Wednesday, January 25, 2012

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

A. PENGENALAN.
  • Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w pada musim haji tahun ke 10H mempunyai mesej penting kepada umat Islam.
  • Antara intipati khutbah tersebut termasuklah menggesa umat Islam bersatu padu, mencintai pendamaian dan berpegang pada agama Islam dengan berteraskan al-Quran dan sunnah.
  • Perkara ini jelas menjadi asas kekuatan umat Islam kemudiannya.
  • Ini adalah kerana selepas nabi Muhammad s.a.w wafat, umat Islam menghadapi dugaan besar terutamanya untuk mendapatkan calon bagi menggantikan baginda sebagai pemimpin kerana semasa hayatnya baginda tidak pernah menamakan bakal penggantinya.
  • Pada ketika itu juga muncul golongan yang mengambil kesempatan iaitu mengaku dirinya sebagai nabi, enggan membayar zakat dan golongan murtad. Golongan ini dikenali juga sebagai golongan al- Riddah.

B. KERAJAAN KHULAFA AL RASYIDIN
  • Nabi Muhammad s.a.w setelah berhijrah ke Madinah pada tahin 622M tahun berjaya membentuk sebuah pemerintahan Islam.
  • Baginda berjaya menyatupadukan golongan Islam dan bukan Islam.
  • Perlembagaan Madinah digubal pada tahun 622Mlebih menyerlahkan peranan nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin kerajaan Islam sehingga Madinah menjadi pusat pemerintahan dan bukan sebagai pusat perdagangan semata-mata.
  • Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.
  • Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa Al – Rashidin.
  • Tokoh-tokoh yang memegang jawatan ini ialah:
    1. Saidina Abu Bakar Al-Siddiq ( Bani Tamim – 632-634 M )
    2. Saidina Umar bin Al-Khattab ( Bani Adi – 634-644 M )
    3. Saidina Uthman bin affan ( Bani Umaiyyah – 644-656 M )
    4. Saidina Ali bin Abu Talib ( Bani Hashim – 656-661 M )
  • Kewujudan sistem penggantian pemimpin untuk meneruskan pemerintahan ini menunjukkan bahawa umat Islam tetap bersatu dan dapat mengatasi masalah kepimpinan yang timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

C. KONSEP KHALIFAH
  • Khalifah ialah yang perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti (kata jamaknya khulafa ).
  • Dalam konteks ini khalifa bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.




D. SYARAT DAN CARA PEMILIHAN KHALIFAH
  • Dalam pemilihan khalifah, beberapa syarat atau kriteria perlu dipenuhi oleh seseorang  calon khalifah :
§  Lelaki yang merdeka
§  Beragama Islam
§  Memiliki pengetahuan tentang Islam
§  Mematuhi perintah Allah
§  Sanggup melaksanakan hukum Allah
§  Bersifat adil
§  Mempunyai akhlak yang baik
§  Mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna
§  Berfikiran cerdas
§  Warak
§  Pandai mentadbir kerajaan
  • Kaedah pemilihan khalifah dalam Islam dapat dibahagikan kepada empat :
§  1. Melalui musyawarah atau syura – berlaku sewaktu perlantikan Saidina Abu Bakar . Pada waktu itu di Saqifah, golongan Ansar daripada Bani Saadah hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka.Namun atas cadangan Saidina Umar dan dengan persetujuan ramai akhirnya Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah.
§  2. Dengan cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu seperti perlantikan Saidina Umar. Nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.
§  3. Melalui pemilihan daripada beberapa orang calon. Ini berlaku semasa perlantikan saidina Uthman bin Affan. Sejumlah 6 nama telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya telah terpilih.
§  4. Pencalonan oleh sekelompok masyarakat seperti pencalonan Saidina Ali bin Abu Talib.

Walaubagaimanapun, kesemua kaedah ini melalui proses syura atau musyawarahdi kalangan umat Islam dan diperkukuhkan dengan
upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa calon
                                    itu dilantik sebagai khalifah.

  • Proses syura dan baiah ini dapat menjamin perlantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi.
  • Dengan itu pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar.
  • Setiap pemerintahan yang dipilih pula hendaklah berusaha untuk  menjadi pemimpin yang cemerlang dan berkemampuan untuk membawa kebahagiaan umat Islam di dunia dan di akhirat.
  • Syura bermaksud sebagai permuafakatan atau konsensus.
  • Di negara kita , para pemimpin kita memang telah sentiasa mengamalkan prinsip ini malah prinsip ini telah diamalkan semenjak pemimpin kita menuntut kemerdekaan daripada British hinggalah kepada masa kini.
                              
E. TUGAS KHALIFAH

  • Sebagai ketua negara.
  • Memelihara kedudukan agama Islam.
  • Mentadbir negara mengikut huklum syariah berpandukan Al-Quran dan sunnah.
  • Berkewajipan menitik beratkan system politik, social dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.

Dalam bidang politik
  • Bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara termasuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh.
  • Bertanggungjawab melantik dan jika perlu melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara.

Dalam bidang sosial
  • Bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.
  • Bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
  • Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura..
  • Memantapkan system perundangan Islam.

Dalam bidang ekonomi
  • Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga
       baitumal serta mengatur pungutan Kharaj,Jizyah dan zakat.


F. SUMBANGAN KHULAFA AL- RASYIDIN

Khalifah Abu Bakar al- Siddiq.
  • Berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 573M.
  • Nama sebenar ialah Abdullah bin Abu Quhafah.
  • Beliau dikenali sebagai al- Siddiq yang bermaksud membenarkan kerana beliau sentiasa meyakini kebenaran kata- kata Nabi Muhammad s.a.w.
  • Selain itu beliau juga bersifat ikhlas, jujur dan setia kepada baginda.
  • Setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat, orang Ansar bercadang untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin untuk menggantikan baginda.
  • Namun, apabila perkara ini diketahui oleh golongan Muhajirin, suatu pertemuan untuk membincangkan perkara tersebut telah diadakan oleh kedua- dua belah pihak.
  • Atas cadangan Saidina Umar, mereka bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu bakar menjadi khalifah kerajaan Islam di Madinah.
  • Sebagai pentadbir kerajaan Islam di Madinah, Abu bakar telah Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad
  • Perpecahan ini berpunca daripada
§  kewujudan orang Islam yang murtad
§  kemunculan gerakan al- Riddah yang telah menylah tafsirkan ayat al- Quran hingga tidak mahu bayar zakat.
  • Ketegasan khalifah Abu Bakar yang telah mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit telah mendapat sokongan seluruh ahli masyarakat.
  • Sebagai pemimpin, beliau telah menjadi sumber teladan kepada mereka.
  • Pemerintahan khalifah Abu Bakar turut memperlihatkan keupayaan beliau mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar iaitu
§  Kerajaan Parsi di sebelah timur
§  Kerajaan Rom Timur ( Byzantine) di sebelah barat
  • Contohnya beliau telah menghantar panglima perang
-Khalid bin al- Walid menentang angkatan tentera Parsi di Iraq.
-Usamah bin Zaid ke Ghassan.
  • Kedua-dua ekspidisi itu telah Berjaya mengalahkan musuh Islam.
  • Khalifah Abu Bakar telah berusaha melicinkan lagi pentadbiran kerajaan dengan membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah dan melantik seorag ketua atau amir untuk mentadbir wilayah- wilayah tersebut iaitu Makkah, Taif, Yaman, Al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadharamaut dan Nijran.
  • Beliau juga memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang.
  • Undang- undang tanah
  • Hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali
  • Antara sumbangan beliau yang terbesar ialah usaha mengumpulkan tulisan al- Quran.
  • Selepas kematian ramai hafiz al-Quran sewaktu menentang golongan al- Riddah telah membimbabgkan beliau dan keadaan ini mendorong beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al- Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula.
  • Salinan ayat- ayat al- Quran yang dihimpunkan telah disimpan.
  • Salinan itu seterusnya disimpan oleh Khalifah Umar bin al- Khatab, Hafsah ( isteri Nabi Muhammad s.a.w) dan khalifah Uthman bin Affan.
  • Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar telah digelar Penyelamat Umat Islam

Khalifah Umar bin al- Khatab
  • Berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583M
  • Nama sebenar beliau Umar bin al-Khatab bin Naufal berketurunan Quraisy.
  • Beliau terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang.
  • Perlantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar iaitu pada ketika Khalifah Abu Bakar sakit.
  • Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai
  • Jangkamasa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan Kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah Berjaya dilakukannya.
  • Dalam bidang politik.
Ø  Telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai
Ø  Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar
Ø  Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
Ø  Melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.
Ø  Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara
Ø  Setiap jabatan diketuai oleh khatib atau setiausaha.
Ø  Jabatan kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim.
Ø  Mereka telah dibayar gaji bulanan yang tinggi iaitu sekitar 500 dirham.




  • Dalam bidang ketenteraan.
  • Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
  • Tentera tetap telah diberi gaji dan pakaian seragam
  • Markas tentera juga dibina di Bandar utama
  • Kubu pertahanan dibina di semapadan yang menghadap Negara musuh seperti di 
      Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah

  • Dalam bidang ekonomi.
  • Membina terusan dan tali air menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111km di Mesir.
  • Rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.
  • Memperkenalkan beberapa jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan.
  • Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanaman
-Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham.
- Tanaman gandum dua dirham
- Tanaman anggur sepuluh dirham
  • Bagi megawal aliran masuk pendapatan Negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka baitulmal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar.
  • Dengan kejayaan dan sumbangan ini Khalifah Umar telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.


Khalifah Uthman bin Affan.
  • Berasal daripada Bani Umaiyah. Lahir pada tahun 576M.
  • Nama sebenarnya ialah Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah
  • Terkenal sebagai hartawan tang dermawan, bersifat lembah lembut, bertolak ansur dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan.
  • Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwinkan dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.
  • Perlantikan Saidina Uthman menjadi khalifah adalah melalui majlis syura.
  • Sebelum khalifah Umar meninggal dunia, enam orang layak telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abi Talib.
  • Dalam mesyuarat yang diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan saidina Uthman memperolehi undi yang banyak.
  • Abdul Rahman bin Auf selaku pengerusi majlis itu telah meninjau pendapat orang ramai tentang isu tersebut.
  • Akhirnya dengan persetujuan orang ramai, Saidina Uthman telah dilantik menjadi khalifah yang ketiga.
  • Sumbangan beliau ialah
Ø  Berjaya meluaskan wilayah Islam ke
§  Afghanistan
§  Samarkand
§  Cyprus
§  Tripoli
Ø  Bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan Negara dengan membina angkatan tentera laut yang dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al- Rasyidin.
Ø  Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlaku kepelbagaian cara bacaan
 (qiraat) ayat al- Quran di pelbagai wilayah itu.
Ø  Untuk menyelaras bacaan tersebut, beliau telah mengisytiharkan sebuah naskah al- Quran yang dikenal sebagai Mushaf  Uthmani
Ø  Semasa pemerintahannya, Khalifah Uthman telah membina
·         Jalan raya
·         Jambatan
·         Rumah rehat bagi kemudahan pengembara.
Ø  Meneruskan usaha mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakan peruntkan untuk membiayai pembangunan Negara.
Ø  Memperkuatkan angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dan kapal.
Ø  Penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.

Khalifah Ali bin Abi Talib.
  • Lahir pada tahun 602M. Berasal daripada Bani Hasyim berketurunan Quraisy dan merupakan sepupu nabi Muhammad s.a.w
  • Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanan dan berwatak tegas serta berpengetahuan luas dalam bidang perundangan Islam.
  • Dilantik menjadi khalifah selepas Khalifah Uthman meninggal dunia.
  • Perlantikan beliau mendapat sokongan suara terbanyak.
  • Sumbangan beliau:
§  Sesuai dengan kepakarannya dalam selok belok hokum, beliau telah membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang- undang Islam.
§  Dari sudut sosial, beliau sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
§  Dalam satu peperangan saudara iaitu Perang Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan tetapi oleh kerana pihak lawan telah mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup untuk menghentikan perang tersebut dan memulakan proses perundingan.
§  Walaupun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, beliau tidak mengabaikan pertahanan negara dengan membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
§  Untuk mengembangkan sistem ekonomi Negara, kutipan jizyah diteruskan.
§  Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada al-Asytar
§  Khalifah Ali telah meminta bantuan mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.

v  Khulafa al- Rasyidin merupakan suatu sistem pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad.
v  Kepimpinan empat khalifah amat menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan Negara.
v  Dengan perpaduan kukuh, kerajaan Islam di Madinah kemudiannya dapat berkembang menjadi sebuah Negara yang kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas.
v  Kerajaan Islam di Madinah juga dapat menyaingi empayar Rom dan Parsi yang kuat pada masa itu.
v  Keempat- empat khalifah ini telah menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungjwab. Mereka tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
v  Mereka telah berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata
v  Kejayaan dan keupayaan pemerintah menjalankan tugas dengan baik telah membolehkan golongan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup
v  Maka sewajarnyalah mereka memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemerintah dan Negara.

Maklumat Tambahan

Maklumat
Keterangan
Warak
  • Seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi laranganNya
Musyawarah atau Syura

  • Permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara.
Baiah
  • Perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin
  • Terdapat juga baiah yang disertai dengan Nama Allah sebagai sokongan
Kharaj
  • cukai hasil tanah yang dikenakan kepada orang bukan Islam
Jizyah
  • cukai yang dikenakan terhadap individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam
Zakat
  • pengeluaran sebahagian harta dab tanaman bagi orang Islam
Pidato Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu pelantikan jawatan khalifah
  • ‘jika aku adil dalam urusanku, sokonglah aku. Akan tetapi jika aku bersalah, betulkanlah kembali. Kejujuran ialah amanat kedustaan pula suatu khianat…. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah dan rasulNya. Akan tetapi kalau aku melanggar perintah-Nya jangan ikut aku lagi.
Empayar Rom
  • Amat besar dan berkuasa serta terbahagi kepada dua bahagian iaitu empayar Rom Timur yang menguasai wilayah di bahagian Asia Barat dan empayar Rom Barat yang meguasai wilayah Eropah Timur.
Khalid al- Walid
  • Beliau telah diarahkan mengetuai tentera Islam  hingga dapat menguasai Syria serta mengalahkan tentera Byzantine pada tahun 636M dan seterusnya menguasai Iraq pada tahun 637 M sementara Mesir pula ditawan daripada Empayar Byzantine pada tahun 639M
Mawali
  • Orang bukan Arab yang memeluk Islam
  • Memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim namun dikehendaki membayar cukai tambahan.
Pidato awal khalifah Umar setelah dilantik menjadi khalifah
  • ‘……demi Allah aku akan bawa umatku ke jalan yang lurus dan selamat’
Wilayah Islam pada zaman Khalifah Umar al-Khattab
  • Telah membahagikan wilayah Islam kepada beberapa kawasan seperti Makkah, Madinah, Kufah, Palestin, Jazirah dan Basra
Zimmi
  • Golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi rela hidup di bawah pemerintahan Islam
  • Mereka dijamin kehidupan yang aman dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat, namun mereka dikenakan jizyah
Ucapan saidina Uthman selepas dilantik menjadi khalifah
  • ‘…..ketahuilah bahawa dunia ini dipenuhi dengan tipu daya. Maka janganlah kamu tertipu oleh kemewahan hidup serta tipu daya dunia. Contohilah mereka yang terdahulu daripada kamu.
Pidato saidina Ali selepas dilantik sebagai khalifah
  • ‘….bekerjalah dengan jujur demi perpaduan umat Islam. Orang Islam yang sebenar ialah orang yang selalu menjaga lidahnya dan tangannya daripada mencaci dan mengambil hak orang lain. Patuhilah perintah Allah dan jangan sesekali derhaka kepadaNya. Apabila kamu melihat kebaikan maka kerjakanlah dan apabila kamu melihat kejahatan, amak tinggalkanlah.
Al- Asytar
  • Nama sebenarnya ialah Malik bin al-Harith al Nakha
  • Turut serta dalam Perang Jamal dan Perang Siffin dan merupakan pejuang yang menyokong Saidina Ali.
  • Saidina Ali melantik beliau menjadi gabenor di Mausil dan Bandar-bandar lain di Iraq dan Syria.
  • Beliau merupakan tokoh yang berani dan pedangnya bergelar al-Lajju ( kilauan air mengalir)

KERAJAAN BANI UMAIYAH

Ø  Pembentukan Kerajaan Bani Umaiyah

  • Pada tahun 661M setelah  Khalifah Ali bin Abi Talib meninggal dunia, maka berakhirlah kaedah perlantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem Syura.
  • Kaedah ini telah digantikan dengan sistem warisan.
  • Berdasarkan sistem warisan, jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun temurun atau dikenali sebagai pemerintahan monarki.
  • Selepas pemerintahan khulafa al-rasyidin, pentadbiran kerajaan Islam seterusnya telah dilaksanakan oleh kerajaan bani Umaiyah. Nama kerajaan ini mengambil sempena keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah bin Abu Shams bin Abdul Manaf.
  • Beliau merupakan tokoh peniaga yang terkenal dan dipandang tinggi oleh masyarakat Arab pada waktu itu.
  • Pemerintahan Bani Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan berlaku berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah.
  • Penyerahan kuasa ini dilakukan adalah untuk mengelakkan umat Islam pada waktu tersebut daripada terus berpecah belah.
  • Pemerintahan bani Umaiyah bermula dari tahun 661M-750M dan berpusat di Damsyik.
  • Tahap ini dikatakan sebagai tahap pertama dan pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran khalifah.
  • Pemerintahan Bani Umaiyah di Sepanyol pula diasaskan oleh Abdul Rahman al- Dakhil atau Abdul Rahman 1 dan berpusat di Cordova dengan Andalusia menjadi pengikutnya.
  • Pemerintahan ini bermula dari tahun 756-1031 M. tahap ini dikatakan sebagai tahap kedua. Pada tahap kedua ini pemimpin bani Umaiyah menggunakan gelaran Amir.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH.

v  Bidang Politik.

  • Dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Terdapat empat aspek utama di dalam sistem pentadbirannya iaitu:
o   Sistem khalifah- iaitu perlantikan Khalifah sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w
o   Sistem wazarah- iaitu perlantikan wazir untuk menguasai sistem pentadbiran Negara di bahagian pusat sementara gabenor dilantik untuk menguasai pentadbiran wilayah.
o   Sistem urus setia- iaitu beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod, megurus surat menyurat dan sebagainya. Sistem urus setia ini telah membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian iaitu
§  Bahagian surat menyurat
§  Bahagian cukai
§  Bahagian ketenteraan
§  Bahagian polis
§  Bahagian kehakiman.
o   Sistem hijabah – iaitu seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan juga pemegang amanah.
  • Semua ini memperlihatkan kewujudan pengurusan pentadbiran kerajaan yang sistematik kerana bagi setiap jawatan yang dibentuk, tugas dan fungsinya adalah jelas.
  • Sistem pentadbiran di atas diperkemaskan lagi dengan penubuhan empat buah jabatan iaitu
§  Jabatan cukai
§  Jabatan Surat Menyurat
§  Jabatan Urusan Am
§  Jabatan Urusan Cap Mohor. Pemerintah jabatan ini diasaskan oleh Muawiyah.

v  Bidang ketenteraan.
·         Pada tahap pertama pemerintahan bani Umaiyah, sistem ketenteraan telah diperkemaskan.
·         Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan ) telah ditubuhkan untuk pertahankan Negara.
·         Ini diikuti dengan penubuhan angkatan tentera laut.\

v  Bidang Sosial
·         Memberi penekanan kepada ilmu pengetahuan.
·         Ilmu pengetahuan semakin maju dan kota Basrah telah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
·         Hasil daripada kegiatan pendidikan ini lahirkan ilmuan seperti:
Tokoh
Hasil karya/kepakaran
Khalid ibn Ahmad
  • Bahasa dan filologi Arab
Sibbawayhi
  • Nahu Arab
Al-Farazdaq
  • Sasterawan
Jarir
  • Sasterawan
Umair ibn abi Rabia’h
  • Sasterawan
Urwah bin al- Zubayr
  • Hadis
Ibn Zihat al-Zuhri
  • Hadis
Ibn Jarih
  • Tafsir al-Quran
Hasan al- Basri
  • Usuluddin
Wasil ibn Ata
  • Usuluddin
Ibn al- Naifis
  • Pakar bedah
  • Bahasa Arab telah mencapai kemuncaknya apabila dijadikan bahasa rasmi Negara.
  • Orang bukan Arab juga mendapat faedah daripda perkembangan ilmu ini apabila tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran.
  • Kepesatan ilmu pengetahuan juga telah berlaku pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
  • Taraf kesihatan turut diberikan perhatian dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
  • Buku rujukan dalam pelbagai bidang ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
  • Ibn al- Nafis telah menghasilkan buku al-Shamil fis Sina’ah-al- Tabibiyah ( kajian umum profesion kedoktoran) yang membincangkan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.
  • Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga telah turut berkembang.
  • Gerakan ini diperkukuhkan dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar, Abu Salamah al- Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslim al- Khurasani yang menjadi ketua Khurasan.
  • Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil sempena nama al-Abbas iaitu nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w
  • Kerajaan ini juga mengamalkan pemerintahan bercorak sistem warisan atau sistem monarki iaitu sistem pemerintahan berketurunan raja.
  • Pada ketika Abu Jaafar al- Mansur memerintah pusat pemerintahnnyatelah diubah dari Damsyik ke Baghdad.
  • Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M apabila ibu kotanya ditawan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah.

v  Bidang Imu Pengetahuan.
·         Ilmu pengetahuan berkembang pesat pada zaman pemerintahan Khalifah Harun bin al- Rasyid dan puteranya khaaaalifah al- Makmun.
·         Kota Baghdad telah menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
·         Perkembangan ilmu berlaku melalui
o   Bidang penulisan
o   Bidang Penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab
·         Di Baghdad telah didirikan baitulhikmah sebagi institusi keilmuan yang telah diasaskan oleh Khalifah Harun al- Rasyid dan berkembang luas pada zaman pemerintahan Khalifah al- Makmum.
·         Kegiatan utama baitulhikmah ialah- penterjemahan karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani.
·         Usaha mempelajari bahasa asing adalah perlu untuk membolehkan kita menambah seberapa banyak maklumat daripada berkenaan untuk membina kekuatan tamadun kita sendiri.
·         Kegaiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap:
1.      Mencatat segala idea atau percakapan.
2.      Mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s..aw ke dalam sebuah buku.
3.      Mengarang.
·         Usaha terakhir iaitu mengarang lebih teliti kerana segala yang dicatatkan itu diaitur ke dalam bahagian dan bab tertentu serta berbeza antara satu sama lain.
·         Sesuatu yang amat menarik berkaitan dengan perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Bani Abbasiyah ini ialah penglibatan golongan utama dalam penulisan.
·         Pada tahun 761M, ramai ulama mula menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya.
·         Antara ulama terkenal pada era ini termasuklah

Tokoh
Hasil karya
Imam Malik
Penyusunan buku al- Muwatta
Ibn Ishaq
Penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w
Abu Hanifah
Penyusunan Fikah dan pendapat ijtihad.


·         Imam yang terkenal antaranya ialah Imam Malik, Imam Syafi’I dan Imam Ahmad Hanbal.
·         Pada zaman ini juga telah terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w) dan ilmu hadis.
·         Perkembangan intelektual pada zaman ini jelas turut bergantung pada usaha terjemahan yang dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani.
·         Terdapat dua perkara penting dalam hal ini iaitu:
o   Pertama: Orang Islam bukan sahaj menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Mereka menghiraukan an membuat penambahbaikan terhadap karya- karya tersebut dengan memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat .
o   Kedua: Orang islam memainkan peranan besar dalam berbakti kepada kebudayaan dunia. Mereka memelihara warisn ilmu itu daripad lenyap atau terkubur kerana mereka telah menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda Zaman Gelap iaitu pada waktu masyarakatnya kurang menghargai ilmu pengetahuan
·         Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga terdapat hasil kajian sarjana Islam yang telah sampai ke Eropah.
·         Sejumlah kajian itu juga telah diterjemah kr dalam bahasa asing dan dari sinilah sebenarnya bermulanya arus yang membawa kepada kebangkitan Eropah.
·         Tidak dapat dinafikan perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cardova. dan tempat lain telah Berjaya membuka mata ilmuan Eropah.
·         Perkembangan keilmuan di Eropah itu telah melahirkan zaman pemulihan budaya yang disebut Renaissance.
·         Kegigihan para ulama dan ilmuan Islam dalam penulisan bukan sahaja telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dengan mereka tetapi yang lebih penting telah meninggalkan warisan yang sangat berniali kepada generasi kepada generasi kemudian.
·         Sifat keterbukaan dan kesediaan masyarakat Islam masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing dengan cara menterjemahkan karya tersebut telah member banyak faedah kepada golongan Islam sendiri.
·         Golongan cendikiawan Islam telah membaiki dan meningkatkan mutu karya asalnya.
·         Dengan itu, berlakulah percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Seandainya generasi masa kini gagal mengambil telada daripada fasa kegemilangan ilmu dan tamadun yang dibincangkan, sudah tentu sukar untuk memupuk dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Kerajaan Turki Uthmaniyah

Latar Belakang

  • Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifa telah menjadi lemah kemudiannya telah embawa kepada kemunculan kerajaan- kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki
  • Pemerintahan kerajaan Abbasiyah berakhir pada tahun 1258M iaitu apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol.
  • Antara kerajaan kecil Turki yang penting termasuklah kerajaan Saljuk. Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Annatolia ( Turki hari ini)
  • Walaupun di bawah pemerintahan pengaruh Saljuk, pemerintahan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran.
  • Walaupun kawasan barat Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran
  • Walaupun kawasan barat Anatolia merupakan sebuah kerajaan kecil, namun kerajaan ini Berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah.

Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah
  • Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi.
  • Pada peringkat awal, Uthman ialah amir atau gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia.
  • Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine ataupun dikenali sebagai Rom Timur.
  • Oleh itu kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah lain.
  • Pada tahun 1301, Uthman telah Berjaya menumpaskan tentera Byzantine.
  • Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluaskan kawasan penaklukannya.
  • Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan Bandar Bursa sebagai ibu negeri.
  • Uthman meninggal dunia pada tahun 1326 dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan 1 dan pemerintah Uthamniayh yang seterusnya.
  • Antara tahun 1336-1354, Orhan 1 berjaya menguasai kawasan.
§  Marmara
§  Pantai Aegean
§  Ankara
§  Galipoli
  • Semasa pemerintahan Murad II dan Bayezid I pula kerajaan Uthmaniyah Berjaya menguasai kawasan
§  Balkan Selatan
§  Utara Bulgaria
§  Philippopolis
§  Sofia
§  Salonica
§  Kosovo
§  Utara Albania
§  Wallachia
  • Pada masa pemerintahan Mehmed II, beliau telah menjalankan dasar perluasan wilayah dan Berjaya menawan Istanbul (Constantinople) ibu negeri Rom Timur pada tahun 1453.
  • Zaman pengukuhan empayar Uthmaniyah bermula semasa pemerintahan Mehmed II.
  • Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan terhadap Istanbul iaitu pada tahun 1453 hingga kematian Suleiman I pada tahun 1566.
  • Empayar ini berlanjutan hingga ke awal abad ke-20
  • Namun begitu, penguasaan politik dan ekonominya terhadap seluruh empayarnya tidak lagi sekuat seperti pada abad ke-16
  • Antara faktor yang mengakibatkan kemerosotan kuasa ini termasuklah:
§  Terdapatnya pemimpin yang lemah
§  Keruntuhan sistem pengutan cukai
§  Pemberontakan
§  Pertambahan penduduk yang sangat pesat sehingga sukar dikawal sepenuhnya.

Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah
  • Kerajaan Uthmaniyan telah bermula sekitar abad ke-14 dan berakhir pada awalad ke-20
  • Sebelum ini tidak ada sebuah kerajaan Islam pun yang mampu bertahan selama hampir 600 tahun dan meliputi kawasan seluas kerajaan Uthmaniyah.
  • Tempoh pemerintahankerajaan Uthmniyah yang lama dan berterusan ini telah membolehkannya membuat sumbangan yang besar.
  • Kerajaan ini telah mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia.
  • Istanbul juga telah dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam.
  • Apabila Sultan Selim I Berjaya menguasai Makkah pada tahun 1517, kerajaan Uthmaniyah juga dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia.

Bidang Perundangan
  • Suleiman I telah memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta, kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agama.
  • Undang- undang baru ini dikenali sebagai Kanun Suleiman.
  • Kerajaan Uthmaniyah turut memberikan sumbanagn besar dalam sistem organisasi pentadbiran agama Islam.
  • Jawatan Shiekh ul- Islam iaitu ketua ulama telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fakta.
  • Koleksi fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh ul-Islam pada zaman kerajaan Uthamniyah merupakan salah satu sumbangan utama kerajaan ini kepada agama dan sains undang- undang yang kekal dan digunakan hingga ke hari ini.

Bidang Ekonomi
  • Banyak bergantung kepada kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara Timur dab Barat serta antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam.
  • Jalinan perdagangan kerajaan Uthmaniyah yang besar meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean.
  • Jalinan pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan ini juga telah membentuk jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.
  • Sebelum kedatangan Islam ke kawasan Balkan, golongan atasan Eropah mengamalkan sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat.
  • Penguasaan kerajaan Uthmaniyah di Eropah terutamanya di kawasan Balkan telah meperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu.
  • Pengenalan sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung pada hasil usaha setiap individu.
  • Ini juga membawa kepada mobility social yang lebih luas dalam masayarakat Eropah.

Bidang Ilmu Pengetahuan
·         Kerajaan Uthmaniyah berperanan besar dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.
·         Sistem pendidikan Uthmaniyah yang paling berpengaruh terhadap perkembangan pendidikan dalam dunia Islam ialah sistem Madrasah.
·         Selain sistem madrasah, terdapat juga sistem pendidikan yang lain seperti
§  Sekolah pengetahuan akademik
§  Sekolah sastera
§  Maktab tentera dan maktab teknik
§  Kolej perubatan.
  • Salah satu sumbangan besar golongan intelektual kerajaan Uthamniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.
  • Kepentingan ilmu semasa zaman Uthmaniyah juga membawa kepada kepentingan perpustakaan. Kerajaan telah menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital, rumah.

Bidang Senibina
  • Salah satu sumbangan kerajaan Uthamniyah yang berkekalan sehingga hari ini ialah seni bina terutamanya seni bina masjid.

Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah.
  • Islam mula tersebar secara meluas dan kian menjadi kukuh di Eropah semasa zaman Bani Umaiyah terutamanya Sicily dan Selatan Sepanyol.
  • Kerajaan yang berpusat di Cardova itu telah diasaskan oleh khalifah Abdul Rahman I pada tahun 756M.
  • Penaklukan Constantinople oleh Mehmed Fatih pada tahun 1453 telah menandakan penyebaran Islam di kawasan Eropah Timur juga dikenali sebagai kawasan Balkan.
  • Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam merupakan tunjang utama dalam penyebaran Islam ke Eropah semasa zaman Bani Umaiyah dan Uthmaniyah.

Faktor kejayaan penyebaran Islam.
o   Tentera Islam semasa zaman Uthmaniyah mempunyai semangat ghazi iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran agama Islam.
o   Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun.
o   Penggunaan peralatan senjata moden seperti seperti meriam  besar ( peralatan senjata moden sangat membantu perluasan kuasa buktinya semasa penaklukan Constantinople)
o   Mempunyai tentera berkuda
o   Memiliki kumpulan infantri yang kuat ( kumpulan tentera berjalan kaki)
o   Tenteranya memiliki kumpulan Janissari ( kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok belok peperangan) semasa zaman Murad III ( 1574-1595) jumlah ahli kumpulan ini meningkat kepada 54 000 orang.
o   Mempun yai armanda laut yang kuat. Semasa pemerintahan Suleiman al- Kanuni armanda tentera laut mempunyai 300 kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.
o   Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat daripada pertelingkahan an peperangan di kalangan kerajaan- kerajaan kecil membantu dan memudahkan proses perluasan kuasa kerajaan Uthmaniyah. Contoh kemasukan tentera Islam Uthmaniyah ke Eropah pada peringkat awal adalah kerana permintaan Maharaja John VI Cantacuzens. Pada tahun 1346 Maharaja tersebut telah membuat perjanjian dengan Orhan untuk mendapatkan bantuan kerajaan Uthmaniyah dalam usaha beliau menuntut takhta kerajaan Byzantine.
o   Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine juga telah member laluan kepada penyebaran Islam terutamanya di kalangan masyarat Balkan.
o   Gereja Greek Ortodoks pada masa itu tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat. Institusi ini tidak lagi mampu mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Byzantine.
o   Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine juga telah memberi laluan kepada penyebaran Islam terutamanya di kalangan masyarakat Balkan.
o   Gereja Greek Ortodoks pada masa itu tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat. Institusi ini tidak lagi mampu mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Byzantine.
o   Pada masa yang sama, institusi gereja juga hancur disebabkan
§  Terdapatnya penyalahgunaan kuasa
§  Pergaduhan para pemimpin.
§  Kekurangan kewangan untuk beroperasi sepenuhnya.
o   Dalam keaaan sedemikian penganut agama Kristian tertarik kepa keistimewaan yang terdapat dalam agama Islam.
o   Dari segi politik dan hubungan keagamaan di Eropah, kerajaan Uthmaniyah telah menjalinkan dasar berteraskan diplomasi dan orientasi.
o   Perluasan kawasan kerajaan Uthmaniyah ke kawasan Balkan tidak bermakna masyarakat Balkan dipaksa untuk memeluk Islam.
o   Kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodoks tetapi turut membenarkan institusi (Gereja Ortodoks) tersebut melindungi masyarakat Kristian di bawah Balkan.
o   Secara umumnya kerajaan Uthmaniyah campurtangan dalam urusan keagamaan orang Kristian. Hal atau urusan tersebut dipertanggungjawabkan kepada orang Kristian sendiri.
o   Dalam sosial Islam juga telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam.
o   Ini kerana dasar sosial Islam yang bertersakan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan juga telah menarik minat orang Kristian.
o   Sistem ini membolehkan setiap individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya. Ini berbeza sekali daripada sistem sosial sebelum kedatangan Islam yang menitikbertakan latarbelakang keturunan.
o   Kerajaan Uthamaniyah juga membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat.
o   Dasar sosial kerajaan Uthmaniyah yang progresif inilah yang telah menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat Islam terutamanya masyarakat bandar.
o   Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan dan usaha para pendakwah juga memainkan peranan penting dalam perkembangan dan penyebaran Islam ke Eropah semasa zaman Uthmaniyah.
o   Ramai orang Rurki telah berhijrah ke Balkan terutamanya ke kawasan di bawah pada abad ke-14 dan ke-15.
§  Thrace
§  Lembah Maritsa
§  Utara Bulgaria
§  Albania
o   Orang Turki yang berhijrah ke Balkan telah membina petempatan reka di kawasan yang didiami oleh kumpulan mubaligh Islam, iaitu kumpulan Sufi.
o   Pengajaran ahli kumpulan Sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka yang telah menarik ramai orang Kristian untuk memeluk Islam.
o   Penyebaran Islam di Balkan yang dimulakan oleh kerajaan Uthmaniyah ini telah berterusan sehinggalah abad ke-17 dan abad ke-18 apabila Islam turut tersebar ke
§  Utara Albania
§  Montenegro
§  Selatan- Barat Mecedonia
§  Crete.

Maklumat Tambahan

Maklumat
Keterangan
Perkembangan Bani Umaiyah di sepanyol ( tahap kedua)
  • Keruntuhan bani Umaiyah tahap pertama yang berpusat di Damsyik adalah akibat serangan daripada gerakan Abbasiyah.
  • Kesannya hampir keseluruhan kerabat ketrunan bani Umaiyah telah dibunuh.
  • Abdul Rahman pula telah Berjaya melarikan diri daripada tahanan di Fustat menuju ke Palestin, afrika Utara, maghribi dan kemudiannya ke Sepanyol hingga terdirinya Bani Umaiyah tahap kedua
Struktur Umum Pembentukan Pentadbiran wilayah Bani Umaiyah
  • Perlantikan beberapa orang gabenor adalah untuk memastikan keberkesanan sistem pentadbiran di wilayah yang besar.
  • Sementara itu perkhidmatan pos berkuda turut diperkenalkan
  • Lima wilayah pentadbiran yang besar
o   Hijaz, Yaman dan seluruh tanah Arab di bahagian tengah.
o   Hulu dan hilir Mesir
o   Kedua- dua bahagian Arab ( babilonia dan Asyor) bukan Arab ( Parsi dan lain-lain)
o   Al- jazirah, Aemenia, Azerbaijan dan negeri2 Asia Minor
o   Afrika Utara hingga barat Mesir meliputi Andalusia, Kepulauan di Laut Tengah.
Hijabah
  • Penyekatan
  • Pada zaman khulafa al- rasyidin tiada sekatan bagi sesiapa yang ingin menemui khalifah.
  • Namun untuk keselamatan dan langkah berjaga- jaga, muawiyah memulakan sistem kawalan keselamatan ini.
  • Ada tiga orang pegawai yang dikecualikan daripada sekatan ini iaitu Bilal, Ketua Pos dan Ketua penyedia makanan
Ibn al- nafis
  • Galen menunjukkan bagaimana jantung menyebabkan darah bergerak dalam turun naik, tetapi beliau tidak tahu bahawa darah itu mengalir, kesilapan ini akhirnya dibetulkan oleh al- Nafis,
Ijtihad
  • Menggunakan keupayaan berfikir semaksimumnya untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarat berdasarkan kaedah- kaedah tertentu.
Ijmak
  • Kesepakatan pendapat para ulama yang berijtihad tentang sesuatu hukum.
Syiah
  • Golongan orang Islam yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib
  • Muncul selepas peristiwa perang Siffin.
Khawarij
  • Golongan orang Islam yang menentang khalifah Ali bin Abu Talib dan bani Umaiyah
  • Muncul selepas Perang Siffin.
Hulagu Khan
  • Hulagu (1217-1265M) adalah pengasas kerajaan Likhan di Iran dan cucu kepada Genghiz Khan.
  • Berjaya mengusir Khalifah al- Musta’sim daripada Baghdad dan menakluk sementara bahagian Barat Syria yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Mamluk.
  • Beliau meninggal dunia di Pulau Shahi setelah memeluk agama Islam
Baitulhikmah
  • Telah didirikan semasa Zaman Khalifah harun al- Rasyid (786-809M)
  • Institusi ini mencapai kejayaan dan kegemilangan semasa zaman Khalifah al makmum ( 813-833M)
  • Semasa zaman inilah aktiviti penterjemhan mencapai kemucaknya.
  • Kerja- kerja penterjemahan juga menjadi lebih sistematik.
  • Penterjemah bekerja secara berkumpulan dan diawasi oleh seorang penyelaras.
Empayar
  • Kerajaan atau pemerintahan yang tertinggi dan berdaulat serta menguasai wilayah yang luas
Sultan Selim I
  • Telah menggunakan gelaran “ Pelindung Dua Bandar Suci” Makkah dan Madinah apabila beliau menguasai Makkah dan Madinah pada tahun 1517
  • Gelaran ini kemudiannya terus diwarisi oleh pemerintah Uthamaniyah hingga abad ke-18
Penulisan ensiklopedia
  • Penulis seperti Mehmed al Fanari dan Molla Lutfi telah menulisa ensiklopedia sains islam yang dirangka untuk dijadikan rujukan bagi keperluan praktikal.
  • Hasil tulisan ensiklopedia oleh Katip Celebi ( 1609-1658) masih lagi menjadi rujukan hingga sekarang
Tokoh Seni Bina Turki
  • Yang terkenal ialah Mimar Sinan ( 1490-1588)
  • Hasil seni beliau yang paling terkenal ialah Masjid Sultan Ahmed
( Masjid Biru ) di Istanbul.
Semangat ghazi
  • Merujuk pada semangat untuk menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan Islam
  • Kekuatan semangat inilah yang membolehkan kerajaan Uthmaniyah memperluaskan kuasanya ke Eropah dan juga menjadi sebuah kerajaan Islam yang terbesar dan terkuat antara abad ke-14 hingga abad ke-17
Janisasri
  • Kumpulan tentera infantry elit dalam sistem ketenteraan Kerajaan Uthmaniyah.
  • Kumpulan kanak- kanak yang diambil melalui sistem devshirme tidak semua akan menjadi pentadbir.
  • Sebahagian daripada kumpulan tersebut akan diserap ke dalam sistem ke dalam sistem ketenteraan Uthmaniyah.
  • Sebelum diserap ke dalam kumpulan Janisasri kanak- kanak akan diber latihan fizikal dan ketenteraan terutamanya selok belok dan taktik serta teknik peperangan.
Islam di Balkan
  • Banci pendudk yang dibuat oleh Kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1620-1530 menunjukkan hampir 19% penduduk Balkan adalah Islam. Orang Islam di Balkan tertumpu di kawasn Bandar seperti Bosnia yang mempunyai 45% penduduk beragama Islam.
  • Bandar Sofia dan Edime pula masing- masing mempunyai 66% dan 82% penduduk Islam

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Dunia yang lain.
  • Sebelum penyebaran agama Islam oleh nabi Muhammad s.a.w taamdun lain di dunia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, China dan Rom telahpun wujud.
  • Tamadun Islam yang lahir dari perkembangan agama Islam telah bertembung dengan tamadun dunia yang lebih awal ini.
  • Pada tahun 639M semasa pemerintahan Khalifah Umar, Amr ibn al – As telah menakluk Mesir. Dengan itu tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Yunani- Rom yang sudah bertapak di Mesir.
  • Perluasan kawasan kerajaan Islam di Baghdad pula telah menyebabkan berlakunya pertembungan antara tamadun Parsi dengan tamadun Islam.
  • Kemudian pada tahun 670 M dan mula tiba di pantai Sepanyol pada tahun 711M, tamadun Islam bertembung pula dengan tamadun Eropah.

Cara Pertembungan
  • Perdagangan dan Perniagaan
·         Perdagangan terutamanya perdagangan jarak jauh bukanlah sesuatu yang baru dalam tamadun Islam.
·         Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dengan aktiviti perniagaan apabila baginda berniaga ke Syam ( Syria)
·         Penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah dan timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh menjadi salah satu alat utama pertembungan Islam dengan tamadun lain.
·         Seawal akhir abad ke-7 M lagi orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, China. Ini telah membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.
  • Hubungan Diplomatik.
·         Merupakan salah satu cara orang Islam mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar.
·         Kerajaan bani Umaiyah contohnya telah menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol.
·         Kumpulan ini telah bertemu dengan beberapa petempatan orang bukan Islam seperti di Cardova, Valencia dan Rhonda.
·         Kumpulan peneroka Islam telah Berjaya membuat hubungan diplomatik dengan kawasan- kawasn tersebut.
·         Ini telah membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam denga bukan Islam tentang cara hidup, pandanga politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.
  • Penaklukan dan Ketenteraan.
·         Dalam usaha memperluaskan kawasan dan penyebaran Islam, Khulafa al- Rasyidin, bani Umaiyah, Abbasiyah,dan Uthmaniyah telah membentuk ekspidisi ketenteraan.
·         Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran, tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Parsi.
·         Kedua-dua taamdun ini saling mempengaruhi.
·         Oleh itu berlakula interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain yang disebabkan oleh penaklukan dan ketenteraan.
·         Apabila tentera Islam menakluk kawasn Mesir dan Afrika Utara, taamdun Islam juga telah mula bertembung dengan tamadun Eropah terutamanya tamadun Rom iaitu empayar Byzantine.
  • Kebudayaaan.
·         Kemasukan Islam ke Sepanyol telah membawa kepada kemunculan kebudayaan baru.
·         Bahasa Arab telah menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa zaman Umaiyah yang berpusat di Cordova.
·         Pada masa itu juga telah lahir golongan yang dikenali sebagai Mozarab iaitu orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.
  • Intelektual
·         Berlaku antara ahli fikir dalam Islam dengan bukan Islam.
·         Penyebaran Islam di Eropah bukan sahaja telah membolehkan pedagang Islam berniaga di Eropah tetapi juga telah membawa keuntungan kepada para intelek Islam.
·         Ilmuan Islam telah Berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun Eropah dan seterusnya Berjaya memperkembangkan lagi keilmuan tersebut menurut penadangan intelek Islam.

Kesan Pertembungan.
  • Bidang keagamaan.
·         Islam mengubah kehidupan penganutnya dan juga mereka yang di bawah taklukannya.
·         Islam membawa satu nilai akidah yang paling penting iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t
·         Islam telah berdasarkan akidah dan syariah ini mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan kawasan geografi.
·         Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat.
  • Bidang perundangan
·         Islam telah menyediakan sistem perundangannya sendiri yang berdasarkan al-Quran dan hadis untuk dijadikan panduan dan pedoman para penganutnya.
  • Bidang Politik
·         Dari segi politik, kesan pertembungan tamadun Islam telah mealhirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam Dunia Islam seperti kerajaan Delhi Mughal di India.
·         Walaubagaimanapun kerajaan Islam tidak wujud di China namun telah wujud masyarakat Islam yang berkekalan hingga ke hari ini.
·         Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat walaupun mempunyai perbezaan dari segi institusi dan organisasi.
·         Walaupun sistem pemerintahan berbeza, namun terdapat persamaan dari segi amalan dala Dunia Islam iaitu sistem yang berasaskan akidah dan syariah.
  • Bidang Ekonomi
·         Perluasan kawasan dan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam telah semakin berkembang luas.
·         Perluasann kuasa dan wilayah yang luas oleh kerajaan- kerajaan Islam juga membolehkan orang Islam telah memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan dengan lebih berkesan.
·         Pemerintah kerajaan Islam telah memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di kawasan naungannya.
·         Ini membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan licin.
·         Kerajaan Uthmaniyah contohnya mampu mempunyai armanda laut bagi memastikan keselamatan kapal- kapal pedagang di kawasn Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Laut Hindi.
·         Kawasan pusat ekonomi Islam meliputi
o   Aden
o   Siraf
o   Istanbul
o   Iskandariah
·         Pedagang- pedagang Islam sejak abad ke-7M telah Berjaya berdagang ke kawasan seperti di sebelah timur
o   India
o   Ceylon
o   Kepualaun Melayu
o   China
·         Manakala di kawasan di sebelah barat pula seperti
o   Sepanyol
o   Selatan Perancis
o   Armenia
o   Kawasan Selatan Gurun Sahara di benua Afrika
·         Pedagang Islam bukan sahaja menguasai perdagangan di Laut Merah tetapi juga di Laut Mediterranean, Teluk Parsi lautan Hindi dan Laut China Selatan.
·         Semasa zaman Uthmaniyah, Istanbul merupakan pusat aktiviti perdagangan dan perniagaan, sesuai dengan kedudukannya yang strategic sebagai jambatan di antara dunia Timur dan dunia Barat

  • Bidang perbandaran.
·         Perkembangan Islam di Eropah turut mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi social di Bandar dan kawasan sekitarnya.
·         Kerajaan Islam mempengaruhi penyelarasan undang- undang yang saksama di kawasan naungannya seperti yang berlaku di kawasan Balkan semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

  • Bidang Sosial ( Ilmu pengetahuan )
·         Kesan utama pertembungan dunia adalah dari segi kebudayaan dan intelektual.
·         Dari segi kebudayaan, orang Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja kepada pendidikan berbentuk agama tetapi juga pendidikan yang merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi.
·         Semasa zaman Abbasiah, para pelajar yang ditempatkan di institusi pembelajaran Islam diwajibkan juga mempelajari
o   Ilmu mantik ( logik)
o   Matematik
o   Geografi
o   Sejarah
o   Sains Fizikal dan biologi
·         Islam juga turut mempengaruhi tatatertib kehidupan seharian melalui
o   Cara berpakaian
o   Berfikir
o   Bertutur
o   Berdagang
o   Berpolitik.
·         Semasa zaman Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam. Selain bertutur dalam bahasa Arab, mereka juga telah berpakaian seperti orang Islam.
·         Tatasusila kehidupan harian orang Islam mempengaruhi kehidupan harian orang Eropah dengan begitu kuat sehingga pengaruh itu berterusan ke pertengahan Zaman Renaiasance.
·         Golongan yang memainkan peranan penting dalam proses ini dikenali golongan Mudejar.
·         Perluasan kuasa penaklukan Islam juga telah membolehkan para cendikiawan Islam dan buka Islambertukar pendapat antara satu sama lain
·         Pada peringkat awal, cendikiwan islam lebih memberikan keutamaan kepada proses pengumpulan maklumat dan teks penulisan cara cendikiawan kepada zaman tamaduns sebelumnya.
·         Namun begitu, kebanyakkan hasil kerja yang diterjemah oleh cendikiwan Islam pada peringkat awal ini merupakan hasil karya penulis Greek seperti
o   Aristotle
o   Plato
o   Galen
o   Hipocrates
·         Proses perkembangan penterjemahan dalam perkembangan intelektual orang Islam telah dipertingkatkan lagi dengan penubuhan sebuah perpustakaan iaitu baitulhikmah yang ditubuhkan oleh Khalifah Harun al- Rasyidin. Semasa zaman Abbasiyah.
·         Penubuhan perpustakaan ini membolehkan bahan- bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh para cendikiawan Islam.
·         Proses penterjemahan hasil karya tamadun bukan Islam telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi di kalangan orang Islam.
·         Zaman kemuncak kegemilangan keilmuan Islam berlangsung antara abd ke-8 hingga keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahunn 1258.
·         Zaman ini telah melahirkan para cendikiawan Islam dalam setiap bidang keilmuan contooh seperti di bawah yang mempunyai kepentingan yang amat tinggi nilai harganya terhadap perkembangan intelektual dunia.

Tokoh
Hasil karya
Zakarian al- Razi
( 865-925M)
  • Ilmu Perubatan-lah menyumbangkan kepentingan perubatan klinikal dan telah menghasilkan lebih 20 karya termasuklah tab al- Hawi, sebuah ensiklopedia perubatan.
  • Juga menterjemah hasil karya Galen (ahli perubatan Greek yang terkemuka)
Al- Zahrawi
( 936-1013M)
  • Orang yang sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.
Al – Khawarizmi


Matematik dan Astronomi
Al- Battani
Abu Ishaq
Al- Biruji
Al- Bitrunil
Al- Farabi
  • Terkenal dalam bidang pemikiran politik dan undang- undang. Tulisannya telah member kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran politik dan perundangan dalam sejarah orang Islam dan dunia barat
Al- Miskawayh
Al- Mawardi
Ibn Sina
  • Terkenal dalam ilmu mantik dan falsafah. Mereka ini telah memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan pemikiran usuludin, falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama.
Al- Khindi
Fakhr al-Din
Al- Razi
Abn al-Farabi
Ibn Rushd
Imam Ghazali

  • Bidang Seni Bina
·         Kesenian Islam terutamanya dalam seni bina turut memberikan sumbangan dalam perkembangan ketamadunan di dunia ini.
·         Keindahan seni ukir dan seni bina orang Islam terdapat Masjid Cordova di Sepanyol.
·         Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada.
·         Semua ini merupakan lambing ketinggian matbat tamadun Islam.
·         Tema kebanyakan seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat dalam kepercayaan tauhid dan akidah.

  • Bidang Kesusasteraan.
·         Antara penulis puisi dan novel agung dalam sejarah persuratan manusia termasuklah:
o   Omar Khayyam- menulis tentang Ruba’iyah.
o   Al-Jjahiz- terkenal dengan kitab al- Bayan
o   Jalal ad- Din Rumi- menghasilkan puisi bertemakan ketuhanan
o   Rabi’ah al Adawiyah- ( pemuisi Wanita- banyak menghasilkan puisi bertemakan ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan tuhan.
o   Semasa zaman kemuncak keagungan tamadun Islam, ramai cendikiawan Islam telah mengembara dan meneroka kawasan di luar naungan Islam untuk menambah ilmu pengetahuan.
o   Antara pengembara yang dikenali ramai termasuklah Ibn Batutta ( 1304-1377M) yang telah mengembara ke China, India dan Afrika.
o   Catatan yang dibuat oleh beliau sepanjang penerokaannya amat dihargai oleh sejarawan dari segi ketepatan fakta tentang kawasan yang dilawatinya.
o   Hasil tulisan beliau masih menjadi rujukan sejarawan sehingga ke hari ini.
o   Pengembara lain yang terkenal ialah
*      Al- Mascudi (945M) – mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika.
*      Ibn Fadlan- mengembara ke utara Eropah pada abab ke-12
·         Pada peringkat awal tamadun Islam banyak bergantung pada hasil karya daripada tamadun luar.
·         Namun mereka mengembangkan ilmu pengetahuan tersebut sesuai dengan ajaran Islam ditambah dengan idea mereka sendiri yang mantap dan bernas.
·         Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam oleh ilmuan Islam ini telah Berjaya membawa tamadun Islam ke puncak kecemerlangan dari abad ke-8 hingga ke-13
·         Keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, sistem politik dan social.
·         Akhirnya masyarakat Eropah dapat memanfaatkan keilmuan Islam hingga Berjaya membawa mereka keluar daripada Zaman Gelap dan mempengaruhi sejarah Eropah seterusnya, contohnya Revolusi Perindustrian.
·         Kita perlu sedar bahawa kemajuan intelektual Islam hanya akan tercapai dengan penguasaan kerajaan atau pemerintah dalam aspek politik, ekonomi dan social.
·         Sikap bangga dengan zaman kegemilangan lampau sahaja tanpa berusaha untuk mengekalkannya tidak akan memberi makna.
·         Maka generasi kini perlu meneroka mempelajari dan membina ilmu daripada pelbagai sumber, serta adunan budaya dan tamadun untuk kecemerlagan Negara.

Maklumat Tambahan

Maklumat
Keterangan
Golongan Mudejar
  • Orang Islam setempat (minoriti) yang terus tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian.
Ahli Fikir
  • Yang paling awal menjalankan penyelidikan termasuklah Abu a-Aswad al-Duali pada abad ke-7M, Hunayn ibn Ishaq ( 837M) yang menterjemahkan hasil karya Greek dan al-Fazari yang telah menterjemah hasil karya daripada tamadun India.
Ibn Sina ( 980-1037M)
  • Nama sebenar- Abu Ali Hussain bin Abdullah.
  • Dilahirkan di Bukhara
  • Beliau bukan sahaja ahli falsafah tetapi juga terkenal dalam bidang perubatan
  • Beliau telah mengarang buku tentang falsafah seperti al-Mantiq, Danesh Nameh dan Uyun al- Hikmah dan Mujiz Kabir waSaghir
  • Beliau juga mengarang buku tentang perubatan seperti al-Shafa, Qanun dan Saididyya.
  • Kebanyakan buku perubatan beliau digunakan di Universiti di Eropah hingga abad ke-19
Ibn Rushd (1126-1198M)
  • Nama sebenar beliau ialah Abu Walid Muhammad bin Ahmad dan dilahirkan di Cardova.
  • Selain terkenal sebagai ahli falsafah Islam, beliau juga ialah ahli perubatan dan astronomi.
  • Beliau pernah menjadi kadi
  • Antara tulisan beliau yang terkenal ialah Tahfut-al-Tahafut, Mabadi’ al-Fallasifah dan  Muwafaqati al- Hikmah Wa Shari’a.
  • Idea falsafah Ibn Rushd yang banyak menekankan ilmu akal dan mantik telah menjadi rujukan di Eropah dan banyak mempengaruhi Eropah yang membawa kepada Zaman Renaissance.

1 comment: