepada saya. Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  21. salam,boleh tolong emelkan kepada saya?terima kasih
    - xinying.yeoh@hotmail.com

    ReplyDelete
  22. Salam saudara,boleh sharekan info ni kat sy..email ke shahrimbisni@gmail.com..terima kasih..:)

    ReplyDelete
  23. Boleh tlng kirimkan ke acc gmail sy, endymarbinhar@yahoo.com. trimaksih sy hargainya :)

    ReplyDelete
  24. Boleh tolong e-mel ke saya punya alamat e-mel ialah 'michaelteoh526@gmail.com'.

    Terima kasih? :)

    ReplyDelete
  25. can send me a copy please , email is kellyleong_71@hotmail.my

    ReplyDelete
  26. pls email this to me!Thanks!
    jocelynling981005@gmail.com

    ReplyDelete
  27. please email kan pada saya ezadyana90_leo@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. blh hantar kat emal sy...ehsasn96_mmr@yahoo.com

    ReplyDelete
  29. blh hantar kat emal sy...ehsasn96_mmr@yahoo.com

    ReplyDelete
  30. please email this to me - hanni.zulaika@gmail.com

    ReplyDelete
  31. please email to me ..-nurizzahshahira@gmail.com
    thanks..

    ReplyDelete
  32. Please email to me alxe.chia@yahoo.com it really help thx my exam coming pls help me thx

    ReplyDelete
  33. email kan pada saya pls . important sangat . hanis55@ymail.com . untuk exam sejarah 3 nanti

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Please email to me rachel.yap0214@gmail.com
    Thanks!

    ReplyDelete
  36. pls email tiz to me now..... dasswin0702@gmail.com

    ReplyDelete
  37. Please email this to me - zackriffy@rocketmail.com. Thanks

    ReplyDelete
  38. tolong emailkan dekat saya adda.syuhada70@yahoo.com

    ReplyDelete
  39. tolong emailkan kpd saya,kerna saya amatlah memerlukan untuk mengulangkaji (SPM). inilah email saya snowisemama68@gmail.com

    ReplyDelete
  40. tolong emailkan kpd saya,kerna saya amatlah memerlukan untuk mengulangkaji (SPM). inilah email saya snowisemama68@gmail.com

    ReplyDelete
  41. pls emailkan sya this skema jawapan , i really need that urgent . nurfazlin123@gmail.com

    ReplyDelete
  42. emailkan kepada saya , amat memerlukan . mdini.adli@gmail.com

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum..tuan boleh emailkan kepada saya hasil penulisan ini sebagai sumber..jazakallah

    alyhyder@ymail.com

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum..tuan boleh emailkan kepada saya hasil penulisan ini sebagai sumber..jazakallah

    alyhyder@ymail.com

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. boleh tolong emailkn skema jawapan ini kpd saya secapat yg mungkin? trima ksih :)

    - ryuzakikazuya321@gmail.com

    ReplyDelete
  47. boleh emailkn knp saya skema jawapan ini? trima ksih :) - ryuzakikazuya321@gmail.com

    ReplyDelete
  48. email me ashikinahmad15@yahoo.com

    ReplyDelete
  49. email me ashikinahmad15@yahoo.com

    ReplyDelete
  50. can you email me agnesnsy1018@gmail.com please,thank you

    ReplyDelete
  51. tlong email kt saya ya... nursyazwaniazmi883@gmail.com

    ReplyDelete
  52. tolong emailkn kpd saye kaini8817@gmail.com

    ReplyDelete
  53. tolong emailkn kpd saye kaini8817@gmail.com

    ReplyDelete
  54. could u email me too ? im having exam soon thanks ;) liongyunxin2000@hotmail.com

    ReplyDelete
  55. boleh tolong emailkan kat saye azzahdahlia4@gmail.com
    thanks..

    ReplyDelete
  56. tlong emailkan dkt sye..aisyahsoofany@gmail.com
    trime kasih

    ReplyDelete
  57. tolong emailkan pd sye aoyamathelma3@gmail.com
    thankzz

    ReplyDelete
  58. tolong emailkan dekat saya zahirahnabila@gmail.com (saya ada exam sejarah paper 3 rabu ni)

    ReplyDelete
  59. can u email to me? email: kaiyin0504@gmail.com , it's really important i need these for my Sejarah exam paper 3

    ReplyDelete
  60. can u email to me? email: kaiyin0504@gmail.com , it's really important i need these for my Sejarah exam paper 3

    ReplyDelete
  61. boleh email saya? frharshd@gmail.com saya perlukan bahan ini untuk ulang kaji tingkatan 5. terima kasih :)

    ReplyDelete
  62. can email for me? laushengwei@gmail.com

    ReplyDelete
  63. can email for me? laushengwei@gmail.com

    ReplyDelete
  64. can you please email to my acc? it'svery important to me..thank you very much...a thousand thanks to you!
    Gmail:sherry20000406@gmail.com

    ReplyDelete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. tlong email dekat saya iezan2710@gmail.com
    thank you

    ReplyDelete
  67. please email this to me mardianaabdhamid2@gmail.com
    thanks

    ReplyDelete
  68. please email to me asyhmanjohann@gmail.com




    ReplyDelete
  69. can anyone email it to me as soon as possible pls:(
    fl0rina_r0ckz@yahoo.com

    ReplyDelete
  70. assalam,
    boleh tolong email kepada saya norhidayahabubakar@yahoo.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  71. blog nie plik..nk copy xboleh..blog org lain bleh..

    ReplyDelete
  72. tolong Email kepada saya @kevhying@hotmail.com terima kasih atas kerja anda.

    ReplyDelete
  73. Tolong email kepada saya secepat mungkin. i really need it for paper 3 . tq nadiahadila02@gmail.com

    ReplyDelete
  74. tolong emailkan kepada saya secepat mungkin. Kertas 3 sejarah saya esok tq. sitinorillysuhaily@yahoo.com

    ReplyDelete
  75. Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka, dan lain-lain .. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, pinjaman kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah yang rendah dan berpatutan kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di (fredrickpetersonloan@gmail.com) dan mendapat pinjaman anda hari ini
    Regards,
    Fredrick Peterson pasukan pelaburan

    ReplyDelete
  76. tolong sendkan ke email saya urgent sangat

    ReplyDelete
  77. can you send me this to my email acc---evalene48@gmail.com

    ReplyDelete
  78. can you send me this to my email acc---evalene48@gmail.com

    ReplyDelete
  79. can you send me this to my email acc---evalene48@gmail.com

    ReplyDelete
  80. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  81. can you send me this to my email acc for emercency.---evalene48@gmail.com thanks!!

    ReplyDelete
  82. can you send me this to my account? i really need this for my paper 3.t thank you.
    (jasminlim1127@gmail.com)

    ReplyDelete
  83. can you send me this to my account? i really need this for my paper 3.t thank you.
    (jasminlim1127@gmail.com)

    ReplyDelete
  84. please send this to my mail (hanareeza@gmail.com) i really need this for my Sejarah paper 3 . thx <3

    ReplyDelete
  85. please send this to my email.. anisaneesha13@gmail.com
    thank you...

    ReplyDelete
  86. please send this to my email ...hsunario@gmail.com

    ReplyDelete
  87. please send this to my email....pooxinhui@gmail.com
    I VERY NEED THIS,THANK YOU!

    ReplyDelete
  88. Tolong email kan pada saya. othmansitinor@gmail.com

    ReplyDelete
  89. Tolong emailkan kepada saya nisaa41608@gmail.com

    ReplyDelete
  90. please send this note as soon possible fatinariesya@gmail.com

    ReplyDelete
  91. can u send to my email please edwon052@gmail.com

    ReplyDelete
  92. tolong emailkan kpd saya syahminaazmi01@gmail.com

    ReplyDelete
  93. boleh tlg emailkn kpd sy...secpt yg mungkin plzz
    email:nazminhaseena10@gmail.com

    ReplyDelete
  94. can you email this to me? safiyyafarhany15@gmail.com

    ReplyDelete
  95. i really need this for exam.sangat berterima kasih jika anda dapat email ini kpd saya di diyajestina@gmail.com

    ReplyDelete
  96. pls email this to me. afiqahfairuze@gmail.com

    ReplyDelete
  97. boleh hntr kat gmal sye amnifarzana02@gmail.com

    ReplyDelete
  98. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  99. hai boleh tolong emailkan sya? sya perlukan utk sejarah kertas 3
    -khadijahnuha27189@gmail.com

    ReplyDelete
  100. can u email this asap to faradeee15@gmail.com

    ReplyDelete
  101. boleh tolong emailkan tak? penting sangat ni..
    email ke aintasninsabri@gmail.com . thanks

    ReplyDelete
  102. BOLEH TOLONG EMAILAKN KPS SAYA EMAIL aliashafika8@gmail.com

    ReplyDelete
  103. boleh tonlong emailkan kpd saya syasya.aiqah@gmail.com

    ReplyDelete
  104. boleh tolong email kan kepada sya di arifahyassin@gmail.com

    ReplyDelete
  105. tolong email kan kepada saya di m.hasanuddin03@gmail.com tolong ya untuk kerja

    ReplyDelete
  106. Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, modal teroka, dll .. Atau adakah anda telah menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan atas sebarang sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, pinjaman kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah 2% yang rendah dan berpatutan. jika berminat hubungi kami hari ini di (clintonjohnson536@bk.ru) dan dapatkan pinjaman anda hari iniRegards, Clinton Johnson Investment Team

    ReplyDelete
  107. Thank you so much... This is so helpful for me...😊

    ReplyDelete