Wednesday, January 25, 2012

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT.

BAB 8:  PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT.

Pengenalan
  • Agama Islam yang lahir di Semenanjung Tanah Arab telah tersebar ke merata dunia merangkumi sebahagian Eropah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
  • Kedudukan Asia Tenggara yang terletak di tengah- tengah perjalanan di antara timur dan barat telah membolehkannya menjadi sebuah wilayah terbuka yang dikunjungi oleh pedagang dari serata dunia sejak awal abad masihi lagi.
  • Kehadiran Islam dirantau ini turut memperlihatkan pembabitan pedagang Islam dalam perdagangan di wilayah ini sejak dahulu lagi
  • Pedagang Islam telah berdagang di pelabuhan seperti
o   Perlak
o   Pasai
o   Acheh
o   Pattani
o   Brunei
  • Di Tanah Melayu pula, Melaka telah menjadi pusat perdagangan utama
  • Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor juga merupakan pusat penting sama ada pusat perdagangan mahupun sebagai pusat perkembangan Islam.
  • Pertapakan Islam di Tanah Melayu telah mula pada sekitar abad ke-13 abad k eke-14M.
  • Walaubagaimanapun pengaruhnya dalam politik, ekonomi, social hanya menjadi lebih ketara dan mantap teras penting kepada ekonomi, social dan politik Negara.
  • Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam yang penting di Alam Melayu
  • Peranan ini telah dilakukan melalui.
§  Perluasan kuasa
§  Perkahwinan
§  Pendidikan
§  Kegiatan intelektual

Pengaruh Islam terhadap Politik

  • Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenalkan beberapa unsur baru kepada amalan pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu.
  • Ini telah berlaku terutamanya dalam institusi kesultanan dan juga perundangan.

Pentadbiran.

Sebelum kedatangan Islam

  • Sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam ialah institusi pemerintahan beraja yang dipengaruhi tradisi Hindu- Buddha yang dikenali sebagai konsep dewa-raja
  • Dalam tradisi Hindu-Buddha seseorang pemerintah sering sahaja menggalurkan nasab keturunannya daripada penitisan dewa.




Setelah Kedatangan Islam
  • Telah mengubah kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu.
  • Golongan raja telah mula menitik beratkan konsep-konsep Islam contohnya istilah sultan, Zillullah fi-alam dan Zilullah fil-ardh yang bermakna bayangan Allah di muka bumi telah mula digunakan.
  • Konsep ini menjdi teras institusi raja dan memberikan suatu pengesahan berlandaskan Islam terhadap kewibawaan seseorang raja tersebut.
  • Para pemerintah juga telah menggunakan gelaran seperti Khalifatul Mukminin yang bermakna pemimpin yang mukmin.contohnya gelaran ini telah digunakan oleh Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin yang memerintah Pahang pada tahun 1572-1614
  • Tokoh- tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain telah mula dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan.
  • Keadaan ini telah meninggikan kedudukan seseorang raja atau sultan tersebut.
  • Seterusnya selepas kedatangan Islam institusi sultan di Tanah Melayu kekal sebagai institusi berdasarkan pewarisan.
  • Sistem ini meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu.
  • Sistem kesultanan yang wujud di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor berbeza daripada sistem di Negeri Sembilan yang berasaskan Adat Perpatih.
  • Di Negeri Sembilan tunjang kuasa bukanlah terletak pada sultan tetapi pada Yang Di Pertua Besar.
  • Pemerintahan dan pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar seperti
o   Bendahara
o   Laksamana
o   Penghulu bendahari
o   Temenggung dan sebagainya.
  • Institusi Kesultanan Melayu juga mempunyai hubungan erat dengan golongan ulama.
  • Golongan pemerintah di Melaka, sering mendapatkan nasihat serta pandangan golongan ulama seperti
o   Makhdum Sayid Abdul Aziz
o   Maulana Abu Bakar
o   Maulana Sadar Jahan
o   Maulana Jalaludin
o   Qadi Yusof dan lain-lain
  • Hal yang sama juga berlaku dalam kerajaan lain seperti di Kelantan dan Terengganu hingga muncullah ulama terbilang seperti:
o   Tuk Pulau Manis
o   Tuk Pulau Condong
o   Tuan Tabal
  • Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat iaitu:
o   Pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep daulat ini tidak wujud secara bertulis, namun konsep ini dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya.
o   Konsep ini telah mengangkat kedudukan seseorang raja atau sultan ke tahap yang begitu tinggi dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut.
o   Adat istiadat ini membabitkan cara berpakaian dan jenis pakaian, bahasa dan pengucapan, tingkahlaku dan sebagainya.
o   Antara adat istiadat yang menggambarkan kedaulatan seseorang sultan termasuklah istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan penuh tertib dan mengikut cara aturan yang ditetapkan.
Perundangan
  • Sistem perundangan sangat penting demi menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat.
  • Masyarakat Melayu juga mempunyai cara hidup yang tersendiri.
  • Peraturan tingkahlaku yang dipersetujui ini kemudiannya digunakan menajdi undang- undang
  • Undang- undang ini pula terbahagi kepada dua iaitu
§  Undang-undang Tidak Bertulis
§  Undang-undang bertulis.
  • Undang- undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat. Terdapat dua adat iaitu
§  Adat Perpatih
§  Adat Temenggung
  • Adat Perpatih
o   Adat perpatih ini telah diasaskan oleh oleh datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera.
o   Diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan di Naning, utara Melaka.
o   Dalam adat ini, musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah.
o   Musyawarah ini dihadiri oleh perwakilan semua suku
o   Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku dan setiap suku dianggap sebuah keluarga yang besar.
o   Ahli setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama. Setiap suku ini mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga.
o   Dari segi pemilihan ketua pula, ketua di pelbagai peringkat dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah.
o   Adat Perpatih bersifat matrilineal iaitu nasab keturunan yang lebih mengutamakan jurai keturunan. Oleh itu anak perempuan diber hak memiliki harta.

  • Adat Temenggung
o   Adat Temenggung ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang memerintah Palembang, Sumatera.
o   Pada mulanya adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu.
o   Kemudiannya adat ini telah disesuaikan dengan ajaran Islam oleh mazhab Shafie.
o   Berasaskan sistem parilineal iaitu lebih mementingkan jurai keturunan bapa atau keturunan bapa lebih diberi keutamaan daripada jurai keturunan ibu.
o   Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki lebih diutamakan daripada anak perempuan iaitu bertepatan dengan hukum faraid dalam Islam.
o   Dalam soal perkahwinan pula seseorang individu bebas untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya ( termasuklah sepupu) asalkan tidak melanggar ketetapan hukum Islam.

Undang- Undang Bertulis.
  • Merupakan peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat seperti
§  Hukum Kanun Melaka
§  Undang- undang Laut Melaka.
  • Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu berpegang kepada perundangan yang dibentuk dalam tradisi Hindu- Buddha yang telah disesuaikan dengan adat resam tempatan.
  • Aspek perundangan dalam tradisi Hindu berpegang pada Hukum Kanun Manu yang secara jelas membezakan jenis hukuman berdasarkam kelas seseorang.
  • Kedatangan Islam telah mengubah keadaan ini.
  • Hukum-hukum Islam mula dijadikan asas undang- undang yang dikuatkuasakan.
  • Seorang sarjana tempatan iaitu Profesor Ahmad Ibrahim pernah mengatakan bahawa di negeri- negeri Melayu sebelum wujudnya pengaruh kerajaan Britsih, undang- undang Islam dan adat Melayu.
  • Kehadiran Islam telah memperkembangkan undang- undang bertulis seperti yang dipaparkan melalui
o   Undang- undang Laut Melaka
o   Hukum Kanun Melaka
o   Undang- undang Pahang
o   Undang- undang Kedah
o   Undang- undang Perak
o   Undang- undang Johor.
  • Kesemua kitab perundangan ini menjadi pencorak kepada perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
  • Undang- undang bertulis manjadikan perjalanan masyarakat menjadi tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukuman tentang kesalahan yang dilakukan telah ditentukan.
  • Secara praktisnya, undang- undang ini mengecualikan diri raja atau sultan daripada sebarang tindakan.
  • Hal ini melambangkan kedudukan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam kerajaan.

o   Hukum kanun Melaka
·         Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar
·         Pantang larang di kalangan anggota masyarakat.
·         Hukuman terhadap kesalahan jenayah
·         Undang- undang keluarga
·         Permasalahan ibadat
·         Serta jenis- jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.

o   Undang- undang Laut Melaka dan Undang- Undang Pelabuhan Kedah
·         Kerajaan Melayu aktif dalam aktiviti maritime dan perdagangan.
·         Peraturan- peraturan khas di laut menerangkan seseorang nakhoda (kapten) dalam sebuah kapal diertikan sebagai imam dan ana kapal sebagai makmum.
·         Terdapat kesan daripada kekuatan agama Islam yang dipaparkan melalui fasal- fasal yang terdapat dalam undang- undang ini.

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya.

Pendidikan
  • Merupakan aspek social yang sangat penting dalam masyarakat Melayu.
  • Terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu iaitu
§  Pendidikan tidak formal
§  Pendidikan formal

Pendidikan tidak Formal
o   Merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga.
o   Masih diamalkan oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini.
o   Berlaku pada peringkat keluarga dan penekanannya adalah terhadap pengajran nilai- nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran, peglihatan dan pemerhatian.
  • Melalui pendengaran, penglihatan, dan pemerhatian
o   Kanak- kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan atau pertukangan.
o   Ibu bapa juga mengajar anak- anak tentang hal- hal perhubungan dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap sopan santun, caar berkawan dan menjaga maruah.

  • Melalui cerita- cerita lisan
o   Menerapkan nilai- nilai budaya yang murni.
o   Melalui cerita binatang dan cerita jenaka
o   Pendidikan melalui kaedah bercerita merupakan kaedah yang paling berkesan dan paling digemari kanak-kanak.
o   Cerita berbentuk teladan dan pengajaran selalunya diberikan penekanan.
o   Termasukaln cerita anjing dengan bayang- bayang yang memberikan pengajaran agar seseorang itu tidak terlalu tamak.
o   Cerita- cerita Sang Kancil menekankan hakikat bahawa kepandaian dan kebijaksanaan itu dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalah.

  • Melalui pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan social
o   Mereka dinasihatkan agar tunduk sambil menghulurkan tangan apabila lalu di hadapan orang, terutamanya orang yang lebih tua.

  • Melalui Pantun, Peribahasa dan Teka- Teki.
o   Pepatah seperti siakap senohong, gealam ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri- mengajar kank- kanak agar berkelakuan baik dan jangan sesekali bercakap bohong kerana perbuatn itu boleh membawa kepada perbuatan tidak baik yang lain.
o   Galakan sebegini sama ada untuk menjauhkan apa yang ditegah atau membuat apa yang disuruh juga menerapkan unsur- unsur pengajaran.

Pendidikan Formal
  • Merupakan pendidikan yang berkaitan dengan keagamaan secara langsung atau melalui perantaraan institusi tertentu.
  • Pendidikan sebegini yang berlangsung sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi berasaskan tradisi Hindu- Buddha.
  • Pada masa itu bidang pendidikan dan ilmu penegtahuan hanya didominasikan oleh golongan istana dan golongan atasan.
  • Istana itu sendiri menjadi pusat pengajian.
  • Pendidikan yang menekankan keagamaan ini dilaksanakan di beberapa tempat seperti
o   Istana
o   Masjid
o   Rumah
o   Surau
o   Madrasah
o   Pondok
  • Pendidikan di rumah memberikan penekanan kepada pengajaran al-Quran.
  • Pengajian ini dilakukan di rumah guru al-Quraatau dikenali sebagai Tok Guru dengan murid- muridnya terdiri daripada kanak- kanak yang berumur antara 7-15 tahun. Pengajran ini menjadi asas kepada pendidikan selanjutnya bagi kanak- kank tersebut.

Peranan Istana
  • Kedatangan Islam tidak mengenepikan fungsi istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
  • Sejarah Melayu misalnya ada mencatatkan tentang peranan istana Melaka sebagai pusat pengajian agama.
  • Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar.
  • Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.
  • Perkembangan bidang pendidikan Islam di Melaka ini dipengaruhi oleh kewujudan ramai ulama dan pendakwah asing seperti Bengali, Arab, Parsi, Gujerat dan sebagainya.
  • Mereka ini datang ke Melaka kerajaan ini memberikan perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan ilmu pengetahuan.
  • Malah minat pemerintahnya terhadap ilmu pengetahuan juga menjadi faktor penarik yang penting.
  • Seperti kitab al-Dur al- Manzun (mutiara tersusun) sebuah kitab tasawuf karangan maulana Abu Bakar telah diarak hingga ke balairung istana Melaka. Sultan Mnasur Shah dikatakan sangat berminat dalam pengajian tasawuf.
  • Keadaan yang sama juga berlaku di Johor apabila istana Johor menjadi pusat pengajian sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah antara tahun 1597-1602M.
  • Istana juga memainkan peranan sebagai tempat menyimpan hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah yang telah disimpan di istana Melaka.
  • Pendidikan di istana bukan sahaj menitik beratkan keagamaan tetapi juga hal pentadbiran Negara dan sistem politik.
  • Institusi pendidikan istana telah memainkan suatu peranan yang amat penting.

Peranan Masjid dan Surau.
  • Sebagai pusat pengumpulan dan pertemuan masyarakat, masjid dan surau menjadiyang paling ideal untuk mengembangkan ilmu- ilmu Islam.
  • Dalam pengajian ini, kanak- kanak akan diajar dengan ilmu yang lebih formal seperti fikah dan tajwid.
  • Mempelajari cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara- perkara penting yang seharusnya diketahui oleh orang Islam.
  • Pada sebelah malam, masjid atau surau menjadi pusat pengajian kepada orang dewasa.
  • Kandungan pengajiannya masih lagi berlegar kepada aspek keagamaan ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya namun tahapnya lebih tinggi.

Pendidikan Pondok.
  • Pengajian ini memberikan penekanan kepada ilmu keagamaan dan menyediakan pelajar- pelajarnya untuk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat.
  • Sistem pengajian pondok begitu meluas di negeri Kedah, Kelantan , Terengganu, Perlis dan Pattani.
  • Pendidikan ini bemrula sejak abad ke-12 M di Pattani.
  • Sistem ini kemudiannya berkembang ke negeri- negeri Melayu yang lain.
  • Di Kelantan antara pondok yang terkenal
o   Pondok Pulau Condong – dibuka oleh Haji Abu Samad bin Abdullah ( Tuk Pulau Condong)
o   Pondok Kutan- dibuka oleh Haji Muhaman Salleh.

  • Di Terengganu pula pengajian secara pondok dijalankan di
o   Pondok Pulau Manis- dibuka oleh Syaikh Abdul Malik bin Abdullah ( Tok Pulau Manis)

  • Di Kedah antara pondon yang penting termasuklah
o   Pondok Titi Gajah – dibuka oleh Haji Muhammad Taib
o   Pondok Langgar  - dibuka oleh Haji Muhammad Nor.

  • Walaupun sistemnya lebih tersusun, pengajian pondok ini masih tidak mempunyai batasan waktu.
  • Biasanya pelajar akan mengambil masa yang agak panjang, sesetengahnya sehingga 10 tahun sebelum menamatkan pengajian mereka di sini.

Pendidikan Madrasah.
  • Dari segi sejarah, madrasah mula diperkenalkan pada zaman khalifah Bani Saljuk yang memerintah Iraq pada tahun 447H/1056M.
  • Sistem madrasah ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.
  • Pendidikan madrasah ini diawasi oleh mudir iaitu guru besar.
  • Perjalanan madrasah ini diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kwangan dan sebagainya.


Bahasa dan Kesusasteraan
  • Pengaruh Islam yang paling ketara ialah tulisan jawi.
  • Sebelum tulisan jawi, beberapa tulisan lain telah digunakan seperti tulisan
o   Palava
o   Kawi( Jawa Kuno)
o   Sunda Kuno
o   Batak
o   Rencong.
  • Kedatangan Islam di Tanah Melayu turut memperkenalkan huruf Arab dan ini dengan mudahnya telah diterima oleh orang Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.
  • Tulisan ini dikenali sbagai tulisan jawi kemudiannya telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan.
  • Keadaan in bermakna, tulisan jawi telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Melayu dan seterusnya tulisan ini menjadi milik orang Melayu.
  • Perbendaharaan kata bahasa Melayu yang bertambah dengan bertambahnya istilah baru yang berasal daripada bahasa Arab al-Quran.
  • Istilah ini termasuklah perkataan seperti:
o   Adat
o   Adil
o   Daulat
o   Hakim
o   Hukum
  • Kemudian tersebar istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu Islam misalnya fikah, tauhid dan tafsir.
  • Bidang kesusasteraan juga turut berkembang,
  • Pada tahap awal, kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan. Daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
  • Jenis kesusasteraan ini yang terawal ialah
o   Cerita asal usul yang merangkumi kepercayaan tentang
·         Kejadian alam.
·         Nama tempat
·         Tumbuh- tumbuhan
·         Binatang
o   Ada juga cerita lisan yang menggunakan haiwan sebagai watak utama
·         Binatang yang amat terkenal ialah sang kancil

o   Ada juga cerita jenaka atau lucu yang memperkenalkan nama- nama tertentu untuk menunjukkan sifat atau watak masing- masing seperti
·         Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menunjukkan kebodohan
·         Pak Pandir menunjukkan watak lurus dan betul
·         Pak Belalang dan Si Luncai menunjukkan kecerdikan dan kepintaran.

o   Cerita rakyat
·         Batu Belah Batu Bertangkup
·         Bawang Putih Bawang Merah

  • Kesusasteraan lisan dalam bentuk puisi seperti
·         Pantun
·         Teka-teki
·         Gurindam
·         Seloka

  • Setelah kedatangan Islam ke Melaka, penulisan karya telah berkembang
  • Karya yang dihasilkan pada zaman ini terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi
·         Hikayat tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Terbelah.
·         Hikayat nabi- nabi lain seperti Hikayat Nabi yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s

  • Terdapat juga cerita tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.
  • Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya ang penting dan disimpan di istana Mela.
  • Slain bentuk prosa terdapat karya berbentuk puisi contohnya Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu.
  • Perbendaharaan persuratan Melayu telah bertambah dengan terkarangnyakarya- karya tersebut serta terhasilnya hikayat saduran bercorak Arab- Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik.

Kesenian.

  • Berasal daripada perkataan seni yang bermaksud sesuatu yang indah dan menyenangkan sama ada kepada penciptanya atau penatapnya.
  • Aktivis seni ini dikenali sebagai seniman.
  • Bidang kesenian merupakan bidang yang sangat luas rangkumannya.
  • Keindahan ini dapat dilihat dalam bentuk
o   Seni halus, seni rupa
o   Seni tampak
o   Seni persembahan
o   Seni tekstil dan busana dan sebagainya.
  • Orang Melayu sejak sebelum kedatangan Islam telah membabitkan diri dalam bidang kesenian.
  • Pembabitan mereka masih dalam lingkungan tradisi Hindu-Buddha.

Ø  Candi
  • Contohnya memaparkan pengaruh Hindu-Buddha yang sangat ketara
o   Penemuan candi- candi di Lembah Bujang terutamanya Candi Bukit Batu Pahat, Candi Sungai Batu, Candi Bukit Pendiat dan sebagainya telah memaparkan atau membuktikan terdapatnta pengaruh Hindu-Buddha.
o   Candi-candi ini bentuknya kecil berbanding candi di Pulau Jawa yang terkenal iaitu Candi Borobodurnya atau Candi di Vietnam yang terkenal iaitu Angkor Watnya.
o   Candi- candi ini masih tetap menunjukkan bahawa seni binanya pada waktu itu sangat dipengaruhi oleh tradisi Hindu- Buddha.
o   Selain senibina, hasil ukiran dan arca seperti Avalokiesvara yang ditemui di Lembah Bujang juga menunjukkan pengaruh India yang sangat ketara.
o   Kedatangan Islam telah mengubah scenario ini apabila bidang kesenian mula dikaitkan dengan agama tersebut.
o   Kesenian ini memaparkan suatu penyataan tentang agama.
o   Ini bermakna hasil seni selepas kedatangan Islam merupakan gabungan antara elemen keagamaan dengan kehalusan seni tempatan.
o   Antara kesenian yang sangat menonjol dalam masyarakat Melayu termasuklah senibina.
o   Dalam bidang ini orang Melayu telah menghasilkan binaan bukan sahaja tempat berlindung tetapi turut menonjolkan wajah binaan sesuai dengan kegunaannya.
o   Antara binaan utama dalam masyarakat Islam termasuklah masjid
o   Binaan ini menjadi tumpuan masyarakat sama ada sebagai tempat untuk menunaikan solat atau sebagai tempat perkumpulan sosial.

Ø  Masjid
o   Mempunyai ciri- ciri khas seperti mihrab mimbar
o   Telaga atau pencucur air.
o   Bumbung yang khusus. Semuanya melambangkan binaan tersebut sebagai masjid dan membezakannya daripada binaan lain.
o   Antara masjid tertua di Tanah Melayu termasuklah
§  Masjid Kampung Laut di Kelantan.
§  Masjid Peringgit dan Masjid Tengkara di Melaka.

Ø  Istana

o   Ketinggian citarasa seni bina orang Melayu turut dipaparkan melalui binaan rumah dan istana.
o   Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan balairung.
o   Tempat persemayaman diraja.
o   Balai istiadat dan seumpamanya.
o   Keindahan seni bina ini dapat dilihat pada istana Melaka
o   Setiap binaan sama ada rumah atau istana pula kan dilengkapi dengan berbagai- bagai hiasan dalaman hasil daripada kemahiran seni ukiran.
o   Sebelum kedatangan Islam, motif ukiran berdasarkan binatang seperti burung, ayam dan seumpamanya.
o   Setelah kedatangan Islam motif ukiran telah berubah kepada motif tumbuh-tumbuhan, bunga- bungaan dan geometri.
o   Kemahiran tukang kayu Melayu ini terbukti pada tapak kebudayaan Hindu- Buddha di Lembah Bujang.

Ø  Epigrafi
o   Seperti batu bersurat dan batu nisan.
o   Batu Bersurat Terengganu contohnya boleh dilihat sebagai satu hasil seni terutamanya dari sudut seni tulisannya.
o   Seni tulisan dalam Islam juga dikenali sebagai khat atau kaligrafi.
o   Pada asasnya tulisan khat ini digunakan sebagai hiasan terutamanya
§  Di masjid atau madrasah
§  Pada batu nisan
§  Barang tembikar
§  Mata wang
§  Pakaian dan sebagainya.
o   Jenis tulisan khat yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi dan nasakh.
o   Tulisan khat yang terdapat di masjid, madrasah mahupun surau lebih merupakan petikan daripada ayat- ayat al-Quran terutamanya surah Yassin, surah al-Fatihah dan lain- lain.

Ø  Seni Persembahan
o   Orang Melayu sangat meminati seni persembahan yang merangkumi tarian, drama, muzik, nyanyian dan wayang kulit.
o   Malahan dalam banyak keadaan, ketiga- tiga segmen iaitu muzik, tarian dan nyanyian disepadukan dalam satu-satu persembahan.
o   Kesenian ini telah berjalan sebelum kedatangan Islam, namun kegiatan ini tetap diteruskan selepas kedatangan Islam dengan peyesuaian berasaskan ajaran agama.
o   Tarian dabus yang terkenal di Perak memaparkan pengaruh dari Asia Barat turut berkembang dalam cabang kesenian ini.
o   Tarian dabus ini mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali.
o   Tarain ini ditarikan oleh 22 orang penari mengikut pukulan rebana bebas, rebana kecil serta gong.
o   Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga tarian mak inang telah ditarikan di Istana Melayu pada majlis- majlis tertentu.
o   Antara nyanyian yang penting dan sanagt ketara menerima pengaruh Islam dan seterusnya menjadi warisan tradisi orang Melayu ialah nazam atau naban.
o   Kesenian ini sangat terkenal di Pahang, Terengganu dan Melaka.
o   Nazam berbentuk syair mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w para nabi dan para sahabat.
o   Di Terengganu, kesenian ini dilakukan oleh kaum wanita dan dinyanyikan pada majlis perkahwinan, berkhatan serta upacara lain yang bersifat keagamaan.
o   Pengaruh Islam juga sangat ketara dalam seni dikir yang dinyanyikan dengan pukulan rebana dan kompang.
o   Pada kebiasaannya seni kata lagu bercampur antara bahasa Melayu dengan Bahasa Arab.
o   Di negeri Johor, pula telah berkembang kesenian ghazal iaitu sejenis puisi Arab yang memuji- muji kebesarn Islam.

Gaya Hidup.
  • Kesan yang paling ketara kepada masyarakat Melayu Melaka ialah kesan Islam terhadap sistem hidup orang Melayu secara keseluruhannya.
  • Kesan ini bermula daripada perubahan prinsip kepercayaan atau akidah, membawa kepada syariah atau seterusnya akhlak.
  • Perubahan akhlak terpancar dalam semua aspek hidup.
  • Di kalangan pemerintah, amalan protokol ( hijabah) yang dijalankan turut menggambarkan pengaruh bani Umaiyah.
  • Dalam perlantikan dan pertabalan raja sebelum kedatangan Islam salah satu adatnya ialah pembacaan ciri itu telah dimansuhkan. Sebaliknya terdapat adat lain dalam pertabalan seperti lafaz ikrar oleh sultan dan pembesar.
  • Ini merupakn proses baiah yang diajar oleh Islam.
  • Apabila sultan mangkat, pengganti baginda akan dilantik sebelum istiadat pemakaman. Hal ini ditiru daripada peraturan yang dimulakan oleh para khalifah pada zaman Bani Umaiyah.
  • Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional kesan ajaran Islam itu dapat dilihat dari segi
§  Hubungan antara individu
§  Pertalian kekeluargaan yang rapat bagi menjamin kesejahteraan hidup.
§  Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati.
§  Jiran pula dianggap sebagai anggota keluarga sendiri.
§  Terdapat panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua dalam sesebuah keluarga contohnya Pak Long dan Mak Long.
§  Mereka tidak boleh dipanggil dengan nama sahaja walaupunseringkas mungkin.
§  Apabila teman bertutur itu lebih tua, maka teman yang lebih muda hendaklah bertutur dengan suaran yang rendah.
§  Para tetamu dilayan dengan hormat dan sering dihidangkan dengan minuman dan makanan.
§  Orang yang datang berziarah hendaklah member salam dan tuan rumah wajib menjawabnya.
§  Apabila masuk ke dalam rumah, tetamu dan tuan rumah akan bersalam- salaman.
§  Pada ketika bersalaman, kanak- kanak hendaklah mencium tangan orang yang lebih tua.
§  Ungkapan Bismillah (dengan nama Allah) mestilah dibaca semasa hendak makan dan minum.
§  Majlis perkahwinan turut dijalankan  secara Islam begitu juga majlis berkhatan atau tamat mengaji Quran ( khatam )
§  Majlis- majlis sebegini dan yang lain selalunya dijalankan dengan semangat gotong- royong di kalangan anggota masyarakat.
§  Nilai perapduan amat ditekankan.
§  Ahli masyarakat sentias berpegang kepada konsep bersatu teguh bercerai roboh.
§  Perpaduan ini diibaratkan seikat seperti sirih, serumpun seperti serai dan sedencing seperti besi.

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi.

  • Kedudukan Asia Tenggara di tengah- tengah lalua perjalanan antara Timur dan Barat membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi.
  • Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini menjadi pusat persinggahan dan tumpuan para pedagang.
  • Sejak abad pertama masihi lagi muncul kerajaan- kerajaan yang memberikan perhatian kepada aktiviti perdagangan seperti
o   Funan
o   Srivijaya
o   Kedah Tua dan sebagainya.
  • Kehadiran agama Islam memperlihatkan pembabitan kerajaan- kerajaan Islam seperti di bawah dalam urusan perdagangan utara-selatan
o   Melaka
o   Acheh
o   Brunei
o   Sulu
o   Johor
o   Kedah
o   Kelantan
o   Terengganu

  • Sejarah ekonomiorang Melayu abad ke-4 hingga ke-15 seringkali dikaitkan dengan perdagangan, pentadbiran Negara dan perkembangan agama Islam.
  • Aktiviti perdagangan yang diceburi oleh orang Melayu telah meransangkan perkembangan yang berkaitan dengannya seperti penggunaan mata wang, percukaian dan seumpamanya.
  • Kesannya bukan sahaja terdapat dalam sosiobudaya, malah terdapat dalam pelbagai aspek kegiatan ekonomi.

Perdagangan
  • Sejak abad ke-12 hingga 18 aktiviti perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan didominasikan oleh pedagang Islam.
  • Hal ini mempengaruhi perkembangan di Alam Melayu.
  • Pedagang Melayu turut membabitkan diri secara aktif dalam rangkaian perdagangan timur dan barat ini.
  • Perkembangan pesat sector perdagangan di kalangan orang Melayu ini sangat berkait rapat dengan saranan Islam yang menegaskan bahawa aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar.
  • Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti ini sewaktu hayat baginda.
  • Aktiviti perdagangan menjadi salah satu saluran penting yang memesatkan proses pengislaman Alam Melayu.

Melaka sebagai Pusat Perdagangan.
o   Menjelang abad ke-15, Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting.
o   Walaupun Melaka tidak banyak mengeluarkan barang seperti rempah ratus, (lada, bunga cengkih dan sebagainya) yang menjadi permintaan tinggi di kalangan pedagang namun kedudukannya yang sangat strategic membantu perkembangan Melaka.
o   Kehadiran pedagang asing di Melaka telah menyebabkan kerajaan Melaka menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar perdagangan berjalan lancer.
o   Kerajaan Melaka telah mewujudkan jawatan
§  Laksamana- menjaga urusan pelabuhan
§  Syahbandar- ketua pelabuhan.
o   Undang- undang laut Melaka telah digubal dan menjadi landasan yang harus diikuti oleh masyarakat terutamanya dalam hal ehwal berkaitan dengan tugas- tugas nakhoda, juru audit dan seumpamanya.
o   Kepesatan perdagangan di Melaka dapat dibuktikan dengan terdapatnya paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka.
o   Dalam aktiviti perdagangan di Melaka, suatu sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan.
o   Hal ehwal perdagangan termasuklah soal sukat dan timbang ini diletakkan di bawah tanggungjawab syahbandar.
o   Peratusan timbang dan sukat di Melaka menggunakan sistem tahil dan kati.
o   Antara barangan yang ditimbang dengan sistem ini termasuklah
§  Emas
§  Perak
§  Bahan wangian
§  Batu permata
o   Untuk menimbang rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, sistem bahara digunakan iaitu bahara dikira sebagai bersamaan dengan 205 kati.
o   Timbangan ini dilakukan dengan mengunakan dachim ( dacing)
o   Dalam urusan perdagangan, dua kaedah digunakan di Melaka iaitu
§  Kaedah pertukaran barang
§  Kaedah jual beli.
o   Kejatuhan Melaka kepada Melaka meruntuhkan semangat pedagang Melayu.
o   Sebaliknya aktiviti perdagangan telah diteruskan dengan menjadikan kerajaan Johor sebagai pusat dan tunjang kekuasaan Melayu.
o   Keadaan ini terus berlangsung sepanjang abad ke-17 -18
o   Selain itu, negeri- negeri lain turut bergiat cergas dalam perdagangan.
o   Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu juga menjadi pusat perdagangan yang penting sepanjang abad ke-17 hingga ke 18.



Mata wang.
  • Pengurusan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan secara langsung memudahkan urusan perdagangan dan jual beli.
  • Sistem penggunaan mata wang merupakan alternative kepada sistem pertukaran barang atau barter.
  • Negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah.
  • Mata wang timah pada zaman Melaka berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil.
  • Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat pada mata wang tersebut.
  • Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan.
  • Di Johor pula terdapat mata wang yang diperbuat daripada timah dan dikenali sebagai wang katun.
  • Mata wang ini berbentuk bulat atau segi enam.
  • Mata wang ini tidak mempunyai tarikh, namun mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
  • Negeri Kedah juga mengeluarkan mata wang timahnya sendiri sejak abad ke-7
  • Mata wang ii boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan.
  • Ada juga matawang diperbuat daripada emas.
  • Mata wang emas adalah ini digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad ke-16.
  • Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah.
  • Mata wang emas yang digunakan di Kelantan pula dikenali sebagai kijang kerana terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut.
  • Mata wang emas Johor digelar kupang dan mengandungi emas seberat 10 grain (0.65) dan juga jenis emas yang mempunyai berat 40 graians (2.6 gram )
  • Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
  • Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
  • Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin dan sebagainya.
  • Pada masa tersebut, pedagang Eropah telah menggunakan wang perak manakala pedagang India, China dan Arab pula menggunakan emas atau mata wang emas.

Percukaian.
  • Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu atau barang tertentu.
  • Cukai yang diterima ini akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan negara.
  • Perkembangan aktiviti perdagangan yang pesat di negeri- negeri Melayu turut memperkembangkan bidang percukaian.
  • Di Melaka, para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan perniagaan dapat dilakukan.
  • Cukai di Melaka pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu
§  Cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import )yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah.
§  Para pedagang yang datang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6% daripada jumlah barangan yang dibawa.
§  Pedagang dari Jepun dan China pula dikenakan cukai sebayak 5%.
§  Terdapat barang tertentu yang tidak dikenakan cukai seperti beras dan makanan.
§  Setelah semua cukai dibayar, barulah urusan jual beli dapat dilakukan di bazaar- bazaar yang disediakan di sepanjang Sungai Melaka.
§  Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai
§  Orang asing yang datang pula dikenakan cukai diraja sebayak 6%.

  • Pengaruh Islam yang mendalam di negeri Melaka serta di negeri Melayu yang lain ialah mempengaruhi perkembangan ekonominya.
  • Amalan riba telah tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
  • Golongan ceti yang memberikan pinjaman wang telah dibenarkan menjalankan aktiviti mereka.
  • Penegasan bersabit amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka.
  • Hal yang sama turut ditekankan dan diimplementasikan dalam Hukum Kanun Pahang.
  • Sejajar dengan perkembangan pesat dalam sector perdagangan, amka pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta.
  • Kutipan zakat ini kemudiannya disimpan oleh baitulmal.
  • Badan ini berfungsi untuk menguruskan harta kerajaan.
  • Harta lain akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai sumber bantuan yang sewajarnya kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan.

v  Pengaruh Islam telah membawa perubahan yang besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu sebelum kedatangan Barat.
v  Kehadiran Islam Berjaya mengatasi pengaruh tradisi politik, ekonomi dan sosial Hindu Buddha yang sebelumnyatelah bertapak dalam masyaraka tempatan.

Maklumat Tambahan

Maklumat
Keterangan
Gelaran “bayangan Allah di muka bumi’
  • Merupakan warisan dan lanjutan amalan para pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki dan Khilji serta Moghul di India.
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
  • Terdapat 3 lapisan asas dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu iaitu:
1.      Pemerintahan pusat yang diketuai oleh sultan
2.      Pemerintahan daerah yang ditadbir oleh pembesar daerah.
3.      Pemerintahan kampung yang diketuai oleh penghulu.
Sultan Alaudin Riayat Shah (1477-1488)
  • Sangat diingati dan dihormati kerana baginda menangkap pencuri yang sangat berleluasa di Melaka pada waktu itu.
  • Tindakan ini telah membawa keamanan di negeri Melaka dan meninggikan kewibawaan beliau.
Daulat
  • Bermaksud bahawa raja atau sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya ( derhaka) akan menerima akibat ( tulah )
Daulah
  • Berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kuasa atau kerajaan
Adat perpatih
  • Anak buah memilih Buapak,, buapak memilih Lembaga, lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yamtuan atau Yang Dipertua Besar.
12 suku dalam Adat Perpatih
  • Anak Acheh, Anak Melaka, Batu Belang, Batu Hampar, Biduanda, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Lemak, Seri Melenggang, Tanah Datar, Tiga Batu dan Tiga nenek
Diat
  • Hukuman yang berbentuk denda atau ganti rugi berbentuk harta
  • Hukuman ini dikenakan kepada pembunuh yang membunuh tanpa sengaja
Hukum Kanun Melaka
  • Terdapat 44 fasal dan mempunyai 46 naskhah salinan yang disebut dengan pelbagai nama
  • Undang- undang Laut pula mempunyai 24 fasal
Undang- undang Pahang
  • Telah digubal sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhyidin yang memerintah antara tahun 1592-1614
Undang- undang Kedah
  • Mempunyai 4 bahagian iaitu undang- undang pelabuhan, undang- undang tentera yang bertarikh 1667, Hukum Kanun Dato’Star dan Undang-undang 1784
Undang- undang Perak
  • Juga dikenali sebagai Undang-undang 99 yang dibawa oleh seorang Arab bernama Sayyid Husain al-Furadz pada abad ke-17
Undang-undang Johor
  • Bertarikh 1789 dan didasarkan pada Undang-undang laut dan Hukum Kanun Melaka
Tasawuf
  • Perkataan tasawuf tidak mempunyai makna yang tetap. Namun demikian oleh sebab perkataan ini diambil daripada kata Safa, maka pengertian yang sering digunakan ialah jernih dan suci
Pondok
  • Perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab al- Funduq yang bermakna rumah tumpangan
  • Sistem pendidikan pondok dikenali sebagai pasentren di Jawa dan rangkang di Acheh.
Tokku Pulau Manis
  • Nama sebenarnya Syaikh Abdul Malik bin Abdullah lahir di Kampung Pauh pada tahun 1650-an dan merupakan murid ulama terkenal Acheh iaitu Abdul Rauf Singkel
  • Selepas menamatkan pengajian  di Acheh belai menyambung pengajiannya di Makkah pada tahun 1680-an dan kembali ke Tanah Melayu pada 1690-an sewaktu berusia 40-an.
  • Beliau mempunyai hubungan erat dengan sultan Terengganu
Avalokitesvara
  • Digambarkan pada seni arca sebagai dewa yang dihiasi dengan pakaian yang indah.
  • Cirri utamanya ialah sebuah arca kecil bergelar Amitabha (bapa rohani) yang terletak di bahagian tengah mahkotanya.
  • Sekiranya dewa tersebut memegang sebuah teratai merah di tangannya, dewa itu digelar Padmapani
Mihrab
  • Suatu ceruk atau tonjolan di hadapan yang menunjukkan arah kiblat serta tempat untuk imam dalam solat jemaah.
Mimbar
  • Pentas di masjid iaitu tempat khatib atau imam khutbah
Bentuk rumah Melayu
  • Boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
1.      Rumah perabung panjang merupakan reka bentuk rumah melayu yang tertua
2.      Rumah Tiang 12
3.      Rumah Perabung yang banyak terdapat di Melaka dan Johor.
4.      Rumah Melaka
5.      Rumah Minangkabau
6.      Rumah Limas/Muar
Tulisan khat
  • Antara jenis tulisan khat termasuklah khat thuluth, diwani (ad-diwani), kufi diwani Jali ( al-Jali ad-diwani), farisi ( al-Farisi) nasakh dan riq’ah ( rakaah ) dan al-ijazzah.
  • Tulisan kufi berasal dari Kufah, Iraq.
  • Bentuk asasnya adalah lurus dan menegak sementara jenis nasakh pula berbentuk melengkung dan geometri
  • Jenis ini telah muncul pada abad ke-11 di Baghdad
Mata wang
  • Portugis di Melaak telah memperkenalkan mata wang yang bernama bastardos, soldos, dan dinheiros
  • Sewaktu Belanda di Melaka pula mata wang yang digunakan ducats, lion dollars, rix dollars dan syling Belanda
Riba
  • Faedah atau pemtambahan bayaran dalam urusan perjanjian hutang piutang.

79 comments:

  1. assalamualaikum boleh tak share nota ni dekat saya melalui email.. nota ini sangt berguna untuk saya. email saya clubttgi_muiz@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, boleh share nota ni kat email? kalau boleh email saya firdausazmin93@gmail.com

    ReplyDelete
  3. hai , boleh tak share nota ni kat saya ? email : siew_wong421@hotmail.com ~ thanks :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, boleh sharekan nota ini ke email saya? email : norhusna13@gmail.com . Terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam minta share nota ni di email saya raimie.razali95@gmail.com.terima kasih

    ReplyDelete
  6. share nota ni untuk say pon email. rawiahsiti7@gmail.com

    ReplyDelete
  7. bole share nota ni tuk sya ? tolonglaa sya peru nota ne . klau taip semua tk sempat siap la . email aqueshila@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Hi! Boleh share nota ini untuk saya? aeeling@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ,,, kongsi nota ni bole tak? email : eqen98@gmail.com
    TQ :)

    ReplyDelete
  10. bleh tk send kt email saya.......harizevil1@gmail.com

    ReplyDelete
  11. salam. saudara/saudari . boleh mintak tolong share kan nota ni . sangat berguna untuk saya exam nanti . email : irfanshahidan61@gmail.com

    ReplyDelete
  12. salam cikgu,, sendkan nota2 ni dkat email saya boleh? sangat berguna time exam nnti.
    email - zeloshi98@gmail.com

    ReplyDelete
  13. salam cikgu, mohon utk share nota ini boleh? utk exam. terima kasih.
    email ar146.wew90@gmail.com

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum cg, boleh shARE nota ni x? email taurusboy460@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Salam cikgu, boleh share nota ni? Untuk kegunaan projek...bella_puiyee@hotmail.com
    Terima kasih!!!

    ReplyDelete
  16. boleh share artikel ni t kasih .. zak5849@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Can you send this note to me? it is very useful , thanks :)
    mukminrusli15@gmail.com / muazrusli@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. salam cikgu, blh share nota ni? terima kasih. nadiahrazilah@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. cikgu, boleh share nota ni? runningmanwander@gmail.com terima kasih :)

    ReplyDelete
  20. hi, can you please email this notes to me? will appreciate a lot, thank you!
    reginilee99@hotmail.com

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum , can u share this with me and send it to my email .. thank you very much !
    Email : aininsofeagk@gmail.com

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. assalammualaikum,, bleh x share nota ni dgn sy..sy amat memerluknnya,,, terima kasih ..
    email: nurulhudayusri@gmail.com

    ReplyDelete
  24. assalammualaikum,, bleh x share nota ni dgn sy..sy amat memerluknnya,,, terima kasih ..
    email: nurulhudayusri@gmail.com

    ReplyDelete
  25. assalammualaikum,, klau share note ni ngan sy bleh x? sy amat prluknnya . terima kasih..
    email: nurulhudayusri@gmail.com

    ReplyDelete
  26. assalammualaikum,, klau share note ni ngan sy bleh x? sy amat prluknnya . terima kasih..
    email: nurulhudayusri@gmail.com

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum, saya minta izin untuk nota ini ya. terima kasihh :)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum cikgu.. kalau saya nak minta cikgu emailkan saya nota ini boleh ? Nota ini sangat berguna untuk saya. Terima kasih. @nanabilah99@gmail.com

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum cikgu tolong share nota ni kat sya boleh??sangat berguna untuk exam email:eicahcute8@gmail.com

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum cikgu tolong share nota ni kat sya boleh??sangat berguna untuk exam email:eicahcute8@gmail.com

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum cikgu. nota cikgu amat berguna untk exam saya. tolong share kat saya cikgu.
    email : hazimazis@gmail.com

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum cikgu. Boleh tolong share nota nie untuk saya melalui email nikateng99@gmail.com

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum cikgu. boleh tlg share nota ni utk saya melalui email nuradnie01@gmail.com .tq

    ReplyDelete
  34. boleh tolong share nota ni dekat saya... email : waty1999ti79@yahoo.com

    ReplyDelete
  35. boleh tolong share nota ni dekat saya... email : waty1999ti79@yahoo.com

    ReplyDelete
  36. assalam boleh tak cikgu tlg hantar nota ni ASAP ke acc email sy?nota ni penting sgt sbb nota ni sy nak guna nnt exam sejarah paper 3 mohon kerjasama cikgu ya tq..
    email add ; aliayasmin31@yahoo.com

    ReplyDelete
  37. pls share this with me .. tq
    email : aininsofeagk@gmail.com

    ReplyDelete
  38. boleh tolong share note ni dkat saya , melalui email ? tq :) email : yen_ryz@ymail.com

    ReplyDelete
  39. assalam nak nota ni boleh emailkan kat hanisathirah76@gmail.com thankx

    ReplyDelete
  40. assalam boleh emailkan nota ni kat kakzu69@yahoo.com

    ReplyDelete
  41. assalamualiakum, boleh tolong e-mailkan nota ni kat kuakram22@gmail.com.t.kasih.....

    ReplyDelete
  42. tlg send kat email sy umifarishah1999@gmail.com

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum.. share this note please.. tomorrow i have my exam.. i need it.. email: fiaaafiyah@gmail.com . Please.

    ReplyDelete
  44. hye.. please tolong send kan kat email saya please saya exam esok! ="(... lunamicheal38@gmail.com

    ReplyDelete
  45. assalam , boleh share nota ini untuk saya ? alexanliongfj@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum , boleh sahre nota ini kpd saya ?? kalau boleh send dkat email nie . ajerahnur123@gmail.com . terima kasih

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum ,boleh share nota nie dekat sy ?? aishahlilac97@gmail.com . terim kasih

    ReplyDelete
  48. maafkan saya ... boleh tak blog ini di kongsikan dalam email saya - elfee.fie@gmail.com

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. salam, boleh tak hantar nota ni ke email saya? terrence.terry997@gmail.com
    nota ini boleh membantu saya untuk membuat kerja krusus. =)

    ReplyDelete
  51. salam, boleh tak sharekan nota ni kat email saya? amira.zaneda@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. salam cikgu, bolehkah awak menghantar nota ini ke email saya? Nota ini boleh membantu aku dalam peperiksaan sejarah kertas 1,2 dan 3.
    Terima kasih.

    Email saya: szyen2k@hotmail.com

    ReplyDelete
  54. teacher pls sent to me i got kertas 3 exam coming soon email:johnconer2000@gmail.com
    tq so much

    ReplyDelete
  55. teacher pls sent to me i got kertas 3 exam coming soon email:johnconer2000@gmail.com
    tq so much

    ReplyDelete
  56. cikgu tolong sent nota ini dekat email saya,saye perlukan untuk kertas 3 saya
    email saya:johnconer2000@gmail.com
    tq so muchhhh

    ReplyDelete
  57. cikgu tolong sent nota ini dekat email saya.nota ini sangat berguna untuk saya.
    email saya:shahminfawwaz@gmail.com
    tq

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum, boleh sharekan nota ini ke email saya nabihanzaini85@gmail.com ? sangat membantu bagi saya. terima kasih

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum cikgu. boleh sharekan nota ni ke email saya ? sangat membantu untuk kertas 3 sejarah saya . terima kasih, ini email saya . syazajezani@gmail.com

    ReplyDelete
  60. cikgu..tolong send nota ini ke email saya..darmesh.ganesan@gmail.com

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum cikgu. Minta izin share nota ni boleh? Asharina95@gmail.com

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum cikgu. Minta izin share nota ni boleh? Asharina95@gmail.com

    ReplyDelete
  63. assalamualaikum..cikgu minta izin share nota ini bleh ? hadiprototypeix@gmail.com

    ReplyDelete
  64. assalammualaikum.. ckgu tolong send nota ni ke email saya boleh? muhd.khuzairi.mk@gmaill.com

    ReplyDelete
  65. assalamualaikum cikgu...bole x kalau cikgu tolong hantarkan nota ni kat email saya
    ermiera.farisha@gmail.com

    ReplyDelete
  66. Boleh share nota ni tak...
    email : hirzi03@gmail.com

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  68. boleh share nota ni tak kat email saya:syikinsakri123@gmail.com

    ReplyDelete
  69. please share this note to this e-mail i need to complete my sejarah paper 3
    junchien2@gmail.com

    ReplyDelete
  70. assalamualaikum cikgu, boleh x cikgu tlg hantarkan nota untuk gmail saya..qbl6919@gmail.com..thanks cikgu

    ReplyDelete
  71. nota yg yg ckup lengkap..ples share kat sy cikgu...amirexvam96@gmail.com..btw thanx ckgu

    ReplyDelete
  72. Hi cikgu ... Nota ini sgt best.. Cikgu I nak guna nota ini untuk percubaan spm sej kertas 3.. Cikgu plz send nota ini kdp email saya : thivi1997@gmail.com

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum cikgu,nota ini sangat berguna..cikgu,please sharekn nota ini kepada email saya :amirah9708@gmail.com

    ReplyDelete
  74. assalamualaikum boleh tolog send nota ni di email saya: zulaikhaikha9@gmail.com

    ReplyDelete
  75. assalamualaikum.. nota ni sangat baik ..boleh tolong ke emailo saya; tasyamarais@gmail.com

    ReplyDelete
  76. assalamualaikum… boleh sharekan ke email saya izzulazim03@gmail.com utk kertas 3 sejarah

    ReplyDelete
  77. alaa..nak copy nak print..mana ada email..dh la esok cg nak hm

    ReplyDelete
  78. Salam, boleh kah sekiranya saya dapatkan nota ini melalui email for research purpose.
    Email saya : adam.azmn@gmail.com

    ReplyDelete
  79. assalam email ni boleh share tak ? kalau blh tlg share melalui email saya @afifaaziz329@gmail.com

    ReplyDelete